PAS Kuala Perlis

PAS Kuala Perlis

Share

PAS Kuala Perlis

07/10/2026

✨𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗕𝗕𝗜 | 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗔𝗟𝗜✨

📆9 Oktober 2026
📈Jumaat
⏰07.30 malam
🏠Surau As Solehin, Behor Temak 01000 Kangar

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

05/10/2026

✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Al-Quran ialah petunjuk Allah Yang Maha Suci daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Bahkan, satu-satunya petunjuk yang betul dan benar kerana datangnya daripada Allah yang bersifat Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Pemberi Rahmat kepada seluruh alam.

Firman Allah SWT:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ ١

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya al-Kitab (al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan (perkara yang terpesong) di dalamnya.” [Surah al-Kahfi: 1]

Al-Quran menegaskan bahawa setiap rasul memulakan perjuangan mengislamkan kaum bangsanya, sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِ‍َٔايَٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرۡهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٖ ٥

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (4) Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap-gelita kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.’ Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (5)” [Surah Ibrahim: 4-5]

Para rasul itu dipilih oleh Allah secara langsung untuk memimpin manusia. Perkara ini ditafsirkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

‌كَانَتْ ‌بَنُو ‌إِسْرَائِيلَ ‌تَسُوسُهُمُ ‌الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu dipimpin oleh para nabi (pilihan Allah). Apabila seseorang nabi wafat, diganti p**a oleh nabi selepasnya. Tidak ada lagi nabi selepas aku (wafat), tetapi dilantik para khulafa’ (pemimpin yang dipilih sendiri oleh manusia) dan jumlah mereka ramai.”

قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.

Para sahabat bertanya, “Apakah perintahmu (pesananmu) kepada kami?” Baginda bersabda, “Tunaikanlah baiah (janji taat setia) kepada yang pertama dan diikuti selepasnya. Tunaikanlah hak terhadap mereka. (Pohonlah kepada Allah perkara yang menjadi hak kalian). Sesungguhnya Allah akan menyoal mereka pada hari Kiamat nanti berkenaan hak kalian yang wajib mereka tunaikan.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no. 3455, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1842, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]

Walaupun Islam merupakan petunjuk kepada seluruh manusia, setiap rasul memulakan perjuangannya daripada kaum bangsanya sendiri yang kemudiannya turut mendukung perjuangannya.

Rasulullah SAW memulakan perjuangan menyatupadukan bangsa Arab dengan petunjuk Islam yang tidak memisahkan politik daripada dakwah. Allah mengingatkan kejayaan Baginda menyatukan masyarakat Arab yang paling berpecah-belah melalui firman-Nya:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠٣

“Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” [Surah Ali ‘Imran: 103]

Ketika wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat mengadakan mesyuarat untuk memilih khalifah (pemimpin) bagi menggantikan Baginda dengan dikemukakan tiga calon:

1. Kalangan Ansar (berasal dari Madinah) mencalonkan Sa‘ad bin ‘Ubadah RA yang merupakan pemimpin mereka.
2. ‘Abbas , al-Zubair, Talhah dan beberapa orang lagi mencalonkan ‘Ali bin Abi Talib KW daripada kalangan Ahli al-Bait (keluarga Rasulullah SAW).
3. Kalangan Muhajirin p**a mencalonkan Abu Bakar al-Siddiq RA.

Akhirnya, Abu Bakar al-Siddiq RA dilantik menjadi khalifah menggantikan Rasulullah SAW setelah mereka mendengar hujah daripada kalangan Muhajirin yang bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW:

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْكُمْ حَقًّا، وَلَكُمْ عَلَيْهِمْ حَقًّا مِثْلَ ذَلِكَ، مَا إِنْ اسْتُرْحِمُوا فَرَحِمُوا، وَإِنْ عَاهَدُوا وَفَوْا، وَإِنْ حَكَمُوا عَدَلُوا، فَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ مِنْهُمْ، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ، وَالْمَلَائِكَةِ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.

“Pemimpin itu mestilah daripada kalangan Quraisy. Sesungguhnya, mereka mempunyai hak yang wajib kamu tunaikan, dan kamu juga mempunyai hak yang wajib mereka tunaikan dengan kadar yang sama. Apabila mereka diminta mengasihi, mereka mengasihi. Apabila mereka membuat perjanjian, mereka menunaikannya. Dan apabila mereka menghukum, mereka hendaklah berlaku adil. Sesiapa antara mereka yang tidak melaksanakan perkara tersebut, mereka akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan seluruh manusia.” [Hadis riwayat al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Qada’, no. 5909 dan Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, no. 12307, daripada Anas bin Malik]

Pada zaman mutakhir selepas Khulafa’ al-Rasyidin, ia bertukar menjadi mazhab fiqh politik Islam setelah para ulama’ bersepakat tentang kewajipan pemimpin daripada kalangan orang Islam dan berbeza pendapat dari segi bangsanya.

Pendapat Ansar kemudiannya menjadi pegangan golongan Khawarij yang tidak menentukan bangsa pemimpin. Pendapat kedua p**a menjadi pegangan mazhab Syiah yang menentukan bahawa pemimpin mestilah daripada keluarga Rasulullah SAW. Manakala, pendapat Muhajirin daripada kalangan Quraisy menjadi pegangan mazhab Sunni.

Pemimpin dipilih daripada kaum yang paling berpengaruh. Hal ini berdalilkan firman Allah SWT:

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka, antara kamu ada yang bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah jua Tuhan Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” [Surah Muhammad: 38]

Dan firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِي بَعَثَ فِي ٱلۡأُمِّيِّ‍ۧنَ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ٢ وَءَاخَرِينَ مِنۡهُمۡ لَمَّا يَلۡحَقُواْ بِهِمۡۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٣

“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka, dan mengajari mereka Kitab dan Hikmah (al-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (2) Dan (juga) kepada kaum yang lain daripada mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (3)” [Surah al-Jumu‘ah: 2–3]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai kesinambungan perjuangan untuk melaksanakan petunjuk Allah kepada manusia selepas tiada lagi para rasul, setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.

PAS berpegang kepada mazhab Sunni bahawa pemimpin bagi negara Malaysia hendaklah daripada kalangan Melayu Islam. PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berpegang kepada prinsip sekular, iaitu memisahkan politik daripada agama, dan gagasan Malaysian Malaysia tanpa rupa bangsa.

Fahaman sekular berkonsepkan pemisahan politik daripada aqidah atau iman, menjadikan politik tidak mempunyai roh dan hanya berpandukan akal manusia semata-mata tanpa berpaksikan aqidah, khususnya keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Fahaman ini dilihat gagal dalam memimpin masyarakat majmuk serta menangani salah laku seperti rasuah dan lain-lain.

Tanpa menetapkan rupa bangsa yang bersifat luar tabii, ketetapan Allah akan dilihat bercanggah dengan fitrah manusia.

Sehubungan dengan itu, pemimpin hendaklah daripada kalangan Melayu yang berpegang teguh kepada Islam dan mempunyai pengaruh yang kuat untuk menjamin keadilan kepada semua. Hal ini demikian kerana mereka tidak bersikap fanatik terhadap perkauman seperti sesetengah bangsa lain dalam masyarakat majmuk, walaupun tidak mempunyai kuasa politik.

Sikap ini dapat disaksikan dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Betapa kuatnya pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat apabila seseorang yang memeluk Islam dianggap menjadi Melayu, manakala apabila seseorang itu murtad, dia tidak lagi dianggap sebagai Melayu.

Konsep keadilan untuk seluruh manusia merupakan perintah Allah. Pemimpin yang mendapat sokongan kuat daripada kaumnya diwajibkan menegakkan keadilan apabila berkuasa. Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan segala amanat kepada yang berhak dan layak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [58] Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya, dan ulu al-amr antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (59)” [Surah al-Nisa’: 58-59]

Ayat ini mengaitkan kewajipan politik dengan aqidah, iaitu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Seterusnya, firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]

Berdasarkan ayat ini, Allah menyatakan bahawa kewajipan berlaku adil turut merangkumi keadilan terhadap musuh ketika berperang. Maka, lebih utama ia dilaksanakan terhadap rakyat dalam sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Firman Allah SWT:

۞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرٗا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُۥٓاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا ١٣٥

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih mengetahui kemaslahatannya. Maka, janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Nisa’: 135]

Maka, tidak sepatutnya wujud pentadbiran dan kehakiman terpilih (pendakwaan terpilih) seperti yang disaksikan pada hari ini, sehingga berlaku diskriminasi dalam politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Muhasabah bukan sahaja berlaku di dunia terhadap rakyat yang boleh ditipu dan dipaksa, khususnya dalam setiap kali pilihan raya. Bahkan, perlu diimani bahawa muhasabah berlangsung juga selepas mati hingga Hari Akhirat. Firman Allah SWT:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١ وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِۦٓ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلٗا ٧٢

“(Ingatlah) suatu hari (Hari Kiamat) Kami menyeru tiap-tiap umat manusia dengan pemimpin mereka; kemudian sesiapa yang diberikan kitab amalannya pada tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak akan dianiayai sedikit pun. (71) Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka ia juga akan buta di akhirat dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (72)” [Surah al-Isra’: 71-72]

PAS mewajibkan al-Quran dan Sunnah dijadikan petunjuk dalam semua perkara, bukannya teori ahli falsafah yang berpandukan akal semata-mata. Maka, dimulakan perpaduan dengan perpaduan umat Islam berpandukan firman Allah SWT:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” [Surah al-Hujurat: 10]

Oleh itu, PAS mendahulukan perpaduan Melayu Islam yang menjadi tonggak kuasa yang mempunyai pengaruh terkuat. Kemudian, bersama-sama manusia daripada pelbagai bangsa yang merupakan satu keluarga besar, yang berasal daripada Adam dan Hawwa’. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]

Manusia bermasyarakat majmuk madani yang berkonsepkan taqwa, mereka tidak mudah hanyut dengan fahaman liberal dan progresif sehingga tersungkur melampaui batas. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

PAS menetapkan aqidah Islamiah dalam perlembagaannya. Bahkan, Islam ialah agama tertinggi dalam perlembagaan negara, yang ditafsirkan berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang banyak serta sunnah amaliah (praktikal) Rasulullah SAW.

Para pemimpin yang dicalonkan wajib berbaiah dan bersumpah dengan nama Allah untuk mematuhi kewajipan tersebut, sama ada menjadi kerajaan atau pembangkang.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 19 Rabi‘ al-Akhir 1448 / 1 Oktober 2026

[Bil: 64 / 2026]

03/10/2026

𝗗𝗢𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦

Marilah kita bersama-sama menunaikan Solat Hajat dan berdoa agar pasukan peguam Kerajaan Negeri Perlis diberikan kekuatan, ketenangan, petunjuk dan kelancaran dalam mempertahankan pendirian negeri dalam kes berkaitan usaha menghidupkan semula kegiatan perjudian.

Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada pihak yang mempertahankan agama, prinsip dan kepentingan rakyat serta menjauhkan Perlis daripada segala bentuk kemungkaran.

Moga Perlis terus dipelihara Allah SWT.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲

30/09/2026

✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡: 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗡

Sabda Rasulullah SAW:

‌لَا ‌تَزَالُ ‌طَائِفَةٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌قَائِمَةً ‌بِأَمْرِ ‌اللهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ أَوْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ عَلَى النَّاسِ.

“Sentiasa ada dalam kalangan umatku (sepanjang zaman) kump**an yang bangkit berjuang menunaikan perintah Allah (menegakkan Islam dan mempertahankannya). Tidak memberikan apa-apa mudarat kepada mereka oleh sesiapa yang mengecewakan mereka (tidak mahu menolong mereka) atau menentang mereka. Kump**an ini terus berjuang sehingga datangnya keputusan Allah (syahid atau menang), namun mereka terus zahir (tidak boleh dihapuskan).” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1037, daripada Mu‘awiyah bin Abi Sufyan]

Dalam riwayat Imam Ahmad, dinyatakan antara mereka itu ialah kump**an Islam di Bait al-Maqdis dan di keliling Bait al-Maqdis (di Palestin dan negara jirannya). [Lihat: Musnad Ahmad, Musnad al-Ansar, no. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]

Hadis ini menunjukkan tanda yang benar berlaku pada akhir zaman mengenai kemunculan dua kump**an dalam kalangan umat Islam:

1. Kump**an yang beristiqamah.
2. Kump**an yang terpesong dan mengecewakan.

Kita menyaksikan genapnya satu abad kejatuhan Khilafah ‘Uthmaniyyah, kuasa besar Islam hasil pengkhianatan dalaman umat Islam sendiri. Walaupun ada kesilapan dan kelemahan kerajaan Islam itu, usaha menjatuhkannya dengan bekerjasama dengan musuh adalah satu pengkhianatan yang paling celaka. Akibatnya, dunia Islam dijajah, khususnya tanah suci Palestin.

Kita sedang menyaksikan p**a kebenaran janji Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, iaitu kemunculan kump**an Islam yang gagah berani menentang negara Zionis Israel yang ganas dan semua penjajah selepas kejatuhan kuasa Islam.

Zionis merupakan musuh paling zalim dalam sejarah manusia, bersama negara sekutunya (Amerika Syarikat dan Eropah) dan semua negara kump**an Zionis dengan bantuan umat Islam yang berkhianat. Negara Yahudi Zionis dibantu oleh tentera dan senjata yang bertali arus daripada semua jenis, mendukung penubuhan negara Israel Raya (Greater Israel) yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis tanah suci umat Islam) bagi menakluk dunia dan menjadi kuasa besar tunggal.

Lahir kump**an Islam yang berjihad menentang Zionis yang dijanjikan, walaupun musuh mereka melakukan keganasan paling melampau terhadap kump**an Islam yang awal berjihad menentang Israel. Mereka lahir dari negara Arab, Turkiye, dan Iran bersama para pemimpin mereka seperti Mufti Amin al-Husayni, Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam, ulama’ buangan dari Syria, ‘Abd al-Qadir al-Husayni, dan lain-lain.

Turut bersama mereka ialah rakyat Palestin serta negara Arab dan Islam di keliling mereka, termasuk dari Turkiye, Iran, dan lain-lain daripada semua mazhab. Kump**an Islam bermula sejak penjajahan British yang melaksanakan Perisytiharan Balfour pada 1917 sehingga perisytiharan negara haram Israel pada 1948.

Pada masa yang sama, muncul kalangan yang mengecewakan dari negara-negara Arab dan Islam yang ditubuhkan bersama para pemimpin yang terlibat dalam Revolusi Agung Arab yang menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah. Mereka menerima gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh negara Zionis.

Negara habuan yang terlibat dalam menjatuhkan kuasa Islam pada abad yang lalu membalas jasa kuasa besar yang terlibat dengan menyerahkan maruah dan hasil bumi mereka kepada musuh serta membenarkan dibina pangkalan tentera musuh.

Beberapa negara Arab dan Islam yang dipecah-pecahkan dilantik ketua negara secara diktator sama ada secara republik oleh tentera ataupun beraja, misalnya Kamal Ataturk di Turkiye sebagai pemimpin negara republik tentera dan Shah di Iran sebagai pemimpin negara beraja.

Turkiye bawah Kamal Ataturk dan Iran bawah Shah secara langsung mengiktiraf Israel. Adapun negara Arab yang menerima gencatan senjata bawah PBB yang dikuasai oleh Zionis bertindak terhadap kump**an Islam dan pemimpin mereka melalui pengharaman atau pembunuhan.

Turkiye menjatuhkan hukuman bunuh atas Adnan Menderes yang menjadi Perdana Menteri secara demokrasi kerana kesalahan mengubah Turkiye ke arah Islam bersama rakan-rakan seperjuangannya. Di negara Arab, beberapa orang pemimpin Islam dibunuh. Begitu juga di Iran, mereka yang terlibat dalam gerakan Fida’iyyan Islam (Fadayan-e Islam) dan beberapa orang ulama’ yang menentang Shah turut dibunuh.

Di Palestin, berlaku penubuhan kump**an bawah gabungan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Musuh menaja kump**an nasionalis sekular yang menerima negara Israel dengan sogokan penyelesaian dua negara (two-solution state) sebagai tipu daya politik.

Namun begitu, kump**an Islam gagal dihapuskan laksana api dalam sekam, walaupun setiap kemenangan kump**an Islam disekat, termasuk secara demokrasi di seluruh negara Islam.

Muncul Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 yang menggulingkan Shah dan menubuhkan negara Republik Islam Iran. Mereka mengisytiharkan pengharaman negara Israel dan membawa slogan perpaduan umat Islam bagi membebaskan Bait al-Maqdis.

Tiba-tiba, Perang Teluk Pertama (1980) dilancarkan bagi menjatuhkannya dengan mengarahkan semua negara Arab dan negara Islam untuk memerangi Iran, atas slogan mazhab Sunni wajib memerangi mazhab Syiah atau Kebangsaan Arab menentang Iran Majusi penyembah api yang Musyrikin, disertai bantuan semua negara Barat dan Israel melalui sokongan ketenteraan, politik, ekonomi, dan media, termasuk kalangan ulama’ yang dipergunakan untuk menyebarkan propaganda akan bahaya negara Syiah yang mengancam Sunni sehingga melupakan bahaya Israel. Maka, Iran diganyang dan dikepung habis-habisan.

Pada tahun 80-an, muncul kump**an Islam Palestin (Tanzim Jihad) yang dibantu oleh Iran dan selepasnya, muncul gerakan Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) daripada kump**an Ikhwan al-Muslimin yang diharamkan; kedua-duanya daripada kalangan Sunni. Selepas itu, muncul p**a Hizbullah di Lubnan dan Ansarullah di Yaman daripada kump**an Syiah dengan disertai oleh kump**an Islam Sunni.

Maka, berlakulah kemunculan semula kump**an Islam Palestin, namun tidak diiktiraf oleh negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Apabila kump**an Hamas menyertai Pilihan Raya Perundangan Palestin 2006 melalui proses demokrasi yang dijangka memberikan kemenangan sokongan kepada PLO yang mendapat pengiktirafan negara Arab, OIC, dan negara Barat, tiba-tiba Hamas memenangi pilihan raya tersebut. Akan tetapi, kemenangan itu tidak diiktiraf oleh negara Arab, OIC, dan masyarakat antarabangsa. PLO yang kalah p**a diiktiraf untuk menubuhkan negara sementara Palestin yang tidak ada kuasa, malah diiktiraf oleh PBB, OIC, dan lain-lain.

Hamas mengambil langkah menubuhkan kerajaan di daerah Gaza sebagai pusat gerakannya, di dalam wilayah yang kecil dan padat penduduknya. Kerajaannya tidak diiktiraf oleh PBB, Liga Arab, dan OIC kerana masih kuat pengaruh Barat terhadap negara Islam walaupun telah merdeka. Termasuk ketika Sidang OIC diadakan di Malaysia pada tahun 2003, wakil Hamas yang datang tidak dibenarkan untuk menyertainya.

Gaza telah dikepung secara politik, ekonomi, dan media. Rakyatnya laksana berada di dalam penjara besar, setiap hari diserang oleh Israel. Hal ini termasuklah wilayah Tebing Barat dan Bait al-Maqdis, kawasan yang masih ramai rakyat Palestin terus diceroboh, sehingga dirampas bangunan tempat tinggal dan perniagaan, termasuk kawasan pertanian. Pendatang Yahudi dibawa masuk dan merampas kediaman serta tempat pekerjaan rakyat Palestin, begitu juga kawasan nelayan dilakukan sekatan. Rakyat Palestin menjadi pelarian di dalam tanah air mereka sendiri.

Kump**an Islam yang bangkit semula tidak menyerah kalah dan ramai yang gugur syahid, ditahan, atau dibuang keluar negeri.

Mereka meneruskan kehidupan dengan bantuan daripada umat Islam. Hanya Republik Islam Iran yang paling banyak membantu dari sudut kewangan dan persenjataan sehingga boleh meneruskan perjuangan. Adapun negara jiran sangat mengecewakan, melainkan kalangan rakyat yang berani. Ada p**a yang ditahan di negeri masing-masing, harta mereka dirampas dan perniagaan mereka dibekukan kerana membantu Palestin.

Kita menyaksikan pihak yang menyahut seruan Allah melakukan persediaan berjihad dan menyelamatkan Islam yang ditindas.

Firman Allah SWT:

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ ٦٠

“Dan bersedialah kamu untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu mampu dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, (yang dengan persiapan itu) kamu menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui mereka; sedang Allah mengetahui mereka. Apa saja yang kamu nafkahkan di jalan Allah, nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” [Surah al-Anfal: 60]

Kump**an Islam Palestin dan negara Republik Islam Iran melakukan persediaan dari sudut harta kurniaan Allah sehingga persediaan jiwa raga.

Gerakan Islam daripada Hamas yang bertahan di Gaza telah melakukan operasi Taufan al-Aqsa terhadap tentera Israel yang dipropagandakan tidak boleh dikalahkan oleh mana-mana negara. Tambahan p**a, kekuatan ketenteraan mereka dibantu oleh kuasa besar dunia yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang paling kaya dan kuat dengan senjata yang bertali arus, bersama pasukan armada paling kuat dan pangkalan tentera di seluruh dunia, khususnya di negara Arab yang bersahabat dengannya, di samping beberapa negara bawah pengaruhnya di seluruh dunia.

Pertahanan Israel yang mengepung Gaza berjaya ditembusi dan dikalahkan, malah ramai tenteranya yang dibunuh dan ditawan oleh Hamas, disertai oleh semua kump**an Islam yang lain.

Kejayaan operasi Taufan al-Aqsa menggoncangkan dunia, sehingga Amerika Syarikat yang jaraknya beribu-ribu kilometer menggerakkan bala tenteranya dari seluruh pelosok dunia untuk datang membantu Israel.

Adapun Israel bertindak balas dengan cara paling ganas tanpa sempadan undang-undang antarabangsa dan perikemanusiaan. Mereka menyerang Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Yaman, dan Iran dengan menyerang kawasan awam, membunuh kanak-kanak, wanita, dan warga tua, bahkan menyerang hospital, khemah perlindungan, dan kawasan penempatan awam, sehingga dibantah oleh masyarakat seluruh pelosok dunia yang berperikemanusiaan.

Sehinggakan kerajaan masing-masing yang mengadakan perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat tidak berani menyahut seruan Amerika Syarikat supaya datang membantu kerana protes rakyat terhadap kekejaman Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Adapun negara-negara jiran yang mendapat kekayaan hasil bumi adalah sangat mengecewakan. Bukan sahaja tidak menunaikan perintah Allah supaya membuat persediaan, bahkan sebaliknya menentang operasi Taufan al-Aqsa, malah para ulama’ upahan digunakan supaya menyalahkan para mujahidin yang menentang Israel kerana kononnya menempah bahaya tindakan yang salah dan Hamas bukan ulu al-amr yang wajib ditaati. Mereka menyalahtafsirkan ayat al-Quran:

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٩٥

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Surah al-Baqarah: 195]

Para ulama’ meriwayatkan bahawa Abu Ayyub al-Ansari RA memarahi seorang Islam yang memarahi kalangan tentera Islam yang bertindak mengorbankan diri dalam tentera musuh kerana membinasakan diri mereka. Beliau berkata:

إِنَّمَا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ فِينَا مَعْشَرَ الْأَنْصَارِ لَمَّا نَصَرَ اللَّهُ نَبِيَّهُ وَأَظْهَرَ الْإِسْلَامَ، قُلْنَا: هَلُمَّ نُقِيمُ فِي أَمْوَالِنَا وَنُصْلِحُهَا.

“Sesungguhnya ayat ini diturunkan berkenaan kami, kalangan Ansar. Apabila Allah telah menolong Nabi-Nya dan memenangkan Islam, kami berkata: Marilah kita menetap bersama harta-harta kita dan memperbaiknya (menguruskannya).” [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Jihad, no. 2512]

Maksudnya, bersikap bakhil dan takut berjihad itulah yang boleh membawa kebinasaan. Maka, paling menjadi sasaran ialah kump**an yang berjihad di mana-mana sahaja, khususnya Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Iran, dan Yaman.

Keganasan terhadap Palestin dipertingkatkan. Pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa dan penduduknya makin melampau. Serangan terhadap Lubnan, Republik Islam Iran, dan Yaman menjadi sasaran secara besar-besaran.

Semua kump**an muqawamah (perjuangan) yang berjihad gagal dikalahkan kerana kekuatan aqidah dan perpaduan yang kukuh. Gaza dan Tebing Barat tidak menyerah kalah. Semua penduduknya daripada kalangan lelaki, wanita, warga tua, muda, sehinggalah kanak-kanak bangkit melawan dengan apa sahaja. Mereka menggunakan apa-apa senjata yang ada daripada senapang, pistol, sehinggalah pisau, batu, dan tangan kosong. Mereka berpegang pada keimanan dan haram menyerah kalah.

Kump**an muqawamah melibatkan semua pihak daripada semua mazhab Sunni dan Syiah; daripada Hizbullah dan Jama‘ah Islamiyyah, Hamas, Tanzim Jihad, sehingga kump**an sekular dan bukan Islam, walaupun media sengaja menggembar-gemburkan mazhab Syiah Hizbullah dan Ansarullah sahaja.

Republik Islam Iran diserang oleh Amerika Syarikat, Israel, dan negara sekutu Barat, termasuk sokongan negara jiran yang mengecewakan yang memberikan kemudahan pangkalan dan ruang udara. Namun begitu, Iran gagal dikalahkan dengan senjata pelbagai jenis sehinggalah media dan kump**an pengacau dalam negeri bagi menjatuhkan kerajaan dari dalam.

Iran yang mempunyai beberapa lapis benteng pertahanan gagal dikalahkan dengan serangan dan kepungan dari segenap penjuru. Benteng pertahanan perpaduan rakyat bersama kepimpinan ulama’ disatukan melalui islah dan tajdid, berkonsepkan Wilayah al-Faqih (kepimpinan para fuqaha’ semua mazhab) yang berubah daripada Wilayah al-Mahdi al-Muntazar (kepimpinan Imam Mahdi yang ditunggu kelahirannya) sahaja yang dikongkong pada zaman Shah Iran.

Para ulama’ rasmi pimpinan negara mengarahkan agar kembali semula kepada konsep para imam Ahli al-Bait yang mengharamkan celaan terhadap para Ummahat al-Mu’minin dan para sahabat RA. Akan tetapi, usaha ini ditolak oleh negara jiran yang mengecewakan.

Di samping itu, Republik Islam Iran mewujudkan peranan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan tentera daripada semua cabang yang telah ditarbiahkan berserta para ilmuwan saintis. Kesemua mereka ialah lapisan benteng yang kukuh. Mereka turut menyediakan bekalan makanan dan senjata yang cukup sehingga gagal dikepung.

Sementara itu, Yaman menjadi serangan yang bertubi-tubi, namun berjaya mencipta kerajaan campuran daripada semua mazhab dan kabilah yang gagal dipecahbelahkan oleh permainan isu mazhab Syiah dan Houthi.

Apabila Selat Hormuz dapat dikawal oleh Iran, tindakan ini menggerakkan negara-negara yang mengecewakan untuk bersatu bersama Amerika Syarikat dan Israel kerana membahayakan perjalanan nadi ekonomi yang bergantung pada telaga minyak dan perjalanannya. Mereka keluar menggerakkan negara-negara yang mengecewakan Palestin agar terlibat bersama Amerika Syarikat dan Israel.

Yaman juga menjadi sasaran serangan negara Arab setelah Amerika Syarikat dan sekutunya gagal mengalahkannya demi mempertahankan Selat Bab al-Mandab selepas gagal di Selat Hormuz. Situasi boleh menjadi lebih buruk jika Yaman menguasai selat tersebut, maka negara-negara Teluk bertindak menyerang Yaman. Keadaan lebih tegang apabila Yaman bertindak menguasai Bab al-Mandab.

Oleh yang demikian, nyata dengan terang lagi bersuluh bahawa negara yang mengecewakan Palestin meletakkan kepentingan harta dan takhta lebih afdal daripada berjihad menentang musuh Allah dan agama-Nya yang menakluk Bait al-Maqdis. Maka, ternyata benarnya firman Allah SWT:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٤

“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Tawbah: 24]

Bagi membersihkan diri yang kotor, Makkah, tanah suci pertama dijadikan topeng semula, sebagaimana Makkah pernah dijadikan topeng untuk menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah pada abad yang lalu melalui Revolusi Agung Arab bagi mengambil alih jawatan khalifah dengan sokongan British, kuasa musuh Islam dan sekutunya yang menyerang ‘Uthmaniyyah apabila perisytiharan perangnya dilakukan di Makkah. Hujah yang sama dilakukan oleh para pemimpin Makkah yang menentang Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ ١٨ ۞أَجَعَلۡتُمۡ سِقَايَةَ ٱلۡحَآجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَجَٰهَدَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ لَا يَسۡتَوُۥنَ عِندَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٩ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ ٢٠

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (18) Adakah (orang-orang) yang memberi minum orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (19) Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (20)” [Surah al-Tawbah: 18–20]

Mereka yang takut berjihad menegakkan Islam serta membebaskan Bait al-Maqdis dan Palestin tidak layak mempertahankan Makkah. Pada mereka, mempertahankan istana dan telaga minyak lebih penting daripada Makkah, bahkan mereka mengotorkan Makkah dengan hiburan yang melalaikan. Firman Allah SWT:

وَمَا لَهُمۡ أَلَّا يُعَذِّبَهُمُ ٱللَّهُ وَهُمۡ يَصُدُّونَ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ وَمَا كَانُوٓاْ أَوۡلِيَآءَهُۥٓۚ إِنۡ أَوۡلِيَآؤُهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُتَّقُونَ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٣٤ وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمۡ عِندَ ٱلۡبَيۡتِ إِلَّا مُكَآءٗ وَتَصۡدِيَةٗۚ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ ٣٥

“Kenapa Allah tidak mengazab mereka, padahal mereka menghalangi orang untuk (mendatangi) Masjid al-Haram dan mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya? Orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (34) Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka, rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. (35)” [Surah al-Anfal: 34–35]

Bahkan, mereka berwala’ kepada musuh Islam dan bersedia menjadi wakil musuh dengan menjadi pengkhianat atas nama pendamai yang memujuk supaya Palestin menyerah kalah kepada musuh. Mereka menganjurkan gencatan senjata melalui persidangan bersama Amerika Syarikat bagi menyelamatkan Israel dengan resolusi melucutkan senjata kump**an Islam, sebaliknya memberi kebebasan bersenjata kepada Israel.

Maka, negara yang mengecewakan memaksa jihad yang diwajibkan oleh Allah dibatalkan kerana takhta dan harta lebih penting daripada jihad, malah sedia berperang bersama Amerika Syarikat dan Israel serta mengecewakan kump**an Islam yang berjihad. Jawablah pertanyaan Allah di dunia sebelum disoal pada Hari Akhirat kelak bersama jawapannya yang betul atau salah yang disediakan.

Firman Allah SWT:

وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا ٧٦

“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah, baik lelaki-lelaki, wanita-wanita, mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya, dan berilah kami pelindung daripada sisi Engkau serta berilah kami penolong daripada sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut. Oleh sebab itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76)” [Surah al-Nisa’: 75–76]

Hanya dua pilihan; sama ada berjihad di jalan Allah melawan para pemimpin syaitan yang lemah ataupun menyerah kepada syaitan. Bersama jihad yang diwajibkan dan dijanjikan kemenangan ataupun bersama syaitan yang pasti kalah serta merugikan di dunia dan di akhirat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Rabi‘ al-Akhir 1448 / 29 September 2026

[Bil: 63 / 2026]

Want your organization to be the top-listed Government Service in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Perlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kuala Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Perlis.