KSIB SMAPL
Program Sarana Ibu Bapa merupakan inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M
19/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Syawal menjelma, membawa sinar bahagia dan lembaran baru penuh kemaafan.
PIBG SMAP Labu dengan tulus hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga SMAP, murid dan ibu bapa yang dikasihi.
Moga setiap pertemuan mengikat kasih, setiap kemaafan menyucikan hati, dan setiap senyuman menjadi kenangan abadi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga diberkati dan dirahmati selalu.
,BahagiaMembantu
19/03/2026
Khamis | 19 Mac 2026
Biro Sukan dan Rekreasi PIBG SMAP Labu melalui Sarana Bolasepak SMAP Panthers telah memyumbangkan dua set tiang gol futsal bagi kegunaan murid dalam menyokong aktiviti riadah yang sihat.
Selain itu, kerja mengecat serta membaiki tiang gol bola jaring turut dilaksanakan bagi memastikan kemudahan yang lebih selamat dan kondusif, khususnya untuk aktiviti riadhah murid puteri.
Inisiatif ini diharap dapat menyemarakkan semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga SMAP, serta melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini.
16/03/2026
Ahad | 15 Mac 2026
MAJLIS IFTAR MAHABBAH 2026
Alhamdulillah Majlis Iftar Mahabbah pada hari ini telah berjalan dengan penuh kemeriahan.
Majlis yang bermula jam 5.00 petang hingga 9.00 malam ini mencatatkan anggaran kehadiran mencecah 2,000 tetamu.
Suasana ukhuwah antara ibu bapa, murid, dan pentadbir cukup terasa sepanjang berbuka puasa hingga solat berjamaah.
Terima kasih kepada semua sukarelawan dan penyumbang yang menjayakan majlis ini.
Semangat "Bahagia Membantu" benar-benar menyatukan warga SMAP demi kecemerlangan sekolah.
Semoga ukhuwah ini terus diberkati.
12/03/2026
Khamis | 12 Mac 2026
Penyelenggaraan Mesin Air Berpenapis di Aspura & Aspuri
PIBG SMAP Labu telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mesin air berpenapis di Aspura dan Aspuri SMAP Labu.
Antara tugasan yang dilakukan:
✅ Pemeriksaan rutin sistem mesin
✅ Pembersihan dan penggantian penapis
✅ Sanitasi tangki simpanan air
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan usaha ini demi kebajikan dan keselesaan warga SMAP.
SekolahMelahirkanAnakPintar
11/03/2026
IFTAR APRESIASI PENTADBIR & WARDEN SMAP LABU
Pada 11 Mac 2026, PIBG SMAP Labu telah menganjurkan Majlis Iftar Apresiasi Pentadbir & Warden SMAP Labu bertempat di Satay Sedap, Sikamat.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pentadbir dan warden atas komitmen serta pengorbanan mereka dalam memastikan kebajikan dan pembangunan sahsiah pelajar asrama sentiasa terpelihara.
Dengan tema “Merajut Kerjasama, Membugar Ramadhan”, majlis ini turut menjadi platform mengeratkan silaturrahim serta memperkukuh kerjasama antara PIBG dan pihak sekolah.
"Sesuap Kasih, Seuntai Ukhuwah"
25/02/2026
INISIATIF PEMBAIKAN LANTAI KELAS TINGKATAN 1
KSIB Intisar2630 telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan lantai di kelas Tingkatan 1.
Alhamdulillah, atas kesudian dan keprihatinan seorang wakil bapa Tingkatan 1 yang tampil secara sukarela membantu, kerja-kerja baik pulih telah berjaya dilaksanakan pada 17 Februari bersempena cuti Tahun Baharu Cina.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keselesaan, keselamatan dan suasana pembelajaran yang lebih kondusif buat anak-anak serta para guru.
NAMA BATCH TINGKATAN 1 (26/30)
Sukacitanya dimaklumkan bahawa nama Batch Tingkatan 1 bagi sesi 26/30 telah diputuskan hasil cadangan kreatif murid-murid F1 sendiri.
Pemilihan akhir telah dicadangkan oleh pihak PK HEM setelah menilai cadangan yang terbaik.
Batch 26/30: INTISAR
Maksud: “Kemenangan” iaitu simbol kejayaan yang terhasil daripada perjuangan bersama serta kekuatan ukhuwah yang utuh.
Semoga nama INTISAR menjadi pembakar semangat buat seluruh warga batch 26/30 untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan.
Tahniah dan selamat maju jaya.
25/02/2026
Majlis Aspirasi Kecemerlangan 2025
📆 Tarikh: 25 Februari 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: Dewan Seri Bestari, SMAP Labu
Perasmi: YBrs. En. Azmi Bin Abdoll Aziz
(Yang Dipertua PIBG SMAP Labu)
Majlis Aspirasi Kecemerlangan 2025 telah berlangsung pada hari ini, 25 Februari 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Seri Bestari, SMAP Labu.
Program bermula pada pukul 2.30 petang dan telah dirasmikan oleh YBrs. En. Azmi Bin Abdoll Aziz, Yang Dipertua PIBG SMAP Labu.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar serta guru dalam mencapai kecemerlangan.
Selain itu, majlis ini turut menjadi wadah penyampaian aspirasi sekolah dalam memperkasa kejayaan warga SMAP Labu secara holistik.
!
23/02/2026
SUMBANGAN MAHABBAH KASIH RAMADHAN 1447H / 2026M
Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak PIBG SMA Persekutuan Labu membuka ruang kepada semua untuk berinfaq bagi menjayakan program:
1.Sumbangan untuk agihan kepada asnaf
2.Sumbangan untuk anak-anak yatim
3.Duit raya murid-murid sekolah
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kegembiraan mereka dan ganjaran berlipat kali ganda buat para penyumbang
Salurkan sumbangan secara online:
Nama Akaun:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMA PERSEKUTUAN LABU
Bank: BANK RAKYAT
No Akaun: 1102332778
Rujukan: RAMADAN 2026
“Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah.”
Semoga Ramadan 1447H ini membawa keberkatan buat kita semua.
19/02/2026
MEGA EMPIRE SIRI 2 TOURNAMENT 2026
(Kejohanan Bolasepak)
📅 16 & 17 Februari 2026 (Isnin & Selasa)
⏰ 8.00 pagi
Tahniah diucapkan kepada Ardent Panther yang telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawa p**ang piala dan pingat kejohanan.
Pemain tengah mereka turut dipilih sebagai Pemain Terbaik Keseluruhan, manakala penjaga gol mencipta rekod tanpa bolos dan dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik. Jurulatih pasukan p**a menerima anugerah Jurulatih Terbaik.
Semoga terus melakar kecemerlangan dalam kejohanan lain pada masa hadapan.
18/02/2026
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H/2026M
PIBG SMAP Labu mengucapkan
selamat berpuasa kepada seluruh warga sekolah,
para ibu bapa, guru dan murid yang dikasihi.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan,
ketenangan jiwa dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Ramadhan Kareem. Semoga segala amal diterima.
Ikhlas daripada:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMAP Labu