PERKEP_Segamat

PERKEP_Segamat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERKEP_Segamat, Non-Governmental Organization (NGO), Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Segamat.

Photos from PERKEP_Segamat's post 26/07/2026

Program Memasak Bubur Asyura 2026/1448H Anjuran PUSPANITA Daerah Segamat.

Program memasak bubur asyura yang diadakan di perkarangan Rumah WI Segamat yang bermula pada jam 8.00 pagi disertai oleh Pengerusi PERKEP, IPD Segamat YBhg Puan Nor Haslina binti Ismail , Ketua- Ketua Biro serta Ahli PERKEP IPD Segamat.

Photos from PERKEP_Segamat's post 26/07/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL PERKEP IPD SEGAMAT ANJURAN BALAI POLIS LABIS

- 26 Julai 2026 (Ahad) – YBhg. Puan Nor Haslina binti Ismail , Pengerusi PERKEP Segamat telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin PERKEP Segamat yang berlangsung di Balai Polis Labis.

Bacaan Yasin dipimpin oleh ASP Jamaliah binti Hj Kusban Setiausaha PERKEP IPD Segamat . Puan Nur Shafiqqa Binti Minhat selaku tuan rumah Majlis Bacaan Yasin, mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Puan Nor Haslina binti Ismail Pengerusi PERKEP serta AJK dan ahli PERKEP kerana sudi hadir ke Majlis Bacaan Yasin.

Turut hadir Ketua Biro Sosial dan Lawatan ASP Nurul Zuriana binti Barik , Ketua Biro Agama Insp Il'yana binti Zulkifly , Ketua Biro kebajikan Puan Yusnira binti Che Soh. AJK-AJK PERKEP, ahli PERKEP Segamat.

13/03/2026

PROGRAM SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN ANJURAN PERKEP IPD SEGAMAT 2026

Photos from PERKEP Kontinjen Johor's post 12/03/2026
Photos from PERKEP_Segamat's post 02/03/2026

PROGRAM TADARUS AL-QURAN ANJURAN PERKEP IPD SEGAMAT 1447H/2026M

, 28 Februari 2026 – Program Tadarus Al-Quran 1447H peringkat PERKEP IPD Segamat diteruskan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Nor Haslina Binti Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Segamat bersama 14 Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan ahli PERKEP IPD Segamat bertempat di Surau Al-Furqan, Kuarters Polis IPD Segamat dari jam 1000Hrs-1215Hrs.
Program yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini bertujuan mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan di samping menyemai budaya cintakan Al-Quran.

Antara objektif program ini adalah :

🟣 Membudayakan & memperbanyakkan bacaan Al Quran dalam mengimarahkan bulan Ramadhan.

🟣 Memantapkan kemahiran membaca Al Quran di kalangan warga PERKEP IPD Segamat.

🟣 Memberi kesedaran agar Al Quran terus dibaca, difahami, dihayati dan menjadi panduan dalam kehidupan

🟣 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara Warga PERKEP IPD Segamat.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan lancar. Semoga usaha murni ini terus istiqamah dalam membentuk warga kerja yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Photos from PERKEP_Segamat's post 26/02/2026

PROGRAM TADARUS AL-QURAN 1447H 2026M PERKEP IPD SEGAMAT

26 Februari 2026 (Khamis) : Program Tadarus Al-Quran anjuran PERKEP IPD Segamat 1447H/2026M telah diadakan pada jam 0900Hrs - 1045Hrs di Surau Al-Furqan, IPD Segamat dengan penyertaan yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Ahli PERKEP IPD Segamat dan telah diketuai oleh Insp Il’yana Binti Zulkifly selaku Ketua Biro Agama, PERKEP IPD Segamat.

Antara objektif program ini adalah:

1. Memberi kesedaran agar Al Quran terus dibaca, difahami, dihayati dan menjadi panduan dalam kehidupan.

2. Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang berterusan.

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai, anggota dan ahli PERKEP.

4. Memantapkan kemahiran membaca Al Quran di kalangan warga PERKEP IPD Segamat.

Dengan semangat kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta diharapkan program ini bukan sahaja berjaya mencapai matlamatnya tetapi juga memberi manfaat kepada semua.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan lancar dengan. Semoga usaha murni ini terus istiqamah dalam membentuk warga kerja yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Photos from Polis Johor's post 26/02/2026
18/02/2026

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK”

YDH Supt Mohd JumazanZahir, Ketua Polis Daerah Segamat bersama isteri, YBhg Puan Norhaslina Binti Ismail, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Segamat serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Segamat mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1447H/2026M kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya warga PDRM yang meraikannya.

Ramadhan kembali menyapa, membawa harapan baru dan peluang untuk kembali fitrah. Mari kita manfaatkan waktu yang suci ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki, dan dimudahkan segala urusan dalam menjalani ibadah puasa ini. Selamat berpuasa, semoga setiap amal kecil kita bernilai besar di sisi-Nya dan membawa kita lebih dekat ke syurga-Nya. Salam Ramadhan Mubarak.

Photos from PERKEP_Segamat's post 18/02/2026

LAWATAN PERKEP KONTINJEN JOHOR BERSAMA PERKEP IPD SEGAMAT KE GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

Muar, 16 Februari 2026 (Isnin) - Bertempat di Galeri Darurat Bukit Kepong, telah diadakan Lawatan PERKEP Kontinjen Johor yang diketuai oleh YBhg. Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor dan barisan AJK PERKEP Kontinjen Johor serta diiringi oleh YBhg. Puan Norhaslina Binti Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Segamat, Ketua Biro, AJK dan Ahli PERKEP IPD Segamat.

Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan mengenai peristiwa yang berlaku semasa serangan komunis di Bukit Kepong. Selain itu juga rombongan telah diberikan taklimat oleh Insp. G/21863 Mohd Firdaus bin Fauzi dan dibantu oleh Sjn. 142258 Zulkefli bin Mohamad berkaitan sejarah peristiwa serangan Bukit Kepong serta sesi lawatan ke bahagian dalam muzium yang menempatkan catatan sejarah, gambar dan peralatan yang digunakan semasa peristiwa berlaku.

Lawatan ini berlangsung dalam suasana harmoni dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Semoga kerjasama antara PERKEP Kontinjen Johor dan PERKEP IPD Segamat akan terjalin dengan lebih erat lagi pada masa akan datang.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat
Segamat
85000