SRITI Labuan

SRITI Labuan

Share

SRITI Labuan adalah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam yang menggunakan silibus KPM,JAWI & KAFFAH

Photos from SRITI Labuan's post 02/10/2026

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Selesai sudah Bengkel Pecutan Akhir Skor A UPSRA 2026 yang telah berlangsung selama seminggu, bermula 28 September hingga 2 Oktober 2026.

Sepanjang bengkel ini, 19 orang calon UPSRA SRITI Labuan telah mengikuti pelbagai sesi pengukuhan, ulang kaji dan persediaan akhir sebagai bekalan sebelum melangkah ke medan peperiksaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua guru jemputan yang telah berkongsi ilmu, membimbing, memberi motivasi serta mencurahkan masa dan tenaga demi membantu anak-anak membuat persediaan sebaiknya.

Kini, tinggal selangkah lagi.
Minggu hadapan, anak-anak akan menghadapi peperiksaan UPSRA 2026 yang akan bermula 5 hingga 8 Oktober 2026.

Buat anak-anak UPSRA, teruskan usaha di saat-saat akhir ini. Ulang kaji dengan tenang, jaga kesihatan, banyakkan doa dan yakinlah dengan usaha yang telah dilakukan. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Kita sudah berusaha sebaiknya, kini kita bertawakal kepada Allah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kekuatan, kefahaman dan kemudahan kepada semua anak-anak UPSRA SRITI Labuan dalam menjawab setiap soalan. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan membuahkan kejayaan yang terbaik. โค๏ธ

Photos from SRITI Labuan's post 02/10/2026

CERAMAH MOTIVASI SKOR A UPKK & UPSRA SRITI LABUAN 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Ceramah Motivasi UPKK & UPSRA SRITI Labuan pada rabu lepas..

Anak-anak bukan saja dengar ceramah, tapi turut diajak untuk kenal apa yang menghalang mereka daripada berjaya, bina matlamat dan belajar untuk percaya pada diri sendiri. ๐Ÿ’ช

Antara yang paling menarik, anak-anak diperkenalkan dengan Formula JUARA:

๐ŸŽฏ J โ€“ Jelaskan Matlamat
๐Ÿ’ช U โ€“ Usaha Setiap Hari
๐Ÿ™ A โ€“ Amal & Adab
๐Ÿ“– R โ€“ Rajin Bertanya & Mengulang Kaji
๐Ÿคฒ A โ€“ Allah Tempat Bergantung

Dan satu lagi pesan yang mudah tetapi sangat bermakna iaitu Formula 30 MINIT SEHARI. Tak perlu tunggu lama, tak perlu tunggu mood datangโ€ฆ yang penting konsisten!!!

Anak-anak juga diingatkan bahawa kejayaan bukan hanya tentang dapat keputusan yang cantik, tetapi tentang menjadi anak yang berilmu, berdisiplin, berakhlak dan sentiasa bergantung kepada Allah SWT. ๐Ÿค

Terima kasih kepada Puan Farida binti Hj Abdul Rahman, Guru Besar SK Lubok Temiang atas perkongsian yang begitu santai, dekat dengan anak-anak dan penuh dengan mesej yang boleh mereka bawa pulang. ๐ŸŒท

Semoga selepas ini kita dapat dengar lebih banyakโ€ฆ

โ€œSaya boleh!โ€
โ€œSaya mahu berjaya!โ€
โ€œSaya akan usaha!โ€ ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Sebabโ€ฆ

โœจ Doa tanpa usaha belum cukup.
Usaha tanpa doa belum sempurna.
Doa + Usaha + Tawakal, insya-Allah! ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Teruskan melangkah anak-anak UPKK & UPSRA SRITI Labuan. Kejayaan tidak datang dalam sehari, tetapi bermula dengan usaha kecil yang dibuat setiap hari. โค๏ธ

Photos from SRITI Labuan's post 02/10/2026

BACAAN YASIN & DOA BUAT ALLAHYARHAMAH TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah, telah selesai Bacaan Yasin dan doa yang diadakan sebagai tanda penghormatan dan mengenang jasa Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga bacaan dan doa yang dipanjatkan menjadi asbab rahmat dan keampunan buat Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal solehnya serta menempatkan roh beliau dalam kalangan para solihin.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

22/09/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN CERAMAH MOTIVASI UPKK & UPSRA

Assalamualaikum w.b.t. ๐ŸŒท

Dimaklumkan bahawa pihak SRITI Labuan akan mengadakan Ceramah Motivasi UPKK & UPSRA khas untuk murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan.

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah Jemputan:
Puan Farida binti Abdul Rahman
Guru Besar SK Lubok Temiang

๐Ÿ“… Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 2.00 โ€“ 3.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Surau Ummul Mukminin, SRITI Labuan

Ceramah ini diadakan bagi memberikan semangat, motivasi dan keyakinan kepada anak-anak agar terus berusaha, berdisiplin dan membuat persediaan sebaiknya dalam menghadapi UPKK & UPSRA. ๐Ÿ“šโœจ

Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak hadir dan mengikuti program ini sehingga selesai.

Semoga segala usaha dan doa kita bersama menjadi asbab kejayaan anak-anak. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa. ๐ŸŒน

15/09/2026

Montaj Bulan Kemerdekaan 2026.

"Kita semua adakah rakyat Malaysia. Dan kemerdekaan ini lah yang menyatukan kita. Ingatlah bahawasanya toleransi adakah kekuatan kita sebagai rakyat dan bangsa."
-Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

14/09/2026

Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan bulan kemerdekaan

14/09/2026

Peragaan Busana Kemerdekaan SRITI Labuan

Photos from SRITI Labuan's post 12/09/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) 4.0
"Pengurusan dan Pelaksanaan Majlis Rasmi Sekolah"

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 4.0 yang memberi fokus kepada Pengurusan dan Pelaksanaan Majlis Rasmi Sekolah.

๐Ÿ“… 12 September 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Surau Ummul Mukminin, SRITI Labuan
๐Ÿ‘ฅ Peserta: Guru-guru dan staf SRITI Labuan

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga SRITI dalam mengurus serta melaksanakan majlis rasmi sekolah dengan lebih teratur, berprotokol dan profesional.
Antara pengisian program termasuklah: โœจ Taklimat konsep dan protokol majlis rasmi.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti pengurusan majlis serta memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan guru dan staf SRITI Labuan.

โ€œMajlis yang tersusun, mencerminkan jati diri sekolah yang berkualiti.โ€ ๐ŸŒท

Membina Generasi Rabbani Murabbi ๐Ÿ’š

10/09/2026

๐Ÿ“ขPEMAKLUMAN TAZKIRAH MINGGUAN SRITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Assalamualaikum w.b.t. ๐ŸŒธ

Dimaklumkan bahawa Tazkirah Mingguan SRITI akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“– Tajuk: Generasi Diniyah : Membina Masa Depan Ummah dan Negara
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustazah Atiera
๐Ÿ“ Tempat: Surau Ummul Mukminin, SRITI
๐Ÿ•˜ Masa: Selepas Bacaan Surah Yasin

โœจ Kehadiran: Pelajar & Guru SRITI

Jangan lupa hadir! Semoga tazkirah ini memberi manfaat dan menjadi bekalan dalam kehidupan kita. ๐Ÿคฒ

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

โ€œGenerasi Merdeka, Malaysia Sejahteraโ€๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

27/08/2026

Behind-The-Scene
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1448H
25 Ogos 2026

Want your school to be the top-listed School/college in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot A2, Southsea Pearl Residences, Jalan OKK Daud, Kampung Merinding,, WP
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Labuan.