SK LABU ULU

SK LABU ULU

Share

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK LABU ULU "BERUSAHA BERJAYA"
🌹 SKLU - BRILLIANT & EXCELLENT

02/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ismail Bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah kemajuan, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada:
En. Zulkarnain bin Zainal
Guru Besar SK Labu Ulu
Barisan Pentadbir, Guru-guru
dan seluruh warga SK Labu Ulu

06/06/2026

πŸŽ₯πŸ“½οΈ TATACARA LALUAN DROP-OFF DAN PICK-UP ANAK DARI / KE SEKOLAH πŸ“½πŸŽ₯

πŸš— Mohon ibu bapa mengikut laluan yang telah ditetapkan
⚠️ Zon DROP-OFF - sila turunkan anak di tempat yang ditetapkan
🚷 Menggunakan SISTEM DRIVE THRU sahaja - ibu bapa diminta untuk tidak keluar dari kenderaan. Anak perlu keluar sendiri untuk mengelakkan berlaku kesesakan
❌ Ibu bapa dilarang untuk parkir di Zon DROP-OFF
🚸 Mohon ibu bapa bersabar dgn aliran trafik
🀝 Kerjasama semua diperlukan untuk kesejahteraan dan kemaslahatan bersama

UNIT 3K
HEM, SKLU

Photos from SK LABU ULU's post 21/05/2025

πŸ“’ *‼️ HFMD ALERT KEPADA SEMUA IBU BAPA ‼️*

Terdapat peningkatan kes-kes *Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)* kebelakangan ini. Mohon semua ibu bapa untuk memberikan perhatian terhadap langkah-langkah pencegahan bagi membendung penularan penyakit ini.

πŸ”Ή *a)* Memastikan anak-anak membasuh tangan menggunakan sabun dengan bersih *sebelum makan/minum* dan *sebelum menyentuh mulut, hidung atau mata*.

πŸ”Ή *b)* Mohon *memantau tahap kesihatan anak-anak dan memastikan* *hanya anak-anak yang sihat sahaja dihantar* ke sekolah/tadika/taska.

πŸ”Ή *c)* Jika terdapat anak yang mempunyai *gejala HFMD* seperti demam, ulser dalam mulut dan lepuh-lepuh di tangan serta kaki, *anak yang bergejala perlu kekal berada di rumah*. Mohon *tidak membawa anak-anak bergejala ke tempat awam* terutamanya ke SEKOLAH.

πŸ”Ή *d)* Pastikan *barang peribadi anak-anak* seperti tuala, cawan, pinggan, sudu dan botol air *tidak dikongsi* dengan kanak-kanak lain.

πŸ”Ή *e)* Mohon *mencuci bilik air, tandas dan alatan mainan anak-anak* di rumah secara berkala.

---

πŸ’‘ *Kerjasama dan kewaspadaan ibu bapa amat penting dalam melindungi kesihatan anak-anak dan mencegah penularan jangkitan HFMD di komuniti kita.*

Terima kasih.

Photos from SK LABU ULU's post 06/05/2025

Pemasangan lampu limpah bagi memudahkan dan meningkatkan tahap keselamatan murid-murid terutamanya sewaktu hadir pada awal pagi.

Jutaan terima kasih buat pengurusan dan jawatankuasa PIBG yang berusaha untuk memberikan yang terbaik buat murid-murid SKLU.

Teruskan membuat infaq dan sumbangan tuan/puan bagi memudahkan pihak PIBG untuk terus menjaga kebajikan, meningkatkan kokurikulum dan mambantu dalam aktiviti sekolah.

AGRO BANK
2000 7310 0001 9304
PIBG SEK. KEB. LABU ULU BATU 8
(Rujukan : Infaq PIBG)

boleh rujuk pada gambar

Credit: Puan Lieza Sabariah

Photos from SK LABU ULU's post 02/05/2025

INFAQ JARIAH TABUNG JUMAAT PIBG SKLU 2025

*PIBG SEK KEB LABU ULU BT 8*
No. Akaun : 2000 7310 0001 9304
Nama Bank : AGRO BANK
Rujukan : Infaq PIBG

serendah RM1 pun boleh

DRAMA AIDILFITRI SKLU: BAJU RAYA, HATI RAYA 25/03/2025

Sebuah drama pendek Hari Raya daripada SK Labu Ulu, Labu, Negeri Sembilan.

"Baju Raya, Hati Raya" adalah sebuah cerita yang menyatakan bahawa Hari Raya bukan hanya tentang memiliki pakaian baharu atau bergaya, tetapi tentang keikhlasan, kebersamaan, dan menghargai pengorbanan ibu bapa.

Aiman, yang awalnya sangat ingin memiliki baju raya yang mahal, akhirnya menyedari bahawa kebahagiaan sebenar datang dari menghargai apa yang dimiliki dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Melalui pengalaman dan nasihat dari keluarga serta kawan-kawannya, Aiman belajar bahawa erti sebenar Hari Raya adalah tentang hati yang bersih dan ikhlas, serta pentingnya bersyukur dan bersama-sama.

Drama ini mengajarkan nilai-nilai murni dan mengingatkan kita untuk menghargai pengorbanan orang tua dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 🌟

DRAMA AIDILFITRI SKLU: BAJU RAYA, HATI RAYA Sebuah drama pendek Hari Raya SK Labu Ulu, Labu, Negeri Sembilan."Baju Raya, Hati Raya" adalah menyatakan bahawa Hari Raya bukan hanya tentang memiliki pakai...

Photos from TVPSS SK LABU ULU's post 19/02/2025
17/02/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ πŠπ„ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡

Warga SK Labu Ulu mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua murid bagi memulakan sesi persekolahan 2025/2026.

π—¦π—žπ—Ÿπ—¨ - π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨

Want your school to be the top-listed School/college in Labu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


BT. 8, LABU
Labu
71900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK LABU ULU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Labu.