Kelab Generasi Labuan
KELAB GENERASI LABUAN
Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian ini. Lindungi Labuan 🤲❤️
11/06/2026
RUMAH MUSNAH SEKELIP MATA, KGL TURUN PADANG BANTU! 💔🚒
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kelab Generasi Labuan (KGL) hari ini turun menziarahi Rumah Mangsa kebakaran di Kampung Bukit Kalam bagi menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa, Encik Mohd Yusmahadi Bin Mohd Yusoff sekeluarga.
Sumbangan barangan keperluan seperti Makanan Kering dan basah, Pakaian terpakai dan keperluan bayi diserahkan terus bagi meringankan beban mereka, turut serta bersama kami Ketua Kampung, Encik Shuhaimi Bin Kula.
Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tabah dan dipermudahkan urusan untuk bangkit semula. 🤲✨
19/04/2026
Syawal itu menyatukan. 🌙
Tiada yang lebih indah selain melihat wajah-wajah sahabat dan saudara berkumpul dalam satu suasana yang penuh harmoni. Semoga keberkatan penghujung Syawal ini mengeratkan lagi kasih sayang antara kita semua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin daripada kami semua. Moga kita terus diberikan kesihatan untuk berjumpa lagi di raya akan datang. 🤲✨
14/03/2026
14/03/2026
Alhamdulillah, Program Santunan Kasih Ramadan KGL telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Syukur kerana diberi peluang berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim Darul Kifayah Labuan melalui shopping Raya dan iftar bersama. Melihat senyuman mereka adalah kebahagiaan yang tidak ternilai.
Semoga setiap usaha dan sumbangan ini menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan di bulan Ramadan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. 🤲✨
11/03/2026
Alhamdulillah, tahun ini Kelab Generasi Labuan sekali lagi diberi kesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab kecil kami dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan melalui program Santunan Kasih Ramadan KGL.
Melalui program ini, kami membawa anak-anak yatim dari Darul Kifayah Labuan membeli keperluan Hari Raya dan seterusnya berbuka puasa bersama.
Mungkin bagi kita ia hanya sekadar membeli pakaian atau barang raya, tetapi bagi mereka ia adalah kegembiraan yang sangat bermakna.
Kadang-kadang, apa yang kecil di mata kita mampu menghadirkan senyuman besar di wajah mereka. Melihat kegembiraan itu sudah cukup membuatkan hati kami bersyukur.
Semoga setiap usaha, sumbangan dan keikhlasan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Mudah-mudahan lebih ramai yang tergerak hati untuk sama-sama menyebarkan kasih sayang di bulan yang mulia ini. 🤲
01/11/2025
Lebih 150 pasukan sertai Kejohanan Dart Terbuka Berpasangan Labuan 2025 LABUAN, 1 November - Lebih 150 pasukan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan tuan rumah Labuan menyertai Kejohanan Dart Terbuka Berpasangan 2025 anjuran Kelab Generasi Labuan (KGL), melibatkan lebih 300 pemain.Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Mohd Rafi Da...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
TG 2 Jalan NUSA INDAH, WP
Labuan
87000
16/03/2026