Care Cubes Therapy Labuan

Care Cubes Therapy Labuan

Share

Di Care Cure Therapy Labuan, setiap anak diraikan 🌱
Kami percaya perkembangan anak bermula dengan rasa selamat, seronok & difahami.

Terapi dijalankan secara play-based, santai dan mengikut keperluan setiap anak 🤍

03/09/2026

📢 MEMO MAKLUMAN SEMAKAN KADAR SESI TERAPI
CARE CUBES THERAPY CENTRE

Salam sejahtera Parents 🌷

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada Care Cubes Therapy Centre. 💛
Seiring dengan peningkatan kos operasi semasa serta bagi memastikan kesinambungan dan kualiti perkhidmatan terapi dapat terus diberikan dengan baik, pihak Care Cubes telah membuat semakan semula kadar sesi terapi.

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Terms & Conditions yang dipersetujui semasa pendaftaran, kadar perkhidmatan adalah tertakluk kepada semakan atau perubahan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

Berkuat kuasa bagi sesi yang akan datang:
💰 KADAR SESI TERAPI
RM120 / 1 JAM
🧩 PAKEJ COMBO
Buat sementara waktu, pakej combo tidak akan ditawarkan. Semua sesi akan dilaksanakan secara individual session pada kadar RM120 bagi setiap sesi 1 jam.

📲 Bagi parents yang mempunyai slot pending, pihak kami akan menghubungi anda secara berperingkat untuk mendapatkan pengesahan dan persetujuan terlebih dahulu sebelum sesi diteruskan.

Kami memahami bahawa setiap perubahan memerlukan penyesuaian dan amat menghargai kefahaman, kepercayaan serta sokongan parents kepada Care Cubes. 🤍🌱

Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan perkembangan anak-anak.

WE CARE • WE SUPPORT • WE GROW TOGETHER 💛

Care Cubes Therapy Centre

17/06/2026

SALAM AWAL MUHARRAM 1448H

Setiap tahun baharu membawa peluang untuk memulakan langkah yang lebih baik. Awal Muharram mengingatkan kita bahawa perubahan yang bermakna bermula dari dalam diri sendiri.

Semoga tahun hijrah ini membuka ruang untuk hati yang lebih tenang, fikiran yang lebih jernih, emosi yang lebih seimbang dan kehidupan yang lebih bermakna.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

Hijrah Hati, Membina Diri, Menemui Ketenangan.

30/05/2026

Selamat Hari Gawai & Hari Kaamatan

Ikhlas daripada Care Cubes Therapy

Semoga sambutan Hari Gawai dan Hari Kaamatan pada tahun ini membawa sinar kegembiraan, keharmonian keluarga, kesejahteraan hidup serta keberkatan yang berpanjangan buat semua yang meraikannya.

27/05/2026

Salam Aidiladha

Semoga Aidiladha ini membawa makna kasih sayang, keikhlasan dan pengorbanan yang indah dalam setiap keluarga.

Daripada kami di Care Cubes Therapy,
semoga hari yang mulia ini dipenuhi senyuman, ketenangan dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Selamat Hari Raya Aidiladha

Ikhlas daripada,
Care Cubes Therapy

10/05/2026

SELAMAT HARI IBU 🤍

Untuk semua ibu yang kuat dengan cara yang orang lain mungkin tidak nampak.

Ibu yang belajar memahami tangisan anak.
Ibu yang meraikan progress kecil seolah-olah ia kemenangan besar.
Ibu yang tetap tersenyum, walaupun hari itu sangat melelahkan.
Ibu yang tidak pernah berhenti percaya bahawa anaknya mampu berkembang, dengan masa, bimbingan dan kasih sayang.

Di Care Cubes Therapy, kami melihat sendiri betapa besar cinta seorang ibu.
Cinta yang sabar.
Cinta yang berulang-ulang.
Cinta yang tidak mengalah.

Hari ini, kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua ibu hebat.
Terima kasih kerana terus hadir, terus mencuba, dan terus menjadi dunia pertama yang paling selamat untuk anak-anak.

Selamat Hari Ibu daripada kami di Care Cubes Therapy.
You are doing better than you think, Mama. 🤍

01/05/2026

Ramai ibu bapa nampak anak main pasir, air, beras warna-warni, playdough atau tekstur berbeza lalu fikir:

“Dia cuma main saja.”

Tapi sebenarnya, sensory play membantu anak belajar mengenal dunia melalui sentuhan, bunyi, warna, pergerakan dan pengalaman.

Melalui aktiviti sensori, anak boleh belajar untuk:
✨ lebih fokus
✨ lebih tenang
✨ berani mencuba tekstur baharu
✨ menguatkan koordinasi tangan dan mata
✨ melatih kemahiran motor halus
✨ membina keyakinan diri secara perlahan-lahan

Bagi sesetengah anak, menyentuh tekstur baharu pun sudah satu pencapaian besar.

Jadi bila anak mula berani pegang, cuba, picit, susun atau explore — itu bukan “main kosong”.

Itu proses belajar.
Itu proses berkembang.
Itu progress.

Di Care Cubes Therapy, kami percaya setiap aktiviti kecil boleh menjadi ruang besar untuk anak berkembang mengikut rentak mereka sendiri. 🤍

29/04/2026

Kadang-kadang progress anak bukan terus bercakap lancar.
Bukan terus pandai fokus lama.
Bukan terus boleh ikut semua arahan.

Kadang-kadang progress itu kecil sahaja…

Anak mula pandang bila dipanggil.
Anak mula duduk lebih lama.
Anak mula cuba sebut satu bunyi.
Anak mula berani pegang tekstur baharu.
Anak mula kurang menangis dalam sesi.

Bagi orang lain mungkin nampak biasa.
Tapi bagi ibu bapa dan therapist, itu satu pencapaian besar.

Di Care Cubes Therapy, kami percaya setiap anak berkembang mengikut rentak mereka sendiri.
Yang penting, mereka dibimbing dengan sabar, konsisten dan penuh kasih.

Small progress is still progress.
Dan setiap langkah kecil itu sangat bermakna. 🤍

01/04/2026

Di sebalik cara mereka melihat dunia, ada kehebatan yang luar biasa. Mungkin cara mereka berkomunikasi tidak sama, atau cara mereka memproses rasa sedikit berbeza. Namun, di sebalik keunikan itu, tersimpan hati yang paling tulus dan potensi yang tiada hadnya.

​Tugas kita bukanlah untuk memaksa mereka mengubah siapa diri mereka, tetapi untuk cuba memahami dunia mereka. Berilah ruang untuk mereka bersinar, bersabarlah dengan rentak mereka, dan percayalah bahawa setiap langkah kecil yang mereka capai adalah sebuah kejayaan yang sangat besar.

​Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia daripada kami di Care Cubes Therapy! Mari bersama-sama membina masyarakat yang bukan sahaja sedar, tetapi menerima dan meraikan perbezaan. 🌟🧩💙

19/03/2026

🌟 Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Keluarga Care Cubes Therapy! 🌟

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan, dan ketenangan buat anda dan sekeluarga. Kami di Care Cubes sentiasa mendoakan kesejahteraan holistik anda.

📌 NOTIS PENUTUPAN RAYA:
Sila ambil maklum bahawa pusat kami akan DITUTUP pada 21 Mac 2026 (Sabtu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir & Batin daripada kami semua. Jaga diri dan nikmati momen indah bersama insan tersayang! 🌙✨

Want your practice to be the top-listed Clinic in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


35, Taman Kawan Kawan, Jalan OKK Abdullah
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Care Cubes Therapy Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Labuan.