Daily Motor
Daily Motor β Kereta, Motosikal & EV
05/10/2026
"76 TAHUN SELEPAS SILVERSTONE, DUA LEGENDA YANG MEMEGANG HAMPIR SEMUA REKOD F1 BERDIRI ATAS PODIUM SAMA DI SEPANG!"
Petang Ahad lepas, lebih 100,000 peminat di Sepang sedang bersorak melihat podium F1 pertama di Malaysia selepas sembilan tahun. Di tangga paling atas ada Max Verstappen, dan di tangga ketiga ada Lewis Hamilton.
Ramai yang tak sedar, dua orang yang berdiri atas podium itu sebenarnya memegang hampir separuh daripada rekod paling legenda dalam sejarah Formula 1.
Tapi untuk faham betapa besarnya detik itu, kita kena undur jauh ke belakang. Sampai ke tahun 1950.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Eropah memang sudah ada perlumbaan Grand Prix. Masalahnya, setiap negara ada peraturan sendiri. Kereta yang layak berlumba di satu tempat belum tentu dibenarkan di tempat lain.
Selepas perang, badan induk permotoran dunia (kini dikenali sebagai FIA) memutuskan untuk menyeragamkan semuanya. Mereka menetapkan satu set peraturan teknikal yang semua pasukan wajib ikut, dan set peraturan itulah yang dipanggil "Formula".
Maka pada 13 Mei 1950, di sebuah bekas lapangan terbang tentera bernama Silverstone di England, perlumbaan pertama Kejuaraan Dunia Formula 1 pun bermula. Raja George VI sendiri hadir menyaksikan.
Pemenangnya ialah Giuseppe Farina dari Itali bersama jentera Alfa Romeo. Hujung musim itu, dia dinobatkan sebagai Juara Dunia F1 yang pertama dalam sejarah.
Dan daripada 1950 sampai hari ini, hanya satu pasukan yang tak pernah tinggal satu musim pun. Ferrari.
Tapi kisah F1 yang paling menarik bukanlah tentang siapa yang mula dulu. Ia tentang rekod-rekod yang dicipta selepas itu, rekod yang ada antaranya kekal berpuluh tahun.
Ambil contoh Luigi Fagioli. Pada GP Perancis 1951, dia memulakan perlumbaan seperti biasa. Kemudian pasukannya mengarahkan dia menyerahkan keretanya kepada rakan sepasukan, Juan Manuel Fangio, yang keretanya bermasalah.
Fangio bawa kereta itu ke garisan penamat dan kemenangan itu dikongsi bersama. Fagioli ketika itu berusia 53 tahun. Sampai hari ini, lebih 70 tahun kemudian, tiada siapa yang menang Grand Prix pada usia lebih tua daripada dia.
Yang ironinya, Fagioli begitu kecewa dengan arahan itu sampaikan dia tak pernah berlumba F1 lagi selepas itu.
Melompat ke era moden, muncul seorang Jerman bernama Michael Schumacher. Dia menjuarai dunia pada 1994 dan 1995 bersama Benetton, kemudian berpindah ke Ferrari dan menang lima kali berturut-turut dari 2000 hingga 2004.
Tujuh kejuaraan dunia. Waktu itu ramai yang yakin rekod ini takkan disentuh sesiapa.
Tapi dekat sinilah Lewis Hamilton masuk ke dalam cerita.
Pada 2020, Hamilton menyamai tujuh gelaran Schumacher. Sebelum itu dia sudah pun memadam rekod kemenangan Schumacher sebanyak 91 kali, kemudian menjadi manusia pertama yang menang 100 Grand Prix, dan menjadi pemandu pertama yang mengutip lebih 100 pole position.
Tiga rekod paling berprestij dalam F1 jatuh ke tangan seorang pemandu.
Dan bila semua orang fikir Hamilton akan menguasai semuanya, muncul p**a seorang budak Belanda yang langsung tak ikut skrip.
Pada 2016, Max Verstappen baru dinaikkan pangkat ke Red Bull dan itu baru perlumbaan pertamanya bersama pasukan itu. Di GP Sepanyol, Hamilton dan Nico Rosberg berlanggar sesama sendiri pada pusingan pertama. Verstappen yang ketika itu berusia 18 tahun 228 hari terus mengambil peluang dan menang.
Pemenang Grand Prix termuda dalam sejarah F1. Rekod itu masih belum dipecahkan sampai hari ini.
Kemudian datang musim 2023. Musim yang buat peminat F1 sendiri hampir hilang kata-kata.
Verstappen menang 19 daripada 22 perlumbaan. Bayangkan, dalam satu musim penuh, dia cuma tak menang tiga kali. Dan dalam musim yang sama, dia menang 10 perlumbaan berturut-turut tanpa henti.
Dua lagi rekod yang mungkin akan bertahan sangat lama.
Sekarang cuba kira semula. Rekod juara dunia terbanyak, kemenangan terbanyak, pole terbanyak, pemenang termuda, kemenangan terbanyak dalam semusim dan kemenangan berturut-turut terbanyak. Enam daripada tujuh rekod legenda F1 dipegang oleh tiga nama: Schumacher, Hamilton dan Verstappen.
Dan dua daripada mereka berdiri atas podium Sepang petang Ahad lepas.
Hamilton yang kini memandu untuk Ferrari, pasukan sama yang membawa Schumacher ke puncak, jatuh sampai ke P18 kerana perjudian tayar sebelum bangkit semula ke podium. Verstappen p**a menang di litar yang sama tempat dia menang pada 2017, sebelum F1 hilang dari Malaysia selama sembilan tahun.
Daripada sebuah lapangan terbang tentera di England pada 1950, kepada 100,000 peminat yang bersorak di Sepang pada 2026. Daripada Farina dan Fagioli, kepada Schumacher, Hamilton dan Verstappen. Sejarah F1 rupanya berjalan dalam satu garis panjang yang tak pernah putus.
Dan hujung minggu ini, garis itu bersambung lagi di Marina Bay, Singapura.
Pada pendapat anda, rekod mana yang paling mustahil dipecahkan? Kongsikan di ruangan komen dan follow Daily Motor untuk lebih banyak kisah dunia permotoran! ποΈ
05/10/2026
π SEJARAH F1: DARI SILVERSTONE 1950 HINGGA SEPANG 2026 ποΈ
F1 baru kembali ke Sepang dan minggu ini berlumba di Singapura. Jom kenali sukan permotoran paling berprestij di dunia ini! π
π BAGAIMANA IA BERMULA?
Sebelum Perang Dunia Kedua, Eropah sudah ada perlumbaan Grand Prix, tapi peraturannya berbeza-beza. Selepas perang, badan induk permotoran dunia (kini FIA) menetapkan satu set peraturan teknikal yang seragam, dan set peraturan itu dipanggil "Formula".
Pada 13 Mei 1950, perlumbaan pertama Kejuaraan Dunia F1 diadakan di Silverstone, England. Giuseppe Farina dari Itali (Alfa Romeo) menang, dan beliau seterusnya menjadi Juara Dunia F1 yang pertama.
π‘ FAKTA UTAMA F1
βͺοΈ Ferrari satu-satunya pasukan yang berlumba sejak musim pertama 1950 hingga hari ini
βͺοΈ Pemandu F1 menahan daya G sehingga 5β6G ketika membrek dan di selekoh laju
βͺοΈ Dalam perlumbaan panas seperti Singapura, pemandu boleh kehilangan sehingga 3 kg berat badan
βͺοΈ Pit stop terpantas dalam sejarah hanya sekitar 1.8 saat, lebih cepat daripada anda baca ayat ini! β‘
βͺοΈ GP Malaysia diadakan di Sepang dari 1999 hingga 2017, dan F1 kembali ke sana pada 2026
π 7 REKOD LEGENDA F1
1οΈβ£ JUARA DUNIA PALING BANYAK: 7 KALI
Michael Schumacher dan Lewis Hamilton berkongsi rekod ini. Siapa akan jadi yang pertama capai 8?
2οΈβ£ KEMENANGAN PALING BANYAK
Lewis Hamilton dengan lebih 100 kemenangan Grand Prix, satu-satunya pemandu yang melepasi angka itu!
3οΈβ£ POLE POSITION PALING BANYAK
Juga Lewis Hamilton, dengan lebih 100 pole sepanjang kerjayanya.
4οΈβ£ PEMENANG TERMUDA
Max Verstappen, 18 tahun 228 hari, di GP Sepanyol 2016, dalam perlumbaan pertamanya bersama Red Bull!
5οΈβ£ KEMENANGAN PALING BANYAK DALAM SEMUSIM
Max Verstappen menang 19 daripada 22 perlumbaan pada 2023. Hampir tak terkalahkan! π₯
6οΈβ£ KEMENANGAN BERTURUT-TURUT PALING BANYAK
Max Verstappen lagi, dengan 10 kemenangan berturut-turut pada 2023.
7οΈβ£ PEMENANG PALING BERUSIA
Luigi Fagioli memenangi GP Perancis 1951 pada usia 53 tahun. Rekod ini masih kekal lebih 70 tahun! π΄
Rekod mana yang paling susah dipecahkan pada pendapat anda? π
05/10/2026
π SELEPAS SEPANG, F1 KE SINGAPURA P**A! πΈπ¬ποΈ
Baru seminggu F1 meriah di Sepang, hujung minggu ini jentera F1 beraksi di negara jiran p**a dalam Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026!
π
9 β 11 Oktober 2026
π Marina Bay Street Circuit, Singapura
π₯ KALI PERTAMA ADA SPRINT DI SINGAPURA!
Buat pertama kalinya, GP Singapura menggunakan format Sprint. Ini bermakna lebih banyak aksi sepanjang hujung minggu.
β° JADUAL (WAKTU MALAYSIA)
ποΈ Jumaat, 9 Okt
βͺοΈ Latihan Bebas 1: 4:30 petang
βͺοΈ Kelayakan Sprint: 8:30 malam
ποΈ Sabtu, 10 Okt
βͺοΈ Sprint: 5:00 petang
βͺοΈ Kelayakan: 9:00 malam
ποΈ Ahad, 11 Okt
βͺοΈ PERLUMBAAN UTAMA: 8:00 malam π
π KEUNIKAN MARINA BAY
βͺοΈ Perlumbaan malam di bawah lampu limpah, berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit Singapura
βͺοΈ Litar jalan raya sepanjang 4.927 km
βͺοΈ 62 pusingan (305.337 km)
βͺοΈ Antara perlumbaan paling mencabar dari segi fizikal: panas, lembap dan penuh selekoh
π Juara 2025: George Russell (Mercedes)
β±οΈ Rekod pusingan: 1:33.808, Lewis Hamilton (2025)
Mampukah Max Verstappen mengulangi kemenangan Sepang di Marina Bay? Atau Russell pertahankan takhta? π
05/10/2026
ποΈ DARI KART KECIL KE JUARA DUNIA 4 KALI: KISAH MAX VERSTAPPEN π
Semalam dia menjuarai F1 di Sepang. Tapi tahukah anda bagaimana Max Verstappen bermula? π
πΆ DARAH PELUMBA SEJAK LAHIR
Max Emilian Verstappen dilahirkan pada 30 September 1997 di Hasselt, Belgium. Dia mewarisi bakat kedua ibu bapanya:
βͺοΈ Bapanya, Jos Verstappen, bekas pemandu F1 dan pernah menjadi rakan sepasukan Michael Schumacher di Benetton
βͺοΈ Ibunya, Sophie Kumpen, pelumba karting yang hebat pada zamannya
π MULA BERLUMBA SEAWAL UMUR 4 TAHUN
Max mula memandu kart ketika berusia 4 tahun. Bapanya melatihnya dengan sangat tegas, dan disiplin itulah yang membentuk mentaliti juaranya. Pada 2013 dia menjuarai Kejuaraan Dunia Karting KZ.
π TERUS KE F1 SELEPAS SETAHUN
Pada 2014 Max cuma berlumba satu musim dalam Formula 3 Eropah dan menamatkannya di tempat ketiga. Red Bull terus merekrutnya ke F1.
π REKOD DEMI REKOD
βͺοΈ 2015: Memulakan F1 bersama Toro Rosso pada usia 17 tahun, pemandu termuda dalam sejarah F1. Dia belum ada lesen memandu jalan raya ketika itu! π
βͺοΈ 2016: Menang Grand Prix Sepanyol dalam perlumbaan pertamanya bersama Red Bull Racing. Pada usia 18 tahun, dia menjadi pemenang GP termuda dalam sejarah F1
βͺοΈ 2017: Menjuarai GP Malaysia di Sepang, sehari selepas hari jadinya yang ke-20
βͺοΈ 2021: Juara Dunia F1 buat kali pertama selepas pertarungan sengit dengan Lewis Hamilton
βͺοΈ 2022, 2023 & 2024: Juara Dunia lagi, empat kali berturut-turut! ππππ
π²πΎ SEPANG 2026: KEMBALI KE TEMPAT ISTIMEWA
Selepas 15 perlumbaan tanpa kemenangan musim ini, Max akhirnya menang semula di Sepang, litar yang sama tempat dia menang pada 2017. Ini kemenangan ke-72 bersama Red Bull, menyamai rekod Michael Schumacher untuk kemenangan terbanyak bersama satu pasukan.
Kebetulannya, Schumacher pernah menjadi rakan sepasukan bapanya sendiri! π€―
Bakat semula jadi atau hasil latihan keras sejak kecil? Apa pendapat anda? π
POV: Youβre celebrating P2 in Malaysia with Kimi π
04/10/2026
π MAX VERSTAPPEN JUARA DI SEPANG, ULANGI KEJAYAAN 2017! ποΈπ²πΎ
Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen, menjuarai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Ini kemenangan keduanya di Sepang selepas 2017, sembilan tahun lalu.
π₯ PODIUM
1οΈβ£ Max Verstappen (Red Bull Racing)
2οΈβ£ Kimi Antonelli (Mercedes)
3οΈβ£ Lewis Hamilton (Ferrari)
π Verstappen mendominasi hujung minggu ini dengan merangkul pole position, kemenangan dan pusingan terpantas.
π§οΈ DRAMA PERLUMBAAN 55 PUSINGAN
βͺοΈ Hujan lebat melewatkan permulaan perlumbaan kira-kira 90 minit
βͺοΈ Perlumbaan bermula dengan tayar intermediate
βͺοΈ Pusingan 5: Verstappen memintas George Russell
βͺοΈ Pusingan 13: Verstappen memintas Antonelli untuk mendahului
βͺοΈ Kotak gear Williams milik Alexander Albon rosak, mencetuskan virtual safety car dan kemudian safety car
βͺοΈ Russell terkandas akibat masalah power unit
βͺοΈ Pusingan akhir: Hamilton memintas Isack Hadjar untuk merampas tempat ketiga
π₯ Lebih 100,000 peminat F1 membanjiri Sepang pada hari terakhir!
F1 kembali ke Malaysia dan Sepang tak mengecewakan. Siapa pemandu kegemaran anda hari ini? π
Sumber: The Star
03/10/2026
Pergh betul betul merecikk!!!
Luar biasa kali ini, owner XADV 750 ini memang berhabis sakan modify motor kesayangannya.
Dengarnya owner nak jual motor ini, siapa la next owner yang bertuah ya?
03/10/2026
π GWM WEY G9 β pencabar Toyota Alphard dan Vellfire?
Dalam video perbandingan ini, Bobby Ang mengetengahkan WEY G9 sebagai antara MPV China yang menonjol di Malaysia. Menurut penerangan beliau, model ini benar-benar mencabar peranan yang selama ini diisi oleh Alphard dan Vellfire berenjin petrol.
Kalau anda sedang mencari sebuah MPV, adakah WEY G9 akan masuk dalam senarai pilihan? Atau anda masih memilih Toyota? Kongsikan pendapat di ruangan komen! π
03/10/2026
Botol dibuka, kemudian pelumba saling menyembur ch*****ne di podium. Babak ini memang sinonim dengan sambutan kemenangan F1.
Untuk Bahrain Grand Prix di Sepang kali ini, sambutan itu akan menggunakan maβal-ward, minuman air mawar tanpa alkohol.
Menurut laporan The Sun, minuman itu akan disejukkan dan diberi tekanan supaya menghasilkan buih serta semburan.
Bahrain International Circuit mengesahkan tradisi podium mereka diteruskan di Malaysia. Trofi Bahrain Grand Prix juga dibawa dari Sakhir ke Sepang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Muar
84000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Daily Motor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.