Daily Fresh
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Daily Fresh, Food & Drink, Muar.
07/10/2026
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Sesi Perbincangan dan Libat Urus Pembangunan Daerah Kluang bersama Ahli-Ahli Dewan Perniagaan Kluang serta Persatuan-Persatuan Perniagaan Daerah Kluang.
Sesi seperti ini amat bermakna kerana ia membuka ruang untuk berkongsi pandangan, menyuarakan pandangan serta membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti perniagaan dalam usaha memperkukuh ekosistem ekonomi daerah Kluang.
Semoga hasil daripada sesi libat urus ini dapat diterjemahkan kepada inisiatif dan pembangunan yang memberi manfaat kepada komuniti, para usahawan serta seluruh masyarakat Kluang.
Terima kasih atas ruang, perkongsian dan komitmen semua pihak. 🤝
07/10/2026
5 Oktober 2026 | Daily Fresh @ A-Maize-Ing Agro Pendidikan Pelancongan
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung ke Daily Fresh @ Agro Pendidikan Pelancongan pada 5 Oktober 2026.
Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, bersama delegasi dan pegawai-pegawai yang turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke premis kami.
Kunjungan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna buat seluruh warga Daily Fresh. Kesudian YB serta pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti, usaha dan inisiatif yang dijalankan di Daily Fresh @ A-Maize-Ing Agro Pendidikan Pelancongan amat kami hargai.
Kami percaya bahawa hubungan erat antara pihak industri dan agensi kerajaan merupakan pemangkin penting dalam memperkukuh sektor pertanian, industri asas tani serta pembangunan agropelancongan di Negeri Johor.
Lawatan ini juga menjadi satu suntikan semangat buat kami untuk terus berusaha memperkembangkan potensi pertanian, pendidikan, keusahawanan dan agropelancongan, di samping mewujudkan pengalaman yang bermanfaat kepada masyarakat dan generasi akan datang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Tuan Haji Yosri bin Mohd serta seluruh delegasi dan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor atas kesudian berkunjung, memberi perhatian serta berkongsi pandangan bersama pihak Daily Fresh.
07/10/2026
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH.
Daily Fresh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Haji Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung ke Daily Fresh @ Agro Pelancongan Pendidikan.
Kunjungan dan sokongan YB Tuan Haji Md Israk Abdullah amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan serta suntikan semangat buat seluruh warga Daily Fresh untuk terus berusaha memperkukuh dan mengembangkan jenama tempatan.
Kami amat menghargai perhatian, sokongan dan keprihatinan yang diberikan terhadap usaha serta perkembangan industri asas tani di Negeri Johor.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga Daily Fresh.
07/10/2026
✨ MIHAS 2026 — A Little Throwback! ✨
We’re taking a look back at an exciting few days at MIHAS 2026!
Daily Fresh was proud to be part of MIHAS 2026, held from 23–26 September 2026.
It was an incredible opportunity to connect with visitors, business partners, industry players, and fellow exhibitors from Malaysia and around the world. 🤝
A big thank you to everyone who stopped by the Daily Fresh booth, took the time to meet us, explored our products, and shared such wonderful moments with our team. Your support truly means a lot to us! 💚
Until the next one — see you again! 👋✨
Cuaca panas? Nak kan sesuatu yg "cool" untuk melegakan kepanasan? Kami ada CUPING! Nikmat yg tak terjangka di setiap perisa! Jom dapatkan CUPING di outlet Daily Fresh yang berdekatan.
14/09/2026
Meriahnya Pertandingan Makan Aiskrim di Matta Fair 2026.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.
14/09/2026
Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth kami di Matta Fair KL 2026.
Sampai jumpa lagi
14/09/2026
Setinggi tinggi penghargaan kepada Tourism Johor dan Majestic Johor Tourism Sdn Bhd diatas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Daily Fresh untuk sama sama menjayakan MATTA FAIR KL 2026 yang berlangsung pada 4-6 September 2026
Terima Kasih diatas kepercayaan yang diberikan dan insyallah pihak Daily Fresh akan terus memberi kerjasama untuk melahirkan produk produk berkualiti.
Hi semua;
Jumpa kami sempena pembukaan outlet terbaru kami di Coalfields Retail Park, Sg. Buloh! Beli mana-mana produk kami bernilai RM10 dan ke atas dan dapatkan satu cawan "Iced Lemon Tea" secara PERCUMA.
Promosi sah sehingga 30 September 2026!
09/06/2026
JAWATAN KOSONG
KERANI AKAUN
Jobscope:
- Mengemaskini dan merekod bayaran ke dalam system Autocount
- Melaksanakan penyelarasan secara berkala
- Mengemaskini dan mengesahkan invois sewaan dan utiliti yang diterima
- Membantu mengemaskini serta menyediakan laporan perakaunan
- Membantu peyediaan laporan audit tahunan
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak atasan
OPERATOR PENGELUARAN
- Kemasukan segera
- Terbuka kepada semua, 18-40 tahun
- Sihat tubuh badan
- KWSP/SOCSO/EIS/Elaun disediakan
- Waktu Kerja: (8.30 Pagi - 5 Petang)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian di bawah:
Cik Fatin: 01170289072
Pejabat Urusan: 07 7551655
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Muar
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Daily Fresh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.