PBB Ranting Kampung No 6 Patingan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PBB Ranting Kampung No 6 Patingan, Political Party, Kuching.
21/10/2024
21.10.2024
Mesyuarat Agung Parti PBB Ranting Kpg No.6 untuk Sesi 2024-2027 telah berjaya diadakan di KSK Satok pada 20/10/24 dgn keputusan berikut :-
Syabas dan Tahniah kepada:
1) Ketua Ranting ( Baharu ) : Haji Shah Iszhan Haji Isnin
(2) Ketua Wanita ( Kekal ) : Cikgu Rokiah Haji Bujang
(3) Ketua Pemuda ( Kekal ) : Nassarudin bin Abdul Rahman@Boy
Serta semua ajk masing-masing.
👏👏👏👍👍👍🤲🤲🤲
18/06/2024
Alhamdulillah. Selesai sudah ibadah korban Parti PBB Ranting Kpg No.6 Patingan pada hari ini. Majlis berlangsung di perkarangan Rumah Encik Kamarol bin Samat / Azanan Samat, Jalan Muhibbah, Kuching. Ketua Ranting, Encik Abdul Rahman bin Adenan, Ketua Pemuda (Encik Nasharuddin ( Boy ) bin Abd Rahman dan Ketua Wanita (Puan Rokiah bt Hj Bujang )serta Ketua Belia PBB Satok ranting, Encik Muhammad Zhariff hadir sama. Terima kasih semua AJK dan mereka yg turut sama membantu menjayakan program ini. Terima kasih
Terima kasih diucapkan kepada YB Dato Hj Ibrahim Baki, ADUN N.8 Satok.
04/05/2024
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Undangan Negeri ( DUN) N8 Satok bersama Zon 2 iaitu Ranting Kampung No.3, Ranting Kampung No.4, Ranting Kampung No.5 dan Ranting Kampung No.6 dengan kerjasama JKKK, KRT dan KOSPEN.
ADUN N.8 Satok, YB Dato Hj Ibrahim Baki menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Datu Merpati Jepang, SK Merpati Jepang, Kuching malam tadi.
Hadir sama Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Tn Hj Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie yang juga pengerusi pengelola majlis, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Tn Abd Samad Gany, ketua-ketua ranting, ketua pemuda dan wanita dan exco-exco ranting dan cawangan.
Cabutan bertuah dan persembahan nyanyian ahli-ahli ranting memeriahkan majlis.
17/05/2023
Alhamdulillah. Malam tadik PBB Ranting Kampung No 6 Patingan mengadakan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitr di Kafe Parimpan, Metrocity Diadakan secara sederhana tapi meriah demi mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama ahli.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Tim Bendahari Parti PBB N.8 Satok, Tuan Haji Zainal Abidin Abdullah mewakili ADUN Satok, Dato Ibrahim Baki.
Hadir sama, Ketua Ranting Kpg No.6, Encik Mohamad Rahman Adenan, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda N8, Pn Hjh Salina Saleh dan Encik Mohamad Akram Mohamed Karim serta Ketua Wanita Ranting, Cikgu Rokiah Bujang.
Terima kasih kepada mereka yg turut sama membantu terutama ADUN Satok, Pusat Khidmat N8 Satok, Pusat Khidmat P.194, Pemuda, Wanita, Bapa. Terima kasih.
18/11/2022
18/11
Petugas Ranting Kampung No.6 melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses perjalanan PRU-15 bagi ranting kampung esok lancar.
17/11/2022
Petugas ranting Kpg No.6 menjalankan tugas masing-masing termasuk memeriksa nama pengundi dalam saluran SK Merpati Jepang.
UNDI CALON GPS NO.1
.6
14/11/2022
14/11
Calon GPS-PBB Parlimen P.194 Petra Jaya, Dato Sri Haji Fadillah Yusof menyantuni petugas-petugas Ranting Kpg No.6 di Bilik Gerakan Kedai Kita, sebentar tadi.
22/03/2022
12.3.2022 Mesyuarat TGM PBB Ranting Kpg No 6 Sesi 2022-2025 bertempat di Komplek Sukan Komuniti Satok, Pdg SLPAS, Kuching.
Menang tanda bertanding untuk semua Sayap Bapa, Wanita dan Pemuda. KR masih kekal Sdr Mohamad Abd Rahman bin Adenan, KW masih kekal Cikgu Rokiah Hj Bujang dan KP baharu Sdr Nasharuddin ( Boy ) bin Abd Rahman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuching