Book My Ride
Need transport service? just contact us at +601157547470
Your Transportation Solution.
20/11/2025
Moga dimurahkan rezeki owner dobi.... 👏👏.......
Bila bukak CCTV Dobi , tengok ada anak anak tumpang belajar di Dobi buatkan nak belikan kerusi kerusi yang selesa untuk mereka belajar. Terasa sangat berguna Dobi ni untuk mereka.
Rasanya bebudak SPM sebab Selasa minggu depan dah mula kertas peperiksaan.
Semoga Dobi ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar, inshallah.
📸intanmariaahmad
“Beginilah cara pegawai Jabatan Kesihatan Denver menutup sebuah gerai taco popular di Denver. Mereka mencurahkan peluntur untuk menghalang gerai itu daripada menjual kepada pelanggan pada masa hadapan. 🤬”
apa kes ni?
LELAKI DITAHAN RAKAM VIDEO WANITA DI PEKAN SEHARI TEMERLOH
TEMERLOH, 19 November 2025 – Seorang penjawat awam ditahan selepas dipercayai merakam video seorang wanita tanpa kebenaran ketika berada di Pekan Sehari Temerloh, dengan polis turut menemukan sejumlah video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya.
Suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan pada 9 November lalu selepas perbuatannya disedari mangsa, 33 tahun, sebelum orang ramai membantu menahan lelaki berkenaan.
Video insiden tersebut turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan dan menahan semula suspek sebelum merampas telefon bimbit miliknya.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa video mangsa yang dirakam secara curi dalam galeri telefon bimbit suspek, selain sejumlah bahan lucah lain.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk analisis menyeluruh terhadap kandungan telefon bimbit tersebut. Suspek direman 24 jam sebelum dibebaskan, dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang.
🇲🇾 【JENAYAH】Lelaki Ditahan Potong Kabel di Sungai Tiram
📍 Tarikh/Lokasi
20 September 2025, 3.00 pagi | Jalan Raya Sungai Tiram, Seri Alam
🔍 Kronologi
1. Video 33 saat tular di Facebook “Community Roda Johor CRJ” paparkan perbuatan potong kabel.
2. Polis terima laporan daripada lelaki tempatan (35 tahun).
3. Suspek lelaki tempatan (34 tahun) ditahan pada hari sama.
4. Suspek ada 4 rekod jenayah & dadah.
5. Ujian air kencing positif methamphetamine.
⚖️ Siasatan
• *Seksyen 431A Kanun Keseksaan*: potong kabel – penjara hingga 2 tahun / denda / kedua-duanya.
• *Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952*: guna dadah – penjara hingga 2 tahun / denda RM5,000.
🇲🇾 【KEHILANGAN】Staf Sabah Electricity Dikhuatiri Lemas di Sungai Nuntunan
📍 Tarikh/Lokasi
16 September 2025 | Sungai Nuntunan, Apin-Apin, Keningau, Sabah
🔍 KRONOLOGI
1. Mangsa merupakan kakitangan Sabah Electricity (SESB) dari Keningau.
2. Datang ke Kampung Nuntunan atas urusan kerja operasi.
3. Semasa bertugas, mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras sungai.
4. Pasukan penyelamat bersama pihak berkuasa dikerahkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
🚔 TINDAKAN PENYELAMAT
• Operasi SAR sedang dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi.
• SESB memberi sokongan penuh kepada keluarga mangsa.
• Pihak syarikat menggesa orang ramai menghormati sensitiviti kes ini dan tidak membuat spekulasi.
16/09/2025
harini lastday, esok Back To Normal 😭😂
🇲🇾 【KES RUSUHAN】Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kedai Makan di Kota Bharu
📍 Tarikh/Lokasi
15 September 2025, 3:00 petang | Kedai makan, Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
🔍 KRONOLOGI
1. Seorang individu bertindak agresif di sebuah kedai makan.
2. Suspek mengambil topi keledar dan membaling ke arah cermin sehingga pecah.
3. Punca kejadian masih belum diketahui.
4. Rakaman kejadian tular di media sosial.
16/09/2025
🇲🇾 【KES JENAYAH HIDUPAN LIAR】Mayat Harimau Malaya Ditemui Dalam Bonet SUV, 3 Suspek Ditahan
📍 Tarikh/Lokasi
16 September 2025 | Kawasan Felda, Mersing, Johor
🔍 KRONOLOGI
FRU bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menahan sebuah SUV ketika rondaan.
Pemeriksaan menemui bangkai Harimau Malaya di ruang bonet belakang kenderaan.
Harimau tersebut dipercayai cedera terkena jerat sebelum ditembak enam kali di bahagian kepala.
Polis turut merampas barangan bernilai RM290,000 termasuk bangkai harimau, kenderaan dan peralatan komunikasi.
🚔 TINDAKAN POLIS/PERHILITAN
• 3 lelaki berusia 28–49 tahun ditahan.
• Siasatan dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
• Jika sabit kesalahan: denda maksimum RM1 juta atau penjara 10 tahun.
Baik betul hantu ni....muka innocent aje....
🇲🇾【KEMALANGAN LORI】4 Kenderaan Berlanggar di Simpang 3 Pak Kancil, Setiu
📍 Tarikh/Lokasi
20 Julai 2025 | 7:37 pagi | Simpang 3 Pak Kancil, Permaisuri, Setiu, Terengganu
🔍 BUTIRAN KEJADIAN
• Kenderaan terlibat:
-1 lori
-3 kenderaan persendirian
• Status mangsa:
-Cedera (tiada kematian)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur International Airport
Sepang
43900