PAS Rhu Rendang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Rhu Rendang, Community Organization, Marang.
Selamat Datang
Segala info, gambar serta maklumat mengenai program dan aktiviti Majlis Tindakan Dun (MTD) Kawasan Ru Rendang boleh didapati disini.
#RhuRendangSejahtera
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#SejahteraBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera
08/08/2026
Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Kawasan Marang 2026 melabuhkan tirai dengan aktiviti brisk walk serta pertandingan memasak ubi dan telur.
Program ditutup dengan penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
07/08/2026
Suasana sekitar Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Kawasan Marang 2026 di Taman Rekreasi Belukar Bukit, Kuala Berang.
Semoga setiap pengisian memberi manfaat, mengeratkan ukhuwah dan membina semangat kebersamaan dalam kalangan jemaah.
07/08/2026
YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah menunaikan solat jenazah di atas kubur Allahyarham Saadun bin Sulong (Pak Yek Cikgu Long), yang merupakan mantan pengawal keselamatan beliau di Tanah Perkuburan Darat Pak Chan petang tadi.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
31/07/2026
Alhamdulillah, wakil Pemuda PAS DUN Rhu Rendang telah berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Adik Muhammad Hijazi Assufi bin Harif bagi menyampaikan ucapan takziah serta menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan.
Allahyarham, pelajar PASTI Fatimah Azzahrah Seberang Marang, telah kembali ke rahmatullah pada usia 6 tahun. Allahyarham menghidap penyakit berkaitan hormon sejak lahir dan menjalani rawatan secara berterusan.
Semoga keluarga Allahyarham terus dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Ucapan YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Naib Presiden PAS Majlis Perasmian Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Rhu Rendang.
13/07/2026
๐๐๐๐๐ | ๐๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐-๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐ฎ ๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ญ๐๐๐ข ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐จ๐ค ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฅ๐.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datoโ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ADUN Rhu Rendang.
Turut hadir bersama, YB Ustaz Sulaiman bin Sulong, ADUN Pengkalan Berangan; YB Ustaz Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, ADUN Batu Buruk; serta YB Datoโ Haji Mohd Nor bin Hamzah, ADUN Bukit Payong.
Suasana penuh semangat dan kebersamaan dizahirkan oleh para jentera serta pendukung yang hadir dalam memperkukuhkan persiapan menghadapi PRU-16.
13/07/2026
Lensa Sekitar Konvoi Jentera Pilihan Raya PAS DUN Rhu Rendang | PRU 16.
Mengiringi YAB ADUN Rhu Rendang, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dari Masjid Terapung, Kuala Ibai ke Dewan Tok Guru, Rusila.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Marang
21600