TASKA Al-Azwar

TASKA Al-Azwar

Share

“Nurturing Support with the Quranic Way”
kami menawarkan penjagaan awal kanak-kanak dalam persekitaran Islamik, selamat, dan penuh kasih sayang.

Dengan Terapi Al-Quran, kami membantu perkembangan minda, emosi, dan akhlak anak-anak sejak bayi.

06/06/2026

Ibu ayah...jangan biarkan anak bermain
seorang diri...Mainlah bersama mereka...
kalau selalu biarkan anak bermain seorang diri
"Jin atau Syaitan" akan datang menjadi
teman mereka. Bila mereka mula berdamping
dengan anak...maka mereka
akan selalu menganggu.

05/06/2026

Khalid Al Walid berkata

"kesibukan aku berjihad menghalangku membaca Al Quran"

Apakah yang menghalang kita membaca dan menyibukkan diri membaca Al Quran. Khalid al walid menangis setiap kali membaca Al Quran

04/06/2026

Anak anak kita, bukan milik kita. ia amanah dari Allah. Allah perintah belajar cara didik anak cara yang Allah ajar dan redho. Baru anak akan jadi harta bernilai kita selepas kematian kita.

Ustazah Nazirah Abd Rahim

Photos from TASKA Al-Azwar's post 03/06/2026

Tips Memahami Tingkah Laku Anak Special Needs melalui Lensa Sensori & Terapi Al-Quran

Apa yang biasa saya terangkan kepada ibu bapa ialah:

Kadangkala tingkah laku anak sebenarnya bukan kerana mereka sengaja menjadi “nakal”, “degil” atau mahu membuat masalah.

Sebaliknya, ia mungkin cara mereka mencari input deria (sensory input) atau cuba mengawal tubuh dan emosi mereka yang sedang tidak seimbang.

Allah SWT berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Al-Isra’: 82)

Terutamanya apabila tiada pencetus yang jelas, tetapi tiba-tiba anak mula:

• Menggigit
• Mencubit
• Menarik rambut
• Menolak orang lain
• Berlari tanpa arah
• Terlalu aktif atau gelisah
• Terpaku pada objek atau rangsangan visual tertentu
• Mengulang-ulang pergerakan tertentu

Kadangkala tingkah laku ini adalah petunjuk bahawa sistem saraf mereka sedang mencari cara untuk menenangkan diri atau mendapatkan rangsangan yang diperlukan.

Sebab itu sebelum kita menghukum tingkah laku anak, kita perlu bertanya:

“Apakah yang sebenarnya sedang cuba disampaikan oleh anak melalui tingkah lakunya?”

Di Quranic Bloom, kami melihat tingkah laku sebagai satu bentuk komunikasi.

Apabila keperluan sensori anak difahami, kita boleh membantu mereka mendapatkan input yang diperlukan melalui cara yang lebih selamat, lebih teratur dan lebih menenangkan.

🌿 Di sinilah Terapi Al-Quran memainkan peranannya.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhan kamu, penawar bagi penyakit-penyakit yang berada di dalam dada, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Yunus: 57)

Melalui Quranic Therapy, anak dibantu dengan:

✨ Bacaan Al-Quran yang berirama tenang sebagai rangsangan auditori yang menenangkan sistem saraf.

✨ Aktiviti sensori sambil diperdengarkan murattal Al-Quran.

✨ Zikir dan doa yang membantu anak mengawal emosi dan fokus.

✨ Kaedah Head & Heart Touch Therapy dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

✨ Rutin Quranic yang konsisten bagi membantu regulasi emosi dan tingkah laku.

Allah SWT juga berfirman:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Al-Quran… kemudian menjadi lembut kulit dan hati mereka untuk mengingati Allah.”

(Az-Zumar: 23)

Kadangkala apa yang anak perlukan bukan lebih banyak teguran.

Kadangkala mereka memerlukan bantuan untuk menenangkan sistem saraf, mengawal emosi, dan merasai ketenangan yang Allah hadirkan melalui kalam-Nya.

🌸 Apabila kita memahami keperluan deria anak, kita akan lebih mudah melihat tingkah laku mereka dengan kasih sayang, bukan kemarahan.

Kerana setiap tingkah laku ada sebabnya, dan setiap jiwa ada jalannya untuk disentuh. Bagi kami, jalan itu bermula dengan cahaya Al-Quran.

Tadika pintar soleh
taska azwar
Quranic bloom
Nurturing Support with the Quranic Way

Ustazah Nazirah Abd Rahim

Photos from TASKA Al-Azwar's post 02/06/2026

Membina kejayaan yang sebenar bermula dengan Allah dan berakhir juga dengan Allah.

Hari ini kami mengadakan Mesyuarat Semakan KPI dan Modul TPS bagi memastikan setiap modul, kaedah pengajaran dan sasaran pendidikan terus berada pada landasan yang betul.

Modul Quranic Way yang kami laksanakan bukanlah dibina secara sambil lewa. Ia lahir daripada proses kajian, pengalaman, pemerhatian, penambahbaikan dan perbincangan yang berterusan bersama pasukan modul kami. Allah Maha Menyaksikan setiap usaha, masa dan amanah yang dicurahkan dalam membangunkan modul ini demi manfaat anak-anak.

Sebagai hamba Allah, kami sedar bahawa setiap ilmu, idea dan kemampuan datang daripada-Nya. Justeru, kerja ini bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah dan ibadah yang akan terus kami galas dengan penuh tanggungjawab.

Dengan bersaksikan kalimah tauhid, kami akan terus berusaha, memperbaiki dan meneruskan perjuangan mendidik generasi melalui pendekatan Quranic Way, demi melahirkan anak-anak yang mengenal Allah, mencintai Al-Quran dan berakhlak soleh.

Permulaannya dengan niat yang ikhlas kerana-Nya, langkahnya dipandu oleh petunjuk-Nya, dan kesudahannya diharapkan mendapat reda serta rahmat-Nya.

Kerana kejayaan yang hakiki bukan sekadar mencapai apa yang kita impikan di dunia, tetapi apabila setiap usaha membawa kita semakin dekat kepada Allah dan berakhir dengan husnul khatimah.

Allah SWT berfirman:

وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“Dan tidaklah kejayaanku melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya aku kembali.”
(Surah Hud: 88)

🌿 Kejayaan sebenar bukan apabila manusia memuji kita, tetapi apabila Allah meredai kita.

01/06/2026

Dengan penuh ketenangan dan kasih sayang, murid dibimbing melalui aktiviti Quranic Therapy yang menenangkan jiwa dan menstabilkan emosi.

Setiap alunan ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan membantu murid lebih fokus, memberi perhatian serta meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran. Dalam suasana yang harmoni ini, murid juga dilihat semakin positif dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan sekeliling.

Satu langkah kecil, tapi memberi impak besar dalam perkembangan emosi dan sahsiah mereka. 🤍✨

01/06/2026

Hari ini murid telah menjalankan aktiviti “Menampal Objek Saya” dengan penuh tumpuan dan gembira.

Dengan bimbingan guru, mereka mengoyakkan kertas kecil menggunakan jari yang masih dalam proses menguatkan otot halus. Walaupun pada mulanya kelihatan agak mencabar, mereka tetap cuba dengan sabar dan tidak mudah berputus asa.

Seterusnya, setiap cebisan kertas ditampal pada objek yang disediakan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan, malah memberi peluang kepada murid untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan secara teratur.

Hasilnya, setiap karya yang dihasilkan menunjukkan kreativiti tersendiri dan rasa bangga terpancar di wajah mereka apabila berjaya menyiapkan tugasan dengan baik 💛

01/06/2026

Pada hari semalam, kami mewakili warga Tadika Pintar Soleh bersama Ustazah Nazirah Abd Rahim telah berkesempatan menziarahi anak murid kami, Luth Aydin, serta keluarganya yang terkesan akibat kejadian kebakaran di PT Londang baru-baru ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk menyantuni keluarga, bertanya khabar serta memberikan sedikit sumbangan daripada pihak tadika sebagai tanda keprihatinan dan sokongan buat mereka yang sedang diuji.

Kami turut berpeluang melihat sendiri keadaan tapak kediaman yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menghulurkan bantuan. Semoga setiap kebaikan yang diberikan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah.
"Barangsiapa yang meringankan kesusahan saudaranya, maka Allah akan meringankan kesusahannya di dunia dan akhirat."

29/05/2026

Orang yang benar-benar mengenal Al-Quran… akan terdorong untuk beriman dan berubah menjadi lebih baik.

Ustazah Nazirah Abd Rahim

28/05/2026

SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK PINTAR SOLEH.

Kami doakan agar Allah pelihara anak-anak dan ibubapa seisi keluarga walau di mana saja berada.

Semoga masa yang diluangkan bersama keluarga beroleh keberkatan,kasih sayang dan ketenangan.

Ingat tau
QURANIC THERAPY,PROPHETIC AKHLAK
adalah didikan berterusan di rumah dan juga di sekolah.

Ingatan tulus ikhlas
Pasukan Guru Ustazah Nazirah Abd Rahim

Want your business to be the top-listed Transport Service in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No 12, Jalan Wira Jaya 4a
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Sunday 07:00 - 17:30