MAQIS W.P. Labuan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Wilayah Persekutuan Labuan
18/09/2026
18 ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ 2026 | ๐๐จ๐ ๐๐๐ง | ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง, ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ ๐๐ค๐๐ฆ ๐ช.๐ฃ. ๐๐๐๐จ๐๐ก
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ ๐ฆ๐ง๐๐ฆ๐๐ก ๐๐จ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ก ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ (๐๐๐ฅ) ๐ช.๐ฃ. ๐๐๐๐จ๐๐ก
Pada pagi ini, MAQIS W.P. Labuan telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) W.P. Labuan berkaitan cadangan pembinaan Mini Stesen Kuarantin Haiwan Kesayangan.
Perbincangan ini melibatkan khidmat nasihat daripada pihak JKR W.P. Labuan berkaitan aspek dan keperluan pembinaan Mini Stesen Kuarantin, khususnya bagi memastikan kemudahan yang dirancang bersesuaian dengan keperluan operasi kuarantin haiwan.
Selain sesi perbincangan, MAQIS W.P. Labuan turut membawa pihak JKR W.P. Labuan untuk meninjau kawasan tapak yang dicadangkan bagi pembinaan Mini Stesen Kuarantin Haiwan Kesayangan. Tinjauan ini bertujuan memberikan gambaran sebenar mengenai keadaan dan kesesuaian tapak serta mendapatkan pandangan teknikal awal berkaitan cadangan pembangunan tersebut.
Cadangan pembinaan Mini Stesen Kuarantin ini merupakan satu keperluan penting bagi memperkukuh kemudahan kuarantin haiwan di W.P. Labuan, di samping menyokong pengurusan kemasukan haiwan kesayangan dan memastikan keperluan serta syarat import haiwan kesayangan dapat dipatuhi.
Kerjasama dan khidmat nasihat daripada pihak JKR W.P. Labuan diharap dapat membantu dalam perancangan serta pembangunan kemudahan Mini Stesen Kuarantin yang bersesuaian dengan keperluan operasi MAQIS di W.P. Labuan.
15/09/2026
โ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ด๐๐ต, ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐, ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ต๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ.โ
Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan terus menjadi kekuatan dalam membina Malaysia yang lebih maju dan harmoni.
๐๐ธ๐ต๐น๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ:
Pengarah & Warga Kerja
MAQIS Wilayah Persekutuan Labuan
15/09/2026
15 ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ 2026 | ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ | ๐๐ถ๐น๐ถ๐ธ ๐ ๐ฒ๐ฒ๐๐ถ๐ป๐ด, ๐ฃ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ ๐๐ค๐๐ฆ ๐ช๐ถ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฏ๐๐ฎ๐ป
๐พ ๐ง๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง๐๐ก ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก ๐พ
Pejabat MAQIS Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan ๐ง๐ฎ๐ธ๐น๐ถ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ด๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐บ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป yang disampaikan oleh Ketua Stesen Kuarantin Haiwan MAQIS W.P. Labuan, ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฟ๐ฒ๐น ๐ฅ๐ผ๐ป๐ฎ๐น๐ฑ ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ด๐ฒ.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung prosedur, syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi dalam urusan pengimportan haiwan kesayangan, di samping memperincikan panduan permohonan premis kuarantin haiwan kesayangan bagi premis swasta.
Sesi turut melibatkan wakil daripada pelbagai Jabatan, Agensi dan Premis Swasta, iaitu:
๐พ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
๐พ Unit Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perbadanan Labuan
๐พ Bumi Bakti Agency
๐พ Joe's Agency
๐พ Catlier Suites
๐พ Love Pets Family
Selain perkongsian berkaitan garis panduan dan prosedur, sesi ini juga telah menjadi platform perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pergerakan haiwan kesayangan, khususnya urusan keluar masuk melalui laluan Domestik iaitu Labuan-Sabah-Labuan bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Usaha ini diharap dapat memperkukuh kefahaman serta kerjasama antara agensi dan pihak berkepentingan dalam memastikan pengurusan pergerakan serta pengimportan haiwan kesayangan dilaksanakan dengan teratur, selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
11/09/2026
11 ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ 2026 | ๐๐จ๐ ๐๐๐ง | ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ , ๐ช.๐ฃ. ๐๐๐๐จ๐๐ก
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก (๐ฅ๐๐) ๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐๐จ๐๐ก
Pada pagi ini, MAQIS W.P. Labuan telah mengadakan ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ธ๐ฒ ๐ฅ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฏ๐๐ฎ๐ป sebagai salah satu usaha mendapatkan pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan serta pengendalian haiwan, khususnya haiwan liar seperti kucing dan anjing.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah MAQIS W.P. Labuan, ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ผ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ท๐ถ๐ป๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐. ๐ข๐๐ต๐บ๐ฎ๐ป dan turut disertai oleh Ketua Stesen Kuarantin Haiwan, ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฟ๐ฒ๐น ๐ฅ๐ผ๐ป๐ฎ๐น๐ฑ ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ด๐ฒ serta pegawai-pegawai MAQIS W.P. Labuan.
Dalam lawatan ini, pihak MAQIS W.P. Labuan telah berkesempatan mendapatkan penerangan dan perkongsian daripada pegawai Jabatan Perkhidmatan Perbandaran yang menguruskan haiwan di RBK, iaitu:
๐ค ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป
Pegawai Tadbir, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
๐ค ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฑ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐๐ป๐ฎ๐ถ๐ฏ
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
๐ค ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐ป๐ถ๐ณ๐ฒ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐๐๐ถ๐ฒ๐ป
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Antara perkara yang dikongsikan sepanjang lawatan adalah berkaitan tatacara pengendalian haiwan liar khususnya kucing dan anjing dan aspek keselamatan dalam pengendalian haiwan serta penyakit yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia (zoonosis).
Selain itu, turut dibincangkan isu berkaitan aduan penduduk mengenai anjing liar yang berkeliaran di sekitar Pulau Labuan. Menurut Tuan Mohamad Fadzuan bin Junaib, pihaknya telah menerima lebih 400 aduan berkaitan isu anjing liar di sekitar Pulau Labuan setakat September 2026.
Perkongsian ini memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai cabaran yang dihadapi dalam pengurusan haiwan liar, di samping meningkatkan kefahaman mengenai kaedah pengendalian yang selamat, sistematik dan beretika.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Perbadanan Labuan atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat sepanjang lawatan ini.
11/09/2026
PENGUMUMAN: BORANG ADUAN ISU & GANGGUAN TEKNIKAL SISTEM MAQIS
Bagi memudahkan para pengguna melaporkan sebarang isu atau gangguan teknikal ketika menggunakan Sistem di bawah kawalan MAQIS, pihak kami telah menyediakan satu saluran pelaporan rasmi yang baharu.
Pengguna yang menghadapi masalah teknikal kini boleh menyalurkan aduan dengan lebih pantas dan mudah agar tindakan penyelesaian segera dapat diambil.
Cara Mengakses Borang Aduan:
* Imbas Kod QR yang tertera pada imej di atas.
Kerjasama anda dalam menyalurkan maklumat aduan yang terperinci amat dihargai bagi memastikan kelancaran operasi Sistem MAQIS.
08/09/2026
Kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) W.P Labuan
Sumber : Jabatan Alam Sekitar, W.P Labuan
๐ฒ๐พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐ฒ๐พ
Sempena 69 tahun kemerdekaan, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar sebuah negara yang berdaulat, aman dan bersatu.
Kemerdekaan bukan sekadar warisan sejarah, tetapi satu amanah untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara, memperkukuh perpaduan dan mencipta masa depan yang lebih gemilang.
Semoga semangat kemerdekaan terus menjadi inspirasi untuk kita melangkah lebih jauh, berinovasi dan memberikan yang terbaik demi Malaysia tercinta.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Malaysia, Teguh Bersama, Maju Sejahtera. ๐ฒ๐พ
Ikhlas daripada Warga Kerja MAQIS W.P Labuan
โ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐ฎ๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐ง๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ข, ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ข๐ง๐ค๐๐ง ๐ข๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ค๐๐ก๐๐ง๐๐๐ค๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ข๐๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ๐๐๐ง๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐ซ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ๐๐๐ง๐๐งโ - ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ซ๐ก๐ฎ๐ฆ ๐๐ฎ๐ง๐ค๐ฎ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ก๐ฆ๐๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐ ๐๐ฅ-๐๐๐ฃ ๐บ
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-69 ๐ฒ๐พ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (MAQIS), PEJABAT MAQIS NEGERI W. P LABUAN, D/A STESEN KUARANTIN LABUAN Jalan PATAU-PATAU PETI SURAT 82071
Labuan
87030
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when MAQIS W.P. Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.