PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT

PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT

Share

Pejabat RISDA Daerah Segamat (PRD Segamat) mempunyai 4 buah Pejabat RISDA Stesen (PRS) iaitu:
1.PRS Buloh Kasap
2.PRS Labis
3.PRS Tengah
4.PRS Jementah

Profil Penubuhan

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-
1.Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
2.Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

28/09/2026

Innalillahiwainnailaihirojiuun.

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡

Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja RISDA menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali atas pemergian beliau ke rahmatullah pada hari ini.

Allahyarhamah merupakan seorang tokoh wanita terbilang negara yang telah mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan besar kepada Malaysia, khususnya dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kebajikan masyarakat. Sumbangan dan dedikasi beliau dalam memperkasa kesihatan ibu dan kanak-kanak, kesihatan masyarakat serta kesejahteraan rakyat, khususnya di luar bandar, telah meninggalkan kesan yang amat bermakna kepada pembangunan negara.

Sebagai tokoh wanita negara dan pendamping kepada negarawan, Allahyarhamah turut meninggalkan legasi keteladanan, kesederhanaan dan khidmat bakti yang akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya, segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Allahyarhamah kepada agama, bangsa dan negara merupakan satu khazanah yang amat bernilai dan akan terus terpahat dalam sejarah negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

22/09/2026

Worth it! πŸ‘ŒπŸ½

Photos from PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT's post 17/09/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL DI BALAIRAYA KAMPUNG GENUANG BARU SEGAMAT.

KHAMIS : 17 SEPTEMBER 2026

Telah berlangsung Program Kemakmuran Pekebun Kecil bertempat di Balairaya Kampung Genuang Baru Segamat yang dianjurkan oleh Pejabat RISDA Stesen Tengah.

Dalam program ini, En. Norazli bin Mahadi, Timbalan Pegawai RISDA Daerah Segamat, telah menyampaikan penerangan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026, termasuk syarat kelayakan, kaedah permohonan serta manfaat bantuan kepada pekebun kecil getah yang layak.

En. Hamzi bin Surahmat, Penyelaras Unit Produktiviti dan Pemasaran telah memberikan taklimat mengenai aplikasi MyPK, sebuah platform digital yang dibangunkan bagi memperkasakan lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh Malaysia.

Melalui aplikasi MyPK, pekebun kecil dapat menikmati urusan yang lebih cepat, mudah dan telus, termasuk mendapatkan maklumat serta perkhidmatan berkaitan RISDA secara digital.

Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran pekebun kecil terhadap pelbagai inisiatif serta kemudahan yang disediakan oleh RISDA demi kesejahteraan dan kemakmuran komuniti pekebun kecil.

16/09/2026

Selamat Hari Malaysia

πŸ‡²πŸ‡Ύ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπˆπ“π€, πŠπ„ππ€ππ†π†π€π€π πŠπˆπ“π€! ❀️

Berbeza latar, satu jiwa. Bersama kita terus melangkah membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selamat Hari Malaysia 2026 daripada seluruh warga RISDA. Semoga semangat kebersamaan terus menyatukan kita demi Malaysia tercinta! ❀️πŸ’ͺ

Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.

Photos from PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT's post 10/09/2026

Kami support RISDA, walaupun sedikit… ❀️

Terima kasih kepada para pekebun kecil yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Program Getah Bergerak.

πŸ“ Bukit Siput, Mukim Pogoh
πŸ“… 9 September 2026
πŸ’° Harga Jualan Getah: RM4.70/kg

Setiap hasil jualan mungkin kecil nilainya, tetapi sokongan dan kerjasama daripada pekebun kecil amat bermakna. Bersama-sama kita terus menggerakkan usaha demi manfaat dan kesejahteraan pekebun kecil.

Terima kasih kerana terus bersama RISDA. 🌱🀝

05/09/2026

Cerita tentang GETAH KITA 3

04/09/2026

Cerita tentang GETAH KITA 2

04/09/2026

Cerita tentang GETAH KITA

Photos from PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT's post 31/08/2026

31 Ogos 2026
Hari Kebangsaan Ke-69
Peringkat Daerah Segamat.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

26/08/2026
Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 986, Jalan Buloh Kasap
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Segamat.