APM Sebatik
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"
30/05/2026
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026 kepada seluruh masyarakat Sabah, khususnya warga Tawau yang meraikannya.
Pesta Kaamatan merupakan simbol kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah. Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan kekayaan tradisi dan adat resam pelbagai kaum, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat keharmonian dalam masyarakat majmuk.
Sempena sambutan yang penuh bermakna ini, warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau mengucapkan "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan", semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua.
Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati kepelbagaian budaya serta bersama-sama memelihara keamanan dan kesejahteraan demi kemajuan negara.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026!
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
27/05/2026
πβ¨ SALAM AIDILADHA 1447H | 2026 β¨π
Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 H.
Lebih daripada sekadar sambutan, Aidiladha adalah lambang ketulusan dan kepatuhan kita dalam melaksanakan tanggungjawab serta saling membantu. Semoga semangat korban ini terus mengikat ukhuwah kita dalam membina sebuah masyarakat yang prihatin, bersatu padu, dan sejahtera.
Di kesempatan yang mulia ini, kami menzahirkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya, dikurniakan afiat yang baik, dan berbahagia menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.
ΩΩΩ ΩΩΩΩΨ§ΩΩ Ω±ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨΩΩΩ
ΩΩΩΨ§ ΩΩΩΩΨ§ Ψ―ΩΩ
ΩΨ’Ψ€ΩΩΩΨ§ ΩΩΩΩΩ°ΩΩΩ ΩΩΩΩΨ§ΩΩΩΩ Ω±ΩΨͺΩΩΩΩΩΩΩΩ° Ω
ΩΩΩΩΩ
Ω
"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu..."
βBerkorban Dengan Ikhlas, Berkhidmat Demi Masyarakatβ
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Maaf zahir dan batin daripada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
18/05/2026
DILARANG PANIK! HUBUNGI NG MERS 999...
JOM MUAT TURUN APLIKASI SAVEME999
PerhatianβΌοΈ
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyeru kepada seluruh masyarakat untuk muat turun Aplikasi SaveMe999 bagi memastikan anda sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang situasi bencana dan kecemasan.
Melalui aplikasi ini, ia akan memudahkan penyampaian maklumat lokasi yang tepat kepada pihak berautoriti bagi membantu mempercepatkan respon kecemasan.
Jom muat turun sekarang sebagai langkah keselamatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga. Pautan juga disediakan melalui IOS dan Android :
A. Android Google Play Store:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.saveme999
B. iOS Apple App Store:
https://apps.apple.com/my/app/saveme-999/id6748721853
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Komunikasi
**
17/05/2026
17 MEI 2026 (AHAD) - Satu latihan asas bagi kemahiran ascending dan descending telah dilaksanakan dengan jayanya oleh APM Pulau Sebatik yang berlangsung di Batalion 7 RAMD Kem Kabota Tawau. Latihan ini telah disertai oleh barisan pegawai APM Sebatik, MyASPA-O, dan MyASPA-P.
Latihan intensif ini diadakan khusus untuk memantapkan kecekapan teknikal, menguji ketahanan fizikal, serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota dalam mengendalikan operasi menyelamat di kawasan altitud tinggi, struktur bangunan, mahupun lurah yang curam.
Sesi latihan bermula seawal pagi dengan taklimat keselamatan komprehensif serta pemeriksaan rapi ke atas peralatan menyelamat seperti harness, tali statik, peranti ascender, dan descender. Seterusnya, para peserta menjalani latihan praktikal menuruni tebing atau bangunan (descending) dan memanjat tali (ascending) secara terkawal dengan penekanan kepada aspek imbangan serta kawalan kelajuan yang betul.
Secara keseluruhannya, latihan yang tamat pada petang hari tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Semua anggota telah mempamerkan komitmen dan disiplin yang tinggi, sekali gus membuktikan kesediaan APM untuk dikerahkan pada bila-bila masa demi keselamatan masyarakat.
βSedia, Pantas dan Berintegritiβ
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Ikrar Belia Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan
APM PUPA Pulau Sebatik
Tarikh: 15 Mei 2026
Tempat: Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Pulau Sebatik
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik menzahirkan semangat patriotisme dan komitmen golongan belia melalui lafaz Ikrar Belia Malaysia, sebagai lambang perpaduan, disiplin dan kesungguhan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Sebagai pasukan yang sentiasa bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran serta situasi bencana, warga APM Pulau Sebatik komited untuk terus memperkukuh nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan semangat perpaduan dalam usaha membentuk generasi belia yang berwawasan, berintegriti dan berjiwa rakyat.
Belia merupakan aset penting dan peneraju utama yang akan menentukan kekuatan serta kemajuan negara pada masa hadapan.
Dengan semangat βSentiasa Siap Sediaβ, APM Pulau Sebatik akan terus melahirkan belia yang tabah, berani dan berdedikasi tinggi dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
13/05/2026
ππ’π ππ’πππ’πͺ, ππππ πππ‘ π¦πππ₯π π ππππ π¦π’π¦πππ π₯ππ¦π π ππ£π
Untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini mengenai aktiviti, program, isu-isu semasa dan sebagainya, anda boleh ππ’πππ’πͺ, ππππ & π¦πππ₯π Media Sosial Rasmi ππ‘ππππ§ππ‘ π£ππ₯π§ππππ‘ππ‘ ππͺππ π ππππ¬π¦ππ (ππ£π ) bagi mengikuti sebarang perkembangan terkini dengan lebih sahih dan tepat.
ππππππ’π’π
https://www.facebook.com/officialpageAPM/
ππ‘π¦π§πππ₯ππ
https://www.instagram.com/mcdf.my/
π«
https://x.com/APMtwiter
π§πππ§π’π
https://www.tiktok.com/
π¬π’π¨π§π¨ππ
https://www.youtube.com/
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Terus bersama APM.
Jabatan Perdana Menteri
**
13/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
KG SG TONGKANG PULAU SEBATIK
Tawau
91000