Optomata

Optomata

Share

One Stop Centre for Primary Eye Care & Eye Health Screening for all ages including children eye care

By appointment only
Hanya dengan TEMUJANJI

*Temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon pada nombor di profile sahaja

11/06/2026

ADA YANG TERUS KEMBALI BERTAHUN-TAHUN BERSAMA KAMI !

Video ini adalah salah seorang daripada pelanggan REGULAR kami yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan OPTOMATA sejak bertahun-tahun.

Ada yang mula datang seorang diri, kemudian membawa pasangan. Ada yang membawa anak-anak. Ada juga yang memperkenalkan kami kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

Bagi kami, setiap kunjungan semula membawa satu makna yang besar kerana ia adalah tanda KEPERCAYAAN.

Kepercayaan untuk kami memeriksa kesihatan mata mereka. Kepercayaan untuk kami memberikan nasihat & konsultasi yang jujur dan kepercayaan untuk kami membantu mereka mendapatkan penglihatan yang baik.

Di OPTOMATA, kami percaya bahawa cermin mata & terapi hanyalah sebahagian daripada apa yang kami lakukan. Yang lebih penting adalah hubungan yang dibina melalui layanan, pemeriksaan, konsultasi dan kepakaran serta komitmen untuk sentiasa memberikan yang terbaik.

Kepada semua pelanggan yang terus bersama kami dari tahun ke tahun, terima kasih kerana mempercayai kami dalam menjaga sesuatu yang sangat berharga iaitu penglihatan anda.

Sokongan dan kepercayaan anda adalah motivasi kepada kami untuk terus berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.
……………………………………
Di Optomata, Optometris memberikan penekanan pada setiap step dalam pemeriksaan mata dan pengukuran parameter utk tempahan cermin mata.(RUJUK HIGHLIGHT: STEP)

Pemeriksaan mata yg dijalankan adalah secara menyeluruh termasuk pemeriksaan RETINA & SARAF MATA serta Tekanan Dalam Mata. Pemeriksaan tambahan akan dijalankan mengikut kes dan masalah yang dihadapi tanpa mengira peringkat umur.
Status kesihatan mata akan dipastikan berada pada tahap OPTIMUM sebelum meneruskan sesi tempahan cermin mata.

Seterusnya bagi tempahan cermin mata, Jenis Kanta akan dicadangkan mengikut masalah yang dihadapi.
Setiap ukuran parameter cermin mata & anatomi mata akan dibuat secara terperinci.

Utk sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI,
Hubungi ☎️03-8066 7756 pada WAKTU OPERASI (Rujuk BIO)
📍Waze : Optomata (Bandar Bukit Puchong)

11/06/2026

2 TEKNOLOGI ZEISS YANG MEMBUAT PERBEZAAN BESAR DALAM HASIL CERMIN MATA ANDA !

Ramai fokus kepada jenama kanta, tetapi tidak ramai menyedari bahawa ketepatan data yang digunakan untuk menghasilkan kanta juga memainkan peranan yang sangat penting.

Di OPTOMATA, kami menggunakan gabungan dua teknologi ZEISS yang membantu kami mendapatkan ukuran dan data visual dengan lebih tepat:

🔹 ZEISS Visucore 500 Digunakan untuk menjalankan Refraction Analysis yang lebih komprehensif bagi menentukan keperluan visual setiap individu dengan lebih terperinci.

🔹 ZEISS Visufit 1000 Digunakan untuk Personalised Fitting, membolehkan pengukuran parameter pemakaian dilakukan dengan lebih tepat berdasarkan kedudukan sebenar mata dan bingkai ketika cermin mata dipakai.

Apabila data visual daripada ZEISS Visucore digabungkan dengan ukuran pemakaian daripada ZEISS Visufit 1000, hasilnya adalah proses penghasilan kanta yang lebih tepat dan lebih sesuai dengan keperluan individu.

Kerana untuk mendapatkan penglihatan yang terbaik, ia bukan hanya bergantung kepada kanta yang digunakan, tetapi juga ketepatan data yang digunakan untuk menghasilkan kanta tersebut.

Terdapat PELBAGAI lagi INSTRUMEN yang digunakan di Optomata untuk PEMERIKSAAN MATA MENYELURUH. Anda boleh RUJUK HIGHLIGHT: STEP.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*SEGALA MAKLUMAT OPERASI KAMI ADA DI BIO, JADI ANDA BOLEH RUJUK DI SANA.

10/06/2026

SMARTLIFE PRO: LEBIH DETAIL DARIPADA KANTA SMARTLIFE BIASA !

(Baca sampai habis untuk lihat PROMOSI kanta ini di Optomata sekarang)

Mungkin ramai yang sudah biasa dengan kanta ZEISS SMARTLIFE namun tidak ramai yang tahu akan kewujudan VARIAN yang lebih TINGGI iaitu SMARTLIFE PRO.

Ini kerana bukan semua tempat boleh memberikan preskripsi untuk kanta ini. Hanya yang mempunyai INSTRUMEN tertentu daripada Zeiss sahaja yang layak.

Ramai menyangka untuk menghasilkan kanta yang baik, cukup sekadar pemeriksaan power mata biasa.

Hakikatnya, untuk mendapatkan prestasi optimum daripada ZEISS SmartLife PRO, prosesnya jauh lebih terperinci.

Kali ini kami tidak mahu ulas lagi mengenai smartlife PRO (tunggu posting khas mengenainya) namun kami ingin kongsikan instrumen yang digunakan untuk menghasilkannya yang ada di Optomata.

Di OPTOMATA, kami menggunakan:

✅ ZEISS Visucore untuk menjalankan Refraction Analysis yang lebih komprehensif dan mendapatkan data visual yang lebih tepat.

✅ ZEISS Visufit 1000 untuk Personalised Fitting, membolehkan pengukuran parameter pemakaian dilakukan dengan lebih tepat mengikut kedudukan sebenar mata dan bingkai ketika cermin mata dipakai.

Gabungan kedua-dua teknologi ini membolehkan kanta ZEISS SmartLife PRO dioptimumkan mengikut keperluan visual setiap individu, bukan sekadar berdasarkan nombor power semata-mata.

Kerana setiap mata adalah unik. Dan setiap individu berhak mendapat penglihatan yang lebih tepat, selesa dan semula jadi.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*SEGALA MAKLUMAT OPERASI KAMI ADA DI BIO, JADI ANDA BOLEH RUJUK DI SANA.

*BERMULA DARI JUN SEHINGGA JULAI 2026, KAMI AKAN BERIKAN “FREE UPGRADE SMARTLIFE PRO” KEPADA SEMUA YANG MEMBUAT KANTA ZEISS SMARTLIFE DI OPTOMATA. Tawaran ini HANYA di OPTOMATA !

10/06/2026

SOKONGAN & KEPERCAYAAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS KEPADA OPTOMATA AMAT KAMI HARGAI ❤️

Terima kasih kepada semua yang membuat temujanji & hadir ke Optomata !

Optomata sentiasa menerima pelanggan dari seluruh negara & kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami sama ada yang SEDIA ADA mahupun pelanggan BARU kami di atas SOKONGAN & KEPERCAYAAN yang tidak putus-putus diberikan kepada kami dalam menjaga kesihatan mata anda & keluarga.

Melalui rekod kami PULUHAN RIBU saringan PEMERIKSAAN MATA MENYELURUH telah dibuat di Optomata & pelbagai cerita s**a & duka telah kami kongsikan di page ini.(RUJUK POSTING KES)

Optomata dibarisi oleh OPTOMETRIS BERTAULIAH & BERPENGALAMAN dalam bidang KLINIKAL serta SARAT dengan “OPTHALMIC INSTRUMENT” yang lengkap, canggih dan terkini bagi tujuan “PRIMARY EYE CARE”.

Sejak dari dahulu lagi, Optomata mengamalkan “CLINICAL OPTOMETRY PRACTICE” dan menjadi tempat bagi individu yang inginkan KUALITI dalam pemeriksaan mata sebelum membuat cermin mata.
……………………………………………………………….
Di OPTOMATA, OPTOMETRIS akan membuat pemeriksaan mata secara MENYELURUH temasuklah PEMERIKSAAN STRUKTUR HADAPAN MATA, RETINA & SARAF MATA, UJIAN TAHAP PENGLIHATAN dan pemeriksaan TEKANAN DALAM BOLA MATA (IOP) serta PEMERIKSAAN KHAS lain mengikut keperluan individu utk mengenalpasti MASALAH PENGLIHATAN setiap yang hadir bagi semua peringkat umur.

Bagi yang dibenarkan utk membuat cermin mata akan diberikan CADANGAN KANTA yang sesuai dengan permasalahan yang dikenalpasti manakala bagi yg memerlukan RAWATAN UBAT & PEMBEDAHAN, SURAT RUJUKAN ke hospital akan diberikan.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

09/06/2026

KNOW YOUR EYE BETTER, THAT’S THE PLAN !

Most people know their spectacle power.

But how many truly know the condition of their eyes?

At OPTOMATA, a comprehensive eye examination goes beyond reading letters on a chart. We combine advanced technology and clinical expertise to assess both your vision and eye health.

🔍 ERG (Electroretinography)
🔍 Fundus Examination
🔍 OCT Scan
🔍 Refraction by ZEISS Visucore 500
🔍 Slit Lamp Biomicroscopy Examination
🔍 Corneal Analysis (Topography)
🔍 Axial Length Measurement
🔍 Tonometry
🔍 Pachymetry
🔍 Digital & Personalised Fitting by Visufit 1000
🔍 High-Resolution Retinal Vascular & Imaging System (HRVIAS)

Every test has a purpose. Every detail matters.

Because seeing clearly is important, but understanding the health of your eyes is even more important.

Don’t just update your glasses BUT alao update your knowledge about your eyes.

📍 OPTOMATA (Bandar Bukit Puchong)

📞 For enquiries and appointment bookings, contact us through the number in our BIO during operating hours.

09/06/2026

FREE UPGRADE 1 LEVEL UP KANTA MULTIFOKAL VARILUX!

Berita baik untuk pemakai kanta multifokal/progresif, rebutlah peluang terbaik ini untuk mendapatkan FREE UPGRADE 1 LEVEL UP bagi tempahan KANTA MULTIFOKAL VARILUX!

Tawaran ini sah sehingga JUNE 2026 sahaja!

Kanta multifokal mempunyai pelbagai ‘DESIGN’ dan design inilah yang menentukan:

✅ Keluasan ruang fokus pada setiap jarak
✅ Tahap keselesaan pemakai
✅ Adaptasi/penyesuaian yang lebih cepat

Pemilihan kanta multifokal tidak boleh sekadar ikut harga, tetapi perlu disesuaikan dengan:

✅ Gaya hidup
✅ Pekerjaan
✅ Keperluan visual harian

Pemilihan design yang tepat akan memberikan penglihatan optimum dan pemakaian lebih selesa sepanjang hari.

Tetapi sebelum itu, di OPTOMATA kami memberi perhatian lebih serius dalam pemeriksaan mata menyeluruh. Sebelum penentuan pemilihan kanta cermin mata yang sesuai, semua yang hadir WAJIB menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh merangkumi setiap struktur hadapan sehinggalah ke bahagian retina & saraf mata. Pelbagai saringan penyakit mata akan dijalankan terlebih dahulu. Penglihatan dan kesihatan mata akan dipastikan berada pada tahap yang terbaik. Seterusnya, barulah beralih ke sesi tempahan cermin mata.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,

Hubungi ☎️ 03-8067 7756 (waktu operasi - rujuk bio)

Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

08/06/2026

SETIAP BINGKAI ADA CERITA !

Di OPTOMATA, kami tidak memilih sesuatu produk hanya kerana nama, trend atau pop**ariti.

Kami sentiasa tertarik kepada produk yang mempunyai jalan cerita tersendiri, dibina dengan penuh dedikasi, ketelitian dan komitmen terhadap kualiti.

Juga kesungguhan pihak pembekal yang mana PENGURUS PEMASARAN mereka sendiri Mr. Shinichi Hombo turun ke Optomata bagi memperkenalkan & menerangkan berkenaan produk mereka.

Itulah sebabnya kami memilih CHARMANT.

Dari Jepun, CHARMANT telah membina reputasinya selama puluhan tahun melalui inovasi dalam penghasilan bingkai titanium premium yang terkenal dengan keselesaan, ketahanan dan ketelitian pembuatannya.

Bagi kami, bingkai yang baik bukan sekadar nampak cantik di wajah.

Ia perlu mempunyai sebab mengapa ia dicipta, bagaimana ia dibangunkan, dan apakah nilai yang dibawanya kepada pemakai.

Kerana di sebalik setiap bingkai yang hebat, ada kisah yang menjadikannya istimewa.

Dan itulah kisah yang kami ingin bawakan kepada anda.

🇯🇵 CHARMANT kini di OPTOMATA.

✨ Ringan.
✨ Selesa.
✨ Berkualiti.
✨ Penuh cerita.

OPTOMATA x CHARMANT
Kerana setiap bingkai yang dipilih, ada sebabnya.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

04/06/2026

KANAK-KANAK NAMPAK NORMAL BELUM TENTU PENGLIHATANNYA NORMAL !

Ramai ibu bapa hanya membawa anak untuk pemeriksaan mata apabila anak mula mengadu kabur atau apabila keputusan peperiksaan mula merosot.

Hakikatnya, banyak masalah penglihatan kanak-kanak berlaku secara senyap tanpa disedari.

✅ Mata malas (Amblyopia)
✅ Mata tidak selari (Strabismus)
✅ Power rabun yang meningkat dengan cepat (Myopia Progression)
✅ Masalah penglihatan binokular
✅ Kelainan retina dan saraf mata
✅ Kelopak mata jatuh (Ptosis)
✅ Anak mata kelihatan putih atau abnormal

Sebab itu pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata perlu diberikan perhatian sejak awal usia.

📌 Sebelum mula persekolahan (seawal umur 3-4 tahun)
📌 Lebih awal jika terdapat tanda-tanda abnormaliti pada mata

Di OPTOMATA, pemeriksaan mata kanak-kanak bukan sekadar menentukan sama ada perlu memakai cermin mata atau tidak.

Kami turut menilai:
🔹 Tahap penglihatan sebenar anak
🔹 Kesihatan retina dan saraf mata
🔹 Fungsi kedua-dua mata bekerja bersama (penglihatan binokular)
🔹 Risiko mata malas (amblyopia)
🔹 Tahap dan corak kenaikan power rabun

Jika anak sudah rabun, matlamatnya bukan hanya memberi cermin mata.

🎯 Tahap penglihatan perlu dipastikan mencapai tahap optimum.
🎯 Kenaikan power rabun perlu dipantau dan dikawal dengan strategi Myopia Management yang sesuai.

Bagi anak yang mengalami mata malas (amblyopia), rawatan dan terapi penglihatan perlu dimulakan seawal mungkin kerana peluang pemulihan lebih baik ketika usia masih muda.

⚠️ Jangan mudah percaya kepada mitos:

❌ “Pakai cermin mata buat power bertambah.”
❌ “Ubat titis boleh turunkan power rabun.”

Kedua-dua kenyataan ini tidak berasaskan bukti saintifik.

Apa yang lebih penting ialah mendapatkan diagnosis yang tepat, rawatan yang sesuai dan pemantauan berkala oleh Optometris.

Kerana apabila melibatkan penglihatan anak-anak, pengesanan awal bukan sekadar membantu mereka melihat dengan lebih jelas MALAH ia boleh mengubah perkembangan pembelajaran, keyakinan diri dan masa depan mereka.

RUJUK BIO UNTUK MAKLUMAT OPERASI OPTOMATA !

04/06/2026

FREE UPGRADE ONE LEVEL UP !

Berita baik untuk pemakai kanta multifokal/progresif, rebutlah peluang terbaik ini untuk mendapatkan “FREE UPGRADE 1 LEVEL UP” bagi tempahan KANTA MUKTIFOKAL VARILUX di Optomata sekarang.

Tawaran ini sah sehingga JUNE 2026 sahaja!

Kanta multifokal mempunyai pelbagai ‘DESIGN’ dan design inilah yang menentukan:
✔️Keluasan ruang fokus pada setiap jarak
✔️Tahap keselesaan pemakai
✔️Adaptasi/penyesuaian yang lebih cepat

Pemilihan kanta multifokal tidak boleh sekadar ikut harga, tetapi perlu disesuaikan dengan:
✔ Gaya hidup
✔ Pekerjaan
✔ Keperluan visual harian

Pemilihan design yang tepat akan memberikan penglihatan optimum dan pemakaian lebih selesa sepanjang hari.

Tetapi sebelum itu, di OPTOMATA kami memberi perhatian lebih serius dalam pemeriksaan mata menyeluruh. Sebelum penentuan pemilihan kanta cermin mata yg sesuai, semua yang hadir WAJIB menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh merangkumi setiap struktur hadapan sehinggalah ke bahagian retina & saraf mata. Pelbagai saringan penyakit mata akan dijalankan terlebih dahulu. Penglihatan dan kesihatan mata akan dipastikan berada pada tahap yang terbaik. Seterusnya, barulah beralih ke sesi tempahan cermin mata.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

02/06/2026

KAMI BINA LEBIH DARI RUANG BIASA !

Dari masa ke semasa Optomata sentiasa berusaha menambah baik kemudahan, persekitaran & pengalaman pelanggan kerana kami percaya setiap kunjungan ke Optomata perlu menjadi satu pengalaman yang berkualiti, bukan sekadar pemeriksaan mata atau tempahan cermin mata semata-mata.

Setiap SERVIS dan INSTRUMEN/MESIN yang dibawa masuk mestilah mempunyai manfaat kepada pelanggan dan akan “FULLY UTILISED” di Optomata. Begitu juga dengan setiap ruangan yang ada di OPTOMATA mestilah dapat digunakan dan berikan pengalaman berharga buat pelanggan.

Maka lahirlah “EXPERIENCE CORNER” sebegini di OPTOMATA supaya pelanggan dapat merasai sendiri pengalaman penggunaan kanta-kanta “PHOTOCHROMIC PREMIUM” seperti TRANSITIONS ini.

Jika sebelum ini kami bina ruangan untuk kanta PHOTOFUSION X dan kanta-kanta “OUTDOOR” daripada ZEISS maka kali ini kami tambahkan lagi ruangan kepada kanta-kanta TRANSITIONS GEN S daripada ESSILOR p**a. Supaya pelanggan kami dapat merasai sendiri kelebihan kedua-dua kanta ini secara terus dan memilih mengikut KESESUAIAN & KEGUNAAN setiap inidividu.

Selain daripada pemeriksaan yang KOMPREHENSIF daripada OPTOMETRIS bertauliah & berpengalaman serta penggunaan INSTRUMEN-INSTRUMEN canggih dalam pemeriksaan, Optomata juga terlenal sebagai Pusat Optometri yang banyak mempreskripsikan kanta-kanta jenis “PHOTOCHROMIC PREMIUM” sejak dari dulu lagi.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


No 65 Jalan BP 7/2 Bandar Bukit Puchong
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00
Saturday 09:30 - 17:00