SK HICOM RASMI

SK HICOM RASMI

Share

Medan Perkongsian Maklumat antara Guru, Ibu Bapa dan Murid. Pelbagai aktiviti dan sebaran akan dipaparkan dalam SK HICOM FB RASMI.

27/05/2026

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua warga SK HICOM ๐Ÿ˜Ž

Photos from SK HICOM RASMI's post 23/05/2026

Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring SK HICOM yg telah menjadi Johan dalam Kejohanan YANC x HEVEA Netball Carnival yang diadakan di RRI Sg Buloh sebentar tadi.

Dengan kerjasama erat di antara jurulatih, ibubapa yg dtg memberi sokongan dan semangat yg jitu dari setiap pemain telah membuahkan hasil. Anugerah Best Attacker & Anugerah Best Shooter juga dimiliki oleh Pemain kita. Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ˜ƒ

Semoga kemenangan ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK HICOM. HICOM TERBAIK ! ๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ

23/05/2026

Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.

Hendak seribu daya, maka seribu jalan akan terbuka๐Ÿ”ฅ
TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada Muhammad Emir Syah atas pencapaian beliau dalam Kejohanan Merentas Desa PPKI MSSM di Johor baru-baru ini.

Alhamdulillah, pencapaian ini sebagai tanda keberanian, kesungguhan dan jiwa yang tidak pernah gentar untuk mencuba.

Insya-Allah, semoga pencapaian ini menjadi batu loncatan untuk beliau menjadi lebih baik pada tahun hadapan. Serta menjadi contoh tauladan buat murid-murid lain kelak.

Sebagai penutup, terima kasih buat seluruh warga SK HICOM yang telah memberikan sokongan dan dorongan atas pencapaian ini. Semoga dengan usaha sama ini SK HICOM dapat melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet yang berdaya saing ๐Ÿ’

Photos from SK HICOM RASMI's post 21/05/2026

Majlis Sambutan Hari Guru SK HICOM 2026

Tarikh : 19 Mei 2026
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi - 12.50 tengahari
Tempat : Laman Murni
Tema : Santai Di Rumah

20/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAKLUMAN :
CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

๐Ÿ“ Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2026 bermula pada 23 Mei 2026 - 7 Jun 2026.

๐Ÿ“ Murid akan kembali ke sekolah pada 8 Jun 2026 | Isnin

19/05/2026

Selamat Maju Jaya
Muhammad Emir Syah Bin Mohd Shahril

Yakin penuh pasrah, padaNya yang kuasa kita berserah, semoga berjaya menamatkan larian dengan penuh bergaya.

Seluruh warga Hicomania bersama anda dengan iringan doa agar perolehi kejayaan.

All the best!๐Ÿ’

18/05/2026

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI GURU 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

BUTIRAN PROGRAM

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ข Masa: 7.30 pagi โ€“ 12.50 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Laman Murni

MAKLUMAN PENTING

1. Pada hari tersebut, sesi persekolahan akan dijalankan secara SATU SESI SAHAJA.
2. Murid sesi pagi dan sesi petang hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.
3. Semua murid dikehendaki hadir dengan pakaian sukan/PJ dan menjaga disiplin sepanjang program berlangsung.
4. Ibu bapa diminta menguruskan pengangkutan anak-anak pergi dan balik dari sekolah.

Kerjasama semua warga sekolah amat dihargai bagi memastikan program berjalan lancar dan meriah.

Sekian, terima kasih.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€
Transformation Towards Success

16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia dari kami warga SK HICOM ๐ŸŽ‰ Terima kasih atas jasamu guru. Tanpa guru siapalah kami hari ini ๐Ÿฅฒ

13/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga yang dihormati,

๐Ÿ“ข INFAK KERUSI PLASTIK SK HICOM

Pihak PIBG SK HICOM ingin memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga bagi Infak Kerusi Plastik untuk kegunaan aktiviti dan program besar sekolah seperti Hari Anugerah Seri Bestari, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG serta program-program lain yang melibatkan murid, ibu bapa dan komuniti setempat.

๐Ÿ’ฐ Sumbangan yang dicadangkan adalah sebanyak RM30 sekeluarga.

๐Ÿ’Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan saham kebaikan kita di akhirat kelak, insyaAllah.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Pindahan wang (bank-in) ke akaun PIBG:
No. Akaun: 105630000906
Nama Bank: Affin Bank
Nama Akaun: PIBG SEK. KEB. HICOM
Reference: INFAK KERUSI PLASTIK

Atau melalui guru kelas anak-anak dengan menulis INFAK KERUSI PLASTIK.

๐Ÿ’žKerjasama dan keprihatinan ibu bapa amatlah kami hargai.

๐Ÿ’Terima kasih atas sokongan berterusan demi kebajikan dan keselesaan warga sekolah.

Sekian, terima kasih.

PIBG SK HICOM
2026

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Kajang 27/10, Seksyen 27
Shah Alam
40400