PPD Segamat
Pentadbiran Pendidikan Daerah
02/10/2026
BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN KAPASITI PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS DAN GURU PEMULIHAN KHAS BERKAITAN KESEDARAN DYSLEXIA DENGAN KERJASAMA ROTARY CLUB PUTERI LAGOON
TARIKH: 1 OKTOBER 2026
MASA: 11.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT: AUDITORIUM SJKC JEMENTAH
SASARAN: 85 ORANG GURU DAN PENYELARAS PEMULIHAN KHAS
PENCERAMAH:
1. CIK ONG VENGENE (ROTARY CLUB SERI KEMBANGAN)
2. CIK WONG XIAO JUN (ROTARY CLUB SERI KEMBANGAN)
3. CIK GWENDALINE LIM (ROTARY CLUB JOHOR BAHRU)
ANJURAN: UNIT PEMULIHAN KHAS PPD SEGAMAT DENGAN KERJASAMA JPN JOHOR DAN ROTARY CLUB PUTERI LAGOON
Bengkel ini diadakan bagi menyebarkan kesedaran berkaitan Dyselxia di kalangan guru. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu guru memahami dan menggunakan pendekatan yang lebih sesuai dan betul kepada bukan sahaja murid yang telah disahkan Dyslexia, malah untuk murid perdana yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Dalam bengkel ini, penceremah telah berkongsi berkaitan kefahaman mengenai Dyslexia, teknik atau alat yang boleh digunakan sebagai pendekatan untuk membantu murid membaca dan menulis dengan lebih cepat dan effektif serta pendedahan berkaitan teknik phonics Bahasa Melayu. Terdapat 14 teknik yang boleh digunakan dan diharapkan guru boleh mencuba teknik-teknik ini di sekolah masing-masing.
Guru juga didedahkan dengan Program NadiBaca dimana program ini bertujuan untuk membantu murid dyslexia dan murid yang lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih cepat menggunakan phonics. Program NadiBaca ini dilengkapi dengan 6 set modul, dan setiap modul mempunyai langkah atau aturan yang perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan di akhir langkah nanti, murid berjaya membaca dan menulis.
Diharapkan dengan terlaksananya bengkel perkongsian berkaitan dyslexia ini, guru-guru dan penyelaras lebih jelas berkaitan teknik dan cara untuk membantu murid menguasai asas membaca dan menulis. Kepelbagaian teknik bukan sahaja amat perlu kerana setiap murid adalah berbeza, malah dapat memberikan nafas baharu dan suasana baharu dalam pengajaran guru agar murid lebih seronok, faham dan di akhirnya dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih cepat.
29/09/2026
Sesi penyerahan Surat Arahan Penempatan (AP) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPD Segamat
Tarikh kuatkuasa : 28 SEPTEMBER 2026
Semoga dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi! Tahniah diucapkan atas pelantikan!
26/09/2026
๐บ MEKARNYA BUDI, HARUMNYA JASA ๐บ
MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI KECHIK
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
24 September 2026 | Dewan SJKC Jementah
Warga Pendidikan Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Kechik, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, yang akan menamatkan perkhidmatan setelah mencurahkan bakti selama 37 tahun dalam dunia pendidikan, termasuk 4 tahun berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. Perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan akan berakhir pada 28 September 2026. Walaupun beliau bersara, tetapi gelaran 'Cikgu' akan tetap kekal sepanjang hayat.
Majlis persaraan yang penuh bermakna ini menjadi ruang untuk warga pendidikan, rakan strategik serta para tetamu mengenang kembali perjalanan perkhidmatan, kepimpinan, sumbangan dan jasa beliau dalam memperkasa pendidikan serta pembangunan pendidikan di daerah Segamat.
Kehadiran para tetamu kehormat turut menyerlahkan penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam dunia pendidikan, antara yang hadir iaitu Tuan Haji Hanafi bin Samad Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Encik Zulkurnain bin Abdul Rahman Pengarah Pendidikan Johor, En Hisyamudin bin Amat, Wakil Rasmi Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato' Haji Sha'ri @ Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), YB Dato' Zahari bin Sarip ADUN Buloh Kasap, YB Haji Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang, YB Tan Chong ADUN Bekok, YB See Ann Giap ADUN Jementah, YDH Supt. Mohd Jumazan Zahir bin Chek Ismail Ketua Polis Daerah Segamat, Ir. Muhamad Yusri Bin Zainal Jurutera Daerah Segamat, Prof. Madya Dr. Saunah Zainon Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat. Turut bersama hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Timbalan-Timbalan Pengarah JPN, barisan Pegawai PPD negeri Johor, Pegawai-Pegawai JPN Johor, Para Pengetua dan Guru Besar Daerah Segamat, warga Pejabat Pendidikan Daerah Segamat serta rakan-rakan seperjuangan yang telah bersara, bersama-sama meraikan detik istimewa ini.
๐ญ Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada:
๐ SJKC Jementah 2
๐ SJKT Ladang Nagappa
๐ SK Bandar Putra
๐ SK Paya Jakas
๐ Cikgu Segamat Tari
๐บ After School Ryhthm Band
Persembahan yang dipersembahkan bukan sekadar menceriakan suasana, malah menjadi simbol penghargaan dan kasih sayang warga pendidikan kepada seorang pemimpin yang telah banyak menabur jasa dan membimbing warga pendidikan sepanjang perjalanan perkhidmatannya.
Kini tiba masanya untuk Tuan Haji Abdul Rahman melangkah ke fasa kehidupan yang baharu โ meninggalkan dunia perkhidmatan rasmi, namun legasi, teladan dan nilai kepimpinan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada warga pendidikan.
๐บ Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
๐คฒ Jasamu dikenang, budimu disanjung, legasimu terus menjadi
๐๐ปTerima kasih kepada Jawatankuasa Kelab Rekreasi & Kebajikan PPD Segamat yang menjadi tulang belakang melancarkan pengurusan majlis dari awal hingga akhir.
16/09/2026
Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima dan melaksanakan program di bawah peruntukan Insentif Belanjawan MADANI Berfokus kepada Pemberdayaan Autonomi Sekolah dalam Pelaksanaan Latihan bagi Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Semua program dan aktiviti latihan yang dilaksanakan oleh
bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), disambut dan diselaras oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dioperasikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta dilaksanakan di peringkat sekolah.
Kesemua peringkat yang melaksanakan pengoperasi latihan ini hendaklah menggunakan peruntukan LDP, tertakluk kepada kelulusan yang sedang berkuat kuasa. Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) sebagai peneraju kepada pembangunan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bertanggungjawab menguruskan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi tujuan pelaksanaan Pelan Pembangunan Kompetensi (PPK) kepada PPP di seluruh Malaysia.
Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia
14/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah, khususnya ketika keadaan cuaca panas dan berjerebu.
Sehubungan itu, semua warga pendidikan, ibu bapa dan penjaga disarankan untuk sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta mengambil langkah perlindungan yang sewajarnya berdasarkan panduan yang ditetapkan.
Antara langkah yang perlu diberi perhatian ialah:
Memakai pelitup muka apabila perlu.
Memastikan pengambilan air yang mencukupi.
Memantau bacaan IPU melalui portal APIMS Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom atau masalah kesihatan.
Mematuhi arahan berkaitan aktiviti luar dan pengoperasian sekolah berdasarkan tahap bacaan IPU.
Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus terpelihara.
Utamakan keselamatan dan kesihatan murid.
๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ง๐ข, ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ข๐ญ๐, ๐๐ฆ๐๐ฃ ๐๐ข๐ญ๐
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my
14/09/2026
JERAYAWARA KEPIMPINAN DIGITAL DELIMa 3.0 GURU BESAR DAERAH SEGAMAT, MUAR & TANGKAK DI DEWAN SJKC JEMENTAH PADA 14 SEPTEMBER..
TAHNIAH SEMUA...
14/09/2026
Sesi penyerahan Surat Arahan Penempatan (AP) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPD Segamat
Tarikh kuatkuasa : 14 SEPTEMBER 2026
Semoga dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi! Tahniah diucapkan atas pelantikan!
13/09/2026
Cabaran Laksamana Bentan ( Cabaran Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Johor)
๐ JOHAN KESELURUHAN CABARAN LAKSAMANA BENTAN 2026 ๐
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang amat membanggakan dalam Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Johor (Cabaran Laksamana Bentan) yang berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026.
๐ช 10 PESERTA, SATU SEMANGAT, EMPAT KEJAYAAN!
๐
PENCAPAIAN
๐ฅ Johan Berbasikal
๐ฅ Naib Johan Berbasikal
๐ฅ Naib Johan Kayak
๐ Johan Keseluruhan
๐ฅ SENARAI NAMA PESERTA
1. Adnan bin Saad โ SK Kampong Jawa
2. Muhammad Syakir bin Aminuddin โ SK Canossian Convent (M)
3. Azinuddin Muhammad bin Zainuddin โ SK Balai Badang
4. Mohamad Ammaraluddin bin Mohamad Daud โ SMK Dato' Bentara Dalam
5. Raja Marzura binti Raja Mazlan โ SK Canossian Convent (M)
6. Nur Ihtizam binti Aris โ SK Kampong Jawa
7. Siti Fatiah Nur binti Abdul Kadir โ SK Kampong Jawa
8. Nur Umayrah Saadah binti Rasib โ SK Gelang Chinchin
9. Mohd Nor Hafiz bin Mazlan โ SK (FELDA) Chempelak
10. Mohd Sukkerry bin Mohd Arshad โ SK Segamat Baru
๐ TAHNIAH DAN SYABAS!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas usaha, disiplin, semangat juang dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kursus.
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat berpasukan, kesungguhan dan keberanian mencabar diri mampu menghasilkan pencapaian yang luar biasa.
Terima kasih kepada Pusat Kokurikulum Negeri Johor atas kepercayaan dan peluang yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi kenangan manis dan pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang.
JOHOR BOLEH! ๐ช๐ฅ
11/09/2026
๐ฒ๐พโจ SEMARAK MERDEKA | KREATIVITI, KERJASAMA & KEBERSAMAAN โจ๐ฒ๐พ
Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan, Pertandingan Hiasan Merdeka Antara Sektor Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah berjaya dilaksanakan dengan penuh warna-warni dan semangat patriotik. โค๏ธ๐ค๐๐
Program ini bukan sekadar pertandingan menghias ruang, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta akan negara, memupuk kreativiti serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan warga PPD Segamat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua sektor yang telah mengambil bahagian. Kreativiti, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan telah berjaya menceriakan persekitaran PPD Segamat dengan semangat kemerdekaan yang cukup membanggakan. ๐ฒ๐พ
Di sebalik setiap hiasan yang terhasil, ada idea yang dikongsi, tangan yang bekerja, masa yang diluangkan dan paling penting โ semangat kebersamaan warga PPD Segamat. โค๏ธ๐๐๐ค
Daripada proses menghasilkan dekorasi sehinggalah ruang pejabat dihiasi dengan warna-warna Jalur Gemilang, setiap sektor telah menampilkan kreativiti dan keunikan masing-masing. ๐ฒ๐พโจ
๐ KEPUTUSAN PERTANDINGAN
๐ฅ Johan โ Sektor Pembelajaran 1
๐ฅ Naib Johan โ Sektor Pengurusan Sekolah
๐ฅ Tempat Ketiga โ Sektor Pengurusan
๐
Tempat Keempat โ Sektor Perancangan & Sektor Pembelajaran 2
๐
Tempat Kelima โ Sektor Pembangunan Murid & Unit Infra
๐ Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh warga PPD Segamat yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini!
Menang atau kalah bukan ukuran utama. Yang lebih bermakna ialah semangat kerjasama, kreativiti dan rasa cinta kepada negara yang berjaya diterjemahkan melalui usaha setiap sektor.
๐ธ Daripada persiapan, hasil kreativiti sehinggalah momen penyampaian hadiah โ semuanya menjadi kenangan manis Semarak Merdeka warga PPD Segamat.
๐ฒ๐พ Merdeka dalam jiwa, kebersamaan dalam keluarga PPD Segamat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
Segamat
85000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when PPD Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.