PRInT UMP
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PRInT UMP, Education Website, Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan.
Pusat TVET Termaju (PTVET) adalah komited dalam memperkasa bidang TVET merangkumi pelbagai bidang kepakaran seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik dan Kejuruteraan Kimia.
21/05/2024
SIRI PROGRAM PEMERKASAAN INDUSTRI (EMPOWERING INDUSTRY) DARI PUSAT TVET TERMAJU (PTVET)
20 MEI 2024
Memperkayakan Resume dengan skil tambahan adalah peluang keemasan bagi semua peserta yang telah menyertai Kursus Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari Pusat Tvet Termaju (Ptvet) yang telah berlangsung di Makmal Industrial Automation, bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKEE) pada 18 dan 19 Mei 2024.
Kurusus Pemerkasaan Indistri yang bertajuk Unlocking Essential Function Block With Omron PLC menggabungkan dua tenaga pengajar dari PTVET yang sangat berpengalaman iaitu Ir. Ts. Nik Mohd Zaitul Akmal Bin Mustapha dan En Muhammad Hamka Bin Embong
Seramai 30 pelajar dari pelbagai bidang (Elektrik, dan Pembuatan) telah didedahkan kepada aturcara PLC menggunakan Function Block (FBD ) yang lebih unggul dalam perihal Visualisasi untuk fungsi kompleks, modularisasi, dan integrasi fungsi khusus berbanding Ladder Diagram (LD) yang telah mereka pelajari dalam pembelajaran arus perdana sebelum ini.
Hasil maklum balas pelajar sangat memberangsangkan dan mereka didapati sangat berminat untuk mendalami dengan lebih jauh tentang FBD, di tambah dengan pendekatan ClassPoint yang membuatkan pelajar teruja untuk belajar dalam suasana yang sangat intraktif.
Terbukti sesi yang diadakan ini sangat memberi manfaat kepada siswa-siswa UMPSA disamping memberi nilai tambah kepada kompetensi kemahiran teknikal pada masa akan datang.
Nantikan Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari PTVET pada masa akan datang dengan pelbagai cabang kemahiran teknologi terkini untuk pembangunan kemahiran anda.
Untuk tidak terlepas sebarang peluang, Sila layaran laman sesawang Pusat TVET Termaju untuk maklumat lanjut untuk siri-siri program akan datang.
Program ini terbuka kepada semua siswa-siswi UMPSA. Jangan lepaskan peluang keeamasan ini.
21/05/2024
PTVET TRAINING SERIES 1.0
- OEPN TO ALL UNDERGRADUATE STUDENT UMPSA ONLY
- TRAINING FEE IS FREE
- LIMITED SEAT
- TRAINING DURATION (1-2 DAYS ONLY)
- MEAL IS PROVIDED
- CERTIFICATE IS PROVIDED
COME JOIN!!!!!
13/05/2024
SIRI PROGRAM PEMERKASAAN INDUSTRI (EMPOWERING INDUSTRY) DARI PUSAT TVET TERMAJU (PTVET)
13 MEI 2024
Pusat TVET Termaju (PTVET) sudah memulakan siri pertama program yang berlangsung di Makmal CAE 2, di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) pada 11 dan 12 Mei 2024. Siri pertama yang bertajuk : 'Design Driven Analysis : Finite Element Analysis (Linear Static) ' yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari PTVET iaitu;
1) Ts. Mohd Fazli Bin Ismail dan
2) Ts. Mohd Adib Bin Mohd Amin
Seramai 24 pelajar dari pelbagai bidang (Mekanikal, Pembuatan dan Kimia) mendalami dalam bidang 'Finite Element Analysis' bagi kerja-kerja analisa bagi rekabentuk berkomputer (CAD).
Siswa-siswi didedahkan dengan teori asas 'Finite Element' cara penggunaan yang betul ke atas rekabentuk yang dibangunkan di dalam komputer. Bukan setakat itu sahaja, siswa-siswi yang menyertai program ini diberi kajian kes untuk dibuat analisa simulasi bagi mendekatkan mereka dengan keadaan industri sebenar di dalam simulasi berkomputer ini.
Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan pendekatan PTVET di dalam menyediakan siswa-siswi UMPSA kepada alam perkerjaan sebenar dengan kemahiran teknikal yang boleh diaplikasi bila di lapangan kerja kelak.
Sepanjang sesi berlangsung, penggunaan perisian 'Finite Element Analysis' diajar dan pada sesi akhir program, siswa-siswi dikehendaki membuat kajian kes yang asas di samping menjawab soalan-soalan kuiz untuk diuji kefahaman berkenaan program yang dijalankan.
Diharap sesi yang diadakan memberi manfaat kepada siswa-siswa UMPSA disamping memberi nilai tambah kepada kompetensi kemahiran teknikal pada masa akan datang. Nantikan Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari PTVET pada masa akan datang.
Sertai program kami untuk pembangunan kemahiran anda. Terbuka kepada semua siswa-siswi UMPSA.
Sila layaran laman sesawang Pusat TVET Termaju untuk maklumat lanjut untuk siri-siri program akan datang.
https://ptvet.umpsa.edu.my/index.php/en/
03/05/2024
DELEGASI TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN & INOVASI UNIMAP KE PUSAT TVET TERMAJU UMPSA Malaysia
3 MAY 2024
03/05/2024
JAMUAN RAYA PUSAT TVET TERMAJU
2 MAY 2024
03/05/2024
LAWATAN YAYASAN AL-SULTAN ABDULLAH (YASA) KE PUSAT TVET TERMAJU
30 APRIL 2024
24/04/2024
LAWATAN KASETSART UNIVERSITY, THAILAND KE PUSAT TVET TERMAJU
22 APRIL 2024
17/04/2024
LAWATAN BEIFANG INTERNATIONAL EDUCATION GROUP, CHINA KE PUSAT TVET TERMAJU UMPSA
17 APRIL 2024
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Pekan
26600
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |