Monsoon Rugby Club

Monsoon Rugby Club

Share

MONSOON RUGBY CLUB πŸ‰

Photos from Monsoon Rugby Club's post 28/08/2026

πŸ† TAHNIAH MONSOON GIRLS! πŸ†

Tahniah Monsoon Girls Senior atas kejayaan Johan Kategori Plate dan Monsoon Girls Junior yang meraih Tempat Ke-4 Kategori Cup dalam Thunderstorm Championship Peringkat Kebangsaan di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Kejohanan ini tetap meriah dengan kehadiran atlet-atlet baharu. Tahniah kerana berani mencuba dan melangkah dalam sukan ragbiπŸ‘

Semoga banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari untuk menghadapi perlawanan akan datang. πŸ’ͺπŸ‰

Teruskan usaha, teruskan belajar, teruskan melangkah! β€οΈπŸ’™

10/08/2026

Berbeza sekolah tetapi demi nama Mersing dan Johor πŸ‰πŸ†

Photos from Monsoon Rugby Club's post 03/08/2026

Tahniah buat barisan pemain Monsoon Rugby Club yang telah berjuang habis-habisan di Kejohanan All Girls Touch Rugby MILO Peringkat Kebangsaan!

Bukan mudah bertanding di pentas tertinggi kebangsaan, tetapi adik-adik ini membuktikan bahawa nama Mersing mampu berdiri sama tinggi dengan kelab-kelab hebat yang lain.

πŸ† Pencapaian Pasukan:
πŸ₯ˆ U9: Naib Johan Cup
πŸ₯ˆ U10: Naib Johan Plate
πŸ₯‡ U12: Johan Bowl

Syabas dan terima kasih kepada wira-wira cilik kita daripada SK LKTP Nitar 2, SK Sri Mersing, SK Tenglu, SRAB Mersing dan SK LKTP Tenggaroh 1.

Terima kasih buat semua pengurusan kelab, jurulatih, dan ibu bapa atas pengorbanan masa dan tenaga. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang!

Terus menyokong Monsoon Rugby Club! πŸ’ͺπŸ‰

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
Pejabat Daerah Mersing
Unit Sukan, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
YB Youzaimi

Photos from Monsoon Rugby Club's post 31/07/2026

Bismillah... The Journey Begins! πŸ‰πŸ”₯

Seramai 34 orang wirawati Monsoon Girls sedia berjuang di Kejohanan All Girls Touch Rugby Milo Peringkat Kebangsaan di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) pada 1 Ogos 2026 ini!

Di kesempatan hari Jumaat yang penuh barakah ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat semua insan berhati mulia yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi tenaga, masa, mahupun wang ringgit. Tanpa sokongan anda semua, perjalanan kami tidak akan sampai ke tahap ini. ❀️

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda, dimewahkan rezeki yang berlipat ganda, dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Mohon selitkan doa buat perjuangan anak-anak Monsoon Girls agar dipermudahkan segala urusan dan membawa pulang kejayaan! πŸ€²πŸ»πŸ†

Photos from Monsoon Rugby Club's post 26/07/2026

Jangan penat belajar πŸ‰
Photo by Cikgu Nadia πŸ“Έ

Photos from Monsoon Rugby Club's post 24/07/2026

Monsoon bonding time πŸ‰

19/07/2026

Monsoon Girls bonding time πŸ‰

Photos from Monsoon Rugby Club's post 12/07/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN 3 PENJURU πŸ‰

Terima kasih Thunders Ladies & Cobra Ladies atas satu hari yang penuh semangat, pengalaman dan persahabatan.

Monsoon Girls akan terus belajar, berkembang dan membawa nama Mersing dengan bangga. πŸ’š

Anak Jati Mersing. Proud. πŸ’ͺ

πŸ“… Ahad | 12 Julai 2026
πŸ“ Padang Ragbi SK Sri Pantai, Mersing

10/07/2026

DRIVEN BY EXCELLENCE: MONSOON RUGBY CLUB Γ— OUR 2026 SPONSORS πŸ‰πŸŒŠ

Salam Jumaat yang mulia.

Monsoon Rugby Club ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penaja kami bagi tahun 2026 ini. Sokongan padu pihak tuan/puan amat bermakna dalam memacu kecemerlangan kelab ke tahap yang lebih tinggi.

Sempena hari yang penuh keberkatan ini, kami mendoakan semoga syarikat-syarikat penaja kami sentiasa dimewahkan rezeki, diberkati segala urusan perniagaan, dan terus maju jaya.

Terima kasih kerana mempercayai dan menyokong visi Monsoon Rugby Club. 🀝

Want your business to be the top-listed Media Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Monsoon Rugby Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Shah Alam.