JPKK Bukit Rhu Rendang

JPKK Bukit Rhu Rendang

Share

JPKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk kampung bagi mendapatkan kehidupan lebih baik

Photos from JPKK Bukit Rhu Rendang's post 16/09/2026

Alhamdulillah. Siap kerja-kerja membersihkan alur-alur di sekitar Kampung Bukit Rhu Rendang. Didoakan agar usaha ini berjaya mengatasi masalah banjir dan air termenung oleh penduduk sekitar.

12/09/2026

Terengganu mencatat kutipan hasil negeri sebanyak RM454 juta pada 2025, iaitu paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kira pemberian Persekutuan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah keseluruhan hasil negeri turut mencecah RM1.9 bilion pada tahun berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil menyumbang RM454 juta, dengan hasil tanah dan galian menjadi antara penyumbang utama sebanyak RM264 juta.

Kerajaan Negeri turut menyasarkan kutipan hasil yang lebih tinggi pada 2026, selain terus memperkukuh ekonomi negeri supaya kedudukan kewangan Terengganu kekal mampan.

Pada 2025, sektor perkhidmatan menyumbang 53 peratus kepada KDNK Terengganu dan berkembang 3.6 peratus, manakala sektor pertanian mencatat pertumbuhan 4.2 peratus.

Dalam masa sama, Terengganu sedang mempergiat New Income Terengganu (NIT) untuk meneroka sumber hasil baharu. Melalui inisiatif itu, kerajaan menyasarkan tambahan hasil antara RM30 juta hingga RM50 juta setahun serta jumlah RM510 juta sehingga 2030.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri menegaskan usaha mempelbagaikan hasil tidak menafikan hak Terengganu terhadap hasil petroleum yang disifatkan sebagai hak negeri.

👉 Download APHD App
https://linktr.ee/aphdchannel

12/08/2026

Terengganu muncul sebagai negeri paling tinggi dari segi ketelusan belanjawan di Malaysia berdasarkan laporan Malaysia Open Budget Index (MyOBI) 2026 oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Terengganu memperoleh 77 mata, mengatasi Selangor dengan 70 mata, Perak 65 mata dan Negeri Sembilan 63 mata. Skor purata keseluruhan negeri p**a ialah 46 mata.

Menurut laporan itu, Terengganu turut menyediakan enam daripada tujuh dokumen utama belanjawan yang dinilai dalam tempoh ditetapkan.

Malah, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang menerbitkan Enacted Budget, iaitu belanjawan yang telah diluluskan selepas melalui proses perbahasan dan kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

IDEAS turut memuji tahap perincian maklumat kewangan Terengganu, termasuk pecahan perbelanjaan pembangunan mengikut klasifikasi fungsi serta perincian perbelanjaan mengikut program.

Dalam cadangan MyOBI 2026, Anggaran Belanjawan Terengganu turut dijadikan contoh amalan baik yang boleh dicontohi negeri-negeri lain.

Selain ketelusan belanjawan, Terengganu juga berada dalam kelompok negeri dengan tahap pemantauan legislatif yang kukuh.

📲 Download App APHD Dan tonton lebih banyak di sini
https://linktr.ee/aphdchannel

12/08/2026

Sebanyak 606 unit pam kecemasan mudah alih pelbagai spesifikasi telah ditempatkan di seluruh negara melibatkan aset Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sedia digerakkan mengikut keperluan semasa bagi menghadapi fenomena El Nino.

Menurut JPS dalam satu kenyataan, langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada tindakan kesiapsiagaan operasi di lapangan apabila paras air sungai atau empangan menurun ke tahap kritikal.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siap-siaga-fenomena-el-nino-606-pam-kecemasan-mudah-alih-ditempatkan-di-seluruh-negara-jps

25/07/2026

🌟 TERENGGANU MELANGKAH GAGAH! 🌟

5 Pencapaian Ekonomi Terbaik Terengganu

Pencapaian ini membuktikan negeri Terengganu bukan sekadar indah, tapi juga kukuh dan progresif 💪📈

✅ Tadbir urus terbaik bertaraf antarabangsa
✅ Hasil negeri cecah rekod tertinggi
✅ Pelaburan melonjak hampir 2X ganda
✅ Syarikat GLC terus cemerlang & berdaya saing
✅ Pelancongan berkembang pesat menarik jutaan pengunjung

🚀 Dari pengurusan kewangan hingga ke sektor pelancongan, Terengganu membuktikan kejayaan bukan satu kebetulan tapi dari hasil perancangan & usaha berterusan.

💙 Inilah bukti negeri berkat, rakyat sejahtera.

01/07/2026

Sorotan aktiviti: Sepanjang Jun 2026

​BUKIT RHU RENDANG – Pihak Berkuasa Tempatan bersama Pengerusi JPKK Bukit Rhu Rendang dan Biro Pembangunan telah mengadakan lawatan tapak bagi aduan banjir di Taman Desa. Pengerusi, Biro Kebajikan, Biro Belia dan Biro Beliawanis telah mengadakan program ziarah kebajikan adik Zafran yang telah tertangguh pengajian kerana kemalangan, kemalangan seara mengejut apabila babi melintas secara tiba-tiba di sekitar kawasan ini.

Photos from Kementerian Kewangan's post 29/06/2026
Photos from Rhu Rendang Sejahtera Official's post 25/06/2026
Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Marang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


LOT 8554, Jalan ORKID, KG BUKIT RHU RENDANG
Marang
21600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Bukit Rhu Rendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Marang.