Random For all
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Random For all, Blogger, Victoria.
SABAH TIPU TIPU ๐คฃ
Kebakaran Kenderaan di Jalan Bongawan
24/11/2025
LAHAD DATU : Tiga maut manakala seorang kanak-kanak parah selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler bermuatan kernel sawit sebelum diseret kira-kira 30 meter dalam nahas di Jalan Dewata, Pondok Ketam, Lahad Datu, tengah hari tadi.
Mangsa terkorban ialah Razlan Ismail, 56; Mohamad Shahril Saharudin, 43; dan Junainah Sakkala, 39, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun. parah.
Keempat-empat mangsa berada dalam Toyota Innova yang datang dari arah Lahad Datu menuju Kunak.
23/11/2025
๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐บ๐ธ๐ฎ๐ป.
๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐น๐๐บ๐ฝ๐๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐๐๐ฎ๐ฟ, ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐๐ฎ๐ด๐ถ.
Sejarah politik Sabah bukan sekadar tarikh dan peristiwa ia adalah kisah bagaimana suara rakyat berkali-kali cuba ditekan, namun tetap bangkit dengan keberanian.
Pada tahun 1986, rusuhan tercetus selepas parti-parti yang kalah cuba menggugat kestabilan negeri. Dalam suasana tegang itu, kerajaan PBS di bawah Pairin Kitingan memilih jalan demokratik: snap election untuk mengembalikan mandat kepada rakyat. Dan rakyat Sabah memilih dengan jelas.
Namun kemenangan PBS pada ketika itu membawa kepada babak baharu iaitu 'Operasi Talkak' (1990-1991). Beberapa pemimpin Sabah, termasuk tokoh-tokoh yang hanya menuntut keadilan pembahagian hasil bumi 50-50 satu tuntutan logik dan sah ditahan tanpa bicara. Tuntutan itu mencabar perjanjian minyak yang hanya memberikan 5% kepada Sabah dan 95% kepada Persekutuan. Inilah saat di mana suara Sabah mula dianggap ancaman.
Tidak lama selepas itu, selepas USNO dan BERJAYA kalah berturut-turut, UMNO dibawa masuk ke Sabah dengan kerjasama Tun Mustapha dan Harris Salleh. Tujuannya jelas iaitu menguasai jentera politik dan pentadbiran untuk meruntuhkan PBS yang ketika itu mendapat sokongan rakyat.
Sejarah ini bukan untuk membuka luka lama tetapi untuk mengingatkan kita bahawa setiap undi Sabah mempunyai harga dan kuasa yang besar. Kekuatan rakyat pernah menggugat struktur nasional. Dan ia boleh berlaku sekali lagi.
๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ป๐ฑ๐ถ,
Wahai rakyat Sabah, sejarah ini bukan sekadar cerita lama ia adalah cermin untuk masa depan. Jangan biarkan sesiapa membeli keberanianmu, memanipulasi emosimu, atau mengulangi helah politik yang pernah merampas suara kita dahulu.
Undi bukan sekadar kertas tapi ia adalah perisai, suara, dan maruah negeri. Pilih dengan mata yang celik, hati yang tegas, dan ingatan yang panjang.
Sabah telah lama bangkit.
Kini, tugas kita ialah untuk memastikan ia terus berdiri. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kali lah!
23/11/2025
Apalaitu ... Pok silap ka angkol ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Victoria