Program Bahasa Arab ABRAZ

Program Bahasa Arab ABRAZ

Share

Kepakaran kami membantu anda memahami Bahasa Arab dengan Mudah, Cepat dan Santai Kaedah Belajar Bahasa Arab Yang SANGAT JELAS

02/06/2026

[ KATA LAWAN ]

Kata lawan ialah perkataan yang mempunyai makna yang bertentangan dengan perkataan yang lain. Dalam ilmu bahasa, kata lawan juga dikenali sebagai antonim.

Sebagai contoh, perkataan "mendengar" berlawanan dengan "pekak". Dalam Bahasa Arab, kedua-duanya disebut sebagai سَمِيعٌ (yang mendengar) dan أَصَمُّ (yang pekak).

Konsep kata lawan ini dirakamkan dalam firman Allah Subhanahu wata'ala dalam Surah Hud, ayat 24:

مَثَلُ ٱلۡفَرِيقَيۡنِ كَٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡأَصَمِّ وَٱلۡبَصِيرِ وَٱلسَّمِيعِۚ هَلۡ يَسۡتَوِيَانِ مَثَلًاۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Maksudnya:
"Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta dan pekak, dengan orang yang celik dan mendengar. Adakah kedua-dua golongan itu sama keadaannya? Maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan?"

Dalam ayat ini, terdapat beberapa pasangan kata lawan, antaranya:

• الأَعْمَىٰ (buta) ↔ البَصِيرُ (celik)
• الأَصَمُّ (pekak) ↔ السَّمِيعُ (mendengar)

Kata lawan bukan sahaja memperkayakan bahasa, malah membantu menjelaskan makna melalui perbandingan yang berkesan. Dalam ilmu Balaghah ia dipanggil sebagai Tibaq atau Muqobalah.

📖 Ingin mengetahui lebih banyak fakta Bahasa Arab dan keindahan Al-Quran? Nantikan perkongsian seterusnya daripada kami.

26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA 'IDUL-ADHA

Kami, Pusat Bahasa Arab ABRAZ mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul-Adha kepada semua saudara se-Islam di serata dunia terutama di Malaysia 💞

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ
[Surah Al-Kawthar: 1 - 3]

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

✨Selamat Hari Raya 'Idul-Adha✨

25/05/2026

[ KATA SEERTI ]

Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama iaitu yang bodoh, atau orang yang bodoh, atau apa-apa makna yang seangkatan dengannya.

Berikut contoh ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan tersebut:

1. وَأَنَّهُۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطًا
[Surah Al-Jinn: 4]

Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran.

2. لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبًا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ
[Surah Al-Baqarah: 273]

(Pemberian sedekah itu) adalah untuk orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (untuk berjuang) pada jalan Allah, yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang jahil mengenainya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

Perkataan "Safih" سَفِيهٌ dan "Jahil" جَاهِلٌ mempunyai kata seerti yang lain, antaranya :

غَبِيّ، بَلِيد، أَحْمَق، أَبْلَهُ، أَخْرَقُ، أَرْعَنُ، طَائِش، نَزِق، بَذِيء

Nantikan lagi posting menarik dari kami.

21/05/2026

[ KOSAKATA BAHASA ARAB ]

Dalam segmen kali ini, kami perbaharui penambahan vocabulary hanya dengan mengambil kalimah mufrad dan jamak sahaja, tanpa mengambil bentuk muthanna lagi kerana faktor kurang digunapakai dan jarang ditemui.

Mufrad bermaksud bilangan satu atau singular, manakala jamak ialah bilangan banyak, ramai atau plural.

Mari kita lihat contoh dalam Al-Quran :

1. وَيَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُهُمۡ وَلَا يَضُرُّهُمۡۗ وَكَانَ ٱلۡكَافِرُ عَلَىٰ رَبِّهِۦ ظَهِيرًا
[Surah Al-Furqan: 55]

Dan mereka menyembah selain dari Allah; yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan tidak p**a mendatangkan mudarat kepada mereka. Dan orang yang kafir adalah pembantu (terhadap kekufuran) kepada tuhannya.

2. فَٱدۡعُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ
[Surah Ghafir: 14]

Oleh itu kamu sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya sekalipun orang-orang kafir membenci.

3. يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ جَٰهِدِ ٱلۡكُفَّارَ وَٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱغۡلُظۡ عَلَيۡهِمۡۚ وَمَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ
[Surah At-Tahrim: 9]

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat kembali mereka adalah Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

4. أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ
[Surah 'Abasa: 42]

Mereka itu ialah orang-orang yang kafir lagi derhaka.
_____________________________

Nantikan posting seterusnya ya! 😉

Photos from Program Bahasa Arab ABRAZ's post 19/05/2026

[ THROWBACK GRADUASI ]

Kelas peringkat pertama — Nahu yang diadakan di Pondok Wargamas Nurul Hasanah, Bukit Belimbing, Kuala Selangor di bawah bimbingan Ustaz Abdul Aziz.

Senarai nama peserta:

1. JAMILAH BINTI YAHYA
2. IBRAHIM BIN NORDIN
3. NAIMAH BT MOHAMMAD
4. NURSIDAH BINTI AB Hamid
5. ZAWIAH YAHYA
6. SALMIAH BT. HUSSIN
7. HAJAR HJ. A. MAJID
8. TASLIMAH BT HJ ISMAIL
9. MUNAWIRAH BINTI PARDI
10. KU ARFAH KU BAHARUDIN

Photos from Program Bahasa Arab ABRAZ's post 18/05/2026

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB BULAN JUN 2026

أَهْلًا وَسَهْلًا •

Jom bersama sertai Kelas Intensif Bahasa Arab. Sesuai disertai oleh mereka yang sudah ada asas Bahasa Arab.

Dipersilakan ajak kawan, keluarga, jiran dll bersama.

Matlamat kami adalah membantu seramai mungkin belajar dan faham Bahasa Arab khususnya memahami ayat Al-Quran.

Pendaftaran (Whatsapp) : 013-398 4317 (Pn. Amalina)

KELEBIHAN PROGRAM KAMI
✅ Terbuka kepada semua lapisan umur
✅ Mesra dewasa
✅ Modul dan teknik khas untuk mudah belajar, ingat dan faham
✅ Menggunakan modul diagram, zikir dan nota
✅ Tiada peperiksaan dan kerja rumah
✅ Pendekatan Santai Tapi Dapat!

KEPERLUAN YG PERLU DIBAWA
Bawa alat tulis sahaja.

Insya-Allah tuan/puan akan rasa mudah belajar Bahasa Arab 🤗

Semoga bermanfaat untuk agama dan ummah insya-Allah.

18/05/2026

JEMPUTAN TERBUKA HADIR MINI SEMINAR BAHASA ARAB ALQURAN HARFIAH - SHAH ALAM

أَهْلًا وَسَهْلًا •

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh tuan/puan yang disayangi Allah 😊

Jom bersama sertai MINI SEMINAR Bahasa Arab Al-Quran.

Dipersilakan ajak kawan, keluarga, jiran dll bersama.

KONGSI KE GROUP² LAIN

Matlamat kami adalah membantu seramai mungkin belajar dan faham asas Bahasa Arab khususnya memahami ayat Al-Quran.

MAKLUMAT PROGRAM
👨🏻‍🏫 Ustaz Adyka Roslan
(Lulusan Universiti Yarmouk Jordan)
🗓 8 Jun 2026
⏳ Isnin, 3 - 5 petang
📌 Pusat Tuisyen Serumpun, Denai Alam

12-3, Jln. Elektron U16/G, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.

Location:
https://maps.app.goo.gl/K2Dm7Xn7hmmG2MEu8

INGIN MENDAFTAR
Whatsapp (klik)
http://wasap.my/60133984317/MiniSeminarDenaiAlam
http://wasap.my/60133984317/MiniSeminarDenaiAlam
http://wasap.my/60133984317/MiniSeminarDenaiAlam

Whatsapp : 013-398 4317 (Pn. Amalina)

💥 Pendaftaran TERHAD

KELEBIHAN PROGRAM KAMI
✅ Terbuka kepada semua yang tiada asas
✅ Mesra Dewasa
✅ Modul dan teknik khas untuk mudah belajar, ingat dan faham
✅ Menggunakan modul diagram, zikir dan nota
✅ Tiada peperiksaan dan kerja rumah
✅ Pendekatan Santai Tapi Dapat!

KEPERLUAN YG PERLU DIBAWA
Hanya perlu bawa jasad dan semangat saja.

Insya-Allah tuan/puan akan rasa mudah belajar Bahasa Arab ni ☺

Jemput hadir tarikh di atas. Dipersilakan JEMPUT SAUDARA, KAWAN, JIRAN TERDEKAT untuk sertai bersama.

KONGSI KE GROUP² LAIN

Semoga bermanfaat untuk agama dan ummah insya-Allah.

Like page FB -
https://m.facebook.com/ProgramBahasaArabABRAZ/

KONGSI KE GROUP² LAIN

16/05/2026

Guru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi mendidik jiwa dengan kasih sayang dan pengorbanan.

Terima kasih atas segala penat lelah, sabar dan doa yang tidak pernah putus.

Kata hikmah Arab ada menyebut:

مَنْ عَلَّمَنِي حَرْفًا صِرْتُ لَهُ عَبْدًا

“Sesiapa yang mengajarku walau satu huruf, maka aku menjadi hambanya.”

Maksud “hamba” di sini bukanlah hamba sebenar, tetapi kiasan kepada sangat menghormati, mengenang jasa, beradab kepada guru, berterima kasih atas ilmu yang diberikan.

Ungkapan ini menggambarkan betapa tinggi kedudukan guru dan orang yang mengajar ilmu.

Kata-kata hikmah ini sangat masyhur dinisbahkan kepada Ali bin Abi Talib.

Selamat Hari Guru.

Semoga Allah membalas setiap pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Photos from Program Bahasa Arab ABRAZ's post 12/05/2026

[ THROWBACK GRADUASI ]

Kelas di Jalan Kebun ini pada mulanya berjalan di Pusat Ilmu Al-Falah kemudian berpindah ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Sebelum ini mereka telah berjaya menamatkan:

i. Peringkat ke-3: Nahu & Sorof (Mei 24 - Feb 25)
ii. Peringkat ke-4: Balaghah (Apr 25 - Dis 25)

Dan sebelum itu lagi mereka telah menamatkan:

i. Peringkat pertama: Nahu (Jul 22 - Jun 23)
👉 https://www.facebook.com/share/p/1DqpuoG75E/
ii. Peringkat kedua: Sorof (Jul 23 - Apr 24)
👉 https://www.facebook.com/share/p/1DrHs4NX3o/

Senarai nama peserta:

1. Yaumil Hidayah binti Fauzi
2. Mohd Fitla bin Abdullah
3. Muhammad Fahid bin Mohd Fitla
4. Norzihan binti Abd Salim
5. Wan Nazura Wan Hasan
6. Suzaina binti Abu Bakar
7. Abibah binti Ahmad

10/05/2026

SELAMAT HARI IBU ❤️

Seorang ibu mungkin tidak memiliki segalanya,
tetapi kasihnya mampu memberi segalanya.

Di sebalik senyum seorang anak, ada doa seorang ibu yang tidak pernah putus. Di sebalik kejayaan seorang anak, ada pengorbanan seorang ibu yang mungkin dilupakan.

Terima kasih ibu.

Semoga setiap air mata ibu diganti dengan bahagia, setiap pengorbanan dibalas dengan syurga ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Bahasa Arab Abraz, U12, 9-2, Jalan Pegaga B, Desa Alam
Shah Alam
40170