HanWan Shop

HanWan Shop

Share

Kami menyediakan roti yang segar dan harga berpatutan.Untuk sebarang tempahan sila hubungi01125497157

25/08/2024

HanBun🍕🥪
BELI SATU MEMANG TAK CUKUP🧏🏼‍♂️😇

Cuba roti bun istimewa kami yang hanya RM2! Setiap gigitan pasti memberikan kepuasan yang luar biasa. Dan yang lebih menarik, penghantaran ke kawasan Kota Samarahan adalah percuma! Jangan tunggu lagi, tempah sekarang dan nikmati kelazatan yang tidak dapat anda tolak!

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

25/08/2024

HanBun

BELI SATU MEMANG TAK CUKUP

Peluang hebat untuk pencinta roti! Dapatkan roti bun segar kami dengan harga hanya RM2! Rasakan kelezatan yang pasti menggiurkan selera anda. Ingat, penghantaran percuma tersedia untuk area Kota Samarahan! Pesan sekarang sebelum kehabisan!

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

25/08/2024

HanBun🍕🥪
BELI SATU MEMANG TAK CUKUP🧏🏼‍♂️😇

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati roti bun fresh kami dengan hanya RM2! Setiap gigitan penuhi rasa dan kelembutan yang pasti memuaskan selera anda. Dapatkan sekarang sebelum kehabisan!

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

25/08/2024

HanBunn🍕🥪
BELI SATU MEMANG TAK CUKUP🧏🏼‍♂️😇

Merasa lapar tapi tidak mahu makan makanan yang berat? Dapatkan roti bun yang lembut ini dengan kadar segera. Stok adalah terhad. Caj penghantaran adalah percuma jika pembelian 10 teratas. Klik link di bio untuk info lebih lanjutt!!🧏🏼‍♂️

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

25/08/2024

HanBun🍕🥪
BELI SATU MEMANG TAK CUKUP🧏🏼‍♂️😇

Jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya! Roti bun kami hanya RM2 sebiji! Dan yang terbaik, setiap pembelian 10 biji, penghantaran adalah percuma! Dapatkan sekarang untuk menikmati kesedapan dalam setiap gigitan!

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

20/08/2024

MAYONIS HOMEMADE 5 BAHAN
Bahan-bahan:
2 biji telur saiz sederhana
1 ½ sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan (boleh tukar dengan air lemon)
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak (boleh guna olive oil juga)
Cara-caranya:
1. Dalam pengisar, satukan semua bahan-bahan di atas. Kisar sehingga semuanya sebati dan bertukar menjadi putih.

2. Panaskan kuali menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan bahan yang sudah dikisar tadi.

3. Masak seketika dan sentiasa gaul sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan guna api perlahan supaya tidak hangit.

4. Tutup api. Masukkan semula ke dalam pengisar tadi dan kisar sehingga adunan menjadi benar-benar halus.

5. Simpan di dalam bekas kaca atau bekas yang bersesuaian.

6. Mayonis yang sudah diletakkan dalam bekas perlu disimpan di dalam peti ais. Selamat mencuba

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

20/08/2024

TIPS UNTUK MEMBUAT ROTI BERBAU HARUM.

Bahan-bahan:

500g tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
1 1/2 sudu besar yis kering
2 sudu besar majerin
5 sudu besar susu tepung(nak skip pun tak apa)
1 sudu kecil double action baking powder(kat bakery ada)
Gaul sampai jadi macam serbuk roti
Cara membuat:

1.Tambah 1 cawan dan ½ atau 3/4 cawan air sejuk dari peti atau dari penapis air. Gaulkan sebati hingga jadi doh lembut.Jumlah air sejuk dalam 1 1/2 cawan atau lebih kurang 3/4 cawan.

2.Dua sudu besar gula tambah air suam sikit bancuh sampai gula larut. Doh tadi buat lekuk dan isi gula tadi. Uli sambil tabur-tabur sikit tepung hingga jadi doh.Tak payah beria uli, sikit tak payah elastik pun tak apa.

3.Dah jadi doh biarkan 1 -2 jam hingga kembang. Tutup permukaannya guna tuala basah atau masuk oven letak suhu 60 darjah 30 minit kembang.

4.Bila dah kembang, tumbuk sampai doh penyek.

5.Tabur sikit tepung, uli kejap dalam 5 minit. Kalau melekat tambah tepung tabur sikit.
Bentukkan doh dan lilit pada sosej.

6.Dah kembang sikit dalam 20 minit,sapu atasnya dengan sebiji telur dan susu full cream serta pewarna kuning.

8.Biar sekejap dan bakar pada suhu 180 dalam masa 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO

20/08/2024

5 TIPS INI BUATKAN ROTI TAHAN LEBIH LAMA

1. Jaga suhu

Roti tak boleh simpan dalam keadaan suhu bilik tau. Kalau korang duduk dekat tempat yang sejuk dan tahap kelembapan dia pun tinggi, maka akan lebih cepatlah roti tu berkulat.

Jadi lepas je korang beli roti, letakkan terus dalam freezer. Freezer tau bukan peti sejuk biasa tu. Walaupun nanti roti korang tu akan jadi keras, tak jadi masalah. Korang boleh je bakar balik bila nak makan nanti.

2. Simpan dalam bekas kedap udara

Jangan biarkan roti korang terdedah. Jadi, sebelum simpan roti, masukkan roti dalam bekas kedap udara dan berpenutup. Tak pun boleh je korang masukkan dalam plastik yang ada seal tu.

3. Balut roti

Korang boleh juga balut kemas roti dengan menggunakan kertas pembakar kek atau pun aluminium foil sebelum masukkan dalam freezer. Kalau tak balut, jangan masukkan dalam freezer tau.

Sebab sifat roti yang menyerap bau, roti akan serap bau-bau dalam freezer korang. Contohnya kalau ada ayam mentah, nanti tak pasal-pasal roti korang rasa ayam. Euw!

4. Cara panaskan roti

Kalau roti korang dah tak nampak fresh, keras belentung dan sebagainya, korang boleh masukkan dalam oven.

Tapi sebelum panaskan tu, korang jangan lupa balut roti dengan tuala bersih yang lembab. Lepas tu, potong bahagian luar roti yang dah keras tu sikit.

Selamat mencuba!

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO.

19/08/2024

TIP UNTUK DAPATKAN ROTI YANG LEMBUT:
BAHAN A ( Campur semua dan tunggu kembang. Lebih kurang 10 minit):

200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat

BAHAN B:

3 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread improver (abaikan jika tiada)
2 sudu makan mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 biji telur

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan B ke dalam bread maker. Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.
2. Set fungsi ‘dough’ pada bread maker. Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menikkan doh. ( anggaran 1 jam 30 minit).
3. Keluarkan adunan dari bread maker. Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin.
4. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga dimasukkan.
5. Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega. ( empunya resipi guna baking tray saiz 12×10. Untuk size tray tu, dapat 20 biji.)
6. Seterusnya biarkan doh anggaran 20-30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda. Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti.
7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah selama 10 minit.
8. Kemudian bakar pada suhu 150-160C guna api atas bawah selama 10 minit lagi.
9. Bila roti sudah masak, keluarkan dan sapu mentega di permukaan roti. Siap dan sedia untuk dinikmati.

UNTUK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT, BOLEH RUJUK LINK DI BIO.

19/08/2024

Pengambilan tepung gandum terbukti melindungi tubuh daripada risiko rintangan insulin yang boleh menyebabkan obesiti visceral, tahap kolesterol HDL yang rendah mencegah trigliserida tinggi dan tekanan darah tinggi. Terdapat perlindungan yang mencukupi terhadap masalah kardiovaskular.

Manfaat tepung gandum.
-Mencegah risiko Alzheimer
-Membantu melawan cancer
-Mencegah Anemia
-Membantu menurunkan obesiti

Untuk mengetahui info lebih lanjut, boleh rujuk link di bio

Want your business to be the top-listed Cleaning Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Meranek
Kuching
94300