BES Labuan
Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Labuan ke udara di LABUANfm pukul 8.00 pagi, 12.00 tengah hari & 5.30 petang.
18/09/2026
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan, pagi ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 8.50 pagi itu berkuat kuasa sehingga pukul 12 tengah hari, 18 September 2026.
[[LIVE]] KANTA 744
Jumaat | 18 September 2026 | 7.44 pagi
'Yang sahih di RTM'
[[LIVE]] Malaysia Tonight
Thursday | 17 September 2026 | 8.30 pm
'Yang sahih di RTM'
[[LIVE]] Teh Tarik + Berita & Berita Perdana
Khamis | 17 September 2026
'Yang sahih di RTM'
[[LIVE]] KANTA 744
Khamis | 17 September 2026 | 7.44 malam
'Yang sahih di RTM'
[[LIVE]] Berita Wilayah
Khamis | 17 September 2026 | 5.00 petang
'Yang sahih di RTM'
17/09/2026
ππππππ πππππππ ππππππππ πππππππππππ ππππππππ ππππ ππππππππ ππππ
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia Sempena Minggu Suai Mesra di Dewan Utama UMSKAL malam tadi.
Ia bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar baharu.
Pengarah UMSKAL, Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan dan semangat Malaysia Madani dalam kalangan mahasiswa.
Majlis diisi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara, sesi kibar Jalur Gemilang, nyanyian lagu patriotik dan penyerahan bendera kepada wakil ketua kumpulan pelajar baharu sebagai simbolik penyatuan semangat generasi muda universiti.
Turut hadir; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dr. Hassanah Husin, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKAL, Dr. Ricky Chia Chee Jiun dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, Nur Iman Reedzal, pegawai dan kakitangan.
Sumber / foto : UMSKAL
17/09/2026
ππ πππππππ ππππππππ ππ ππππππ ππππππ
LABUAN, 17 Sept - Seramai 50 pelajar daripada lima buah sekolah menengah di Labuan menyertai Program Bermalam Di Muzium (PBDM) 2026 di Muzium Labuan.
Program dua hari satu malam itu anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) untuk mendekatkan generasi muda dengan sejarah, seni, dan budaya negara.
Pengarah Muzium Labuan, Muhammad Azam Adnan berkata, PBDM menjadi wadah yang menghimpunkan penyertaan golongan belia dan semua muzium-muzium yang berlangsung secara serentak di bawah JMM, Muzium Negeri dan Muzium Institusi.
Ia juga mendekatkan generasi muda dengan dunia permuziuman, meneroka sejarah, warisan dan muzium melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Pelajar terdiri dari Sekolah Menengah St. Anthony, SM Sains Labuan, SM St. Anne, SMK Pantai dan SMK Mutiara.
Pengisian termasuk slot Akademi Kenegaraan Malaysia, Kurator Muda dan Eksplorasi Muzium.
Sumber / foto : Muzium Labuan
16 SEPT 2026 - BW LABUAN - DRAMA TARI 'AWANG KAMIS - TARI ANAK KOTA MERDEKA' SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Labuan
87023
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 19:00 |
| Tuesday | 07:00 - 19:00 |
| Wednesday | 07:00 - 19:00 |
| Thursday | 07:00 - 19:00 |
| Friday | 07:00 - 19:00 |
| Saturday | 07:00 - 19:00 |
| Sunday | 07:00 - 19:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when BES Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.