KOGAJ
KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA JOHOR BERHAD. Menyediakan skim pembiayaan patuh syariah. Hubungi Koperasi di : https://linktr.ee/galeriKOGAJ
11/08/2026
BELASUNGKAWA
Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad (KOGAJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Ustaz Mahzan bin Hassan, Anggota KOGAJ No. 1328.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Semoga segala jasa, pengorbanan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang hayat menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT.
Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah
"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali."
Ikhlas daripada
Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad (KOGAJ)
13/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐
12 April 2026 (Ahad)
๐ Dewan Muktamar KOGAJ
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-30 Tahun 2026 bagi Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad (KOGAJ) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang harmoni, teratur dan penuh semangat muafakat.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan tadbir urus koperasi, membentangkan pencapaian semasa serta merangka hala tuju strategik demi memastikan kelestarian dan pertumbuhan KOGAJ pada masa hadapan.
KOGAJ akan terus komited memperkasakan peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi anggota melalui inisiatif yang lebih dinamik, kukuh dan progresif. Usaha ini merangkumi pengembangan aktiviti perniagaan, peningkatan nilai pulangan kepada anggota serta penerokaan peluang baharu yang berdaya saing sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota perwakilan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan komitmen sepanjang mesyuarat ini.
Insya-Allah, kita akan bertemu semula dalam Mesyuarat Agung Kawasan pada tahun hadapan.
10/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ฏ๐ฌ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฒ
Anggota Perwakilan yang telah terpilih semasa Mesyuarat Agung Kawasan KOGAJ tahun lalu akan bersidang sekali lagi pada hari Ahad ini, 12 April 2026 bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2026.
Selamat bersidang.
๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ฎ๐ก ๐๐๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ข๐ง๐ฌ๐๐๐๐ง ๐ค
Di Syawal yang mulia ini, pihak KOGAJ dengan penuh rasa syukur dan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh anggota.
Semoga kehadiran Syawal menyinari kehidupan dengan keberkatan, memperkukuh jalinan ukhuwah dan menyuburkan nilai keikhlasan dalam setiap usaha kita.
Ampun dan maaf dipohon atas segala kekhilafan, sama ada yang disedari mahupun tidak. Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ๐ธ
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Inisiatif Keprihatinan dan Kebajikan KOGAJ Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026
๐
Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)
01/03/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Inisiatif Keprihatinan dan Kebajikan KOGAJ Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026
๐
Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)
Program Ziarah Cakna Ramadan bagi tahun ini telah dilaksanakan dengan mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman Ustaz Mohd Fadhil bin Ismail dan Ustaz Bahrom bin Osman di sekitar daerah Batu Pahat. Ziarah ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan berikutan kedua-dua isteri mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif keprihatinan dan kebajikan KOGAJ sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan kasih sayang. Pelaksanaan program ini mencerminkan nilai kebersamaan, empati serta kepekaan sosial dalam kalangan warga KOGAJ terhadap kebajikan ahli-ahli yang memerlukan perhatian dan sokongan.
Program ziarah ini telah dihadiri oleh Ustaz Hj. Faizal bin Yunos, Setiausaha KOGAJ, Ustaz Hj. Muhammad Rashidin bin Taib, Bendahari KOGAJ, Ustaz Hj. Sabri bin Taib, ALK KOGAJ, dan Ustaz Hj. Abdul Rauf bin Mohd Hairani, AJK Biro Kebajikan KOGAJ.
Bersempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang sedang diuji.
Semoga segala ujian ini digantikan dengan rahmat yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran dan keimanan.
25/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐โ๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ข-๐๐ข๐๐ข, ๐๐๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐พ๐พ 2025. ๐ต๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฆ๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐๐ ๐, ๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐ข๐ ๐โ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐๐ ๐ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ โ๐๐๐๐๐๐.
๐๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ต ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ฏ๐ข๐ฏ:
- ๐๐ช๐ฏ๐ช๐ฎ๐ถ๐ฎ 8๐
- ๐๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฐ๐ฉ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ๐ช ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฎ (6) ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช ๐ต๐ข๐ณ๐ช๐ฌ๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ถ๐ต๐ถ๐ด๐ข๐ฏ
- ๐๐ข๐ฎ๐ฑ๐ช๐ณ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐ญ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ถ๐ต๐ถ๐ด๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ด๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ
23/02/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๏ธ Hari Isnin โ Khamis
โฐ 8.00 pagi โ 5.00 petang
๐๏ธ Hari Jumaat
โฐ 8.00 pagi โ 12.30 tengah hari
โจ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐บ๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐
๐๐ ๐จ๐-๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐
Terima kasih ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
NO. PTB 15571, LORONG KEDAH, OFF Jalan OTHMAN
Muar
84000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 12:30 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when KOGAJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.