Adlil Rajiah
Repairing emotions & family relationships since 2013. Specialized in marriage, family, and parenting therapy. Master's Candidate in Family Counseling (USIM).
Author of 6 books. Penerima Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia. Hit the link to reach out!
06/09/2026
So buku terbaru saya ni memberi solusi kepada 12 kebimbangan terbesar mak ayah terhadap anak2 sekolah rendah mahupun sekolah menengah:
1. Anak s**a menyendiri, tak banyak cakap, jawab sepatah2, acah nonchalant / introvert sepanjang masa 😑
2. Anak obses video pendek, informasi pendek, dan keseronokan segera. Rasanya ni bukan anak je, mak bapak, atok nenek pun sama. Doom scrolling sampai 4 jam straight. Amboi dia.
3. Anak cepat koyak, tak boleh ditegur, terlalu sensitif, cepat resah gelisah tentang benda2 kecil.
4. Anak keliru dengan identiti diri. Macam ada “dunia lain”. Macam ada “imaginary audience” yang sentiasa memerhati dan menilai dia. Banyak benda merepek yang dikesahkan.
5. Anak kuat memberontak, lawan cakap, ikut kepala sendiri, ego tinggi, nak semua orang setuju dengan dia atau layan kehendak dia. Kalau gaji RM20k ok jugak. Sebab tak hensem takpe, janji kaya. Ehh?!
6. Anak hilang kepercayaan diri. Mula bercakap benda2 negatif tentang diri sendiri. Contohnya,
“Saya tak pandai.”
“Saya tak cantik.”
“Saya tak boleh berjaya.”
Ramai anak yang sering dibanding2kan rasa macam ni.
7. Anak lemas dalam pengaruh rakan sebaya dan “rakan cyber”. Dia lebih percaya kawan2 hingusan dia tu daripada mak bapak yang bagi perut dia kenyang setiap hari. Ini paling buat mak ayah gewram, rasa nak taruk je kat kem PLKN sebulan dua.
8. Anak terlalu manja dan tak mampu urus keperluan asas diri. Makan tak reti basuh pinggan. Baju dan tuala letak bersepah. Bilik tak kemas. Selalu hilang barang. Ingat mak ayah awak ni owner MR.DIY ke? Botol air dah 18juta kali ghaib. Amboi dia
9. Anak takut gagal. Taknak cuba benda baru. Taknak ambil risiko. Takut buat keputusan.
10. Anak tak reti menunggu atau tak boleh sabar. Tak selesa duduk tanpa buat apa2. Sebab dah terbiasa ada distraction sepanjang masa. Kita pun sama sebenarnya. Nak tunggu makanan 2 minit dalam microwave pun sempat capai phone j*p. Lahhh ter-aib kan diri sendiri.
11. Anak macam ada ciri narsisistik. Rasa diri selalu betul. Rasa diri layak. Sentiasa nak nampak perfect. Ada manip**ative behaviour. Ada toxic positivity. Topik 11 ni menarikkk! Sebab sepanjang saya mengendalikan anak2 yang ada pattern macam ni, saya nampak pattern yang sama pada mak ayah mereka juga. Whoops! 😆
12. Anak hilang kompas moral dan nilai diri. Ini paling bahaya. Bila anak mula percaya ideologi, pengaruh atau trend yang bercanggah dengan nilai kita sebagai orang yg beragama.
Berbekalkan 13 tahun pengalaman berkecimpung dlm arena keibubapaan dan kekeluargaan, serta mengendalikan sesi terapi pasangan & keluarga sejak 2 tahun lepas, semua yang dikupas dalam buku ini insyaAllah sahih, disandarkan kepada kajian empirikal dan penyelidikan terkini.
Bukan setakat sembang pengalaman mak-mak besarkan anak 6, 7, 8 orang. Yes, experience gives wisdom, tapi it's not enough and biased. Membesarkan anak ni takde formula one-size-fits-all.
Plus, cabaran parenting era digital ni unprecedented. Zaman kita membesar dulu takde algorithm yang sentiasa hijack dopamine dalam otak. We are dealing with a totally different beast! Sebab itu kita perlukan ilmu berfakta. Bukan pengalaman semata.
So boleh dapatkan buku ini secara online di sini: https://www.imanshoppe.com/ADLIL
Dah dapat buku nanti, jangan lupa baca bahagian penghargaan. Walaupun takde nama korang, tapi ada satu kebenaran yang pahit untuk ditelan. hahah 😌
Boleh join jugak sesi bedah buku ni di Telegram Ruang Ibu by IMAN: https://t.me/ruangiburehat
Happy exploring, dan semoga bermanfaat!
Salam sayang,
Adlil Rajiah
06/01/2026
Buku ke-6, alhamdulillah.
Tahun ni bersama IMAN p**a.
Tengok cover buku ni, mungkin itulah yang sedang berlaku dalam rumah kita semua. Termasuklah rumah yang menulis buku ni hahah.
Buku kali ni kita taknak sembang pasal "kawal-kawal" lagi dah. Lets be real, benda ni dah memang dah tak dapek dikawal. Almost impossibru. Anak 10 tahun ke atas, laaaaagilahhhh! 😫
So kita kena lebih bijak.
Kena tukar strategi.
Kita terus fokus pada URUS AKIBAT.
Apa nak buat bila anak DAH TERKESAN perkembangannya?
Apa nak buat bila anak DAH ADA tingkahlaku yang merosakkan?
Macam mana kalau kesejahteraan mental & emosi anak DAH TERGANGGU?
Apa nak buat buat bila pengaruh kita sebagai mak ayah makin rasa longgar, sebab anak lebih banyak absorb "didikan" algorithm?
APA NAK BUAT BILA KITA RASA DAH "KALAH" DENGAN SKRIN?
Haa itulah yang kita sembang dalam buku ni. Semuanya research-based from empirical & recent studies.
Bukan setakat sembang pengalaman mak-mak besarkan anak 6, 7, 8 orang. Yes, experience gives wisdom, tapi it's not enough and biased. Membesarkan anak ni takde formula one-size-fits-all.
Plus, cabaran parenting era digital ni unprecedented. Zaman kita membesar dulu takde algorithm yang sentiasa hijack dopamine dalam otak. We are dealing with a totally different beast!
So kita perlukan ilmu berfakta.
Boleh dapatkan buku yang masih panas dari kilang ni, di PBAKL (cari Booth IMAN), yang tengah berlangsung kat WTCKL sekarang.
Saya akan ada di sana 4 Jun (2-4pm) dan 5 Jun (5-7pm). Dua timing ni best sebab tak crowded sangat. Taklah berkicap sangat ketiak nanti 😆
Atau boleh dapatkan secara online di sini:
https://www.imanshoppe.com/ADLIL
05/04/2026
Kali kedua dijemput berceramah di Masjid Sri Sendayan. So dah boleh panggil usazahh ke camane? 😂
InsyaAllah Khamis ni (7 Mei) saya akan berkongsi sikit tentang kekeluargaan, sempena hari ibu.
Siapa free jemput la datang, masuk PERCUMA. Siap ada Mental Health Screening PERCUMA by The Hour Mental Care ! Boleh berbual-bual dengan kaunselor & psychologist THMC.
So datang ajak mak, kakak, nenek, kak leha jiran sebelah, kawan-kawan dalam wasap group. Jangan lupa pakai cantik-cantik. Sebab bila pergi Masjid Sri Sendayan ni terus rasa macam pelancong. Lain macam vibe luar negara hahah.
Kalau tetiba terdengar orang sebelah sembang loghat nogori, buek pokak yo lah, teruskan feeling pelancong dengan selfie stick masing2. 😆
So datang tau khamis ni. Kita raikan diri sesekali dalam majlis begini. Kita mak2 ni jarang penat sebab urus rumah / urus family. Tapi kita penat sebab tak sempat tanya khabar diri sendiri.
Bangun pagi terus kena "function". Mengurus emosi semua orang. Sampai lama2 kita rasa "Mana diri aku yang dulu? Yang positif, yang lembut, yang penyayang. Kenapa aku yang sekarang cepat marah, cepat sentap, cepat penat?"
So please come. Program ni bukan untuk mak2 yang “teruk”, yang "gagal". Tapi untuk mak2 yang masih memilih untuk bertahan, masih memilih untuk show up everyday. No matter how exhausting, walau bertubi-tubi rasa gagal.
I will see you soon ok!
📍 Masjid Sri Sendayan
🗓 Khamis, 7 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi
🎟 Terbuka untuk Muslimat
💛 Saringan Kesihatan Mental PERCUMA
Also, boleh tonton LIVE di Facebook:
04/24/2026
Baru tahu ada counselling & psychology center kat Cyberjaya 😌
Selama ni ingat Tamarind Square ni banyak tempat lepak je, rupanya ada satu hidden gem untuk mental health ekk.
So this place has been my second home since bulan Mac lepas. Dah sebulan perjalanan saya kat The Hour Mental Care ni sebagai Trainee Counsellor, specialised in Family, Marriage, Sexuality, and Parenting Challenges. Agitcheww
Honestly it has been such a heartwarming and wholesome journey. Hari2 dapat jumpa pelbagai jenis manusia from different walk of life, dengar struggle diorang, and just holding that safe space untuk proses segala keserabutan jiwa.
I feel like I'm exactly where I'm meant to be.
Dapat “pimpin” orang heal from trauma, manage daily stress and burnout, navigate depression dan anxiety. And my newfound passion sekarang, helping individuals overcome addiction dan self-harming habits.
Kadang dalam hidup ni kita tak perlukan immediate jawapan atau solusi pun. Kita cuma nak rasa didengari, difahami, dan diterima sebagai manusia je dulu, sebelum dapat rational semula utk cuba melangkah lagi.
Sometimes all we need, is a space that allows us to be human again. to feel human again.
Menerima diri sebagai manusia yang sememangnya diciptakan lemah, setiap detik berperang dengan bisikan2 dalam diri, buat silap berulang kali, sesekali gagal dan jahil dalam buat keputusan.
Bila dapat tengok klien slowly finding their footing again in their healing journey, that feeling is absolutely priceless.
Helping one person at a time.
Transforming one family at a time.
Fo a better ummah, insyaAllah
Saya perasan, culture yg dihidupkan oleh semua team & therapists kat The Hour Mental Care ni betul2 empowering dan sangat meraikan mental health. Bukannya paksa orang sembunyikan dan benamkan mental & emotional suffering.
Alhamdulillahh Allah temukan dengan tempat ni untuk saya tumpang berkhidmat.
Kalau korang pun baru tahu about this place, jom la singgah j*p hari ni dan esok.
Sebab 24 & 25 April ni kitorang ada buat Mental Health Open Day. Ada banyak benda FREEE!!
Ada FREE Mental Health Screening, FREE Consultation (5-10 min session dengan therapist), yang ni paling susah nak dapat.
Plus kalau korang book session with any counsellors atau psychologist kat sini, dapat diskaun RM20 woihh. Offer ni harini dan esok je.
Tak kisahlah korang tengah going through tough time ke, or just nak intai2 macam mana rupa bilik terapi kat sini, jemputttt datang.
Explore yourself, our doors are wide open for you. Kalau nak ajak selfie, pengerasnya cuma caffe latte double shots. Ehh?!
Jadi kesimp**annya kengkawan, lets normalize seeking help and taking care of our inner selves k. Take a moment for your mind.
Kalau korang ada kengkawan yang mungkin perlu tahu tentang post ni, sila forwardkan dengan segala hormatnya cikebum cikebum.
See you guys! Saya pun akan sama2 menggembleng tenaga, berkicap ketiak, menjayakan Mental Health Open Day ni.
Pakat pakat maihh.
Lokasi: The Hour Mental Care @ Tamarind Square
Tarikh: 24 & 25 April (10am-4pm)
01/23/2026
Kita pening tengok perangai budak-budak Gen Z & Gen Alpha. Kita rasa generasi kita dulu lagi better. Lebih kental, lebih sopan, lebih beradab, lebih rajin, lebih 'tough'.
Inilah yang dipanggil sebagai Generational Critics. Dan ini bukan benda baru. Ia skrip yang dah diulang-ulang berkurun lama sepanjang sejarah tamadun manusia.
Atok nenek kita dulu pun pernah kena label "lembik", "pemalas", "takde adab" oleh generasi atok nenek diorang.
Dan hari ni kita p**ak yang duk bising kata dak-dak Gen Z & Gen Alpha "tak beradab, lembik, mengada".
Kita p**ak yang duk kalut "jangan normalisekan jadi kawan kepada anak, nanti diorang pijak kepala".
Konon macam terpaling teruk la Gen Z & Gen Alpha sekarang.
Padahal Socrates (ahli falsafah Greek) yang hidup 400 tahun sebelum masihi pun pernah complain benda yang sama.
Socrates cakap: Generasi muda sekarang s**a bermewah, adab teruk, s**a hina autoriti, tak hormat orang tua, s**a sembang kosong. Mereka jadi 'tyrants' (tuan) di rumah mereka.
Wah bunyi dah macam status acik-acik kat facebook je kan?😆 Padahal Socrates cakap tu dah 2400 tahun dulu.
Ada satu ukiran artifak Mesir Purba (berusia 3000 tahun) yang diterjemah dan bermaksud: Zaman sekarang ni susah. Budak-budak dah tak hormat mak bapak.
Lahhh rupanya budaya kutuk mengutuk generasi muda ni memang dah wujud sejak azali ke macam mana? 😌
Tahun 1911, ada seorang veteran American Civil War ni pernah menulis dalam satu majalah. Kata dia, generasi muda dah hilang nilai patriotisme, takde disiplin, tak kental macam generasi askar dulu-dulu.
"Generasi muda" yang dia maksudkan tu ialah Silent Generation, iaitu atok nenek kepada generasi Baby Boomers. 😆
Nampak tak? Sebijik macam kita kutuk anak remaja hari ni kan? Konon tak kental macam kita dak-dak era 80-90an. Rupanya atok nenek moyang onyang kita pun pernah experience kutukan yang sama hahah.
Sekitar tahun 1950an, ramai parents waktu tu mengalami 'moral panic', sebab terlampau risaukan anak-anak diorang yang mula ada budaya s**a baca komik Superman & Batman.
Dan seorang pakar psikologi masa tu, Fredric Wertham tulis dalam buku dia 'Seduction of the Innocent', mengatakan komik adalah punca utama juvenile delinquency (budak-budak jadi jahat dan ganas bila baca komik). Wohhh!
So parents zaman tu punya 'moral panic' pasal pendedahan komik kat anak-anak diorang, sama la macam kita punya 'moral panic' hari ini pasal pendedahan TikTok, K-Pop, Roblox dan sebagainya.
Interesting kan?
So kenapa kitaran "Generational Critics" ni sentiasa berlaku? Yang pasti, bukanlah sebab generasi baru makin teruk.
Tapi sebab 4 faktor ni:
1. MANUSIA MENGALAMI 'ROSY RETROSPECTION'
Kadang otak kita ni brilliant dalam menipu kita.😌 Bila makin tua, otak secara automatik akan tapis memori. Kita cenderung untuk ingat zaman muda kita dulu sebagai "susah tapi best".
Kita ingat part kita naik basikal pergi sekolah, bawa beg berat, main luar berkaki ayam, panjat pokok, main bendang. Dan kita cenderung untuk “lupa” part-part yang kita malas belajar, lawan cakap mak ayah, tipu cikgu, 'koyak' bila kena usik dgn kawan-kawan.
So kita “anggap” zaman kita dulu best je semuanya.
2. 'KIDS THESE DAYS' EFFECT
Dr. John Protzko kata 'Kids These Days' effect ni adalah satu bentuk memory bias.
Kita kutuk budak-budak sekarang “tak beradab, malas belajar, lembik”, sebab kita LUPA yang kita dulu pun ada je momen tak hormat mak ayah, kutuk cikgu, memberontak, hilang motivasi belajar.
Kita biased sebab kita menilai budak-budak Gen Z & Gen Alpha harini menggunakan perspektif kita yang dah matang / dah dewasa, bukan perspektif kita masa umur sebaya diorang dulu.
Padahal kita dulu pun lebih kurang sama je. Cuma persekitaran membesar berbeza.
3. FENOMENA 'MORAL PANIC'
Ini terma sosiologi yang dipop**arkan oleh Stanley Cohen (seorang biochemist yang pernah dapat Noble Prize pada tahun 1986).
Kata dia, setiap generasi tua akan ada satu 'benda baru' yang diorang 'target' sebagai punca kerosakan generasi muda. Antara contoh,
Zaman 1900: Novel dianggap merosakkan anak
Zaman 1950s: Komik & muzik Rock n' Roll dianggap merosakkan
Zaman 1990s: Video games dianggap merosakkan
Dan zaman sekarang: Internet, Media Sosial, Smartphones dianggap merosakkan
Maksudnya bila ada teknologi atau budaya baru yang generasi tua tak faham atau tak boleh kawal, maka instinct pertama mereka ialah melabelkannya sebagai 'ancaman' kepada generasi muda.
4. DEFINISI "SUSAH" BERUBAH-UBAH
Ini paling penting. Kita kata generasi budak-budak hari ni lembik, cepat koyak, ‘naik kepala’ sebab diorang tak pernah kena rotan, tak main lumpur, tak pernah rasa hidup susah macam kita bla bla bla..
Tapi kita lupa bahawa 'toughness' (kekuatan) mereka hari ini diuji dengan cara dan suasana yg berbeza.
Kita dulu mungkin susah secara fizikal. Tapi anak-anak hari ni susah secara mental dan digital.
Kita dulu tak pernah hadap cyberbullying, sensory overstimulated, non-stop dopamine release daripada digital devices.
Kita dulu tak pernah rasa pressure untuk capai hidup 'perfect' macam dalam social media.
Kita dulu tak pernah compare hidup kita dengan 500 orang “kawan” yang kita hanya kenal secara online.
Kita dulu tak pernah dibanjiri dengan maklumat, expectation, dan social pressure se-dahsyat yang budak-budak harini alami.
Again, jangan nilai semua ni ikut perspektif kematangan yang kita ada sekarang. Tapi cuba nilai seolah kita berada pada umur anak-anak hari ni.
'Koyak' mereka hari ni berbeza dengan koyak kita dulu. Dan koyak bukan weakness. Ia cuma tanda seseorang itu sedang struggling and surviving.
Anak-anak hari ini bukan lembik, tapi dunia yang mereka lalui hari ini sangat tidak mudah dan memenatkan.
So sebagai generasi yang lebih matang, kita kena decide, NAK KUTUK KE NAK FAHAM? Next time bila kita rasa nak label Gen Z atau Gen Alpha begitu begini, sabaj*p.
Cuba tanya diri, "Adakah label yang kita bagi ni sohih, atau hanya generational critics yang dibisingkan oleh masyarakat sejak turun temurun?"
"Adakah budak-budak hari ni betul-betul biadap, atau kita yang tak realistik sebab anggap challenges & boundaries zaman sekarang sama macam zaman dulu?"
Gen Z & Gen Alpha tak perfect.
Generasi kita dulu pun tak perfect.
Generasi mak ayah atok nenek moyang onyang kita dulu pun tak perfect.
Betul, kritikan itu perlu untuk 'check and balance'. Tapi kritikan tanpa empati dan kefahaman hanyalah nostalgia yang bising, tak berasas, tak membina, dan sia-sia.
Maka memahami anak-anak Gen Alpha bukan pilihan, tapi kemestian.
Macam mana nak navigate dunia baru mereka, tanpa guna 'map' zaman kita dulu? Macam mana nak bentuk disiplin dan boundaries yang berkesan untuk dak-dak zaman sekarang?
Semua tu dah dibincang dalam Bengkel ‘Raising Gen Alpha’ haritu. Bengkel ni dah tamat, tapi still boleh tonton rakaman videonya (3 jam 20 minit). Boleh tengok bila-bila masa:
https://ezy.la/genalpha
https://ezy.la/genalpha
Satu hari nanti, Gen Alpha p**ak yang akan tengok anak-anak diorang, yang mungkin dah guna Neuralink Brain Chip untuk berhubung atau apa-apa teknologi ‘menakutkan’ pada masa akan datang.
Dan Gen Alpha akan cakap, "Haihhh budak-budak sekarang ni pelik betul la. Cepat koyak, pemalas, tak kenal erti susah. Zaman kita dulu main TikTok elok je." 😆
Kitaran ni takkan berhenti.
Yang boleh berubah, ialah kita.
Sama ada kita pilih untuk jadi pengkritik yang pokpekpokpek bising, atau jadi 'bridge' yang memahami dan menghubungkan perbezaan antara generasi.
Salam “generational critics” 😂,
Adlil Rajiah
(Your not-so-average family therapist)
01/20/2026
Rasa macam baru semalam duk cium leher masam dia, duk gomol paha berlipat dia, duk dukung dia ke hulu ke hilir. Tetiba hari ni suara dah garau, kaki dah saiz 40, bila peluk, muka kita setepek kat ketiak dia. Ketiak pun dah tengik tobat lahomm kita dibuatnya.😑
Rasa macam baru semalam orang duk panggil dia “seketul bebola daging”. Tetiba hari ni pergi mana-mana orang cakap:
“Kenapa tetiba dah tinggi ni?”
“Uishh dalamnya suara.”
“Eh dah ada misai.”
Baru aku paham, ini lah heartbreak yang paling halusss dan paling perlahannn yang semua ibu bapa perlu lalui.🥲
Patut la masa remaja dulu selalu dengar ayah cakap, “Dah besar kamu ni. Rasa macam baru semalam ayah dukung.”
Dan selalu dengar mama cakap, “I wish I could put you back in my tummy and make you small again”
Rupanya bukan nak anak jadi kecik balik supaya senang jaga, tapi sebab rindu rasa 'diperlukan' sepenuhnya macam dulu.
Bila anak makin mendewasa, kita mula sedar we are slowly ‘breaking up’ with them hari demi hari.
Dulu, kita ni dunia anak. Tapi makin lama, kita hanya salah satu watak kecil dalam dunia mereka. Thats the nature of child’s life phases.
Bak kata penulis Mia Freedman, kita bukan besarkan seorang anak je. Kita besarkan si newborn, si toddler, si preschooler, dan si remaja. Walaupun anak yang sama, tapi versi yang berbeza.
Dan yang paling sakit, kita tak sempat ucap “goodbye” pun kat setiap versi budak tu.
Tetiba tengok gambar 5 tahun lepas, kita baru sedar budak kecik dalam gambar tu dah tak wujud. Dah diganti dengan sorang lelaki bersuara garau acah nonchalant setiap masa.
Tapi disitulah sebenarnya terselit keikhlasan & kemuliaan menjadi ibu bapa.
Kita tetap all out, bagi sepenuh kasih sayang, berkorban segalanya (fizikal, mental, emosi) walaupun kita tahu ending nya adalah “melepaskan”.
Parenting is about preparing for a launch. Preparing for a “break up”. Kita invest segalanya untuk pastikan anak mampu berdikari, mampu terbang dan “tinggalkan” kita dengan selamat.
Kahlil Gibran tulis dalam puisi dia: jadi mak ayah ni macam busur panah, dan anak-anak adalah anak panah.
Busur kena membengkok sekuat mungkin supaya anak panah boleh memecut jauh ke depan. Busur tinggal di belakang, tapi dia tetap bangga tengok anak panah terbang jauh sampai tepat ke destinasi.
Itu lah mak ayah. Korbankan ego dan perasaan demi melihat anak terbang lebih tinggi, capai hidup yang lebih baik.
Walau sampai satu masa kita tahu, kita bukan lagi matahari yang jadi pusat orbit hidup anak. Kita tahu kita tidak lagi berada di carta teratas kehidupan anak.
Dalam teori psikososial Erikson, fasa remaja adalah fasa anak rewiring otak mencari identiti dan peranan kendiri. So thats why diorang nampak macam 'menjauh' atau rebel sometimes.
Tapi sebenarnya itu transition ke arah menjadi manusia yang mahu berdiri di atas kaki sendiri. Itu sebahagian milestone penting mereka.
So tugas kita bukan ikat atau kurung anak dalam rumah selamanya, tapi equip mereka dengan bekalan cukup supaya bila “breakup” itu benar-benar berlaku, mereka mampu survive sebagai manusia yg berguna.
So peluklah anak selagi boleh, walaupun dah start rasa cringe. Walaupun ketiak dah tengik. Walaupun mereka macam dah “tak perlukan” kita.
Raikan setiap saat 'breakup' yang perlahan ini dengan penuh rasa syukur. Sebab dalam setiap inci anak menjauh untuk berdiri sendiri, di situlah letaknya kejayaan kita sebagai “pemegang amanah”.
Kita tak kalah bila mereka pergi. Tapi kita menang sebab berjaya besarkan manusia yang mampu menggalas tanggungjawab khalifah tuhan.
Salam “slowest breakup” 😂,
- Adlil Rajiah
(Your not-so-average family therapist)
Get in touch:
ezy.la/parentrebootmalaysia
01/19/2026
5 suasana 'beracun' kat rumah yang kita kena stop sekarang sebelum anak lelaki mendewasa tanpa empati.
Kalau tak tahu nak mula dari mana untuk 'reset' karakter anak, tonton rakaman bengkel Raising Sons:
ezy.la/raisingsons
Anak lelaki tak belajar cara hormat wanita daripada buku teks atau ceramah motivasi, tapi daripada cara kita libatkan mereka di dapur dan cara kita berinteraksi di rumah.
Kalau kita rasa anak lelaki automatik akan jadi gentleman sebab masuk SBP, atau sebab hafal 30 juzuk, mungkin kita silap.
Berapa ramai lelaki yang nampak mulia, nampak “qawwam”, nampak alim di mata masyarakat, tapi di rumah jadi dictator yang memandang rendah pada isteri sendiri.
Karakter macam ni tak muncul tiba-tiba, tapi terbina daripada 5 suasana keluarga yang membesarkan mereka:
1. MELIHAT AYAH LAYAN IBU MACAM PEKERJA SURUHAN.
Menurut Social Learning Theory oleh Albert Bandura, anak faham tentang gender roles melalui pemerhatian. Bila anak lelaki membesar dalam suasana ayah goyang kaki sementara mak berhempas-p**as buat semua kerja rumah, anak akan faham "wanita adalah pekerja di rumah", yang tak perlu diendahkan, dihormati dan dihargai secara fizikal atau emosi.
2. “TAKPE” BILA ANAK BUAT SALAH
The Enabler Mom atau mak-mak yang jenis “takpe la.. biasa la..” setiap kali anak buat salah. Bila anak lelaki berkasar dengan adik, atau cakap kurang ajar, atau s**a mengusik kawan sekolah perempuan, kita just respon "biasalahh budak lelaki kan memang macam tuu". Maka kita sebenarnya tengah bagi lesen besar untuk perangai mereka jadi lebih toksik dan merosakkan.
Kajian menunjukkan anak yang membesar tanpa akauntabiliti terhadap perbuatannya akan mengalami kes**aran berempati, dan akan develop narcissistic traits, yang rasa dia je betul dan orang lain tak bernilai.
3. RUMAH DOUBLE STANDARD
Bila keluarga ada peraturan yang tak adil dalam bab kerja rumah. Anak perempuan kena pandai masak, pandai kemas rumah, pandai lipat kain sebab “nanti dah kawin kena pandai urus keluarga”. Tapi anak lelaki dibiarkan bilik bersepah, makan tak basuh pinggan, sebab “nanti dah kawin ada orang uruskan”.
Perbezaan begini akan tanam mindset dalam diri anak lelaki bahawa kerja rumah ni “low class” dan hanya untuk orang perempuan, dan mereka boleh disuruh-suruh. So bila dewasa, mereka pandang isteri sebagai “bibik” bukannya rakan kongsi yang sama penting.
4. “LELAKI MANA BOLEH NANGIS”
Ramai lelaki terperangkap dalam suasana emotional stunting. Mereka dilarang mengekspresi emosi sedih, empati, takut. Suasana keluarga begini mematikan saraf emosi anak lelaki.
American Psychological Association menunjukkan tekanan untuk jadi tough secara melampau boleh menyebabkan lelaki gagal memahami emosi orang lain. Bila tak faham emosi sendiri, macam mana mereka nak hormat dan faham emosi isteri atau orang sekeliling?
5. NORMALISASI LAWAK LUCAH
Ini suasana paling toksik dalam keluarga. Bila wujud perbualan berunsur objektifikasi di rumah. Bila bapa atau orang lelaki dalam keluarga selalu buat lawak lucah, atau komen tentang badan wanita, atau panggil wanita dengan gelaran yang merendahkan, maka anak lelaki mula anggap objectification itu normal.
Mereka nampak wanita sebagai objek untuk dinilai, ditertawakan, dipermainkan, dipergunakan, dan bukan sebagai manusia yang bermaruah.
So tak terkejutlah kalau satu hari nanti mereka layan pasangan macam mainan, sebab itulah vibe yang dihidangkan pada mereka sejak kecil.
So please, parents. Kalau kita tak betulkan cara besarkan anak lelaki, kita sedang membentuk seorang lagi lelaki yang menghancurkan.
Sebab tu kita tak boleh harapkan instinct semata-mata dalam mendidik anak lelaki zaman sekarang. Kita perlukan game plan yang solid.
Dalam rakaman bengkel Raising Sons ni ada banyak input untuk bantu kita faham psikologi anak lelaki. Supaya mereka mendewasa bukan sekadar jadi lelaki, tapi jadi 'Man of Honor'.
Lelaki yang bukan sekadar kuat fizikal, tapi tebal empati dan kebal integritinya!
Rakaman penuh bengkel Raising Sons "Membentuk Anak Lelaki Kebal Dalam Dunia Kurang Moral":
ezy.la/raisingsons
ezy.la/raisingsons
Ini macam cheat code untuk besarkan anak lelaki yang berkualiti. Semoga bermanfaat!
Parent Reboot Malaysia
01/04/2026
Bina keluarga dan besarkan anak-anak bukan satu perlumbaan.
Kadang bila skrol media sosial, tengok keluarga lain serba serbi perfect, auto rasa down dan rasa kurang. Padahal hakikatnya setiap keluarga ada battle yang kita tak nampak.
So breathe. Biar slow, biar tak perfect. Asalkan kita hadir dan genuine untuk yang di depan mata. Bukannya sibuk jaga “air muka” dan stres nak capai unrealistic fantasy.
You are doing enough, insyaAllah. 💪
Adlil Rajiah
(Parenting & Family Counselling)
01/04/2026
Dalam bilik ni, banyak jiwa retak cuba dicantum semula. Banyak jurang rasa yang cuba didekatkan kembali.
Buat yang pernah duduk di sofa ini bersama saya, yang datang from different walks of life, yang membawa satu tujuan yang sama:
to find yourself again. To recollect the scattered pieces of your soul.
Yang sanggup datang dari jauh untuk mengubat hati, untuk rasa ‘hidup’ semula.
Terima kasih.
I’ve learned a lot from you.
Terima kasih kerana berani. Terima kasih sudi jadikan bilik ini your safest place in the world buat seketika. Terima kasih izinkan dinding-dinding ini menyimpan rahsia paling berat.
Bilik ni saksi segala tangisan yang selama ini ditahan-tahan. Bilik ni saksi sisi vulnerable yang disorok rapi daripada dunia. Bilik ni saksi perjuangan bisu untuk berdamai dengan takdir dan memaafkan diri.
Setiap kali tamat sesi, doa saya sentiasa sama:
Semoga kalian bertemu semula ‘diri’ yang telah lama hilang. Semoga sesak di dada diganti dengan rasa lapang. Semoga beban di fikiran perlahan-lahan terasa ringan.
Counseling isn't the only way to heal. But surely, it is the safest space to unlearn and relearn about yourself, to unpack and repack your pain.
Ia peluang pada diri untuk kembalikan "sense of self" yang hilang.
"Hardships often prepare ordinary people for an extraordinary destiny” - C.S. Lewis
Semoga 2026 membawa sinar baru. Doa saya mengiringi setiap jiwa yang sedang bertarung sendirian di luar sana.
Yang struggle with silent battles yang tiada siapa tahu. Yang hari-hari rasa nak give up, tapi masih memilih untuk bertahan satu hari lagi.
You matter. Your pain is valid.
Your existence is important.
Tetiba teringat lagu Billy Joel, "Slow down, you're doing fine. You can't be everything you want to be before your time."
Apa satu ayat yang korang nak bagitahu pada diri sendiri sekarang? Tulis kat komen, saya nak baca.
Mine is,
“Trust Allah, you’ll be fine” ❤️
Adlil Rajiah
(Parenting & Family Counselling)
12/30/2025
Validate emosi takkan tukar anak jantan kita jadi 'princess'. Kita nak besarkan anak lelaki yang matang emosi, yang tak payah pecahkan pintu atau tengking orang untuk lepaskan perasaan. Mereka ada vocabulary untuk rasa sedih, tanpa rasa hina. "Validate emosi" tak lahirkan gangster atau pondan, tapi lahirkan pemimpin keluarga yang waras dan matang.
Kita selalu berat sebelah. Bila anak perempuan monyok, kita risau, kita peluk, kita pujuk. Tapi bila anak lelaki monyok, kita terus "Alahh benda kecil pun nak nangis. Macam pompuan."
Pastu bila mereka dewasa, kita question "kenapa lelaki takde perasaan?". Sedangkan hakikatnya mereka bukan takde perasaan, tapi dah dilatih dari kecik untuk benamkan semua rasa.
Dalam buku The Boy Crisis yang ditulis oleh Dr. Warren Farrell, anak lelaki yang tak diizinkan beremosi dengan betul, cenderung berhadapan masalah sosial, disiplin, dan kawalan diri.
Tanpa emotional literacy, anak lelaki membesar sebagai manusia yang mengenal satu emosi sahaja iaitu MARAH. Sebab marah selalunya dianggap "maskulin" dalam masyarakat.
Berikut adalah 11 CARA SALAH VALIDATE EMOSI ANAK LELAKI yang kita selalu buat tanpa sedar:
1. "Lelaki mana boleh nangis"
Ini toxic masculinity yang paling biasa dalam masyarakat. Bila kita sekat tangisan, kita sebenarnya sedang mematikan fungsi tear ducts yang secara biologinya berfungsi untuk mengurangkan hormon stres (kortisol). Kita sedang melatih anak untuk "numb" dengan perasaan sendiri.
2. Bandingkan dengan anak perempuan
"Tengok kakak tu, relaks je. Awak ni lembik sangat kenapa?" Perbandingan ni bina rasa rendah diri yang mendalam. Anak lelaki akan rasa insecure dengan identiti jantina mereka hanya kerana mereka mempunyai perasaan.
3. Cepat sangat "Fixing"
Bila anak mengadu, kita terus bagi solusi. Kita lupa hadirkan empati dan emotional connection. Kajian The Gottman Institute menunjukkan tanpa empathy, anak akan rasa "dismissed" walaupun solusi yang kita bagi tu betul.
4. Guna sindiran (Sarcasm)
"Eh hero papa ni dah jadi princess ke?" Sarcasm macamni hancurkan psychological safety anak. Mereka mula faham, luahkan perasaan hanyalah sesuatu yang memalukan dan boleh dijadikan bahan jenaka.
5. "Benda kecik je pun, takyah drama sangat."
Ini dinamakan gaslighting. Kita menafikan realiti emosi mereka. Bagi kita kecil, tapi bagi kapasiti otak anak yang belum matang sepenuhnya, ia berat dan besar.
6. 'Suap' supaya diam
Bila anak sedih atau marah, kita terus bagi game atau aiskrim supaya dia berhenti nangis. Ini melatih emotional eating atau distraction addiction. Mereka tak belajar self-regulation, tapi belajar "escape" emosi. Nanti bila besar, mereka s**a lari dari konflik dan masalah, sebab tak mahir urus difficult situations.
7. Melabel dengan gelaran negatif
"Anak manja", "Cengeng", "Pondan". Label macamni akan melekat dalam subconscious mind anak sampai dewasa. Mereka akan buat keputusan hidup berdasarkan label yang diberi. Mula lah rasa diri "tak cukup lelaki" dan teringin nak jadi "jantina lain".
8. Paksa "Man Up" terlalu awal
Kita nak anak jadi kuat, tapi kita lupa kekuatan sebenar datang daripada keberanian untuk jadi vulnerable. Anak lelaki yang dipaksa keras akan membesar dengan "repressed emotions" yang biasanya terzahir dalam bentuk keganasan (aggression) di sekolah / di rumah.
9. Kaitkan emosi dengan agama dengan cara salah
"Kenapa nangis? Kenapa stres? Orang beriman tak stres tau. Ini mesti banyak dosa". Menggunakan agama untuk menekan emosi (Spiritual Bypassing) sangat bahaya. Ia buat anak rasa berdosa dengan hanya menjadi "manusia". Sedangkan Nabi SAW pun ada fasa menangis dan depressed.
10. Mengabaikan (Silent Treatment)
Bila anak lelaki tantrum atau emotional, kita biarkan dia settle sorang-sorang. Menurut kajian, social rejection and emotional neglect mencetuskan kesakitan yang sama dalam otak seperti kesakitan fizikal. Parut mental selalunya lebih bahaya berbanding parut fizikal.
11. Kasih sayang bersyarat
Kita puji dan peluk hanya bila anak "behave" atau jadi "strong boy." Bila dia lemah, kita menjauh, mengejek. Anak mula faham, mereka hanya layak disayangi bila mereka kuat dan tidak beremosi.
Kita mungkin tak sengaja buat silap-silap kat atas sebab kita pun mungkin dibesarkan macam tu. It’s not our fault, but it IS our responsibility untuk ubah naratif ini.
Validate emosi TIDAK menjadikan anak lelaki kita lembik macam tisu. Tapi menjadikan mereka lelaki yang real. Lelaki yang matang emosi, tahu beza marah, kecewa, sedih. Lelaki yang tak perlu tumbuk dinding atau jerit kat orang lain untuk lepaskan perasaan.
Sebab tu dalam Bengkel Raising Sons baru-baru ni, selama hampir 3 jam saya guide ibu bapa untuk kembali kepada asas, kembali kepada 'apa yang betul' dan bukan 'apa yang biasa'.
Supaya kita betul-betul bina karakter anak lelaki, yang bukan saja kebal fizikal, tapi kebal jiwa.
Validate emosi tu simple je sebenarnya.
Tapi sebab kita tak biasa.
Dalam dunia sekarang yg makin keras, dan moral compass makin hilang. Kalau kita tak equip anak lelaki dengan kemahiran emosi dari sekarang, dunia luar akan pesongkan mereka hidup-hidup.
Dan kita tak boleh ubah dunia luar, tapi kita boleh usahakan apa yang depan mata.
Rakaman penuh bengkel Raising Sons "Membentuk Anak Lelaki Kebal Dalam Dunia Kurang Moral":
ezy.la/raisingsons
ezy.la/raisingsons
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Elizabeth, NJ