Kesuda MPB
Kelab KESUDA (Kelab Sukan & Sosial) ditubuhkan pada 1987 bertujuan mengembangkan aktiviti-aktiviti s
AJK KESUDA SESI 2014-2016
Pengerusi: Cik Catherine Umbit
Naib Pengerusi: Encik Hugh Paul Samat
Setiausaha: Puan Kho Pei Ee
Penolong Setiausaha: Cik Laura Marida
Bendahari: Puan Mazuin Bt. Rosman
Penolong Bendahari: Puan Saadatul Jauziah
Pemeriksa kira-kira
1) Cik Chang Chai Luan
2) Puan Connie Chiew
AJK KECIL:
JAWATANKUASA PEMEGANG HARTA
1) Encik Hugh Paul Samat (K)
2) Encik Drahman Jaie
3) Puan
17/04/2026
KEJOHANAN MAKSAK SARAWAK INDOOR GAMES 2026
KUCHING | 4 APRIL 2026
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak telah menganjurkan Kejohanan MAKSAK Sarawak Indoor Games 2026 bagi acara catur antara kelab gabungan di bawah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak pada 4 April 2026 bertempat di Rumah MAKSAK Sarawak, Kuching dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan daripada peringkat negeri dan persekutuan.
KESUDA MPB telah diwakili oleh Encik Mohammad Zaimi bin Bohari dan Encik Hafiszi Khan bin Hasbi dalam acara catur individu.
Selain itu, penglibatan dalam sukan sebegini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara penjawat awam di Sarawak di samping memupuk semangat kerja berpasukan dan daya saing yang sihat.
Diharapkan pasukan KESUDA MPB akan terus mempertingkatkan prestasi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam kejohanan yang akan datang.
19/01/2026
🏃♂️ PMG HEALTHY RUN 2026 🏃♀️
Miri | Ahad, 18 Januari 2026
Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan daripada Lembaga Lada Malaysia, Pejabat Wilayah Sarawak Cawangan Miri (MPB Miri) telah menyertai PMG Healthy Run 2026 anjuran PMG Healthcare Sdn. Bhd. yang berlangsung di Miri Marina Park City.
Warga MPB Miri telah mengambil bahagian dalam dua kategori larian iaitu 5KM dan 10KM, dan kesemua peserta berjaya menamatkan larian masing-masing dengan penuh semangat 💪
Program seumpama ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta menyokong usaha pembudayaan persekitaran kerja yang sihat, menyeronokkan dan produktif.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI 🇲🇾
31/08/2025
::SENAMROBIK MERDEKA 2025::
Jumaat | 29 Ogos 2025- Bersempena dengan bulan kemerdekaan, KESUDA telah menganjurkan program Senamrobik Merdeka 2025 yang berlangsung di Perkarangan Ibu Pejabat MPB.
Penyertaan pegawai dan kakitangan MPB yang turut mewakili kumpulan masing-masing menampakkan semangat yang begitu tinggi dalam menjayakan program pada kali ini.
Seiring dengan Hari Keluarga KESUDA MPB, Senamrobik Merdeka 2025 adalah antara program yang telah dirancang sekaligus menyemarakkan semangat menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia Tahun 2025.
Program kali ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi KESUDA Sesi 2024-2026, Encik Basil Linang.
Program seperti ini bukan sahaja menampakkan semangat berpasukan, bahkan menjadi salah satu usaha ke arah pembudayaan kerja yang menyeronokkan dan produktif dalam perkhidmatan awam serta menjadi instrumen penyatuan Malaysia MADANI.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
17/08/2025
::SARAWAK STATS RUN 2025::
Ahad | 17 Ogos 2025- Seramai lima (5) peserta yang terdiri pegawai dan kakitangan daripada MPB telah menyertai Sarawak Stats Run 2025 anjuran Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bertempat di Waterfront Kuching.
Penyertaan program seperti ini bukan sahaja menampakkan semangat kesukanan yang tinggi, menggalakan gaya hidup sihat bahkan menjadi salah satu usaha ke arah pembudayaan kerja yang menyeronokkan dan produktif dalam perkhidmatan awam serta menjadi instrumen penyatuan Malaysia MADANI.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
12/08/2025
PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA AGENSI KERAJAAN
Satu perlawanan persahabatan di antara Pepper FC dan JKR Serian telah diadakan pada 09.08.24 (Sabtu) di Padang UNIMAS, keputusan perlawanan berakhir dengan;
Pepper FC(2) vs JKR Serian(3)
Penjaring gol Pepper FC
Kevin Nyihin (minit ke 25)
Victor Kyres (minit ke 68)
Tahniah kepada semua pemain yg telah menunjukkan semangat dan komitmen yg baik..👏🏻👏🏻
KESUDA ingin mengucapkan terima kasih di atas semangat kesukanan yang tinggi.
"MALAYSIA MADANI"
"SEMANGAT DAN SEPAKAT TERAS KEJAYAAN"
-2026
04/08/2025
"PENYERTAAN TREASURE HUNT MPOB 2025"
Sabtu, 2 Ogos 2025- Bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bandar Baru Bangi, kakitangan daripada Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia (Johor) telah menyertai Program Treasure Hunt anjuran MPOB bersempena sambutan Jubli Perak MPOB ke 25 tahun.
Seramai 4 orang kakitangan MPB yang diketuai Encik Noor Azmie telah mewakili KESUDA MPB bagi Program Treasure Hunt tersebut. Program ini juga telah disertai oleh 50 pasukan lain bagi menyemarakkan Hari Terbuka MPOB pada kali ini.
Penyertaaan program seperti ini bukan sahaja menampakkan semangat kesukanan yang tinggi dan menggalakan gaya hidup sihat bahkan menjadi salah satu usaha ke arah pembudayaan kerja yang menyeronokkan dan produktif dalam perkhidmatan awam.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
04/08/2025
"BINTULU MARATHON 2025"
Ahad, 3 Ogos 2025- Hari ini kakitangan daripada Pejabat Cawangan Bintulu dan Belaga (Sg.Asap) yang diketuai oleh Encik Nicodemus Arin selaku Ketua Pejabat Cawangan Bintulu telah menyertai Bintulu Marathon yang bertempat di
Lapangan Terbang Lama, Bintulu.
Penyertaaan program seperti ini bukan sahaja menampakkan semangat kesukanan yang tinggi dan menggalakan gaya hidup sihat bahkan menjadi salah satu usaha ke arah pembudayaan kerja yang menyeronokkan dan produktif dalam perkhidmatan awam.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
26/07/2025
"ASAP RUN 2025"
Sabtu, 26 Julai 2025- Hari ini kakitangan daripada Pejabat Cawangan Belaga (Sg.Asap) dan Bintulu yang diketuai oleh Encik Frankie Chupong selaku Ketua Pejabat Cawangan Belaga (Sg. Asap) telah menyertai fun run yang bertempat di Uma Baha, Sg. Asap, Belaga.
Program seperti ini bukan sahaja menampakkan semangat kesukanan yang tinggi dan menggalakan gaya hidup sihat bahkan menjadi salah satu usaha ke arah pembudayaan kerja yang menyeronokkan dan produktif dalam perkhidmatan awam.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
19/07/2025
"BRISK WALK-AMALAN GAYA HIDUP SIHAT"
Jumaat, 18 Julai 2025- Syabas dah tahniah kepada warga kerja MPB atas penglibatan dalam menjayakan Program Brisk Walk kali ketiga ini.
Berlangsung sekitar jam 4.00 petang, bertempat di Taman Rimba, Samajaya Stutong Community Park, para pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat Kuching dan Pejabat Samajaya telah berkumpul bagi menjayakan Program Brisk Walk anjuran Kelab Sukan dan Sosial MPB (KESUDA) Sesi 2024-2026.
Program Brisk Walk kali ini turut disertai oleh Encik Hugh Paul Samat, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Tanaman; Encik Bruce Hasan, Ketua Unit Audit Dalam dan Encik Roland Le sendiri selaku Pengerusi KESUDA Sesi 2024-2026.
Penganjuran Program Brisk Walk seperti ini bukan sahaja menjadi inspirasi amalan hidup sihat seperti memberi kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan menurunkan berat badan bahkan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kuching
93916