APM Kuching

APM Kuching

Share

Disini berkumpulnya Sukarelawan Negara, APM Malaysia

PKOD Kuching : 082-252940 / 082-252941

Sukarelawan yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan keturunan bersemangat memberikan khidmat kemanusiaan, bantuan kecemasan dan membantu menangani bencana kepada masyarakat setempat (sekitar Bahagian Kuching)

Untuk sebarang kes dan bantuan kecemasan, sila hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuching di talian :
082-252940
082-252941

31/05/2026

UCAPAN SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2026

“Gayu Guru, Gerai Nyamai”

Salam sejahtera dan Salam APM.

Sempena sambutan Hari Gawai Dayak Tahun 2026, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sukarelawan, rakan strategik serta seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga sambutan yang diraikan menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi bersama.

Marilah kita terus memelihara keharmonian masyarakat majmuk serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membangunkan komuniti yang lebih berdaya tahan, selamat dan sejahtera.

Semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dan sambutan bersama keluarga tercinta berlangsung dengan selamat.

Gayu Guru, Gerai Nyamai.
Selamat Hari Gawai Dayak 2026.

Ikhlas daripada,

Lt. Kol. (PA) Ismail Bin Mahedin
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M kepada seluruh umat Islam. 🌙✨

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Semoga semangat pengorbanan yang dizahirkan pada hari yang mulia ini dapat memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha bersama keluarga dan insan tersayang, marilah kita bersama-sama terus mengutamakan keselamatan, kesejahteraan serta semangat saling membantu antara satu sama lain.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Ikhlas daripada
Warga Kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuching

Photos from APM Kuching's post 26/05/2026

TADBIR URUS PEJABAT SIRI 7 - LAWATAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH (PPAD) KUCHING KE PEJABAT APM ZON SELATAN (PDPA SEBUYAU)

Kuching | 26 Mei 2026 | Selasa

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Lt. Kol. (PA) Ismail Bin Mahedin telah mengadakan sesi lawatan ke Pejabat APM dibawah seliaan ZON Selatan Sarawak.

Lawatan telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh sistem pengurusan, pentadbiran serta pemantapan operasi di peringkat zon dan daerah.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan pejabat, pengurusan aset, dokumentasi pentadbiran, pengurusan logistik serta aspek tadbir urus yang menjadi tunjang kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai sesi semakan, pemantauan dan perkongsian pandangan telah diadakan bagi memastikan setiap pejabat daerah sentiasa berada pada tahap terbaik dari segi pengurusan organisasi, disiplin kerja serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana.

Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerja, meningkatkan semangat kerjasama berpasukan serta menyelaras hala tuju pentadbiran agar selari dengan aspirasi dan standard pengurusan APM.

Diharapkan agar pelaksanaan lawatan ini dapat terus memperkasakan budaya kerja cemerlang, profesional dan berintegriti dalam kalangan warga APM khususnya di Zon Selatan demi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sentiasa cekap, pantas dan berkesan.

Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching

Photos from APM Kuching's post 26/05/2026

TADBIR URUS PEJABAT SIRI 6 - LAWATAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH (PPAD) KUCHING KE PEJABAT APM ZON SELATAN (PDPA BETONG / SPAOH / DEBAK / SARATOK)

Betong | 25 Mei 2026 | RIsnin

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Lt. Kol. (PA) Ismail Bin Mahedin telah mengadakan sesi lawatan ke Pejabat-pejabat APM dibawah seliaan ZON Selatan Sarawak yang melibatkan PDPA Betong, Spaoh, Debak dan Saratok.

Lawatan telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh sistem pengurusan, pentadbiran serta pemantapan operasi di peringkat zon dan daerah.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan pejabat, pengurusan aset, dokumentasi pentadbiran, pengurusan logistik serta aspek tadbir urus yang menjadi tunjang kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai sesi semakan, pemantauan dan perkongsian pandangan telah diadakan bagi memastikan setiap pejabat daerah sentiasa berada pada tahap terbaik dari segi pengurusan organisasi, disiplin kerja serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana.

Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerja, meningkatkan semangat kerjasama berpasukan serta menyelaras hala tuju pentadbiran agar selari dengan aspirasi dan standard pengurusan APM.

Diharapkan agar pelaksanaan lawatan ini dapat terus memperkasakan budaya kerja cemerlang, profesional dan berintegriti dalam kalangan warga APM khususnya di Zon Selatan demi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sentiasa cekap, pantas dan berkesan.

Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching

Photos from APM Kuching's post 25/05/2026

MORNING PRAYER BERSAMA PPAD KUCHING

KUCHING | 25 MEI 2026 | ISNIN

Telah berlangsung sesi Morning Prayer bersama Lt. Kol (PA) Ismail Bin Mahedin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kuching sebagai platform bagi memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, disiplin serta nilai integriti dalam kalangan anggota dan pegawai APM Kuching.

Sesi ini turut menjadi medium penyampaian amanat, perkongsian maklumat semasa serta suntikan motivasi bagi memastikan setiap warga kerja sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Semoga semangat kebersamaan, komitmen dan dedikasi yang diterapkan terus menjadi pemangkin kecemerlangan warga APM Kuching dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching

25/05/2026

Selamat Hari Lahir buat Pbt (PA) Muhammad Nurnassren Bin Abdul Rahman

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Semoga segala usaha dan pengorbanan dalam perkhidmatan sentiasa diberkati serta menjadi inspirasi kepada warga pasukan yang lain.

Terima kasih atas komitmen dan dedikasi yang dicurahkan. Semoga terus maju jaya, sukses selalu dan dipanjangkan usia dalam rahmat-Nya.

Photos from APM Kuching's post 24/05/2026

LATIHAN BULANAN ANGGOTA PASUKAN PDPA KUCHING BIL. 4 TAHUN 2026

KUCHING | 24 MEI 2026 | AHAD

Latihan bulanan kali ini telah memberi penekanan kepada aspek kemahiran penyelamatan dan bantuan kecemasan bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan anggota Pasukan PDPA Kuching dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Antara silibus latihan yang telah dipelajari adalah:

🚑 BLS CPR
🚑 BLS Infant Choking
🚑 BTLS Airway Management
🚑 BLS Ambulance Equipment

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran praktikal serta keyakinan anggota dalam melaksanakan tugas menyelamat dan memberi rawatan awal secara efektif, pantas dan profesional.

Syabas dan tahniah kepada semua anggota yang terlibat atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang latihan dijalankan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan ketika menjalankan tugas demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching

21/05/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada SM(PA)Noria Binti Dris.

Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa diberi kekuatan dan kejayaan dalam setiap amanah yang dipikul.

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan kepada organisasi. Semoga terus cemerlang dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmat Allah SWT.

🎉 Selamat Menyambut Hari Lahir 🎂

Photos from APM Sarawak's post 21/05/2026
Photos from APM Kuching's post 20/05/2026

TADBIR URUS PEJABAT SIRI 5 - LAWATAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH (PPAD) KUCHING KE PEJABAT APM ZON SELATAN (PDPA SRI AMAN & PDPA LUBOK ANTU)

Sri Aman | 20 Mei 2026 | Rabu

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Lt. Kol. (PA) Ismail Bin Mahedin telah mengadakan sesi lawatan ke Pejabat-pejabat APM dibawah seliaan ZON Selatan Sarawak yang melibatkan PDPA Sri Aman dan PDPA Lubok Antu.

Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan aspek pengurusan pentadbiran serta mempertingkat tahap kesiapsiagaan organisasi selaras dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan berintegriti.

Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai aspek telah diberi perhatian termasuk pengurusan fail dan dokumentasi pejabat, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), penyelarasan pentadbiran, pengurusan logistik dan aset serta tahap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana.

Selain itu, sesi lawatan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi cadangan penambahbaikan berkaitan pengurusan pentadbiran, operasi serta pengukuhan gerak kerja pasukan di peringkat daerah dan zon. Pendekatan ini penting dalam memastikan setiap pejabat daerah sentiasa berada pada tahap pengurusan yang terbaik serta mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, lawatan seperti ini turut memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota, di samping menyemai semangat kerja berpasukan, disiplin serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Diharapkan agar pelaksanaan lawatan seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pengurusan organisasi, memperkasakan budaya kerja cemerlang serta memastikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap siaga demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti.

Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


TM 300
Kuching
93300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00