IKRAMTeens TM/Machang
Menyerlah Jauh Daripada Biasa 💪
07/01/2026
... "Oghe napok doh. Nok pehe agama ni xleh tengok pada 1 benda Jah. Kena tengok secara keseluruhan" - Ungkap salah seorang daripada mereka usai ziarah sang murabbi
Alhamdulillah. Berkesempatan bertentang mata dengan Akhuna Ustaz Hilmi sambil sambung sembang isu 'al-fahmu' dalam beragama.
Walaupun santai sambil2 minum air, banyak sentuhan2 hikmah dari Sang Murabbi berjaya merungkai beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.
.."Ustaz,lagumano Nak faham agama?"...
"Proses"
Ringkas, padat dan penuh makna disebalik satu jawapan ringkas yang keluar dari mulut Sang murabbi... "Ustaz bila lagi join usrah?"...
Lama dah dari Form 4 lagi semasa di asrama. ( p/s: Sang murabbi dah nak pencen setahun lagi)
.. "Wah, kiranya usrah ni dah lama lah ada"..
Ya. Dari zaman Rasulullah SAW lagi
Alhamdulillah inilah sebahagian dari intipati sembang kami kali ini.
Masih banyak yang ingin disembang tapi singkat dengan masa yang ada.
Moga sentiasa diberkati masa dan kehidupan untuk semua sang murabbi yang terus thabat mendidik ummah 🤲
P/s: Ini adalah sebahagian adik2 yang telah mengikuti program remaja di bawah kendalian IKRAM Teens Tanah Merah/Machang dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat IPT.
CM
7/1/2026
Dalam program pembangunan remaja, kemahiran dan bakat mereka perlu dicungkil, diasah dan diperkemaskan ✅
29/12/2025
Machang, 29 Dis 2025- MABIT MEGA REMAJA MUKMIN~Penutup tirai program remaja Ikram Teens untuk tahun 2025.
Alhamdulillah ini merupakan MABIT remaja kali ke-4 untuk tahun ini sekaligus menjadi mabit penutup.
Seramai 40 peserta dari Akademi Remaja Mukmin (Mukmin FC) telah menyertai mabit kali ini. MABIT merupakan program pembangunan rohani dan sahsiah untuk para peserta.
MABIT MEGA kali ini agak Istimewa kerana dilaksanakan di lokasi yang berlainan iaitu Dhuha Homestay bersempena dengan penutup tirai dan Meraikan kejayaan pasukan bola Mukmin FC U14 menjuarai Liga Bola sepak anjuran KBSS.
Perlaksanaan aktiviti ice breaking yang dilaksanakan sendiri oleh sesama kumpulan memberikan pengalaman baru kepada mereka mengendali aktiviti dalam skali kecil.
Sebelah malam diisi dengan aktiviti BBQ, solat berjemaah, bacaan al Mathurat. Juga, qiamullail sebagai agenda utama dan pengisian rohani oleh Ustaz Alwi Abdullah, mudir Sri Aman Machang.
Akhir kalam. Selamat Tahun Baru 2026. InshaAllah moga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua.
22/03/2025
Majlis Penutup Program Remaja&Ramadan (RNR) 🎊❤️
19/03/2025
Ihya Ramadan bersama 3R ( RemajaRaikanRamadan). Alhamdulillah ini kali ke-2 dianjurkan oleh IKRAMTeens TM/Machang bersama Masjid Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan ❤️❤️❤️
TikTok · IKRAMTEENS MACHANG/TM Check out IKRAMTEENS MACHANG/TM’s video.
18/03/2025
Sabtu 18/3/25 - Telah berlangsung program Remaja Raikan Ramadan(3R) kali ke-2 untuk tahun ini di Masjid Gual Ipoh dengan kerjasama antara IKRAMTeens Tanah Merah dan Masjid Gual Ipoh,Tanah Merah.
Program telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Seramai 22 remaja sekitar Gual Ipoh telah menyertai 3R kali ini.
Antara aktiviti menarik yang telah disediakan ialah slot halaqah al Quran, Aku dan Ramadan, explorace kantong bocor dan pelbagai games Ukhwah.
IKRAMTeens Tanah Merah/Machang
08/03/2025
Sabtu 08/03 - Telah berlangsung program Remaja& Ramadan (3R)di Masjid Al Ihsan,Kolam Abu dengan kerjasama antara IKRAMTeens, Masjid Al Ihsan dan Sukarelawan Belia Islam Machang (SUBIM).
Program telah bermula pada 7 Mac 2025 dengan kehadiran seramai 62 remaja sekitar Machang.
Antara aktiviti menarik yang telah disediakan ialah slot productive Ramadan, halaqah al Quran, explorace, iftar sahur jamaie, Khidmat masyarakat dan pelbagai games Ukhwah.
IKRAMTeens TM/Machang
IKRAM Tanah Merah
IKRAM Kelantan
01/03/2025
‼️ PROGRAM REMAJA DAN RAMADAN (RNR) ‼️
Assalamu'alaikum, Ramadan Kareem 🕌✨
Wah, seronoknya!!! 🎉🎉🎉
Jom hidupkan Ramadan bersama kawan-kawan yang ohsem!!! 🤗🕌
Program ini dianjurkan oleh Masjid Al IHSAN Kolam ABU, SUBIM & IKRAMTeens
Terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun.
🗓 Tarikh:
7-8 Mac 2025 (2.30pm-2.30pm)
14-15 Mac 2025
(2.30pm-8.00am)
21 Mac
Iftar Perdana & Majlis Penutup
🕌 Tempat: Masjid Al-Ihsan, Kolam Abu, Machang
🔖 Yuran : *PERCUMA!!*
Apa yang best join program ni ? 👇🏻👇🏻👇🏻
💡Tidur di Masjid ('Iktikaf)
💡Berbuka dan sahur bersama²
💡 HAQ (Halaqah Al- Quran)
💡 Tayangan Video
💡 BBQ/Makan Colek
💡 Games Ukhwah !!!
💡Explorace "Kantong Bocor"
💡Khidmat Masyarakat
💡Dan banyak lagi!!!
Pengalaman menarik menanti adik-adik 😍
Jom sertai bersama 🥳
📲 Sebarang persoalan boleh hubungi nombor di bawah : 0145174186
0103377060
❗Daftar segera! Tempat terhad kepada 40 peserta sahaja (20 lelaki & 20 perempuan)
Link daftar:
https://forms.gle/cSrXWVxvm8jbzL7m9
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Machang
22/03/2025