MDTangkak
Majlis Daerah Tangkak Bersih, Hijau Dan Bahagia Ke Arah Perbandaran Bersih , Hijau, Bahagia Menjelang 2030.
15/05/2026
π’ MAKLUMAN PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN CUKAI HARTA (HUJUNG MINGGU)
Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Tangkak akan membuka kaunter kutipan Cukai Harta pada hari Sabtu dan Ahad bagi memudahkan urusan pembayaran orang awam.
π Tarikh & Lokasi:
πΉ 16 & 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
β° 9.00 pagi β 1.00 petang
π Parking NAFAS MALL, Kesang
π Perhatian:
βοΈ Sila bawa salinan bil cukai harta terdahulu atau Notis e-Penggal 2/2025 untuk rujukan
βοΈ Pembayaran hanya boleh dibuat melalui kad debit / kad kredit / QR Pay atau e-wallet
β Kegagalan menjelaskan cukai boleh dikenakan denda lewat, tindakan undang-undang dan sitaan harta
π Sebarang pertanyaan:
06-978 1261 / 06-978 2201 / 011-5907 5920
π§ [email protected]
π www.mdtangkak.gov.my
Kerjasama dan keprihatinan anda amat dihargai.
Bayar cukai, tanggungjawab bersama.
Pmr Penerangan Tangkak Pejabat Penerangan Daerah Tangkak
Warga Tangkak My Amazing Tangkak MEDIA DIGITAL JOHOR We Love Tangkak Page Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak
14/05/2026
12/05/2026
TikTok Β· Jafni Shukor 138 likes, 22 comments. βSusulan pengumuman oleh YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor semasa Majlis Penyampaian Perumahan Kasih Johor Fasa 2 yang lalu, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026. Antara penambahbaikan tersebut ialah bagi Bant...
12/05/2026
πππππππ πππππ πππππ ππππππ π
πππ ππππ π
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan pasukan sepak takraw Daerah Tangkak yang berjaya muncul sebagai juara dalam Festival Sukan Antara Agensi dan Jabatan Negeri Johor (FSAJ) 2026 yang telah berlangsung di Mersing selaku tuan rumah.
Lebih manis, sukan sepak takraw ini merupakan kali pertama dipertandingkan dalam temasya FSAJ.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YM Puan Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Pegawai Daerah Tangkak atas kepercayaan yang diberikan kepada MDT sebagai jabatan angkat serta kepada Tuan YDP selaku pengurus pasukan sepak takraw.
Terima kasih juga kepada pihak urusetia FSAJ, para pemain serta semua yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sehingga kejayaan ini berjaya dicapai.
Tahniah buat semua pemain dan kontinjen Daerah Tangkak. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Pejabat Daerah Tangkak Pejabat Tanah Tangkak Polis Daerah Tangkak JKR Tangkak Pejabat Penerangan Daerah Tangkak My Amazing Tangkak MDTangkak
10/05/2026
Sekalung tahniah diucapkan atas kurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Datoβ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada lima orang Pegawai Tadbir Negeri Johor:
- Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Shubanah binti Yusuf
- Yang Berhormat Datoβ Haji Nasri bin Md. Ali
- Yang Berhormat Datoβ Haji Mohd. Radzi bin Mohd. Amin
- Yang Berhormat Datoβ Haji Hasrin Kamal bin Hashim
- Yang Berhormat Datoβ Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali
Menjunjung Kasih Tuanku atas pengurniaan darjah kebesaran yang amat disanjungi ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi inspirasi dan pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta menabur bakti yang tidak berbelah bahagi demi Johor Darul Ta'zim.
Ikhlas Daripada
Yang Dipertua,
Setiausaha, Ahli Majlis Dan Warga Kerja
Majlis Daerah Tangkak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Pejabat Besar Majlis Daerah Tangkak
Tangkak
84900
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |