SMAP, LABU RASMI

SMAP, LABU RASMI

Share

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Official Page Laman FB Rasmi SM Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 21/08/2026

KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA) 2026

Pengumuman keputusan ini telah dilakukan oleh Al-Fadzil Ustaz Abd Rahman bin Abidin, Pengetua SMAP Labu, di dalam Bilik Mesyuarat pada 20 Ogos 2026 yang lalu.

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada murid SMAP, Labu atas kejayaan dalam Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Bahasa Jepun dan Bahasa Cina Komunikasi.

Pengenalan kali pertama UPBA Bahasa Jepun di SMAP, Labu pada tahun ini melakar sejarah apabila 42 murid telah lulus dalam ujian tersebut. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila empat orang murid baharu yang tidak pernah mempelajari bahasa tersebut sebelum ini, turut mencabar diri untuk menduduki ujian berkenaan.

Bagi membantu murid tersebut memahami bahasa Jepun dengan lebih baik kelas bimbingan khas pada waktu fajar iaitu 'Basmi Buta' (BABU) telah dilaksanakan pada hari Selasa - Jumaat. Hasilnya mereka berjaya lulus dengan jayanya.

Selain itu, seramai 22 murid SMAP Labu telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPBA Bahasa Cina Komunikasi. Pencapaian hebat ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan mereka, malah menjadi bukti jelas bahawa aliran agama bukanlah penghalang untuk menguasai bahasa ketiga dengan fasih.

Antara yang cemerlang :
Bahasa Cina
1. Eilman Nurhasya binti Sulaiman
2. Nurul Ameera Qistina binti Norazlizam
3. Muhammad Zikry bin Mohammad Azrai
4. Aqeel Shahmi Adha bin Mohd Nadzir

Bahasa Jepun
1. Athir Harith bin Mohd Faizul ( murid baharu)
2. Arif Asyraf bin Azman (murid baharu)
3. Shazarith Dania binti Md Eunus
4. Nur Syahmina Zahirah binti Suzaini

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga SMAP, Labu untuk melakar kejayaan cemerlang di masa hadapan.

Xièxie Kāo Lǎoshī
Arigatou Gozaimasu Jia Sensei

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 15/08/2026

Jumaat | 14 Ogos 2026

Program : Usrah Kubra
Tarikh : 14 Ogos 2026 ( Jumaat)
Tetamu :Daie Muda YADIM En. Zaim Zamri
Tajuk : Hadis 40 ( Hadis ke 40)
Tema Diskusi : Tasawur perjalanan hidup seorang muslim dan apa tanggapan terhadap dunia.

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 12/08/2026

JOM INFAK REHAL AL-QURAN

🌿 “SATU REHAL, SEJUTA PAHALA” 🌿

✔️SMA Persekutuan Labu membuka peluang kepada ibu bapa, alumni, warga sekolah dan para dermawan untuk bersama-sama menyumbang dalam Infak Rehal Al-Quran bagi kegunaan murid dalam aktiviti bacaan Al-Quran, tadarus, hafazan dan kelas- kelas akademik.

✔️Sasaran : 200 rehal
✔️Nilai : RM 4000.00

✔️Hulurkan sumbangan ke :

Nama Akaun: Tabung Aktiviti Surau As-Shafii
Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 11-0150416-2
Rujukan (Ref): INFAK REHAL

Atau : QR Code

07/08/2026

Tahniah & Syabas diucapkan kepada YB DATO' HAJI ZAIFUL BAHRI BIN IDRIS atas pelantikan sebagai PENGERUSI JK BERTINDAK PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI DAN MODAL INSAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 03/08/2026

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih buat En. Muhammad Azwan Zuwairi bin Mat Z**i dan Guru- guru Praktikal.

Tarikh : 30 Julai 2026
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Surau Imam As Shafii

Selamat Maju Jaya, Cikgu Azwan! 🌹

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala jasa dan bakti akan terus terpahat dalam ingatan.

Warga SMAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Azwan Zuwairi bin Mat Z**i atas segala komitmen, dedikasi dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sejak tahun 2023.

Sepanjang berada di SMAP, beliau bukan sahaja melaksanakan amanah sebagai pendidik dengan penuh tanggungjawab, malah sentiasa menjadi rakan sekerja yang mesra, komited dan sentiasa bersedia menyumbang demi kecemerlangan sekolah terutamanya dalam dunia sukan ragbi. Pengalaman beliau sebagai kapten pasukan ragbi Malaysia telah dicurahkan sebaik mungkin demi kemenjadian pasukan ragbi SMAP.

Bermula 3 Ogos 2026, beliau akan meneruskan khidmat bakti di Sekolah Sultan Alam. Semoga lembaran baharu ini membawa lebih banyak kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kerjaya serta kehidupan.

Terima kasih, Cikgu Azwan, atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan menjadi pendidik yang sentiasa menginspirasi di sekolah baharu. Terima kasih juga buat guru-guru praktikal yang telah berkhidmat hampir 4 bulan iaitu cikgu Muhammad Hafizul Naim, cikgu Muhammad Akram, cikgu Mohamad Nazmi dan cikgu Nurulain Asyikin.

“Jasamu dikenang, baktimu disanjung, kenangan bersamamu akan sentiasa mekar dalam ingatan.”

Selamat maju jaya dan semoga Allah SWT sentiasa merahmati setiap langkah perjalananmu.

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 29/07/2026

Simposium Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2026

📍 Butiran Program
🗓️ Tarikh: 27–29 Julai 2026
📌 Tempat: ADTEC, Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Batu Pahat, Johor

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan membanggakan yang dilakar oleh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam Simposium Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2026.

Sebanyak 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP yang mewakili bahagian ini iaitu:

1. Sekolah Sultan Alam Shah
2. Sekolah Dato' Abd Razak
3. SMAP Labu
4. SM Sains Muzaffar Syah
5. SM Sains Dungun
6. SM Sains Pasir Puteh

Peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta murid-murid SBP telah menyertai simposium berprestij ini dan berjaya mencipta pencapaian yang amat membanggakan apabila 7 daripada 10 kategori pertandingan berjaya meraih kedudukan terbaik di peringkat kebangsaan.

Pencapaian Cemerlang __ SBP

🏆 Tempat Keempat – Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang

🏆 Tempat Keempat – Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling

🏆 Tempat Keempat – Ikon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

🏆 Tempat Keempat – Reka Bentuk Grafik Menengah Atas

🏆 Johan – Reka Bentuk Grafik Menengah Rendah

🏆 Tempat Ketiga – Pengucapan Bicara Inspirasi Kerjaya

🏆 Tempat Kelima – Inovasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pencapaian ini membuktikan bahawa warga Sekolah Berasrama Penuh bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah turut menyerlah dalam aspek pembangunan sahsiah, kepimpinan, kreativiti, inovasi serta kecemerlangan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di peringkat kebangsaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh keluarga besar BPSBP atas bimbingan, komitmen, kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan.

Tahniah kepada semua 6 buah Sekolah Berasrama Penuh, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya serta murid-murid yang telah mengharumkan nama SBP di pentas kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan negara ke persada yang lebih gemilang

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 29/07/2026

MAJLIS PENYERAHAN BAS LEMBAGA PEPERIKSAAN KEPADA WARGA SMA PERSEKUTUAN, LABU.

Alhamdulillah,majlis Penyerahan Bas Lembaga Peperiksaan kepada SMA Persekutuan Labu telah berlangsung pada 29 Julai 2026 (Rabu) jam 11.00 pagi di Lembaga Peperiksaan.

Program ini merupakan simbol komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Lembaga Peperiksaan dalam memperkukuhkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan. Penyerahan bas ini dijangka memberi manfaat besar kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai urusan rasmi, pengangkutan murid, program akademik, kokurikulum serta aktiviti luar sekolah dengan lebih cekap, selamat dan sistematik.

Semoga kemudahan yang diterima ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah meningkatkan kualiti pengurusan serta kecemerlangan SMA Persekutuan Labu.

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 28/07/2026

PROGRAM LAWATAN RERUAI AKTIVITI PELANCARAN AI MALAYSIA

Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
Sasaran: 40 orang murid Tingkatan 4
Guru Pengiring:
1. Tuan Haji Mohd Azizee bin Hasan
2. Cik Aina Mardhiah binti Mohd Sukri

Aktiviti :
1. Lawatan ke reruai pameran sempena Pelancaran AI Malaysia.
2. Mendengar taklimat ringkas berkaitan perkembangan, aplikasi dan potensi kecerdasan buatan (AI).
3. Murid berpeluang berinteraksi dengan pempamer serta melihat demonstrasi teknologi AI yang dipamerkan.

Impak :
1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid mengenai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta penggunaannya dalam pelbagai bidang.
2. Memupuk minat murid terhadap bidang STEM, inovasi dan teknologi digital.
3. Memberi pendedahan awal kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang AI serta Revolusi Industri 4.0.

Rumusan:
Program lawatan ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada murid melalui pendedahan kepada teknologi AI terkini. Diharapkan pengalaman ini dapat meningkatkan literasi digital, merangsang pemikiran kreatif serta memupuk minat murid untuk meneroka bidang teknologi yang menjadi pemacu pembangunan negara pada masa hadapan.

27/07/2026

Tahniah Pn Nofiya Rahima bt Zainuddin dan En. Irfan Syamil bin Halimi bagi mewakili SBP ke Simposium Amalan Terbaik, Inovasi, Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Murid Peringkat Kebangsaan 2026. Semoga beroleh kejayaan.

Photos from SMAP, LABU RASMI's post 26/07/2026

KEJOHANAN CATUR STR 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh: 25 JULAI 2026
Hari : Sabtu
Tempat: SJKT RANTAU

Keputusan:
L17 (20 Pemain Terbaik)
- Tempat ke-9 : Muhammad Nazif bin Md Nasir
- Tempat ke-12 : Ajwad Fahmi bin Mohd Fuad

L15 (5 Pemain Terbaik)
- Tempat pertama : Muhammad Azfar Zuhayr bin Ahmad
- Tempat keempat : Muhammad Thaqef Hussaini bin Mohd Erfan
- Tempat kelima : Muhammad Amir Faiq bin Mohd Afiq

P17 (20 Pemain Terbaik)
- Tempat ke-9 : Muna Safiyyah binti Abd Muhaimin
- Tempat ke-13 : Wan Ulyaa binti Wan Muhammad
- Tempat ke-14 : Nur Arwa Rahwani binti Azrul Fahmi
- Tempat ke-16 : Nur Izz Zahra Binti Nor Efenddy

P15 (5 Pemain Terbaik)
- Tempat pertama : Adni Zhufairah binti Abd Rahman
- Tempat ketiga : Nurul Husna binti Mohd Sidek

Penyertaan :
1. Muhamad Aminulhakeem bin Muhamad Amer
2. Muhammad Aaron Qawi bin Mohd Faizalee
3. Muhammad Irham bin Mohd Dani
4. Muhammad Fazarahman bin Mohd Firdaus
5. Muhammad Irfan bin Imran
6. Muhammad Amin Muhaimin bin Saiful Nizam
7. Iyas Baihaqi bin Mohd Hatta
8. Arisya Hanim binti Abdul Halim
9. Yasmeen Insyirah binti Yefrizal
10. Nur Izz Zalfa binti Nor Efenddy
11. Amni binti Fakhrul Zaman

Pengurus pasukan:
1. Pn. Sarilawati binti Yaacob
2. Pn. Haifaa binti Abdul Halim Toh
3. Cik Nooratikah binti Daud

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Seremban
71900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00