KELAB UIDM PSS

KELAB UIDM PSS

Share

Kelab at Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia PSS

20/02/2025

Kadang-kadang, orang di sekeliling kita sedang “lemas” dalam kesedihan, tekanan, atau masalah hidup. Mereka tidak perlukan nasihat panjang lebar atau kritikan tentang apa yang mereka patut buat.

Apa yang mereka perlukan? Tangan yang menghulur, bukan jari yang menuding.

Jika seseorang dalam kesusahan, bantu mereka bangkit dahulu, sebelum bercakap tentang bagaimana untuk mengelakkan diri daripada jatuh lagi.

Kerana empati itu lebih menyelamatkan daripada sekadar kata-kata.

18/02/2025

Quote of the day~
By helping others, we empower ourselves.

05/12/2024

Signing off with love and pride 😆❤️💻📸

03/10/2024

Pernah tak, kita berada di tempat mereka yang dibuli atas nama lawak? Diketawakan hanya kerana nama bapa kita, sesuatu yang kita banggakan, tetapi dijadikan bahan tawa. Bayangkan betapa pedihnya rasa itu.

Atau mungkin fizikal kita diperlekehkan, diperbesarkan, dijadikan bahan gurauan di hadapan orang ramai.

Setiap inci tubuh kita, yang kita bawa ke mana-mana dengan rasa malu, tiba-tiba jadi sasaran tawa. Lawak ini bukan sahaja menoreh hati, tapi ia meninggalkan kesan yang mungkin kekal selamanya—pada keyakinan, pada harga diri.

Dan bagaimana dengan tahi lalat yang dijadikan punchline di sebalik senyuman sinis? Benda yang kita tidak mampu kawal, sesuatu yang kita lahirkan bersama, dijadikan bahan lawak seolah-olah kita tidak layak untuk dihormati.

2024 hampir melabuhkan tirai. Mari kita sama-sama berubah. Hentikan lawak-lawak yang menyakitkan hati orang lain.

Empati itu tak susah—cuma bayangkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan perasaan dihina atas sesuatu yang kita tak boleh ubah.

Photos from KELAB UIDM PSS's post 21/09/2024

— Majlis Konvokesyen Politeknik Sandakan Sabah Ke-11

Terima kasih kepada seluruh warga kerja, khususnya kepada crew UIDM yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis ini. Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama dan dedikasi kita semua.

• UIDM ORRAAAAAAA•

Photos from KELAB UIDM PSS's post 16/09/2024

Selamat Hari Malaysia! Mari kita terus bersatu hati, menghargai kemerdekaan, dan merayakan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita. Bersama-sama, kita mampu membina masa depan yang lebih gemilang. Malaysia, tanah air kita, kekal harmoni dan maju! Jalur Gemilang, kebanggaan kita semua.

Photos from KELAB UIDM PSS's post 16/09/2024

Selamat menyambut Maulidur Rasul! Semoga kita semua dapat memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, mencontohi akhlak baginda dan mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian. Moga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa mengiringi kita dalam usaha menjadi umat yang lebih baik. Salam Maulidur Rasul!

03/09/2024

MCP team behind the scene

01/09/2024

Kemerdekaan ini adalah nyawa dan roh bangsa! Mari kita pertahankan dengan semangat yang tak pernah pudar 🇲🇾

Terima kasih kepada Edanisham, Vishnh, Martini kerana menghasilkan poster yang mencerminkan semangat kebangsaan kita. Hasil karya anda amat bermakna buat kami.

01/09/2024

Tanah air ini dibina atas pengorbanan yang ternilai. Hari ini kita berdiri sebagai bangsa yang bebas dan berdaulat! ——————

Penghargaan khas buat Edanisham, Vishnu dan Martini atas rekaan poster yang indah ini

Want your business to be the top-listed Media Company in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


POLITEKNIK SANDAKAN
Sandakan
90000