Muar Sport Science Family

Muar Sport Science Family

Share

PLATFORM UNTUK BERKOLABORASI ANTARA PELAJAR IPTS/IPTA UNTUK MEMPERKASAKAN PELAJAR SEKOLAH YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN ELEKTIF SAINS SUKAN DI DAERAH MUAR

CERAMAH TIPS BELAJAR ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA 12/08/2018

Mari sama-sama kita sedekah Al-fatihah kepada allahyarham cikgu Anuar Abu Bakar telah pergi mengadap illahi.. semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.. terima kasih cikgu sentiasa bantu menjayakan program kami..jasa baik cikgu sentiasa dalam ingatan kami.. satu kehilangan yang besar buat keluarga sains sukan daerah muar..

16/03/2018

Tahniah diucapkan kepada Pelajar tingkatan 5 Bestari 2017 SMK Tun Perak kerana berjaya memperolehi pencapaian 100% lulus untuk mata pelajaran sains sukan pada SPM2017.. Mereka berjaya mengulangi pencapaian yang telah dilakukan oleh batch tingkatan 5 Arif 2011 yang berjaya memperolehi 100% pada tahun tersebut.. Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada semua terutama guru beliau iaitu Cikgu Jaafar.. Dan kami juga mengucapkan tahniah kepada pelajar sains sukan sekolah tinggi dan Smk Tun Sulaiman Ninam Shah kerana juga berjaya memperolehi keputusan 100% lulus..Tahniah kepada semua pelajar sains sukan spm 2017 dan guru-guru sains sukan daerah muar..

14/03/2018

Sudahkah anda bersedia wahai keluarga besar Sains Sukan Daerah Muar.. Hari yang ditunggu-tunggu kan telah pun hampir ke penghujungnya.. Keputusan SPM akan diumumkan pada hari ini.. semoga anda terima keputusan anda sama ada baik atau kurang baik dengan penuh berlapang serta dengan penuh kebanggaan kerana itulah usaha anda.. jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. keupayaan seseorang individu itu sesungguhnya tidak sama.. jadi berbanggalah wahai adik-adikku sekalian dengan keputusan anda.. SPM bukan penentu sepenuhnya masa depan anda tetapi USAHA ialah senjata utama untuk berjaya dalam hidup.. Goodluck Semua.. Mohon adik-adik yang mengikuti kem sains sukan tahun lepas kongsikan gambar anda di wall kami atau post gambar kegembiraan anda di facebook kami atau mention and tag facebook kami kerana sesungguhnya kami amat berminat untuk berkongsi kegembiraan bersama anda semua.. semoga kejayaan berpihak kepada anda semua.. ♥️batch 2017♥️

🔥♥️we are stand together with you ♥️🔥

Photos from Muar Sport Science Family's post 22/02/2018

Seminar Sport Psychology

21/02/2018

Seminar Sport Psychology yang bertempat di Universiti Malaya.. Ikuti perkembangan dan liputan wakil kami yang akan menghadiri seminar tersebut esok..

Photos from Muar Sport Science Family's post 15/02/2018

Klinik Kecergasan Fizikal Sains Sukan Fasa 1 yang telah dilangsungkan pada 22,23,24 Jan 2018 bertempat di SMK TUN PERAK, SMK TUNAS, SEKOLAH TINGGI MUAR.. Maaf atas kelewatan kongsikan gambar klinik fasa 1..

Klinik Kecergasan Fizikal Sains Sukan Peringkat Daerah Muar 2018 14/02/2018

Hari terakhir Klinik Kecergasan Fizikal Sains Sukan Peringkat Daerah Muar 2018 telah dijalankan di Smk Tun Sulaiman Ninam Shah.. Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat.. semoga kita berjumpa lagi diprogram yang akan datang..dan semoga ukhwah antara kita semua akan berkekalan... SMK TUNAS, HIGH SCHOOL, SMK TUN PERAK TERBAIKK!!!!!!!!!!

Klinik Kecergasan Fizikal Sains Sukan Peringkat Daerah Muar 2018 13/02/2018

Klinik kali ini dijalankan di sekolah tinggi muar..

Klinik Kecergasan Fizikal Sains Sukan Peringkat Daerah Muar 2018 12/02/2018

Klinik Kecergasan Fizikal Peringkat Daerah Muar 2018. Seramai 114 orang telah terlibat dalam klinik ini yang terdiri daripada skuad ragbi smk tun perak, skuad bolasepak bawah 15 dan bawah 18 tahun smk tun perak serta pelajar-pelajar sains sukan tingkatan 4 dan tingkatan 5.. tahniah kepada semua yang terlibat.. majulah sukan untuk negara!!!

Ujian dijalankan di SMK Tun Perak Muar

12/02/2018
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Muar
84000