Imarah

Imarah

Share

IMARAH
Organisasi bukan kerajaan ditubuhkan bertujuan membantu mengimarahkan institusi masjid, surau & lain2 institusi dgn program2 keilmuan & persarana.

17/09/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌

📆 *TARIKH: 6 RABIUL AKHIR 1448H / 18 SEPTEMBER 2026*
📌 https://www.facebook.com/share/p/1E2M81bmmq/

📜 TAJUK: SABAR ADALAH MAHKOTA BAGI ORANG BERIMAN

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 200 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kes**aran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

👉 1️⃣- Bertakwa kepada Allah SWT.

👉 2️⃣- Sabar ialah suatu perkataan yang mudah untuk disebut, akan tetapi amat s**ar untuk diamalkan. Pastinya dalam kehidupan kita di dunia ini, kesabaran merupakan bekalan terbaik untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup.

👉 3️⃣- Bagi orang mukmin, kesabaran merupakan satu puncak ketakwaan dan lambang iman yang sempurna. Sifat mulia ini bukan sekadar lambang kebersihan jiwa, sebaliknya merupakan bukti cinta dan penyerahan yang mutlak kepada kekuasaan Allah SWT.

👉 4️⃣- Khazanah ilmu Islam sentiasa meletakkan sifat sabar pada kedudukan yang sangat tinggi. Malah, para ulama telah mengupas tajuk ini secara mendalam bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada umat Islam. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum al-Din membahagikan sifat sabar kepada tiga bahagian.

Pertama, sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

👉 5️⃣- Sebagai contoh, melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Pada peringkat awal, rutin berpuasa memerlukan niat yang ikhlas, ketahanan diri serta keazaman untuk menahan rasa lapar. Namun akhirnya, kesabaran melawan hawa nafsu itu melahirkan keikhlasan dalam hati dan sifat istiqamah dalam melakukannya. Begitu juga dalam ibadah-ibadah yang lain seperti solat dan zakat.

👉 6️⃣- Kedua, sabar dalam menghadapi kehendak hawa nafsu dan maksiat. Sabar dalam menghadapi hawa nafsu merupakan suatu tuntutan yang besar bagi orang beriman. Secara fitrahnya, manusia sering kali mudah terpesona dengan keindahan duniawi.

👉 7️⃣- Manusia akan melihat harta, pangkat, pengaruh dan godaan wanita sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ujian yang dihadapi oleh Nabi Yusuf AS merupakan antara kisah terbaik yang boleh diambil pengajaran daripada wahyu al-Quran. Baginda telah digoda oleh seorang wanita yang bukan sahaja rupawan, malah memiliki kedudukan dan pengaruh yang besar pada zaman itu. Berbekalkan keimanan yang kuat, Nabi Yusuf AS berjaya menepis godaan tersebut walaupun terpaksa menanggung keperitan.

👉 8️⃣- Ketiga, sabar dalam menghadapi ujian dan takdir. Ujian, musibah dan kesedihan sememangnya menuntut kesabaran yang amat tinggi dalam diri setiap manusia. Walaupun seseorang itu akan diuji mengikut kadar kemampuan masing-masing, hakikatnya tidak ramai yang mampu untuk bersabar dan bertahan dalam menghadapi ujian tersebut.

👉 9️⃣- Hal ini boleh dipelajari melalui kisah Nabi Ibrahim AS yang telah menunggu kelahiran zuriatnya selama berpuluh-puluh tahun. Akhirnya, apabila dikurniakan seorang anak lelaki, Baginda diuji p**a dengan perintah untuk meninggalkan anak serta isterinya di tanah yang gersang dan menyembelih anaknya. Ternyata, kemanisan iman hanya akan hadir apabila setiap urusan itu diserahkan kepada Allah SWT dan disertai dengan kesabaran.

👉 🔟- Kesimp**annya, marilah kita sentiasa berpesan-pesan tentang kesabaran. Sesungguhnya, sifat sabar ialah mutiara indah yang ada dalam diri seseorang dan menjadi bukti akan keteguhan iman. Tanpa kesabaran, maka akan runtuhlah benteng iman dalam diri manusia.

Wallahu a‘lam.

📌 Lawati & ikuti FB Page kami di:
- https://m.facebook.com/imarahummah
📌 Ikuti & Subscribe juga channel kami di: Channel YouTube/ImarahMedia @
- https://www.youtube.com/c/IMARAHMEDIA

Photos from Imarah's post 17/09/2026

16/09/2026
15/09/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

🎥 🚨🔻((( LIVE )))🔻🚨 🎥

_*AL-FADHIL USTAZ HAJI SAIRAN SADIMAN*_

⭐️ *KULIAH MAGHRIB* ⭐️
📌 Pengajian Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub - Bab Tawaduk

📅 Selasa 3 Rabiul Akhir 1448H/ 15 September 2026
⌚️Jam 7.40 Malam
🕌 Tempat: Masjid At-Taqwa, Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar JDT

🎥 *Jom Tonton Secara Langsung..*
👉 Facebook Live Masjid At-Taqwa -
📌 - https://www.facebook.com/share/v/1CGdLLNWDe/
👉 Facebook Live Imarah -
📌 - https://www.facebook.com/share/v/1GXWazxYWu/
👉 YouTube Live -
📌 - https://www.youtube.com/live/wKvccjoEQ3U?si=EG7xtKkTdpfkqiOm

📌 Lawati juga kami di: YouTube/ImarahMedia @ http://www.youtube.com/channel/UCRj0zWd2dIYEXt2jtgI7H4w..

📎 _Kami mengalu-alukan sumbangan infak dari sahabat semua bagi kelancaran kerja-kerja dakwah bersama IMARAH. Sumbangan boleh disalur ke akaun: *MAYBANK 551043566540 - PERSATUAN PENGIMARAH MUAR JOHOR*. Terima kasih._

* *
* *

13/09/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

🎥 🚨🔻((( LIVE )))🔻🚨 🎥

_*AL-FADHIL USTAZ MUHAMMAD ARIF HAMZAH*_

⭐️ *KULIAH MAGHRIB* ⭐️
📌 Pengajian Kitab 76 Dosa-dosa Besar

📅 Ahad 1 Rabiul Akhir 1448H/ 13 September 2026
⌚️Jam 7.40 Malam
🕌 Tempat: Masjid At-Taqwa, Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar JDT

🎥 *Jom Tonton Secara Langsung..*
👉 Facebook Live Masjid At-Taqwa -
📌 - https://www.facebook.com/share/v/19dm4fJkoA/
👉 Facebook Live Imarah -
📌 - https://fb.watch/v/3Wy_MiHYj/
👉 YouTube Live -
📌 - https://www.youtube.com/live/MSMDgqZxcCA?si=oWOiIb06uUVw2oFz

📌 Lawati juga kami di: YouTube/ImarahMedia @ http://www.youtube.com/channel/UCRj0zWd2dIYEXt2jtgI7H4w..

📎 _Kami mengalu-alukan sumbangan infak dari sahabat semua bagi kelancaran kerja-kerja dakwah bersama IMARAH. Sumbangan boleh disalur ke akaun: *MAYBANK 551043566540 - PERSATUAN PENGIMARAH MUAR JOHOR*. Terima kasih._

* *
* *

13/09/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

🎥 🚨🔻((( LIVE )))🔻🚨 🎥

_*AL-FADHIL USTAZ KHALID BIN KASSIM*_

⭐️ *KULIAH MAGHRIB*⭐️
📌

📅 Ahad 01 Rabiul Akhir 1448H/ 13 September 2026
⌚️Jam 7.45 Malam
🕌 Tempat: Surau As-Syakirin, Taman Sri Temenggong, Muar JDT

🎥 *Jom Tonton Secara Langsung..*

👉 Facebook Live Imarah -
📌 -https://www.facebook.com/share/v/14tTBDByybd/

📎 _Kami mengalu-alukan sumbangan infak dari sahabat semua bagi kelancaran kerja-kerja dakwah bersama IMARAH. Sumbangan boleh disalur ke akaun: *MAYBANK 551043566540 - PERSATUAN PENGIMARAH MUAR JOHOR*. Terima kasih._

* *
*

12/09/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

🎥 🚨🔻((( LIVE )))🔻🚨 🎥

_*AL-FADHIL USTAZ ISHAQ HANIS BIN ASMAIL*_

⭐️ *CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW* ⭐️
📌

📅 Sabtu 30 Rabiul Awal 1448H/ 12 September 2026
⌚️Jam 7.45 Malam
🕌 Tempat: Masjid Parit Setongkat, Jalan Salleh, Muar JDT

🎥 *Jom Tonton Secara Langsung..*

👉 Facebook Live Imarah -
📌 -https://www.facebook.com/share/v/1JzdNV2jQP/

📎 _Kami mengalu-alukan sumbangan infak dari sahabat semua bagi kelancaran kerja-kerja dakwah bersama IMARAH. Sumbangan boleh disalur ke akaun: *MAYBANK 551043566540 - PERSATUAN PENGIMARAH MUAR JOHOR*. Terima kasih._

* *
* *

10/09/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌

📆 *TARIKH: 29 RABIULAWAL 1448H / 11 SEPTEMBER 2026*
📌 https://www.facebook.com/share/p/19DEQFH6kX/

📜 *_TAJUK: PETANDA PENTING MENJELANG KIAMAT_*

Allah SWT berfirman dalam Surah Ghafir, ayat 59 yang bermaksud:
_"Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentang kedatangannya, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."_

👉 1️⃣- Bertakwa kepada Allah SWT.

👉 2️⃣- Hari kiamat ialah janji Allah yang pasti akan tiba. Setiap mukmin yang teguh imannya pasti meyakini kebenaran hari pembalasan ini. Itulah hari yang tidak ada seorang pun dapat lari daripadanya. Pada hari tersebut, segala amalan manusia, walaupun sekecil zarah sekalipun, akan ditimbang dengan seadil-adilnya.

👉 3️⃣- Keimanan kepada hari kiamat merupakan bahagian penting dalam akidah umat Islam. Ia juga merangkumi beberapa peristiwa yang berlaku sebelum itu. Rasulullah SAW telah memberikan gambaran mengenai munculnya beberapa tanda besar sebelum berlakunya hari kiamat, antaranya ialah:
Pertama, akan muncul satu makhluk yang akan menguji keimanan seluruh manusia dan menyebarkan kesesatan di muka bumi, iaitu Dajjal.

👉 4️⃣- Rasulullah SAW telah memberikan gambaran bahawa Dajjal akan menjelajah ke seluruh pelosok bumi dengan begitu pantas untuk menyebarkan fitnahnya. Dia akan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan memperdaya manusia menggunakan pelbagai helah, seperti menurunkan hujan, menghidupkan tanah yang gersang, bahkan menghidupkan orang yang telah mati.

👉 5️⃣- Dajjal akan memaksa manusia untuk tunduk kepadanya. Sesiapa yang beriman kepadanya akan hidup dalam kesenangan, manakala sesiapa yang tetap teguh beriman kepada Allah akan diuji dengan kelaparan dan kesusahan. Meskipun wujud pelbagai pandangan tentang Dajjal, namun yang pasti, ia menjadi peringatan kepada kita bahawa setiap mukmin wajib mempertahankan diri daripada fitnah Dajjal.

👉 6️⃣- Kedua, turunnya Nabi Isa AS ke bumi untuk menguatkan syariat Nabi Muhammad SAW. Selepas munculnya Dajjal, Allah SWT akan menurunkan Nabi Isa AS dan Baginda akan mengetuai peperangan untuk membunuh Dajjal serta menegakkan keadilan di muka bumi.

👉 7️⃣- Kehadiran Nabi Isa AS pada akhir zaman nanti adalah suatu bentuk pertolongan Allah buat orang yang beriman. Turunnya Baginda bukan sahaja akan membatalkan ajaran sesat golongan yang mendakwa Nabi Isa sebagai tuhan, malah Baginda akan memimpin umat manusia untuk kembali kepada agama Allah dengan menjunjung syariat Nabi Muhammad SAW.

👉 8️⃣- Ketiga, keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj merupakan satu lagi tanda besar yang akan berlaku menjelang hari kiamat. Mereka ialah kaum yang mempunyai jumlah yang ramai, bersifat ganas dan s**a melakukan kerosakan besar di muka bumi. Al-Quran telah menyebutkan bahawa kaum ini telah terkurung di sebalik tembok besi kukuh yang dibina oleh Raja Zulqarnain. Apabila tiba waktu yang ditetapkan Allah SWT nanti, tembok tersebut akan runtuh dan mereka akan melakukan huru-hara yang dahsyat sehingga manusia terpaksa berlindung dan menyelamatkan diri daripada mereka.

👉 9️⃣- Keempat, iaitu terbitnya matahari dari sebelah barat. Apabila berlakunya peristiwa matahari terbit dari sebelah barat, maka ketahuilah bahawa pintu taubat sudah pun tertutup. Tiada lagi erti taubat dan tangisan, yang tinggal hanyalah penyesalan.

👉 1️⃣0️⃣- Kesimp**annya, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan iman, memperbanyakkan amal soleh dan bersedia menghadapi suasana hari kiamat yang sangat dahsyat. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi zaman dahsyat yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ini? S**a atau tidak, kiamat ini pasti akan berlaku. Beruntunglah bagi mereka yang diselamatkan daripada kemurkaan Allah, lalu dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi buat selama-lamanya.

Wallahu a‘lam.

📌 Lawati & ikuti FB Page kami di:
- https://m.facebook.com/imarahummah
📌 Ikuti & Subscribe juga channel kami di: Channel YouTube/ImarahMedia @
- https://www.youtube.com/c/IMARAHMEDIA
📌https://www.facebook.com/share/p/19DEQFH6kX/

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

No. 3 Lorong Pak Ngah, , Parit Setongkat Darat, , Jalan Parit Buaya, , Sungai Abong
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Imarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Muar.