Hello Muar
Sebuah Platform yang membantu warga Muar untuk memberikan Informasi sekitar Muar, Entertainement dan Business entrepreneur warga Muar
12/09/2022
Untuk area Muar Bakri dan Batu Pahat.
16/02/2022
Warga Muar. Mereka yang berminat buat rumah di tanah sendiri seperti di atas berharga RM16,800.00 sahaja. Lengkap letrik dan air . Harga boleh bincang lagi jika saiz rumah lagi besar. Sila whatsApp 0197918700. Terima kasih
02/12/2021
29/06/2021
29 JUN 2021| SELASA
MAJLIS BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR PERINGKAT DAERAH MUAR
Jawatankuasa masjid-masjid dan surau-surau di bawah seliaan Pejabat Kadi Daerah Muar telah menyempurnakan Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Didoakan semoga DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dilanjutkan usia, dilimpahkan seluas-luas nikmat dan rezeki yang berkat, kesejahteraan dan perlindungan yang berterusan dunia dan akhirat.
Didoakan juga perlindungan, keafiatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor serta YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, putera-putera dan puteri-puterinya serta kerabat-kerabat diRaja Johor.
MENJUNJUNG KASIH DYAM TUNKU
24/06/2021
Gambar Masjid Jamek Muar pertama yang dirakam oleh G.R. Lambert & Co. pada sekitar 1890an. Masjid ini adalah merupakan merupakan masjid yang tertua di daerah Muar dan siap dibina sekitar tahun 1887. Ianya kemudian dikenali sebagai Masjid Kubor oleh kerana banyak kubur dibina di sekelilingnya. Hikayat Johor Kedua oleh Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman ada merujuk kepada masjid ini:-
"Ada pun bandar yang ternama dalam Muar dinamakan Bandar Maharani dibuka pada tahun 1884, tetapi pada tempoh baginda Almarhum Sultan Abu Bakar itu mangkat belumlah ada rumah sewa daripada batu melainkan rumah tiang kayu dua lapis beratap genting. Pejabat Kerajaan rumah atap di tanah berdinding papan dan masjid bertongkat batu beratap genting."
Struktur bangunan masjid lama ini telah dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang siap dibina pada tahun 1927 dan dirasmikan pada tahun 1930.
Sumber: G.R. Lambert & Co., Leiden University Libraries, Amsterdam.
19/06/2021
Only quality cooking oil in polybags, not recycled, says MPOB Malaysian Palm Oil Board chief denies perception low price is due to oil being of lower quality, saying government subsidy keeps 1kg pack at RM2.50.
13/06/2021
Perkhidmatan Institusi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyediakan kursus-kursus yang boleh diambil oleh golongan ini.
Keutamaan diberi kepada OKU kategori fizikal dengan kursus yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan, dan sukan paralimpik. Institusi ini ditubuhkan untuk mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.
Seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menyokong dan memberi pembelaan kepada golongan OKU di Malaysia supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang PLPP serta cara-cara permohonannya, sila klik pada pautan berikut:
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/content&id=dklyeGZmQmxBbEVxaS9rUWd0Tis4dz09
12/06/2021
11/06/2021
SPM 2020 lebih cemerlang cetus tanda tanya SHAH ALAM - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menimbulkan beberapa persoalan apabila diumumkan lebih cemerlang meskipun guru dan pelajar berdepan kesukaran sepanjang tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
10/06/2021
Selaraskan harga minyak masak di pasaran SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya menyelaraskan harga minyak masak di pasaran.
07/06/2021
https://www.malaysiakini.com/news/577797
SPM 2021 pada Mac tahun depan Menteri kanan pendidikan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa Covid-19 yang melanda negara ketika ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Muar