CENTEXS Commercial
Connecting, Communities and Businesses
12/10/2026
Suasana di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Isnin, 12 Oktober 2026
Sumber Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
10/10/2026
Dirgahayu to Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, on his 80th Official Birthday.
Semoga Allah melindungi, merahmati dan melimpahkan kesihatan, rezeki dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.
Amin amin Ya Mujib.
LULUS - INSIATIF CENTEXS COMMERCIAL MEMBANGUNKAN PACKAGING CENTRE MENDAPAT SOKONGAN - ALHAMDULILLAH
CENTEXS Commercial SARAWAK terus memperkukuh peranan dalam menyokong pembangunan dan pemerkasaan usahawan Sarawak menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sarawak Economic Development and Commercialisation Committee (SEDCC) Bilangan 2 Tahun 2026.
Dalam mesyuarat tersebut, Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Tuan Shahren Yusri telah membentangkan kertas kerja CENTEXS Commercial Packaging Centre, yang mengetengahkan usaha menyediakan sokongan berkaitan pembungkusan, penjenamaan dan promosi bagi membantu usahawan tempatan meningkatkan daya saing produk mereka.
Pembentangan tersebut turut dikongsikan bersama wakil pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat dalam pembangunan serta pemerkasaan usahawan di Sarawak.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Penglibatan ini menjadi antara platform penting bagi CENTEXS Commercial untuk terus menghubungkan peluang, sokongan dan penyelesaian kepada komuniti usahawan tempatan.
07/10/2026
The Ministry of International Trade, Industry and Investment said the government has approved over RM116 billion for investments in the same sectors between 2021 and 2025. Read more: https://www.theborneopost.com/2026/10/07/sarawak-approves-rm11-2-bln-for-investments-in-primary-manufacturing-services-sectors-for-1h-2026/
06/10/2026
Produk sudah dihasilkan dan pasaran tersedia, namun kekangan kemudahan pembungkusan, teknologi serta kapasiti pengeluaran masih menjadi cabaran kepada sebahagian usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan.
Baca berita penuh: https://suarasarawak.my/pusat-pembungkusan-centexs-bantu-usahawan-mikro-kembangkan-perniagaan1/
06/10/2026
Lebih RM950 juta digerakkan secara bersama oleh agensi Persekutuan dan Sarawak menerusi penyelarasan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Usahawan Sarawak (SEDCC) bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri sepanjang Januari hingga Oktober 2026.
Lebih lanjut: https://suarasarawak.my/lebih-rm950-juta-untuk-perkukuh-ekosistem-keusahawanan-sarawak/
06/10/2026
PEMBENTANGAN CENTEXS COMMERCIAL PACKAGING CENTRE
Antara agenda utama yang mencuri tumpuan ialah pembentangan khas berkenaan CENTEXS Commercial Packaging Centre oleh Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Tuan Shahren Yusri.
Sesi ini memberi peluang emas kepada CENTEXS Commercial untuk membentangkan inisiatif serta keupayaan pusat pembungkusan secara terus kepada pihak pengurusan tertinggi negeri dan agensi-agensi pembangunan usahawan.
Penglibatan ini sekali gus mengukuhkan peranan CENTEXS Commercial Sarawak sebagai peneraju utama dalam menyediakan perkhidmatan pembungkusan berpiawaian tinggi, reka bentuk label yang profesional, serta meningkatkan nilai komersial produk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak.
06/10/2026
CENTEXS COMMERCIAL SARAWAK MENYERTAI MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SARAWAK ENTREPRENEUR DEVELOPMENT COORDINATION COMMITTEE (SEDCC)
KUCHING - 6 Oktober 2026, Selain kerjasama bersama rakan strategik, CENTEXS Commercial SARAWAK turut melihat kepentingan untuk terus membina jaringan bersama agensi kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam menyokong perkembangan usahawan tempatan.
Penglibatan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sarawak Entrepreneur Development Coordination Committee (SEDCC) Bilangan 2 Tahun 2026 menjadi satu lagi ruang untuk CENTEXS Commercial berkongsi pandangan, memahami keperluan semasa usahawan serta meneroka peluang kerjasama bersama agensi dan pemain dalam ekosistem keusahawanan Sarawak.
Jaringan sebegini penting bagi memastikan sokongan kepada usahawan tidak terhenti pada pembangunan produk semata-mata, tetapi turut merangkumi aspek pembungkusan, pematuhan, promosi, akses pasaran, teknologi dan pembangunan kapasiti.
Mesyuarat berprestij yang berlangsung di The Waterfront Hotel itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi SEDCC, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Melalui hubungan yang lebih erat bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan
Sarawak (MINTRED) dan agensi-agensi berkaitan, CENTEXS Commercial komited untuk terus membuka ruang dan peluang yang boleh memberi manfaat kepada usahawan tempatan.
05/10/2026
CENTEXS COMMERCIAL SARAWAK PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA DUBS, BUKA RUANG REALISASIKAN PACKAGING CENTRE UNTUK USAHAWAN TEMPATAN
KUCHING, 4 Oktober 2026 – CENTEXS Commercial Sarawak terus memperkukuh jaringan bersama komuniti perniagaan Sarawak menerusi penglibatan dalam Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-40 Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) yang berlangsung di Pullman Kuching, malam tadi.
Majlis berkenaan turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara CENTEXS Commercial Sarawak dan DUBS Cawangan Kuching, yang membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka kerjasama dalam menyokong keperluan serta pembangunan usahawan tempatan.
Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Tuan Shahren Yusri, turut hadir mewakili CENTEXS Commercial dalam sesi pertukaran MoU tersebut.
Antara ruang kerjasama yang sedang diteroka adalah usaha merealisasikan kemudahan Packaging Centre, khususnya bagi membantu usahawan tempatan mendapatkan akses kepada kemudahan dan sokongan berkaitan pembungkusan produk, pematuhan keperluan halal serta persediaan produk untuk pasaran yang lebih luas.
Inisiatif ini dilihat selari dengan keperluan komuniti usahawan yang bukan sahaja memerlukan ruang untuk menghasilkan produk, tetapi turut memerlukan sokongan dari aspek pembungkusan dan penyediaan produk agar lebih bersedia untuk dipasarkan secara lebih profesional dan kompetitif.
Melalui kerjasama ini CENTEXS Commercial SARAWAK melihat peluang untuk menghimpunkan keperluan serta maklum balas daripada komuniti perniagaan bagi membentuk satu kemudahan yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan tempatan.
CENTEXS Commercial Packaging Centre ini juga berpotensi menjadi salah satu komponen dalam ekosistem sokongan usahawan di Sarawak, dengan memberi tumpuan kepada produk tempatan dan perusahaan yang sedang berkembang daripada skala kecil kepada pasaran yang lebih besar.
Malam Gala Ulang Tahun Ke-40 DUBS turut menjadi ruang untuk meraikan perjalanan empat dekad organisasi tersebut dalam menyokong pembangunan keusahawanan Bumiputera serta pertumbuhan ekonomi Sarawak.
Dalam ucapan beliau pada majlis berkenaan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menekankan kepentingan usahawan Bumiputera untuk terus meneroka bidang ekonomi baharu termasuk tenaga boleh diperbaharui, teknologi, pembuatan termaju, semikonduktor, pertanian berteknologi tinggi dan ekonomi digital.
Seiring dengan aspirasi tersebut, CENTEXS Commercial SARAWAK dan DUBS Cawangan Kuching akan terus meneroka ruang kerjasama yang boleh memberi nilai tambah kepada komuniti usahawan, khususnya dalam membantu produk tempatan menjadi lebih bersedia untuk pasaran dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
JUMA’ANI Pavilion, , Sublot 17, 18 & 19, Lot 4871, Salak Land District Vista Tunku, Petra Jaya
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when CENTEXS Commercial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.