Taska Mama Shima
❤Pendidikan awal kanak2 bayi 6bulan -4 Years
❤Bermain sambil belajar
❤Aktiviti PERMATA Negara belajar sambil bermain
09/03/2026
Aktiviti Sensori – Bermain Kolam Bola Warna-warni 🎈
Hari ini anak-anak di Taska Permata Mama Shima sangat seronok bermain di kolam bola berwarna-warni. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu perkembangan mereka.
Antara manfaat aktiviti ini ialah:
✨ Motor kasar – anak-anak bergerak, duduk dan berjalan dalam kolam bola
✨ Sensori – merasai sentuhan dan melihat pelbagai warna bola
✨ Sosial – belajar bermain dan berinteraksi bersama rakan-rakan
✨ Keyakinan diri – meneroka ruang permainan dengan gembira
Anak-anak ketawa, bermain dan belajar dalam suasana yang ceria.
Alhamdulillah melihat mereka gembira adalah kebahagiaan kami di Taska Permata Mama Shima 🤍
Di taska kami, anak-anak bukan sahaja dijaga, tetapi juga diberi peluang belajar melalui permainan dan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan mereka.
🌟 Langkah Ceria Si Kecil Menuju Bintang!
27/02/2026
🌙 Aktiviti Mewarna Tema Ramadan 2026✨
Alhamdulillah, hari ini anak-anak di Taska Permata Mama Shima telah menjalankan aktiviti mewarna bertemakan Ramadan dengan penuh semangat dan keceriaan. Mereka sangat fokus dan seronok mewarnakan gambar bulan dan bintang sempena bulan yang mulia ini.
Melalui aktiviti ini, anak-anak dapat melatih kemahiran motor halus, meningkatkan fokus dan kesabaran, menggalakkan kreativiti serta membina keyakinan diri.
Kami sangat berbangga melihat kerjasama dan hasil kerja anak-anak yang begitu cantik dan membanggakan 💜
Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan. Semoga anak-anak terus ceria dan berkembang dengan baik bersama Taska Permata Mama Shima.
15/02/2026
🌸 MAKLUMAN CUTI TASKA & AKTIVITI ANAK-ANAK 2026 🌸
Assalamualaikum & salam sejahtera ibu ayah semua,
Dimaklumkan bahawa Taska Permata Mama Shima akan ditutup sementara sempena:
🧧 Raya Cina: 17 – 18 Februari 2026
🌙 Awal Ramadhan: 19 Februari 2026
📅 Operasi akan bersambung semula pada 20 Februari 2026 seperti biasa.
✨ Sepanjang sesi pembelajaran, anak-anak kami sentiasa didedahkan dengan:
✅ Aktiviti kreatif & sensori
✅ Pembelajaran berperingkat ikut umur
✅ Didikan akhlak & nilai murni
✅ Persekitaran selamat & penyayang
Terima kasih atas kepercayaan ibu ayah mempercayakan amanah si kecil kepada kami ❤️
InsyaAllah, kami terus komited membentuk anak-anak yang ceria, berdisiplin & berakhlak mulia.
📍 Taska Permata Mama Shima
📞 Berminat / pertanyaan: PM / WhatsApp
0178269968
Salam hormat,
Cikgu Shima
💕
06/11/2025
✨ Aktiviti Berkumpulan di Taska Permata Mama Shima ✨
Hari ini anak-anak comel kami seronok menyertai aktiviti berkumpulan 💫
Mereka duduk dalam bulatan, menyanyi bersama, berbual, dan belajar mengenal warna serta kawan-kawan 🧩🎨
Aktiviti seperti ini bantu mengembangkan kemahiran sosial, keyakinan diri dan komunikasi anak-anak sejak kecil ❤️
Seronok tengok wajah ceria mereka sepanjang aktiviti tadi! 😍🌈
🌟
💡 1. Anak visual s**a tengok gambar, video dan warna.
➡️ Bagi dia melukis konsep, bukan salin definisi.
💡 2. Anak auditory s**a bunyi, lagu, cerita.
➡️ Rakam nota audio, guna lagu hafalan.
💡 3. Anak kinestetik s**a sentuhan, gerak, praktikal.
➡️ Bagi guna blok, potong-gunting, buat eksperimen.
💡 4. Anak social learner s**a belajar sambil berbual.
➡️ Bagi peluang ajar balik pada kita, bukan belajar diam sorang-sorang.
💡 5. Observe, bukan label.
➡️ Jangan cepat cop “anak ni malas.”
Mungkin dia cuma belum jumpa pintu masuk ilmu yang sesuai dengan dirinya.
31/08/2025
🇲🇾✨ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68! ✨🇲🇾
Hari ini kita raikan ulang tahun kemerdekaan negara tercinta dengan penuh rasa syukur dan bangga. 68 tahun Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara merdeka, dan kita sebagai pendidik serta ibu bapa memikul tanggungjawab besar membentuk generasi kecil yang akan mewarisi perjuangan ini. 🌸
Di TASKA PERMATA MAMA SHIMA, setiap hari kami berusaha mendidik anak-anak kecil dengan penuh kasih sayang, nilai murni, keberanian dan semangat cinta tanah air. Mereka inilah bakal pewaris bangsa – anak-anak yang hari ini bermain, belajar dan ketawa riang, esok akan menjadi pemimpin, doktor, guru, jurutera dan insan yang berjaya. 🌟
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan yang tidak ternilai. Sama-sama kita doakan agar anak-anak kita terus membesar dengan bahagia, sihat, bijak dan berakhlak mulia demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. 💜
🌙⭐ Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang kita semai dalam diri anak-anak setiap hari.
27/08/2025
📸✨ Si Cilik Merdeka Taska Permata Mama Shima ✨📸
Hari ini anak kecil kami tampil comel dengan tanjak Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia 🇲🇾.
Walaupun baru berusia 1 tahun, semangat cintakan negara sudah mula disemai ❤️💛💙🤍.
Kami percaya, semangat patriotik perlu dipupuk sejak kecil. Mari bersama kita meraikan bulan kebangsaan dengan penuh keceriaan! 🎉
🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025! 🇲🇾
💜 Dari kami warga Taska Permata Mama Shima
25/08/2025
🌸
Untuk kanak-kanak umur 1 tahun, aktiviti bermain blok ini memang sesuai kerana ia membantu perkembangan asas mereka.
✨
Aktiviti:
Bermain Blok Warna
Kanak-kanak berumur 1 tahun ini memegang dan menyusun blok warna-warni dengan penuh minat. Aktiviti ini membantu menguatkan kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan serta memberi pengalaman awal mengenal warna dan bentuk.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ🍁
🌟ُِDoa hari Isnin 💞🫶🏿
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْن.َ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه اجمعين.ِ
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur kpdMu kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Berkatilah hidup kami, rahmatilah kami, berikan kami hidayah n taufiq utk sentiasa mendekati diri dgnMu n mendapat keredhoanMu Y Allah.
Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami sentiasa dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.
Ya Allah bangkitkanlah semangat kami utk tekun bekerja dan berusaha, juga dalam beribadah dan beramal.
Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru n ustaz kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَمِّيْنَ🤲🏼🤲🏼🤲🏼.َ
🖍️ Aktiviti Mewarna – Kucing "Ini Kucing Meow"
📅 Tarikh: 11 Julai 2025
👶 Umur: 2 tahun lebih
🏫 Tempat: Taska Permata Mama Shima
🎯 Objektif Aktiviti:
Menggalakkan kemahiran motor halus melalui penggunaan krayon.
Memupuk kreativiti dan ekspresi diri.
Membantu kanak-kanak mengenal warna asas.
Melatih koordinasi tangan dan mata.
🧠 Perkembangan yang disokong:
Perkembangan fizikal (motor halus)
Perkembangan kognitif (mengenal bentuk dan warna)
Perkembangan emosi (keyakinan diri ketika hasilkan karya)
08/07/2025
Sebagai ibu ayah, doa kita adalah senjata paling kuat. Bila kita ikhlas mohon dari Allah, pasti ada jalan dan keberkatan.
🌟 Doa Nabi Musa untuk kelancaran & kefahaman
🌟 Doa Nabi Sulaiman untuk kebijaksanaan
🌟 Doa mohon ilmu yang bermanfaat
🌟 Ayat Kursi sebagai pelindung & penguat ingatan
➡️ Bacakan doa sambil usap kepala anak
➡️ Amalkan selepas solat, waktu anak belajar, sebelum ke sekolah
➡️ Tambahkan makanan sunnah untuk bantu kecergasan otak
Kita usaha, Allah yang bagi hasil. Didik dengan doa, bimbing dengan kasih sayang. Semoga anak-anak kita jadi insan yang cemerlang dunia akhirat. Aamiin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Parit Raja Parit Rasipan Batu Pahat
Parit Raja