PAS Labu Lanjut
membawakan kepada anda video dan Live broadcast dari tempat yang terbaik dan terhangat. jangan lupa.. Follow | Like | Comment | Share a
*KERAHAN PEMUDA KAWASAN BAGI PROGRAM HIMPUNAN PERTAHANKAN DYMM SULTAN SELANGOR* ❗❗❗
Sukacita dimaklumkan bahawa DPPNS akan menganjurkan program “Himpunan Pertahankan DYMM Sultan Selangor” sebagai tanda solidariti dan kebersamaan rakyat terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Butiran program adalah sebagaimana berikut:
Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 4.00 Petang – 6.30 Petang
Tempat : Akan dimaklumkan
Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan penuh keinsafan dan ketegasan *MENGARAHKAN seluruh Pimpinan, Ahli dan Penyokong PAS semua peringkat supaya hadir beramai-ramai ke Himpunan yang amat penting ini.*
Tuan juga dipinta *menyeru, mengajak dan merayu SEMAKSIMA MUNGKIN* rakyat Malaysia terutama Ahli-ahli dan penyokong PERIKATAN NASIONAL (semua Peringkat) tanpa mengira kaum, agama dan ideologi supaya hadir tanpa gagal ke Himpunan yang amat bersejarah dan besar maknanya ini.
Sesungguhnya kehadiran kita ke HIMPUNAN ini adalah tanda sokongan kepada institusi Raja serta mempertahankan kesucian agama Islam di negeri Selangor.
Maklumat lanjut berkaitan himpunan ini boleh hubungi Ust Muhammad Faizzuddin selaku Pengarah Himpunan ditalian 014-2374002.
Sokongan, kerjasama dan dukungan daripada pihak Tuan amatlah dihargai dalam memastikan himpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman, tersusun dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Abdul Basith Abdul Halim
SU DPPNS
09/05/2026
Baik, seperti yang dijanjikan...
Kita mulakan Episod 1 dengan Negeri Selangor sebagai pusat ekonomi negara. Matlamat kita adalah untuk BENAMKAN DAP daripada arena politik. Maka kita senaraikan dahulu ADUN Selangor daripada parti DAP:
Rujukan- MB (Melayu Bumiputera), C (Cina), I (India)
DAP
N04 SEKINCHAN (MB=47.5%, C=44.2%, I=7.7%)
N06 KUALA KUBU BAHARU (MB=62.9%, C=18.5%, I=18.2%)
N22 TERATAI (MB=44.5%, C=47.8%, I=6.9%) – CINA MAJORITI
N27 BALAKONG (MB= 48.6%, C=42.3%, I=8.3%)
N28 SERI KEMBANGAN (MB=25.2%, C=66.3%, I=7.2%) – CINA MAJORITI
N30 KINRARA (MB=35.0%, C=50.2%, I=14.1%) – CINA MAJORITI
N31 SUBANG JAYA (MB=39.3%, C=47.2%, I=12.5%) – CINA MAJORITI
N34 BUKIT GASING (MB=27.6%, C=55.5%, I=16.0%) – CINA MAJORITI
N35 KAMPUNG TUNKU (MB=26.5%, C=62.7%, I=10.2%) – CINA MAJORITI
N36 BANDAR UTAMA (ADUN MELAYU) (MB=21.8%, C=71.0%, I=5.9%) – CINA MAJORITI
N45 BANDAR BARU KLANG (MB=28.9%, C=51.2%, I=18.9%) – CINA MAJORITI
N47 PANDAMARAN (MB=31.9%, C=40.9%, I=26.4%) – CINA MAJORITI, INDIA SIGNIFIKAN
N50 KOTA KEMUNING (MB=54.0%, C=28.9%, I=16.3%)
N52 BANTING (MB=27.6%, C=51.1%, I=20.8%) – CINA MAJORITI, INDIA SIGNIFIKAN
N56 SUNGAI PELEK (MB=74.5%, C=11.7%, I=13.6%)
Seterusnya parti subahat DAP dalam PH, PKR dengan ADUN Bukan Melayu adalah di:
PKR
N14 RAWANG (MB=47.0%, C=27.2%, I=22.2%) – INDIA SIGNIFIKAN
N25 KAJANG (MB=50.3%, C=38.5%, I=10.6%)
N37 BUKIT LANJAN (MB=39.9%, C=51.15%, I=7.9%) – CINA MAJORITI
N48 SENTOSA (MB=26.0%, C=35.4%, I=38.2%) – INDIA MAJORITI, CINA SIGNIFIKAN
KAWASAN LAIN (MELAYU BUMIPUTERA
03/05/2026
malam ni 10.30 cyberjaya...
02/05/2026
Meriah!... Seusai Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, berlangsung p**a Majlis Rumah Terbuka PASTI NURIN Labu Lanjut dan PAS Labu Lanjut diperkarangan Pasti. Alhamdulillah sambutan amat baik dengan kehadiran ramai ibuayah pelajar Pasti dan ahli-ahli Pas Cawangan.
Selain hadirin menjamu selera, di kesempatan ini juga diambil untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim selain bertanya khabar dan bermaaf-maafan sesama kita. Majlis dimeriahkan lagi dengan "cabutan barokah" kategori anak-anak dan dewasa. Antara hadiahnya adalah lemang yang kami masak sendiri dan Sabun Isian Semula, "PURNAMA AROMAKLIN SOAP". Yang pastinya, anak-anak paling teruja mendapat duit raya dari "Atok" Tuan Hj Fuaad Jam, Pengurus Pasti Nurin.
Terbaik daripada "pengacara majlis duo" Saudara Tajul Ariff Tajul Arus dan Saudara Salleh Hamdan menghangatkan suasana Majlis Rumah Terbuka tempohari.
Majlis diserikan lagi dengan kesudian TYDP Pas Sepang Ustaz Yusmi Al-denkili dan NYDP Tuan Hj turut sama hadir.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang bertungkus-lumus menyediakan juadah dan menginfak makanan yang sedap-sedap. Hanya Allah sahaja dapat memberi ganjaran yang selayaknya.
"Masak rendang di atas bara,
Bau menusuk ke dalam taman,
Tersenyum riang diwajah semua,
Tanda ukhuwah sepanjang zaman"
"Puas sudah memakan ketupat,
Rendang daging juga tersedia,
Andai layanan kurang memikat,
Sepuluh jari maaf dipinta"
23/04/2026
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗔𝗞𝗨𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗜
1. Sungguh membimbangkan apabila Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim menyatakan kepada media bahawa masalah banjir hanya dapat diselesaikan dalam tempoh empat tahun lagi, oleh kerana Projek Mitigasi Banjir di negeri Selangor yang masih berjalan dan belum siap sepenuhnya.
2. Jika itu sahaja punca masalah banjir di negeri Selangor ini, tidaklah kawasan-kawasan seperti Paya Jaras, Kampung Sempak, Kubu Gajah dan Kampung Bukit Lagong, antaranya berdepan fenomena banjir “air merah” yang dikaitkan dengan pembangunan pesat di kawasan Elmina. Keadaan ini berlaku dalam situasi banjir sebagaimana yang telah saya bangkitkan ketika mencelah ucapan perbahasan ADN Pelabuhan Kelang di Sidang DUN Selangor semalam.
Dalam hal ini, apabila pembangunan bandar baharu diluluskan tanpa menilai kesan menyeluruh kepada sesebuah penempatan, ditambah p**a dengan sistem saliran tidak dinaik taraf seiring pembangunan, kesannya risiko banjir hanya dialihkan daripada satu kawasan kepada kawasan yang lain.
3. Oleh yang demikian, penyelesaian banjir tidak boleh tertumpu kepada pembesaran sungai dan sistem saliran semata-mata, tetapi mesti bermula dengan reformasi dasar pembangunan bandar. Kerajaan perlu memperketat kelulusan projek dengan memastikan penyediaan ruang hijau sebenar di atas tanah dikekalkan, serta memulihkan fungsi asal kawasan tadahan air bagi meningkatkan keupayaan serapan semula jadi.
4. Dalam masa yang sama, pendekatan perancangan perlu beralih kepada model bandar berdaya serap (sponge city), dengan mengutamakan elemen hijau sebagai infrastruktur asas pengurusan air. Tanpa perubahan dasar ini, peningkatan kapasiti saliran sahaja tidak akan menyelesaikan punca sebenar banjir kilat.
5. Pendekatan berasaskan alam sekitar juga perlu diperkasakan dengan memelihara dan memulihkan ekosistem semula jadi seperti hutan bandar, tanah lembap dan koridor sungai sebagai benteng semula jadi terhadap banjir. Penyelesaian berasaskan alam (nature-based solutions) ini bukan sahaja mengurangkan risiko banjir, malah meningkatkan kualiti hidup bandar, kestabilan ekologi dan daya tahan negeri dalam jangka panjang.
6. Hari ini p**a, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari memaklumkan bahawa pendekatan baharu akan diperkenalkan dengan perincian pelaksanaan hanya akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Julai. Tanpa menafikan keperluan untuk meneroka aspek baharu, pengumuman ini tidak menjawab bahkan menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai keupayaan dan hala tuju Kerajaan Negeri dalam menangani krisis banjir yang semakin mendesak.
Bagaimana penyelesaian dapat dirangka dengan tepat sekiranya punca kegagalan tidak dikenal pasti dan diakui? Ia berisiko menghasilkan rumusan yang tidak tepat dan penyelesaian yang tersasar daripada masalah sebenar.
7. Dengan rendah diri, saya menyarankan bahawa Menteri Besar Selangor dan barisan Exconya perlu berjiwa besar dalam mengenal pasti dan mengakui kelemahan yang ada dalam pelan strategi Kerajaan Negeri mengatasi isu banjir seperti mana yang telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
Mengakui kegagalan reka bentuk polisi sedia ada adalah langkah pertama ke arah penyelesaian yang berkesan, sebagaimana saranan DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk Kerajaan Selangor belajar daripada amalan terbaik negara lain seperti Netherland. Rakyat Selangor berhak kepada perancangan yang bertanggungjawab, pembangunan yang adil, serta jaminan keselamatan daripada bencana yang sepatutnya boleh dielakkan.
YB Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri
Pesuruhjaya PAS Selangor
ADN Paya Jaras
22/04/2026
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 pada tahun ini terasa sedikit istimewa kerana acara kali ini dua dalam satu. Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya.
Kebetulan pada tahun ini tiada pemilihan, mesyuarat berakhir sedikit cepat supaya semua ahli mesyuarat dapat hadir ke sambutan hari raya p**a. Walau bagaimana pun terima kasih dan tahniah kepada ahli-ahli yang mengambil bahagian dalam "perbahasan" usul dan cadangan penambahbaikan untuk dilaksanakan oleh cawangan pada masa hadapan.
Mesyuarat berlangsung dengan penuh ukhuwah, ceria dan harmoni. Alhamdulillah mesyuarat berakhir dengan semua perkara mesyuarat dicadang, disokong dan dipersetujui sebulat suara. Jzzk
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan 1B
Sepang