Rohidzir Rais
Beliau sering menulis di media sosial tentang pendidikan.
Ustaz Rohidzir Rais adalah mudir dan pendiri Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) dan juga seorang penulis yang telah menulis 68 buah buku dalam pelbagai bidang terutamanya bidang agama.
TEORI EVOLUSI YANG TIDAK SAINTIFIK DAN MENGGUGAT AKIDAH
31/10/2024
Bahaya apabila penulis adalah pereka bentuk buku sendiri.
Buku ENSIKLOPEDIA SOLAT SEMPURNA ini telah saya susun letak sendiri dan sepatutnya malam ini membuat beberapa pembetulan selepas disemak oleh tiga orang editor syariat. Pembentulan juga sepatutnya minor sahaja dan tidak menjejaskan susun letak yang asal.
Tetapi memandangkan tukang buat pembetulan adalah penulis buku ini, lalu macam-macam maklumat yang mahu ditambah dan diubah. Hasilnya, susun letak berkecamuk dan puas p**a mahu susun semula.
Padan muka...
Berikut beberapa tangkap layar untuk bab Solat Khauf, harap dapat menarik perhatian pembaca dengan imej visual yang menarik. MInggu depan masuk pencetak, kalau penulis asal tidak banyak tambahan.... huhuu
19/10/2024
Sekali lagi masyrakat Malaysia dikejutkan dengan isu dalam bab solat, iaitu tentang penggunaan telekung. Taharah dan solat dianggap sebagai ilmu fiqh yang asas dan sering dipandang remeh kerana semua orang telah pun mempelajarinya dan mengamalkannya sejak kecil lagi.
Tetapi aneh, apabila terdapat sahaja isu-isu berkaitan kedua bidang ini, masyarakat mula melatah dan merasa pengetahuan mereka tentang fiqh ini tergugat. Walau pun kadang kala, isunya terlalu mudah tetapi disukarkan. Hakikatnya, Fiqh solat dan taharah memerlukan asas ilmu yang baik sebelum boleh mengamalkannya. Ia bukan ibadah yang boleh dilakukan berdasarkan ikutan kepada orang lain.
Kerana itu, saya menyusun TRIO ENSIKLOPEDIA IBADAH SEMPURNA bagi membimbing masyarakat agar memahami dua ibadah asas ini secara mendalam. Agar kualiti ibadah dapat ditingkatkan dan masyarakat tidak lagi gelabah dengan isu remeh temeh yang dibawa oleh para silibirti yang baru mahu belajar agama.
Buku ENSIKLOPEDIA TAHARAH SEMPURNA telah pun siap dicetak dan saya jual sendiri kerana belum diedarkan secara rasmi. Boleh PM jika berminat. ENSIKLOPEDIA SOLAT SEMPURNA p**a dalam proses akhir pembetulan dan tertangguh kerana saya ke Mesir selama 2 minggu. Insyallah akan masuk ke pencetak pada minggu hadapan. ENSIKLOPEDIA SOLAT SUNAT p**a akan menyusul kemudiannya.
Sengaja tulis pos ini bagi mengembalikan semangat menyiapkan buku kedua dan ketiga selepas terhenti selama dua minggu.
* Pos ini ditulis tanpa kaca mata dan masalah rabun dekat telah pulih dalam 70%, Alhamdulillah. Mohon maaf jika ada ralat.
26/09/2024
"TIKUS MAKMAL" sampai bila mahu biarkan anak-anak kita dalam sistem pendidikan sekular yang menjadikan pelajar sebagai bahan uji kaji dan politik.
24/09/2024
RAYUAN MENAMPUNG KOS MOU SINAR-AL-AZHAR
Sekolah Islam Nur al-Azhar - SINAR adalah sekolah miskin yang diiktiraf al-Azhar
Kerana itu, walau pun mendapat pengiktirafan melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang melayakkan pelajar SINAR melanjutkan pelajaran terus ke tahun 1 Universiti al-Azhar, SINAR masih perlu mengemis bagi membiaya yuran dan kos perjanjian ini.
Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sekolah Islam Nur al-Azhar, Port Dickson, dan Ma’had al-Buuth al-Azhar, Mesir, telah berjaya diuruskan dengan baik. Semua urusan dokumentasi berjaya disediakan dengan kerjasama yang baik daripada pihak Buuth. Saya, barisan AJK sekolah, para guru, pelajar dan ibubapa mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang besar ini.
MoU ini tidak hanya penting kepada kesinambungan SINAR dan silibusnya yang berbeza daripada sekolah lain. Tetapi secara umumnya ia menjadi indikasi penting kepada perkembangan sekolah-sekolah Islam swasta seluruh negara. Dalam keadaan hala tuju sekolah-sekolah ini yang tidak jelas hendak ke mana dan bagaimana, kehadiran Mou ini memberikan laluan baru dan lebih meyakinkan bagi lepasan sekolah-sekolah agama yang mahu menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar.
Paling utama, MoU ini membuka kembali peluang pelajar-pelajar muda yang bijak dan berbakat bagi meneruskan pengajian terus ke Universiti al-Azhar tanpa melalui Ma’had Buuth lagi. Sebaliknya semua silibus I’dadi dan Tsanawi sekolah ini dipelajari di SINAR. Malah peperiksaan akhir bagi mendapatka Syahadah Tsanawiah juga dilakukan sepenuhnya di SINAR.
Sebagai memanfaatkan MoU ini, tahun ini SINAR menghantar 13 orang pelajar-pelajar mudanya bagi mengikuti pengajian di tahun 1 Universiti al-Azhar bagi sesi 2024/ 25. Dan SINAR berazam menghantar lebih ramai pelajar-pelajar muda yang bijak bagi menyambung pelajaran mereka ke sana pada peringkat Ijazah Pertama (Ba), Ijazah Lanjutan (Ma) dan Ijazah Kedoktoran (Phd).
Kerana itu, kejayaan MoU ini dan kesinambungannya adalah amat penting dalam melakar landskap baru dunia pendidikan Islam di Malaysia. Justeru, SINAR mengalukan sumbangan bagi menampung kos MoU ini termasuk yuran perjanjian dan kos pengurusan di sana.
Mohon doakan agar SINAR mampu menunaikan perjanjian bagi mengirimkan lebih ramai pelajar Malaysia yang berkualiti ke Universiti al-Azhar. Dan saya sendiri, sebagai pengasas dan mudir sekolah ini, amat berharap agar pengalaman dan peluang yang diperolehi dapat dikongsikan bersama sekolah-sekolah agama lain yang mempunyai aspirasi dan cita-cita yang sama dengan kami.
Ustaz Rohidzir Rais
Pendiri dan Mudir
Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)
• Pengambilan pelajar baru bagi sesi pengajian 2025 telah dibuka. Temuduga ibubapa dan pelajar akan diadakan pada 16 November 2024. Pendaftaran untuk menyertai temuduga ini adalah pada pautan berikut:
https://asis.awfatech.com/asis0036/
________________________________________________________
Kos Mu‘adalah (kos utama) dan lain-lain seperti berikut:
1. Yuran Mu‘adalah: RM8,700.00 (USD 2000)
2. Tiket kapal terbang (Kul-Cai-Kul): 6000.00 (2 orang)
3. Penginapan di Mesir: RM3,000.00 (1 homestay RM300 x 10 hari)
4. Pengangkutan di Mesir: RM500.00
5. Makan minum di Mesir: RM1,000.00
6. Urusan luar jangka: 1000.00
Jumlah: RM20,200.00
Penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan bagi tujuan yang dinyatakan, boleh membuat pindahan wang ke akaun rasmi SINAR:
Nama Akaun : Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR)
No. Akaun : 555041309439
Bank : Maybank Islamic Berhad
Sila nyatakan "Muadalah al-Azhar" untuk sumbangan.
Setiap sumbangan boleh mendapat resit pelepasan cukai (kerjasama antara SINAR dan Yayasan Waja).
Mohon kerjasama tuan/ puan untuk kepilkan resit sumbangan ke:
Whatsapp
019-345 9257 (Us. Rohidzir)
Atau emel
[email protected]
Nota:
Sebarang lebihan sumbangan daripada anggaran, akan disalurkan ke tabung pendidikan, pengurusan dan pembangunan SINAR yang lain.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
019-345 9257 (Us. Rohidzir bin Rais - Mudir)
17/09/2024
Guru-guru lelaki Sekolah Islam Nur al-Azhar - SINAR yang berkarisma dan bersedia menjalankan tugas sebagai pembimbing anak-anak anda.
Temuduga Pelajar dan Taklimat Ibubapa bagi calon pelajar sesi 2025 akan diadakan pada 16 November 2024. Daftarkan pada pautan di bawah:
https://asis.awfatech.com/asis0036/
WAQAF BUKU ENSIKLOPEDIA TAHARAH SEMPURNA UNTUK PELAJAR-PELAJAR MISKIN DI SEBUAH SEKOLAH DI KEMBOJA DAN TAWAU, SABAH
Sebuah flat sewa yang sempit untuk 90 orang pelajar belajar dan sebuah bangunan kayu usang menjadi sekolah untuk 170 orang pelajar miskin.
Yang pertama adalah sebuah sekolah di Tawau, Sabah yang dijadikan sekolah untuk belajar agama termasuk al-Quran dan fardu ain. Kebanyakan pelajar-pelajarnya adalah anak-anak yang tidak mempunyai dokumen kelahiran sehingga tidak membolehkan mereka mendaftar di sekolah kerajaan.
Sebahagian yang lain adalah anak-anak miskin yang tidak mampu ke sekolah. Bererti sekolah kerdil ini digelar Asalin Qurab Center ini menjadi satu-satunya tempat untuk mereka mempelajari asas membaca, mengira dan menulis dalam bahasa Melayu. Ini juga tempat mereka belajar Iqra dan al-Quran dan ilmu-ilmu agama yang diperlukan bagi menjadi seorang muslim sejati. Hanya dua orang ustazah yang mengasaskan tempat ini dan menguruskannya tanpa sebarang elaun. Pelajar-pelajar yang tidak mampu belajar secara percuma. Yang berkemampuan hanya membayar RM30 sebulan bagi menampung sewa flat, elektrik dan air.
Sekolah yang pertama p**a bertempat di KG JROUH JREU, DAERAH SNOUL KRATIE, Kemboja yang pernah saya lawati kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu, saya dan Almarhum Ustaz Yusoff Uthman dalam misi mencari pelajar bijak dan menguruskan penyerahan tanah waqaf kepada persatuan Islam di sana.
Kami menziarahi sekolah ini yang ketika itu baru ditubuhkan oleh seorang ustazah bersama rakan-rakannya. Hanya sebuah bangunan kayu usang dan meja kerusi yang lama dijadikan sebagai sekolah bagi membimbing anak-anak Kemboja agar mampu mengekalkan identiti Islam dan Melayu mereka.
Saya juga pernah menghantar buku saya, "Siri Haiwan Bercerita tentang Rasulullah," dan beberapa bahan bacaan kanak-kanak sebagai bahan bacaan pelajar-pelajar ini.
Sukar sebenarnya membayangkan perasaan kita apabila melihat kanak-kanak Islam ini berada di sekolah-sekolah seperti ini. Tetapi itu adalah hakikat keadaan sebahagian umat Islam di pelbagai tempat. Sekolah-sekolah ini menjadi benteng terakhir mereka mempertahankan maruah dan identiti Islam dan Melayu generasi muda ini. Mungkin sebahagian besar kita tidak terbayang kewujudjan sekolah-sekolah seperti ini ketika anak-anak kita belajar dalam kelas berhawa dingin.
Dalam kesukaran mendapatkan bahan bacaan atau buku teks untuk belajar, buku ENSIKLOPEDIA TAHARAH SEMPUNA ini tentu akan amat dihargai oleh pelajar-pelajar ini. Ia juga memudahkan para guru menjadikan buku ini sebagai panduan dalam menghuraikan bab taharah kepada pelajar. Kerana bab ini memerlukan pelajar mengetahui tatacara, buku ini yang didatangkan dengan warna penuh dan bergambar, amat sesuai dan membantu mereka.
Saya dengan rendah hati membuka waqaf buku ENSIKLOPEDIA TAHARAH SEMPURNA, tulisan saya sendiri, untuk diberikan kepada pelajar-pelajar di dua buah sekolah di Kemboja dan Sabah ini.
Mudah-mudahan tatacara wuduk dan mandi wajib yang mereka pelajari dan diamalkan seumur hidup mereka dapat juga menyumbangkan pahalanya kepada saya sebagai penulis dan juga kepada pewaqaf.
Maklumat Waqaf:
Harga asal buku ini adalah RM39.00, tetapi untuk waqaf hanya RM35 sebuah. Jumlah diperlukan adalah 90 di Sabah dan 170 di Kemboja.
Kos keselurahan adalah 260 x RM35 = RM9,100.00
Sumbangan boleh dibuat dengan kos sebuah buku, RM35, atau berapa sahaja jumlah yang akan dikumpulkan bagi mencukupkan kos sebenar.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama ROHIDZIR RAIS
1624-7809-7090
* Tuliskan WAQAF BUKU dan hantarkan slip ke 019-3459257
* Mohon kongsikan.
05/09/2024
Kamus Bahasa Arab...
Menerima berita gembira daripada seorang pengetua di Utara Tanah Air, negeri Sanusi, bahawa sekolah rendah ini menerima sumbangan hampir 50 buah Kamus Sinar Azhar. Kamus ini saya susun dan telah beberapa kali diulang cetak sehingga ke hari ini. Pada awal penyusunan kamus ini, niatnya adalah bagi menggalakkan pelajar-pelajar muda mempelajari bahasa Arab melalui kamus yang cantik, berwarna warni dan ilustrasi yang comel.
Perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kamus ini, jika dihafaz oleh para pelajar dengan bimbingan guru mampu membantu mereka memahami Bahasa Arab. Dalam masa yang sama kamus ini juga membantu guru-guru Bahasa Arab untuk merujuk perkataan yang tidak diketahui. Tidak perlu lali cemas merujuk kamus ketika ada pelajar yang bertanya pelbagai mufradat yang tiada dalam minda guru.
Dalam pada itu, Kamus Istilah Istilah Arab Moden juga sudah siap dan sedang peringkat akhir susun letak yang dibuat sendiri juga. Memang kepenatan, terasa sukar untuk bernafas, beban. Tapi kena siapkan juga kerana akan dirasmikan pada majlis 14 September ini. Kamus ini adalah susunan bersama saya dan 13 orang pelajar Sekolah Islam Nur al-Azhar - SINAR yang sedang bersiap untuk ke Mesir hujung tahun ini. Ia mengandungi istilah-istilah yang kami temui ketika mempelajari subjek-subjek Buuth. Ia merangkumi pelbagai bidang termasuk Geografi, Geopolitik, Sejarah, Tamadun, Fizik, Biologi, Kimia, Sosial dan Media.
Kamus istilah Arab-Melayu-Inggeris ini, mungkin yang pertama dicetak di Malaysia. Ia akan amat membantu para pelajar dan orang awam yang mempelajari bahasa Arab untuk membiasakan dengan istilah-istilah ini ketika membaca akhbar, majalah atau buku akademik dalam bahasa Arab.
Pun begitu, kamus yang akan dicetak di bawah SINAR ini hanya mampu dicetak secara terhad, mungkin 200 naskhah sahaja. Terutamanya untuk kegunaan pelajar dan guru di sini. Jika ada yang berminat mendapatkan kamus ini, perlu menempah terlebih dahulu. Kerana cetakan yang sedikit, harganya juga menjadi mahal, mungkin RM90 atau lebih, jika cetakan berwarna.
Allahu... terasa semakin kurang tenaga untuk dikerahkan dalam penulisan dan penghasilan buku. Rasanya, 15 tahun dahulu, masih gagah berjaga sehingga subuh. Moga Allah berikan izin menyiapkan beberapa buah buku lagi yang dalam perancangan. Ini termasuk Kamus Kata Kerja atau Qamus al-Afal.
Ustaz Rohidzir Rais
01/09/2024
https://youtu.be/BbEl5tvMCBc?si=gqr8z9dOz-xkHFxz&sfnsn=wa
Video penuh Atok Farm menziarahi Sekolah Islam Nur al-Azhar - SINAR dan menyantuni mudir dan para pelajarnya.
Sejak tinggal di rumah tidak bertanah dahulu, rumah flat, selalu berangan-angan untuk memiliki rumah bertanah dan berhalaman untuk bercucuk tanam dan memelihara ayam, angsa dan arnab. Lalu kini ia direalisasikan, pada awalnya sekadar suka-suka dan hobi. Juga memberikan aktiviti mengeluarkan peluh dan bertenang selepas penat mengajar dan menulis.
Kerana itu, dua bulan sebelum ini, saya bersama isteri menziarahi Atok Farm dan membeli 4 ekor anak angsa putih dan 5 ekor anak ayam yang masih kecil, baru menetas beberapa hari. Saya kepuasan sebenarnya memelihara anak-anak ayam dan angsa yang masih kecil dan menyaksikan perkembangan mereka sehingga dewasa dan besar.
Perasaan yang sama saya rasakan ketika melihat anak-anak pelajar yang akan berangkat ke Mesir dalam keadaan matang dan dewasa, walau usia masih muda. Ketika hadir bersama ibubapa sebelum diserahkan untuk dibimbing 4 atau 5 tahun dahulu, mereka hanya anak-anak kecil yang taat kepada arahan dan kehendak ibubapa yang mahu yang terbaik untuk permata hati mereka.
Hari ini, mereka telah bersiap untuk terbang lebih tinggi meninggalkan ibubapa, negara Malaysia dan SINAR.
Entah bagaimana, juru bina yang membina reban dan kandang memahami arahan saya secara berlebihan, lalu membina reban dan kandang yang lebih besar dan luas untuk angsa dan ayam yang hanya beberapa ekor itu. Memandangkan kos telah dikeluarkan, saya memutuskan untuk memelihara lebih banyak ayam dan mendapatkan hasilnya.
Cuma kos anak ayam ini memang mahal, jenuh juga saya mengira baki wang yang tidak sebanyak mana. Lalu sengaja saya buka peluang menyumbang kepada ibubapa dengan seekor ayam bernilai RM50. Dalam benak saya, dapat 10-15 ekor pun sudah cukup.
Ternyata telahan saya tersasar. Ibubapa berminat dengan idea SINAR FARM ini dan kami mendapat 56 ekor anak ayam disumbangkan. Atok Farm p**a mendengar perancangan kami dan menerima order terus menambahkan 10 ekor lagi sumbangan anak ayam. Menjadikan semua 66!
Alhamdulillah... Selamat datang ke SINAR FARM
5 bulan dari sekarang, pelajar SINAR boleh makan telur gred A sebagai telur separuh masak setiap pagi.
✅️ PELAJAR MAMPU PELIHARA AYAM DI SEKOLAH. ILMU ALAM HASILKAN MAKANAN SENDIRI.
29/08/2024
Assalamualaikom
Kepada ahli keluarga dan sahabat handai, saya, Rohidzir Rais dan Allina Abdullah, berbesar hati menjemput Tuan/ Puan ke Majlis Kenduri Aqiqah untuk putera kelima kami, AHMAD TAYYIB MUTHMAEN (أحمد طيب مطمئن).
Tarikh: 14 September 2024
Masa: Selepas Zuhur
Lokasi: Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR), Lot 863 Jalan Haji Razak, Kg Baru Si Rusa, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan
Semoga kehadiran Tuan/ Puan dapat memberkati majlis kami.
• Mohon isikan borang berikut untuk maklumat kehadiran. Terima Kasih
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1bJHzd5OQYwOMxBtS5L9QQsDrptaGm5PIcVuzyVG5eaCHBA/alreadyresponded?vc=0&c=0&w=1&flr=0
14/08/2024
Insyallah, Sekolah Islam Nur al-Azhar - SINAR akan menghadiri diskusi buku ilmiah di Istac bersama 30 orang pelajar dan guru. Ia sebagai memenuhi keperluan subjek Tauhid Saintifik yang merangkumi bab Teori Evolusi dan asal usul manusia.
Juga keinginan saya membawa para pelajar berkenalan dengan ISTAC yang menjadi mercu tanda keilmuwan di Malaysia dan dunia. Paling utama, pelajar-pelajar dan saya berharap untuk bertemu dengan idola kami, Datuk Dr. Osman Bakar. Terutama kerana dalam kelas Falsafah, kami telah menggunakan bukunya, Tawhid and Science dan mengkhatamkannya selepas bersusah payah memahaminya selama dua tahun dan tujuh bulan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Port Dickson
71050