DNA Racing Team
Hi guys, thanks for visiting and like our DNA Racing Team. We will update new progress or info. Inv
30/10/2024
Hasil race time covid 🤩🤩🤩 memori 2021
19/09/2024
Tq legend
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat yang saya hormati,
Dengan rasa penuh syukur dan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah membuat keputusan untuk bersara daripada sukan dua roda yang telah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya. Perjalanan ini penuh dengan cabaran, kegembiraan, dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, namun tibalah masanya untuk saya melangkah ke fasa baru dalam hidup saya.
Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia adalah keputusan yang saya ambil dengan penuh pertimbangan. Sepanjang karier saya, sokongan anda semua menjadi pendorong yang tidak ternilai, dan saya tidak dapat mengucapkan terima kasih yang secukupnya atas semangat dan kepercayaan yang diberikan.
Setiap sorakan, setiap kata-kata semangat, dan kehadiran anda di litar perlumbaan memberi saya kekuatan untuk terus berlumba dan berjuang di atas trek. Saya akan sentiasa menghargai memori ini dan membawa semangat anda bersama saya, walaupun saya tidak lagi akan berada di atas dua roda.
Walaupun saya meninggalkan dunia perlumbaan ini, cinta saya terhadap sukan ini dan sokongan kepada anda semua tidak akan pernah berkurangan. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya dalam setiap kejayaan dan kegagalan.
Saya berharap dapat terus berhubung dengan anda semua, dan mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi di litar, walaupun bukan sebagai pelumba. Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam.
Dengan penuh kasih sayang dan penghargaan,
[AZLAN SHAH BIN KAMARUZAMAN]
17/07/2024
Pssstttt....
22/12/2023
Acara penutup tirai yang telah berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang menandakan suatu lagi kejayaan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang telah menerajui aksi sukan permotoran peringkat nasional selama 30 tahun. Kejuaraan Cub Prix seterusnya akan mengorak langkah ke bab baharu dengan sepuluh lagi pusingan yang akan berlangsung di beberapa daerah di kawasan Semenanjung Malaysia.
Menurut Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg, “Musim ke-30 adalah suatu pencapaian yang sangat berbeza kerana ia menandakan usaha kami selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunaan sukan permotoran peringkat nasional. Dengan pengalaman yang telah ditimba, kami akan mara ke musim seterusnya dengan matlamat untuk menaikkan lagi taraf sukan permotoran ini supaya bakat-bakat tempatan kita mempunyai peluang untuk bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa. Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk musim yang akan datang dan kami berharap ia akan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda untuk lebih mengenali dan memahami sukan permotoran ini. Kami juga berharap bahawa usaha kami akan membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menceburi sukan ini.”
“Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian jikalau bukan kerana langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada pihak penaja Cub Prix terutamanya PETRONAS dan semua pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama. Terima kasih dan Syabas kepada semua. Jumpa lagi di musim yang akan datang!
22/12/2023
2024 season
17/08/2023
Rest in peace Haruki Noguchi
22/03/2023
Selamat berpuasa di Bulan Ramadan pada semua muslim. Semoga mendapat ramadan yg sempurna.
24/02/2023
Good luck pada semua team yg bertanding...
Thn ni kita chill2 dlu...kasi setup cun2.
To all rider, guys...play safe.
10/12/2022
Cun2 tshirt...STP X SONIC
dfamart on TikTok BEST BUY!!! STP X SONIC T-SHIRT LIMITED EDITION. 🔥
16/10/2022
Set dyno nk di letgo
Complete set semua dlm gamba.cume laptop je xde
-Berat roller 40kg (boleh dyno smpi moto 250cc).
-roller boleh adjust.
-harga siap pasang & training.
Harga kita tolak mur2.
Rm 27000.
Berminat bole wassap
Wa.me/0102204691
19/09/2022
Alhamdulillah utk round 8
P5...
Tahniah pada #93 arash firdaus
Tahniah jugak pada team & crew
Kita full gas utk round 9 & 10
Ps: lmbt update...blik2 domam trus
#93
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Damai
Rawang
48050