Hospital Labuan

Hospital Labuan

Share

Facebook rasmi Hospital Labuan

09/07/2026

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT.

Aedes boleh membiak di tempat yang sering kita terlepas pandang seperti pelapik pasu bunga, tayar terpakai, tong/tangki air, bekas minuman haiwan, longkang tersumbat, palung air hujan, bekas makanan, botol dan tempurung kelapa.

Jangan tunggu kawasan rumah jadi punca pembiakan nyamuk Aedes.

Periksa, buang air bertakung dan musnahkan bekas yang tidak digunakan.

10 minit setiap minggu mampu melindungi keluarga daripada denggi. Bertindak sekarang, hapuskan Aedes sebelum terlambat.

02/07/2026

Prestasi kerja di pejabat sudah cemerlang, tetapi adakah kesihatan senyuman anda setaraf dengannya? ✨

Bersempena inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS), kami menyeru seluruh penjawat awam di Labuan untuk cakna akan kesihatan mulut. Jadikan bulan hari lahir anda sebagai peringatan wajib untuk melakukan pemeriksaan pergigian tahunan.

Pemeriksaan awal bukan sahaja menyelamatkan anda daripada kesakitan dan kos rawatan yang tinggi, malah mengekalkan keyakinan diri yang optimum semasa bertugas.

Tidak perlu beratur panjang lagi. Tetapkan janji temu anda dengan mudah dan pantas melalui aplikasi MySejahtera sekarang! 📱

Senyum sihat, kerja hebat! 🦷

27/06/2026

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenyataan Berhubung Gangguan Akses Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

18/06/2026

PEMAKLUMAN

Special Care Nursery (SCN) akan ditempatkan sementara bersama NICU di Jabatan Kecemasan dan Trauma (Zon Merah) bermula 29 Jun 2026.

Sekian, harap maklum.

04/06/2026

PEMAKLUMAN

Bermula 22 Jun 2026 - Waktu Operasi Klinik Pakar Perubatan Am ditukar dari 8.00 pagi kepada 9.30 pagi berikutan perubahan perkhidmatan dan penjadualan Pegawai Perubatan.

Sekian, harap maklum.

Photos from Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan's post 04/06/2026
02/06/2026

PANAS LUAR BIASA, RISIKO LUAR JANGKA

Dengarkan Bicara Eksklusif bersama-sama Dr. Ahmad Adib bin Ramli, Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Labuan pada 3 Jun 2026, 9.15 pagi di LABUANfm.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Mohammad Salleh
Labuan
87020