SDARY Merlimau

SDARY Merlimau

Share

A Page dedicated to the life in SDARY A page solely dedicated to the many colours of the students, teachers of SMKDARY

Photos from SDARY Merlimau's post 02/08/2026

Terima Kasih & Selamat Bersara, Tuan Haji Yusri bin Mohamad!

​Ibarat melangkah pergi sebuah wadah perjuangan, tibalah masanya untuk Tuan Haji Yusri bin Mohamad berehat setelah menabur bakti yang tidak ternilai di SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub.

​Terima kasih atas setiap curahan ilmu, bimbingan yang sabar, serta pengorbanan masa dan tenaga demi kemenjadian anak didik dan keharmonian warga sekolah. Jejak langkah dan budi bahasa Tuan Haji akan sentiasa mekar di hati kami.

​Kami mendoakan semoga Tuan Haji sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dan bahagia di samping keluarga tercinta menempuh fasa baru kehidupan selepas persaraan.

​Jasamu dikenang, jasamu di kenang selamanya.

31/07/2026

Tahniah,

Kekurangan bukan penghalang. Didoakan terus cemerlang

25/06/2026

📢 HEBAHAN SUMBANGAN JUMAAT: KHUSUS UNTUK 48 ANAK YATIM SDARY 📢

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru, dan warga komuniti.

Mengambil keberkatan penghulu segala hari, pihak PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SDARY) melancarkan kempen Sumbangan Jumaat khusus buat 48 orang anak yatim di sekolah kita. Inisiatif ini digerakkan bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela, seiring dengan matlamat kita untuk membina komuniti yang prihatin dan penyayang.

Bagi memudahkan urusan sumbangan, pihak PIBG telah menggunakan sistem pengutipan sumbangan menggunakan kaedah pembayaran atas talian dan QR. Tuan/puan hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera pada poster yang dilampirkan bersama mesej ini.

Sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan, tidak kira berapa jua nilainya, amat bermakna untuk mengukir senyuman di wajah pelajar-pelajar yang memerlukan ini.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Bersama kita ringankan beban, bersama kita tebar kebaikan. Terima kasih atas sumbangan, keprihatinan, dan keikhlasan anda.

Yang menjalankan amanah,

PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub

Jumlah kutipan : RM130.00

26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M BUAT SELURUH WARGA SDARY 🕋

​Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
​Mewakili pihak pengurusan sekolah, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh keluarga besar SMK Dato Abdul Rahman Ya'kub (SDARY), barisan guru yang berdedikasi 👨‍🏫, ibu bapa yang sentiasa menyokong 👨‍👩‍👧‍👦, dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian 🎓.

​✨ Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah SWT menerima amalan kami dan amalan kamu.

​📖 Menghayati Ibrah Pengorbanan Agung Nabi Ibrahim & Nabi Ismail A.S.
​Aidiladha bukan sekadar hari perayaan, tetapi medan untuk kita merenung kembali nilai sebuah pengorbanan.

Terdapat 3 ibrah utama yang boleh kita jadikan panduan bersama:

​1️⃣ Ketaatan Tanpa Berbelah Bahagi Seperti patuhnya Nabi Ismail A.S. kepada perintah Allah dan ayahandanya, anak-anak SDARY jadikanlah ini inspirasi untuk sentiasa taat kepada suruhan agama, ibu bapa, dan guru. Disiplin diri adalah asas kejayaan! 🎯

​2️⃣ Kejayaan Memerlukan Pengorbanan Tiada kejayaan datang bergolek.

​Guru & Ibu Bapa: Terima kasih atas pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit dalam mendidik anak-anak kita.

​Murid-murid: Selari dengan moto "Berusaha dan Berjaya", korbankanlah sifat malas dan kesenangan sementara demi menuntut ilmu. 📚💪

​3️⃣ Sabar & Tawakkal Setiap cabaran dalam pendidikan dan kehidupan pasti ada hikmahnya. Hadapilah ujian dengan hati yang sabar, sepertimana tenangnya keluarga suci ini menghadapi ujian Allah SWT. 🤲

​Semoga pengorbanan kita dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing diterima Allah SWT dan diredhai dalam setiap amal. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta!
​Maaf Zahir dan Batin.

​Ikhlas,
Saufi Mat Kahar
Pengetua
SMK Dato Abdul Rahman Ya'kub (SDARY), Melaka
​

Photos from SDARY Merlimau's post 21/05/2026

INFAQ PENAPIS AIR 2.0 UNTUK WARGA SDARY

Jom rebut peluang bersedekah jariah dengan menyumbang kepada pembelian 3 unit penapis air untuk kemudahan warga sekolah.

💧 "Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum."

📖 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara amal soleh yang akan mengalir pahalanya kepada si mati adalah: air yang diberikannya (semasa hidupnya) kepada orang ramai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

🎯 Sasaran: RM11,550.00
💸 Sumbangan serendah RM10 pun amat bermakna!

📲 Salurkan sumbangan anda di pautan berikut:
🔗 https://app.herepay.org/pibgsdary/pf_0050

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
📍 En. Hussin bin Maidin – 017-2555 123
📍 Pn. Norzalina Md Dom – 019-667 3637

✨ Ayuh kita sama-sama merebut pahala berpanjangan!

Penyumbang satu unit (RM3850.00) akan dipaparkan nama pada mesin penapis air

15/05/2026

🎓 SELAMAT HARI GURU BUAT SELURUH WARGA PENDIDIK SDARY 🎓

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersempena dengan hari yang cukup bermakna ini, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SDARY). ✨

Bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini, iaitu "Guru Bitara Nadi Negara", peranan besar yang digalas oleh setiap pendidik amatlah disanjung tinggi. Segala dedikasi, pengorbanan, dan kasih sayang yang tidak ternilai daripada barisan guru merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi masa depan negara.

Dalam usaha bersama untuk terus memacu SDARY ke mercu kecemerlangan, komitmen jitu guru-guru adalah amat kritikal. Perjalanan ini bukan sekadar mencurahkan ilmu, tetapi bermatlamat untuk merealisasikan kemenjadian murid yang holistik.
Semoga kita semua terus beristiqamah dalam melahirkan anak didik yang teguh berpegang kepada prinsip:
👨‍🚀 Beradab
📖 Berilmu
🧭 Berdisiplin
🔭 Berwawasan
🤲 Berakhlak Mulia

Kecemerlangan yang didambakan memerlukan keazaman yang utuh. Berbekalkan semangat keramat moto sekolah kita, "Berusaha dan Berjaya", marilah kita terus melangkah sederap ke hadapan.

Jasa dan bakti tulus ikhlas yang telah dicurahkan oleh setiap guru di SDARY ini sememangnya tiada tandingan. Teruskan melangkah dengan penuh wibawa!

Terima kasih, Cikgu! ❤️📘

HJ Saufi Mat Kahar
Pengetua
SDARY

Photos from SDARY Merlimau's post 15/05/2026

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik SDARY Merlimau .

15/05/2026

Terima kasih Cikgu!!!

14/05/2026

JOM INFAQ JUMAAT RM10 JE!

Ringan di tangan, besar ganjaran di sisi Tuhan!

Ayuh sama-sama menyumbang hanya RM10 untuk membantu pengurusan dan pembangunan SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub (SDARY).

💡 Ke mana sumbangan anda akan disalurkan?
✅ Penyelenggaraan tandas & kemudahan sekolah
✅ Menaiktaraf kemudahan pendigitalan sekolah
✅ Tajaan program akademik & aktiviti murid
✅ Tajaan program pembangunan sukan sekolah

Walau kecil nilainya, besar kesannya buat anak-anak SDARY.
Jom rebut peluang pahala berterusan!

📲 Klik sini untuk berinfaq melalui Herepay:
👉 https://app.herepay.org/pibgsdary/pf_0001

🏦 Atau salurkan terus ke akaun Maybank PIBG SDARY:
0040 5850 0774 (PIBG SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub)

Bersama kita ceriakan sekolah dan semarakkan masa depan mereka.

Terima kasih atas sokongan anda! 🌟

12/05/2026

UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN

​Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan pengurusan, para pendidik, kakitangan sokongan, dan seluruh warga SMK Dato' Abdul Rahman Ya'akub atas pencapaian cemerlang menerima Anugerah Khas Cipta Wangsa Sekolah Menengah 2025 daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.

​Pengiktirafan berprestij ini merupakan manifestasi komitmen yang jitu, dedikasi yang tidak berbelah bahagi, serta usaha kolaboratif secara berterusan oleh seluruh pihak sekolah dalam memartabatkan kualiti kecemerlangan pendidikan.

​Semoga penganugerahan ini menjadi penanda aras yang baharu serta pemangkin semangat buat SMK Dato' Abdul Rahman Ya'akub untuk terus melakar kejayaan dan melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing pada masa hadapan.

​Terus memacu kecemerlangan.

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Jasin
Muar
77300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SDARY Merlimau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Muar.