Hospital Pekan Rasmi

Hospital Pekan Rasmi

Share

Hospital Pekan mula beroperasi pada tahun 1936.

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 06/10/2026

CME PENYUSUAN SUSU IBU

6 Oktober 2026
Bilik Mesyuarat Pengurusan Hospital Pekan

Telah berlangsung CME Penyusuan Susu Ibu, Untuk pengetahuan semua, Hospital Pekan merupakan Hospital Rakan Bayi yang komited dalam menyokong, melindungi dan mempromosikan amalan penyusuan susu ibu.

Sokongan berterusan, demi generasi yang lebih sihat.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 06/10/2026

SELAMAT DATANG, DOKTOR!

5 Oktober 2026 | Isnin

Hospital Pekan menerima kehadiran doktor-doktor lantikan tetap yang telah melapor diri dan bakal bersama-sama memperkukuh barisan warga kerja Hospital Pekan.

Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan menjadi nilai tambah dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Selamat datang ke keluarga Hospital Pekan. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 02/10/2026

πŸ•Œ HOSPITAL MESRA IBADAH EDUCATOR

2 Oktober 2026 | Jumaat | 3.00 petang
πŸ“ Dewan Persidangan, Hospital Pekan

Satu pengisian yang bermakna dalam memperkukuh kefahaman dan peranan warga kerja bagi memastikan aspek ibadah pesakit terus diberi perhatian sepanjang menerima rawatan.

β€œKesihatan dijaga, ibadah dipelihara.”

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 02/10/2026

❀️ DAKAPAN KASIH | HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-78

2 Oktober 2026 | Jabatan O&G, Hospital Pekan

Satu sentuhan penuh makna melalui Program Dakapan Kasih anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Pekan, yang berlangsung di Jabatan O&G, Hospital Pekan.

Menyemai kasih, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan indah bersama komuniti. ✨

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 01/10/2026

🦠 KURSUS KAWALAN INFEKSI PERINGKAT HOSPITAL PEKAN 2026 🦠

Infection Control Outdoor Experiential Learning & Treasure Hunt
πŸ”Ž β€œHunt β€’ Solve β€’ Prevent”

1 Oktober 2026 | Khamis
Dewan Persidangan Hospital Pekan

Telah berlangsung Kursus Kawalan Infeksi Peringkat Hospital Pekan 2026 menerusi pendekatan Outdoor Experiential Learning & Treasure Hunt bertemakan β€œHunt β€’ Solve β€’ Prevent”.

Aktiviti ini memberi peluang kepada warga kerja Hospital Pekan untuk memperkukuh pengetahuan dan kefahaman berkaitan amalan kawalan infeksi melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif, santai dan menyeronokkan.

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran, kerjasama serta komitmen warga Hospital Pekan dalam memastikan amalan kawalan infeksi sentiasa dipatuhi demi keselamatan pesakit dan warga kerja. πŸ’š

Hunt. Solve. Prevent. β€” Bersama Cegah Jangkitan!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 30/09/2026

πŸ₯— Perjalanan iFitEr 2026 diteruskan!

Selepas belajar tentang asas pemakanan sihat dan cara membuat pilihan makanan yang lebih bijak, peserta Program Intervensi Pengurusan Berat Badan iFitEr (I Fit & Eat Right) Hospital Pekan 2026 kembali berkumpul untuk sesi ketiga β€” Modul Pemakanan Praktikal! πŸ’š

Kali ini, ilmu yang dipelajari bukan sekadar untuk didengar dan dicatat, tetapi dipraktikkan bersama! 🍎πŸ₯¦

Peserta berpeluang mengikuti modul praktikal sajian makanan, pelan pemakanan diet rendah kalori serta demonstrasi masakan sihat. πŸ‘©β€πŸ³πŸ₯—

Daripada merancang apa yang hendak dimakan, memahami saiz dan pilihan sajian, sehinggalah melihat sendiri bagaimana hidangan sihat boleh disediakan β€” semuanya dilakukan dengan cara yang lebih mudah dan praktikal. 😊

Sebab nak makan sihat tak semestinya susah. Kadang-kadang kita cuma perlukan ilmu yang betul, sedikit kreativiti dan kemahuan untuk mula! πŸ’ͺ✨

Terima kasih kepada semua peserta yang terus hadir, belajar dan memberikan komitmen sepanjang perjalanan 6 bulan ini. Setiap langkah kecil yang dibuat hari ini adalah satu langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat. 🌱

Sesi ketiga dah selesai, tetapi perjalanan masih panjang!
Jom teruskan langkah, kekalkan momentum dan sama-sama menuju ke garisan penamat! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸ’š

iFitEr 2026 – Fit Together, Eat Right, Live Better! πŸ’š

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 29/09/2026

πŸ”₯ KURSUS ERT & FIRE DRILL TAHUN 2026 | HARI KEDUA πŸ”₯
29 September 2026 | Dewan Persidangan, Hospital Pekan

Hari kedua Kursus ERT & Fire Drill Tahun 2026 diteruskan dengan sesi yang lebih praktikal bagi memperkukuhkan kemahiran, kecekapan dan kesiapsiagaan warga Hospital Pekan dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran. πŸš’πŸ§―

Antara pengisian utama hari kedua adalah latihan penggunaan alat pemadam api melibatkan jenis Debu Kering & COβ‚‚, serta latihan teknik mengangkat dan memindahkan mangsa (Carry & Drag). πŸ§―πŸ‘¨β€πŸš’

Kemuncak program adalah Simulasi Fire Drill Kejutan yang melibatkan:
πŸ”Έ Loceng kecemasan dibunyikan di unit terpilih
πŸ”Έ Proses pemindahan dan evakuasi ke tempat berkumpul
πŸ”Έ Fire Headcount & laporan komander ERT
πŸ”Έ Kerjasama pasukan dalam memastikan proses evakuasi berjalan lancar.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi Post-Mortem bagi menilai pelaksanaan simulasi serta mengenal pasti ruang penambahbaikan, sebelum Majlis Penutupan Kursus oleh Puan Pengarah.

Semoga latihan yang dilaksanakan selama dua hari ini dapat membentuk pasukan yang lebih cekap, tangkas dan bersedia untuk bertindak dalam sebarang situasi kecemasan. πŸ’ͺπŸ”₯

β€œBersedia Menghadapi Kecemasan, Utamakan Keselamatan.” πŸš’

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 28/09/2026

πŸ₯ LAWATAN & MESYUARAT KEMAJUAN TAPAK
Pada hari ini telah berlangsung Lawatan dan Mesyuarat Kemajuan Tapak bagi Projek Pembekalan Peralatan Perubatan Jabatan Radiologi, Hospital Pekan.

Program ini melibatkan wakil dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM, Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM, pegawai Hospital Pekan serta wakil kontraktor yang telah dilantik.

Lawatan dan mesyuarat ini bertujuan meninjau perkembangan semasa projek serta membincangkan aspek teknikal dan penyelarasan bagi memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan.

Semoga projek ini dapat direalisasikan dengan jayanya demi memperkasa perkhidmatan Radiologi Hospital Pekan. 🀝πŸ₯

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 28/09/2026

πŸ”₯ KURSUS ERT & FIRE DRILL TAHUN 2026 | HARI PERTAMA πŸ”₯
28 September 2026 | Dewan Persidangan, Hospital Pekan

Hari pertama Kursus ERT & Fire Drill Tahun 2026 telah berlangsung dengan pengisian yang memberi penekanan kepada pengetahuan asas keselamatan, pertolongan cemas serta kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Antara pengisian pada hari pertama termasuk sesi Pengenalan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA), diikuti slot Pertolongan Cemas Asas yang merangkumi pengurusan luka dan pendarahan, rawatan awal melecur serta sesi praktikal bersama para peserta. πŸ©ΉπŸš‘

Peserta turut didedahkan kepada peranan dan tanggungjawab Emergency Response Team (ERT) yang melibatkan Commander, Fire Fighter, Searcher dan Medic, sebelum meneruskan sesi simulasi Table-top Fire Drill. πŸ‘¨β€πŸš’πŸ”₯

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang hari pertama ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, keyakinan dan kecekapan warga Hospital Pekan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Bersedia, Berilmu dan Bertindak Dengan Pantas! πŸ’ͺπŸ”₯

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Want your practice to be the top-listed Clinic in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Batu Balik
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pekan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Pekan.