GPS
We Are Geng Parlimen Sarawak
31/05/2026
Ucapan Gawai dari YAB TPM Datuk Amar Fadillah Yusof
Selamat Menyambut perayaan Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak dan di mana jua mereka berada.
Perayaan yang diraikan pada 1 dan 2 Jun setiap tahun ini, bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi warisan budaya, identiti masyarakat serta simbol kukuhnya semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Dayak.
Ia juga lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama yang menjadi asas keharmonian Sarawak sejak sekian lama. Kepelbagaian kaum, budaya dan kepercayaan yang mewarnai Sarawak, telah sekian lama menjadi contoh keharmonian yang memperkukuh identiti Malaysia.
Semangat segulai sejalai, saling menghormati dan bekerjasama inilah yang menjadikan Sarawak terus maju serta diperakui sebagai antara contoh terbaik kestabilan, kebersamaan dan kesepakatan rakyat di negara ini.
Dalam dunia yang sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis tenaga global, Sarawak membuktikan bahawa kestabilan, perancangan mampan pucuk pimpinannya dan kesatuan rakyat, mampu menjadi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan. Kejayaan Sarawak dalam pembangunan tenaga, ekonomi hijau dan kesejahteraan rakyat adalah hasil usaha bersama seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga sambutan Gawai tahun ini terus menyatukan hati kita dalam semangat Segulai Sejalai, demi masa depan yang lebih maju makmur, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang.
“Selamat Hari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua”
Hj Fadillah bin Hj Yusof
28/05/2026
10/05/2026
TPM & Menteri PETRA ucap Selamat Hari Ibu
“Kasih ibu membawa ke syurga”.
Sempena Hari Ibu yang diraikan hari ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu — wanita hebat yang menjadi tiang keluarga, pendidik pertama anak-anak dan sumber kasih sayang yang tidak pernah padam.
Kasih sayang tanpa syarat. Pengorbanan tanpa batas. Begitulah besarnya kasih ibu, ummi, ummu, emak, mama, bonda, mummy atau lain-lain gelaran untuk insan yang melahirkan kita ke dunia ini.
Tugas sebagai seorang ibu, sangat mulia. Saya fahami cabaran membesarkan anak-anak dalam era yang serba mencabar ini bukanlah hal yang mudah. Namun biar apa pun kepayahan yang harus dilalui, semoga ibu-ibu ini diberikan kekuatan dan diangkat darjat mereka di sisi Allah SWT.
Realitinya peranan ibu semakin mencabar dalam mengurus keluarga ketika keadaan ekonomi dan sosial terus berubah. Antara cabaran utama ialah mendidik anak-anak dalam era teknologi dan media sosial. Cabaran ini menjadi lebih besar apabila dunia berdepan krisis bekalan global yang menyebabkan gangguan bekalan barangan dan peningkatan kos. Keadaan ini memberi kesan kepada keluarga, khususnya ibu yang bertanggungjawab memastikan keperluan harian mencukupi.
Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dalam mendepani cabaran semasa. Keutamaan kerajaan jelas — melindungi rakyat dan memastikan bekalan keperluan asas negara sentiasa mencukupi serta tidak terputus. Pelbagai langkah sedang dan akan terus diperkukuhkan bagi menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, khususnya golongan keluarga dan ibu-ibu yang menjadi pengurus utama dalam keluarga.
Sesungguhnya, kekuatan sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga yang kukuh, dan di tengah-tengah kekuatan itu berdirinya seorang ibu yang tabah, sabar dan penuh kasih sayang.
Selamat menyambut Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sentiasa diberkati, dihargai dan menjadi inspirasi kepada anak-anak dan generasi akan datang.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan menanggung kesulitan…” (Al-Ahqaf 46:15)
“Seteguh KASIH Ibu”
01/05/2026
TPM Fadillah Yusof ucap Selamat Hari Pekerja
Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾
Di sebalik setiap kemajuan, ada usaha gigih insan yang tidak pernah kenal erti lelah. Dedikasi dan komitmen setiap pekerja adalah asas kepada kekuatan Malaysia.
Sempena Hari Pekerja yang diraikan pada 1 Mei setiap tahun, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pekerja yang menjadi nadi kekuatan negara.
Dalam suasana dunia yang berdepan krisis tenaga global dan gangguan rantaian bekalan, ketekunan, daya tahan serta semangat kerja rakyat Malaysia terus menjadi benteng utama kestabilan ekonomi negara.
Pendekatan Malaysia yang menekankan kepelbagaian sumber tenaga, kecekapan penggunaan, serta pengukuhan rantaian bekalan domestik dan serantau membolehkan kita mengharungi cabaran ini dengan lebih berdaya tahan.
Usaha ini tidak akan berhasil tanpa komitmen para pekerja merentasi semua sektor, daripada barisan hadapan, industri, logistik, perkhidmatan, hinggalah ke ekonomi digital.
Sesungguhnya, setiap keringat yang dicurahkan bukan sahaja menggerakkan ekonomi, tetapi turut memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Terima kasih atas sumbangan anda semua. Bersama, kita membina Malaysia yang lebih kukuh, mampan dan berdaya saing.
Pengorbanan anda, kekuatan negara.
Selamat Hari Pekerja !
“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"
28/04/2026
Kerjasama kerajaan pusat dan negeri penting demi memperkasa agenda kesihatan rakyat
Selasa, 28 April 2026
DARO: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro bagi meninjau sendiri perkembangan projek berkenaan.
Projek yang telah memulakan pembinaan sejak Februari lalu itu dijangka mengambil tempoh selama 30 bulan untuk disiapkan, dengan sasaran siap sepenuhnya pada tahun 2028.
Pembangunan tersebut merangkumi pembinaan bangunan klinik utama, kuarters kakitangan serta pelbagai kemudahan sokongan lain bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh dapat disediakan kepada penduduk setempat.
Turut hadir, Ahli Parlimen P207 Igan, YB Haji Ahmad Johnie bin Zawawi serta Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Daro, YB Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad. Kehadiran pemimpin di peringkat pusat dan negeri ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti terus diperkasa, selaras dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan kesihatan antara kawasan bandar dan luar bandar.
20/04/2026
Bagaimana krisis geopolitik global memberi kesan dan memacu agenda peralihan tenaga di Malaysia?
Bersama saya esok mengupas mengenai
“Krisis Geopolitik Pacu Peralihan Tenaga Malaysia” di Bernama Radio
Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)
Masa: 9:30 Pagi
Saluran: MYTV 711 | Astro 502 | BERNAMA Radio
Anda juga boleh mendengarnya melalui frekuensi radio:
📻 Lembah Klang: FM 93.9
📻 Johor Bahru: FM 107.5
📻 Kuching: FM 100.9
📻 Kota Kinabalu: FM 107.9
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
The Isthmus, Sejingkat
Kuching
93050