XMRSM Muor

XMRSM Muor

Share

Open to all former students of MRSM Muar

30/09/2026

Tahniah dan Syabas!

ANSARA Muar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar atas kejayaan menamatkan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dengan Lulus Cemerlang (Merit) di Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pencapaian ini membuktikan bahawa kecemerlangan akademik dan kepimpinan dapat bergerak seiring, sekali gus menjadi contoh terbaik kepada generasi muda dan warga alumni MRSM.

Terus unggul memimpin, terus cemerlang menimba ilmu.

28/09/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐”๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ’๐Ÿ” ๐๐ž๐ง๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Œ๐‘๐’๐Œ ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, majlis yang penuh bermakna ini telah berlangsung dengan jayanya. Bagi pihak ANSARA Muar, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Terima kasih kepada semua bekas pelajar MRSM Muar yang hadir dari dekat dan jauh. Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan majlis, malah membuktikan bahawa ikatan ukhuwah yang terbina di bumi MRSM Muar terus utuh merentasi masa, generasi dan jarak.

Ucapan penghargaan yang istimewa juga kepada pihak MARA yang turut memeriahkan majlis ini, khususnya Dr Azmi bin Amat Murjan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA; Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA dan Puan Nor Azlin binti Ismail, Ketua Unit Wakaf MARA Madani. Kehadiran dan sokongan pihak MARA amat bermakna kepada seluruh warga ANSARA Muar dan mencerminkan hubungan erat yang terus terjalin antara MARA, MRSM Muar dan para alumninya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, yang tetap meluangkan masa menghadiri majlis ini meskipun mempunyai jadual yang padat dan perlu bergegas kembali ke Putrajaya sejurus selesai menghadiri acara rasmi di Segamat. Kesudian beliau bersama-sama warga MRSM Muar pada majlis yang penuh bermakna ini amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada para penaja yang telah menghulurkan sokongan bagi menjayakan program ini, antaranya Wakaf MARA Madani, Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Anuar Taib, Dato' Hj Ramli Mohd Tahir, Encik Kamaluddin Ahmad, Encik Hizamuddin bin Jamalluddin serta para penyumbang lain yang turut bersama menjayakan usaha murni ini. Segala sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi pemangkin kepada kejayaan majlis ini.

Ribuan terima kasih kepada Pengetua MRSM Muar, Puan Noriha binti Kasim, atas kerjasama yang sangat baik, khususnya atas inisiatif menyediakan pengangkutan dan membawa para guru dari Muar untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh nostalgia ini.

Dan yang paling utama dan istimewa, sekalung penghargaan buat para guru yang diraikan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan bertemu semula dengan anak-anak murid yang pernah dididik dengan penuh dedikasi. Segala ilmu, tunjuk ajar, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi asas kepada kejayaan ramai dalam kalangan alumni hari ini. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Semoga pertemuan ini bukan sekadar mengimbau kenangan, tetapi menjadi pengikat silaturrahim yang akan terus mekar untuk tahun-tahun mendatang.

Sesungguhnya kejayaan majlis ini adalah hasil kebersamaan seluruh warga MRSM Muar, MARA, para alumni, penaja dan guru-guru yang sentiasa berada di hati kami.

๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘€๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘˜๐‘’ ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ก๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž,
๐‘†๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘‘๐‘– ๐‘ƒ๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘ข ๐‘€๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–;
๐บ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ข๐‘ ๐‘–๐‘Ž,
๐‘ˆ๐‘˜โ„Ž๐‘ข๐‘ค๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘ข๐‘ก ๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘– ๐‘˜๐‘’ ๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘–.

Selamat ulang tahun ke-46 MRSM Muar. "Once a Muarian, Always a Muarian."

28/09/2026

Seluruh warga ANSARA Muar menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negara.

Jasa, khidmat bakti serta sumbangan Allahyarhamah dalam bidang kebajikan, kesihatan dan pembangunan masyarakat akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kekhilafan beliau, melapangkan kuburnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas daripada๏ฟฝAhli Jawatankuasa dan Seluruh Warga ANSARA Muar.

Photos from Shamsul Azri bin Abu Bakar's post 27/09/2026

Terima Kasih Tan Sri diatas kehadiran ke Majlis Ukhwah ANSARA Muar 46 tahun

Photos from XMRSM Muor's post 27/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐€๐๐’๐€๐‘๐€ ๐Œ๐”๐€๐‘ ๐Š๐„ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Putrajaya, 25 September 2026 - ANSARA Muar telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar bagi membincangkan persiapan akhir Majlis Ukhuwah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-46 Penubuhan MRSM Muar yang akan berlangsung pada Ahad, 27 September 2026.

Turut hadir dalam delegasi ANSARA Muar:

โ€ข Kamarul Zaki bin Khalid
โ€ข Radzie Ieskandaar bin Masiman
โ€ข Siti Noor Lianna binti Misli
โ€ข Wan Asmawadi bin Wan Mohd

Perbincangan tertumpu kepada perjalanan program, pengisian majlis serta usaha memastikan sambutan ulang tahun ke-46 MRSM Muar dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada seluruh warga alumni.

Delegasi ANSARA Muar turut berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dan pandangan daripada YBhg. Tan Sri KSN berhubung pengalaman beliau membentangkan tesis di Blavatnik School of Government, University of Oxford. Perkongsian tersebut memberikan inspirasi kepada alumni untuk terus menimba ilmu, memperkukuh kepimpinan serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Kunjungan ini menjadi wadah mempererat ukhuwah antara alumni MRSM Muar serta memperkukuh jaringan dengan kepimpinan perkhidmatan awam negara ke arah melahirkan generasi yang cemerlang, berwibawa dan berbakti.

26/09/2026

๐Ÿ“ฃ SAMBUTAN KE-46 PENUBUHAN MRSM MUAR!

๐Ÿ“… 27 September 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Hotel Everly, Putrajaya
๐Ÿ‘‘ Tema: Zaman Kesultanan Melayu Melaka

25/09/2026
23/09/2026

Harga Rahmah - Limited Edition
T&C applies

๐Ÿ“ฃ SAMBUTAN KE-46 PENUBUHAN MRSM MUAR!

๐Ÿ“… 27 September 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Hotel Everly, Putrajaya
๐Ÿ‘‘ Tema: Zaman Kesultanan Melayu Melaka

๐Ÿ’ฅ TERBUKA KEPADA SEMUA!
โœ… Bekas Pelajar MRSM Muar
โœ… Keluarga Bekas Pelajar MRSM Muar
โœ… Bekas Guru & Kakitangan MRSM Muar
โœ… Bukan ANSARA MRSM Muar pun dialu-alukan!

๐Ÿ“ Nak turut serta? Daftar disini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfOLDCaSQRogVTw9-3DM47Y5FqlcngqjpL6oVmB-jZ4FGCvw/viewform

๐Ÿ“ž Untuk maklumat/pendaftaran:
Hasfa : 013-342 8352
Noraini : 012-877 0905

18/09/2026

๐Ÿ“ฃ *SAMBUTAN KE-46 PENUBUHAN MRSM MUAR!*

๐Ÿ“… 27 September 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Hotel Everly, Putrajaya
๐Ÿ‘‘ Tema: Zaman Kesultanan Melayu Melaka

๐Ÿ’ฅ *TERBUKA KEPADA SEMUA!*
โœ… Bekas Pelajar MRSM Muar
โœ… Keluarga Bekas Pelajar MRSM Muar
โœ… Bekas Guru & Kakitangan MRSM Muar
โœ… Bukan ANSARA MRSM Muar pun dialu-alukan!

Inilah masanya untuk mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan, bertemu sahabat lama dan guru demi merapatkan kembali ukhuwah sesama keluarga MRSM Muar. โค๏ธ

โœจ Tandakan harinya, kembalilah bersua. Mengimbau warisan, merapatkan ukhuwah.

```Satu Warisan โ€ข Satu Legasi โ€ข Satu Keluarga MRSM Muar```

๐Ÿ“ *Nak turut serta? Daftar disini:*
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfOLDCaSQRogVTw9-3DM47Y5FqlcngqjpL6oVmB-jZ4FGCvw/viewform

๐Ÿ“ž *Untuk maklumat/pendaftaran:*
*Hasfa*: 013-342 8352
*Noraini*: 012-877 0905

Jangan biarkan kenangan hanya tinggal kenangan โ€” ayuh kita cipta memori baharu bersama! ๐Ÿฅฐ

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


MRSM Muar
Muar
84200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when XMRSM Muor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Muar.