Tadika Pintar Soleh

Tadika Pintar Soleh

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Pintar Soleh, Nursery, Taman Wirajaya, Parit Raja.

Tadika Islamik berkonsepkan Islamic Playschool & Quranic Way. ❤️

Fokus akhlak, emosi & asas akademik melalui pembelajaran berasaskan bermain.
👦 4–6 tahun | 📍 Parit Raja, Johor

Telah di daftarkan dengan SSM atas nama Tadika Pintar Soleh HQ AS0460112-K

06/06/2026

Ibu ayah...jangan biarkan anak bermain
seorang diri...Mainlah bersama mereka...
kalau selalu biarkan anak bermain seorang diri
"Jin atau Syaitan" akan datang menjadi
teman mereka. Bila mereka mula berdamping
dengan anak...maka mereka
akan selalu menganggu.

05/06/2026

ANAK BIJAK MENGIRA.BIJAK MATEMATIK

📣✨ KELAS ABAKUS KINI DIBUKA! ✨🧮

❗️KEMASUKKAN BULAN JULAI ❗️

📅 Setiap Sabtu
🕥 10.30 pagi – 12.00 tengah hari

Cawangan:
📍 Tadika Pintar Soleh HQ,Parit Raja
📍 Quranic Bloom Taman Universiti, Parit Raja
✨ Kelebihan Program Abakus

✅ Meningkatkan kemahiran pengiraan mental
✅ Meningkatkan fokus, tumpuan dan daya ingatan
✅ Mengembangkan potensi otak kiri & kanan
✅ Meningkatkan prestasi akademik
✅ Membina keyakinan dan kepercayaan diri
✅ Membentuk disiplin, kesabaran dan ketekunan

📌 Tempat adalah TERHAD!

💰 Yuran Program

📝 Pendaftaran : RM100
🎒 Kit Permulaan : RM180
📅 Bulanan : RM180 sahaja

Daftar sekarang dan lihat perubahan positif anak anda! 🌈

📲 Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
[wa.me/601128947029]

05/06/2026

📚✨ Latihan Pengukuhan Kelas Transit Hari Ini ✨📚

Alhamdulillah, murid-murid Kelas Transit hari ini menjalankan aktiviti matematik dengan penuh semangat 🧠💫

Murid 6 tahun tekun dengan operasi tambah, manakala murid 4 tahun p**a seronok mengecam nombor 1 hingga 5 🔢😊

Dengan bimbingan guru, mereka bukan sahaja belajar, tapi juga membina fokus, keyakinan diri dan kemahiran menulis dengan lebih baik 🤍✏️

Tahniah semua! Teruskan usaha dan semangat belajar 🌟👏

05/06/2026

Khalid Al Walid berkata

"kesibukan aku berjihad menghalangku membaca Al Quran"

Apakah yang menghalang kita membaca dan menyibukkan diri membaca Al Quran. Khalid al walid menangis setiap kali membaca Al Quran

05/06/2026

Alhamdulillah, hari ini anak-anak melalui satu sesi Aktiviti Kreatif Mewarna yang sangat menyeronokkan 🎨✨

Dengan penuh semangat, murid-murid mewarna gambar menggunakan pilihan warna sendiri sambil dibimbing oleh guru 👩‍🏫🖍️. Mereka belajar cara memegang dan mengawal alat mewarna dengan betul, sambil melatih fokus untuk menyiapkan tugasan dengan berdikari.

Sepanjang aktiviti, jelas kelihatan kreativiti dan imaginasi mereka mula berkembang 🌈. Ada yang teliti memilih warna, ada juga yang berani mencuba kombinasi baru — semuanya menunjukkan perkembangan yang positif dan menggembirakan.

Lebih manis lagi, apabila karya mereka siap, terpancar rasa bangga dan keyakinan diri di wajah masing-masing 🌟💛

04/06/2026

Anak anak kita, bukan milik kita. ia amanah dari Allah. Allah perintah belajar cara didik anak cara yang Allah ajar dan redho. Baru anak akan jadi harta bernilai kita selepas kematian kita.

Ustazah Nazirah Abd Rahim

04/06/2026
Photos from Tadika Pintar Soleh's post 03/06/2026

Tips Memahami Tingkah Laku Anak Special Needs melalui Lensa Sensori & Terapi Al-Quran

Apa yang biasa saya terangkan kepada ibu bapa ialah:

Kadangkala tingkah laku anak sebenarnya bukan kerana mereka sengaja menjadi “nakal”, “degil” atau mahu membuat masalah.

Sebaliknya, ia mungkin cara mereka mencari input deria (sensory input) atau cuba mengawal tubuh dan emosi mereka yang sedang tidak seimbang.

Allah SWT berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Al-Isra’: 82)

Terutamanya apabila tiada pencetus yang jelas, tetapi tiba-tiba anak mula:

• Menggigit
• Mencubit
• Menarik rambut
• Menolak orang lain
• Berlari tanpa arah
• Terlalu aktif atau gelisah
• Terpaku pada objek atau rangsangan visual tertentu
• Mengulang-ulang pergerakan tertentu

Kadangkala tingkah laku ini adalah petunjuk bahawa sistem saraf mereka sedang mencari cara untuk menenangkan diri atau mendapatkan rangsangan yang diperlukan.

Sebab itu sebelum kita menghukum tingkah laku anak, kita perlu bertanya:

“Apakah yang sebenarnya sedang cuba disampaikan oleh anak melalui tingkah lakunya?”

Di Quranic Bloom, kami melihat tingkah laku sebagai satu bentuk komunikasi.

Apabila keperluan sensori anak difahami, kita boleh membantu mereka mendapatkan input yang diperlukan melalui cara yang lebih selamat, lebih teratur dan lebih menenangkan.

🌿 Di sinilah Terapi Al-Quran memainkan peranannya.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhan kamu, penawar bagi penyakit-penyakit yang berada di dalam dada, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Yunus: 57)

Melalui Quranic Therapy, anak dibantu dengan:

✨ Bacaan Al-Quran yang berirama tenang sebagai rangsangan auditori yang menenangkan sistem saraf.

✨ Aktiviti sensori sambil diperdengarkan murattal Al-Quran.

✨ Zikir dan doa yang membantu anak mengawal emosi dan fokus.

✨ Kaedah Head & Heart Touch Therapy dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

✨ Rutin Quranic yang konsisten bagi membantu regulasi emosi dan tingkah laku.

Allah SWT juga berfirman:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Al-Quran… kemudian menjadi lembut kulit dan hati mereka untuk mengingati Allah.”

(Az-Zumar: 23)

Kadangkala apa yang anak perlukan bukan lebih banyak teguran.

Kadangkala mereka memerlukan bantuan untuk menenangkan sistem saraf, mengawal emosi, dan merasai ketenangan yang Allah hadirkan melalui kalam-Nya.

🌸 Apabila kita memahami keperluan deria anak, kita akan lebih mudah melihat tingkah laku mereka dengan kasih sayang, bukan kemarahan.

Kerana setiap tingkah laku ada sebabnya, dan setiap jiwa ada jalannya untuk disentuh. Bagi kami, jalan itu bermula dengan cahaya Al-Quran.

Tadika pintar soleh
taska azwar
Quranic bloom
Nurturing Support with the Quranic Way

Ustazah Nazirah Abd Rahim

Photos from Tadika Pintar Soleh's post 02/06/2026

Membina kejayaan yang sebenar bermula dengan Allah dan berakhir juga dengan Allah.

Hari ini kami mengadakan Mesyuarat Semakan KPI dan Modul TPS bagi memastikan setiap modul, kaedah pengajaran dan sasaran pendidikan terus berada pada landasan yang betul.

Modul Quranic Way yang kami laksanakan bukanlah dibina secara sambil lewa. Ia lahir daripada proses kajian, pengalaman, pemerhatian, penambahbaikan dan perbincangan yang berterusan bersama pasukan modul kami. Allah Maha Menyaksikan setiap usaha, masa dan amanah yang dicurahkan dalam membangunkan modul ini demi manfaat anak-anak.

Sebagai hamba Allah, kami sedar bahawa setiap ilmu, idea dan kemampuan datang daripada-Nya. Justeru, kerja ini bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah dan ibadah yang akan terus kami galas dengan penuh tanggungjawab.

Dengan bersaksikan kalimah tauhid, kami akan terus berusaha, memperbaiki dan meneruskan perjuangan mendidik generasi melalui pendekatan Quranic Way, demi melahirkan anak-anak yang mengenal Allah, mencintai Al-Quran dan berakhlak soleh.

Permulaannya dengan niat yang ikhlas kerana-Nya, langkahnya dipandu oleh petunjuk-Nya, dan kesudahannya diharapkan mendapat reda serta rahmat-Nya.

Kerana kejayaan yang hakiki bukan sekadar mencapai apa yang kita impikan di dunia, tetapi apabila setiap usaha membawa kita semakin dekat kepada Allah dan berakhir dengan husnul khatimah.

Allah SWT berfirman:

وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“Dan tidaklah kejayaanku melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya aku kembali.”
(Surah Hud: 88)

🌿 Kejayaan sebenar bukan apabila manusia memuji kita, tetapi apabila Allah meredai kita.

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Taman Wirajaya
Parit Raja

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30