Transform UTHM

Transform UTHM

Share

Untuk menjadikan UTHM sebagai pusat pemikir, penyelidik, perunding dan pusat rujukan transformasi sosial dan pembangunan wilayah

Photos from Transform UTHM's post 28/04/2026

25 & 26 April 2026 | Kem Kepimpinan Jati Diri Anjuran Sekolah Kebangsaan Seri Kencana dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM

SK Seri Kencana dengan kerjasama TRANSFORM UTHM dan Persatuan Pandu Puteri Siswi UTHM telah berjaya menganjurkan Program Kem Kepimpinan Jati Diri pada 25 hingga 26 April 2026 bertempat di SK Seri Kencana, Simpang Renggam.

Program ini menyasarkan murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6 sebagai kumpulan sasaran utama. Penganjuran program ini bertujuan untuk membina jati diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program. Selain itu, satu sesi menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama antara TRANSFORM UTHM dan SK Seri Kencana turut diadakan sebagai simbolik pengukuhan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sekian.

Photos from Transform UTHM's post 20/04/2026

20 April 2026 | International Guest Lecture Anjuran Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Faculty of Medicine and Health Sciences (FMHS), UNISMUH, Indonesia dengan kerjasama TRANSFORM, UTHM telah berjaya menganjurkan sesi International Guest Lecture pada 20 April 2026 secara dalam talian melalui platform Zoom.

Sesi International Guest Lecture tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Suryani As'ad, Dekan FMHS, UNISMUH, Indonesia bersama Dr. Zahrul Akmal bin Damin, Pengarah TRANSFORM, UTHM.

Sesi ini turut menampilkan tiga orang penceramah iaitu Prof. Dr. Mohamad Zaky Noh daripada UTHM bersama Assoc. Prof. Ir. Muhammad Faisal dan Dr. Andi Weri Sompa daripada UNISMUH, Indonesia.

Sekian.

Photos from Transform UTHM's post 20/04/2026

17 - 19 April 2026 | Kursus Kepimpinan Belia Madani Anjuran Pertubuhan Etika dan Kepimpinan Global (GEL) Negeri Johor dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM

GEL Negeri Johor dengan kerjasama TRANSFORM, UTHM telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan Belia Madani Batu Pahat pada 17 hingga 19 April 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM.

Program ini diadakan untuk membangunkan potensi kepimpinan belia di Batu Pahat agar lebih berdaya saing, berintegriti dan berupaya menyumbang kepada pembangunan daerah serta negeri. Selain itu, untuk melahirkan belia yang proaktif dan berdaya tahan, mampu menghadapi cabaran sosial, ekonomi serta teknologi di peringkat tempatan.

Sekian.

Photos from Transform UTHM's post 20/04/2026

16 - 18 April 2026 | Bengkel Validasi Penyelidikan bagi Kajian Penglibatan Staf UTHM dalam Sukan dan Implikasi Terhadap Tadbir Urus UTHM

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM telah berjaya menganjurkan Bengkel Validasi Penyelidikan bagi Kajian Penglibatan Staf UTHM dalam Sukan dan Implikasi Terhadap Tadbir Urus UTHM (J094) pada 16 hingga 18 April 2026 bertempat di Grand Swiss-Belhotel Melaka.

Bengkel ini diadakan untuk membentangkan dan mengesahkan laporan dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis dokumen, soal selidik dan temubual berkaitan penglibatan staf UTHM dalam aktiviti sukan serta implikasinya terhadap tadbir urus universiti.

Sekian.

Photos from Transform UTHM's post 20/04/2026

16 April 2026 | International Guest Lecture Anjuran Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Yala Rajabhat University, Thailand

UNISMUH, Indonesia dengan kerjasama TRANSFORM, UTHM dan Yala Rajabhat University, Thailand telah berjaya menganjurkan sesi International Guest Lecture pada 16 April 2026 secara dalam talian melalui platform Zoom.

Sesi International Guest Lecture tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Andi Sukri Syamsuri, M.Hum (Vice Rector, UNISMUH, Indonesia) bersama Assistant Prof. Dr. Sainee Tamphu (Deputy Dean, Faculty of Humanities and Social Sciences, Yala Rajabhat University, Thailand) dan Dr. Zahrul Akmal bin Damin (Pengarah TRANSFORM, UTHM).

Sesi ini turut menampilkan tiga orang penceramah iaitu Dr. Aleyaah Masae daripada Yala Rajabhat University, Prof. Dr. Munirah Muin daripada UNISMUH dan Ts. Dr. Zurina Yasak daripada UTHM.

Sekian.

Photos from Transform UTHM's post 09/04/2026

6 April 2026 | Lawatan Penanda Aras Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM Ke Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

TRANSFORM, UTHM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 6 April 2026.

Lawatan ini dilaksanakan di bawah Geran Penyelidikan bertajuk “Amalan Terbaik Badan Beruniform di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (J016)” dengan tujuan untuk meneliti dan mengenal pasti amalan terbaik dalam aspek pengurusan serta pelaksanaan aktiviti badan beruniform. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan pertukaran idea dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program kokurikulum di UTHM.

Sekian.

Photos from Transform UTHM's post 09/04/2026

5 April 2026 | Lawatan Penanda Aras Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM Ke Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM)

TRANSFORM, UTHM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 April 2026.

Lawatan ini dilaksanakan di bawah Geran Penyelidikan bertajuk “Amalan Terbaik Badan Beruniform di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (J016)” dengan tujuan untuk meneliti dan mengenal pasti amalan terbaik dalam aspek pengurusan serta pelaksanaan aktiviti badan beruniform. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan pertukaran idea dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program kokurikulum di UTHM.

Sekian.

09/04/2026

3 April 2026 | Perbincangan Kerjasama Di Antara Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM dan Universitas Muhammadiyah Semarang (UNIMUS), Indonesia

Pada 3 April 2026 telah berlangsung sesi perbincangan kerjasama di antara TRANSFORM, UTHM dan UNIMUS, Indonesia bertempat di Kuala Lumpur.

Perbincangan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Selain itu, sesi ini turut membincangkan potensi pelaksanaan program bersama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Sekian.

09/04/2026

2 April 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Kursus Kepimpinan Belia Madani Anjuran Pertubuhan Etika dan Kepimpinan Global (GEL) Negeri Johor Dengan Kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM

TRANSFORM, UTHM telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kursus Kepimpinan Belia Madani anjuran GEL Negeri Johor pada 2 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat TRANSFORM, Blok B1, UTHM.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras perancangan, pelaksanaan dan pengisian program bagi memastikan kelancaran penganjuran kursus. Selain itu, perbincangan turut merangkumi aspek pengurusan, penglibatan peserta dan peranan setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Sekian.

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M! Salam Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Syawal ini membawa ketenangan, kegembiraan dan mengeratkan silaturahim.

Ikhlas daripada seluruh warga Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Photos from Transform UTHM's post 11/03/2026

10 Mac 2026 | International Guest Lecture Anjuran Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP), Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

FISIP, UNISMUH, Indonesia dengan kerjasama TRANSFORM, UTHM telah berjaya menganjurkan sesi International Guest Lecture pada 10 Mac 2026 secara dalam talian.

Sesi International Guest Lecture tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Andi Luhur Prianto, Dekan FISIP, UNISMUH bersama Dr. Zahrul Akmal bin Damin, Pengarah TRANSFORM, UTHM.

Sesi ini turut menampilkan tiga orang penceramah daripada UTHM iaitu Dr. Hafizah Zulkipli, Dr. Nor Kamariah Kamaruddin dan Prof. Madya Dr. Fadillah Ismail.

Sekian.

10/03/2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mimi Nahariah Azwani binti Mohamed, Felo Penyelidik, Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS14 berkuatkuasa pada 26 Januari 2026.

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Institut Transformasi Sosial Dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00