Samajaya Info

Samajaya Info

Share

Sharing info on Samajaya Free Industrial Zone.

05/08/2026

PERMOHONAN KERJA INTEL TECHNOLOGY SDN BHD - TERBUKA UNTUK SABAH SARAWAK SAHAJA

Lokasi Tempat Kerja
👉 Bayan Lepas, Penang
👉 Kulim, Kedah

Scan QR untuk Borang Permohonan

Intel akan menjalankan sesi temu duga secara bersemuka di Sabah dan Sarawak, dan pengurus pengambilan pekerja dari Intel Technology Sdn. Bhd. akan pergi ke Kota Kinabalu dan Kuching untuk menemu duga calon secara peribadi.

Sila dapatkan butiran temuduga di bawah:
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)

Tempat: MYFutureJobs@UTC Aras 1, Taman Kereta, Jalan Bukit Mata, Kuching Sarawak
Masa: 08.30 pagi

Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)

Tempat: Tingkat 2, Pejabat MYFutureJobs, Wisma Perkeso Negeri Sabah

Masa: 08.30 pagi

Nota Penting:
* Calon dikehendaki hadir dengan berpakaian sopan dan profesional
* Sila bawa dokumen berikut: Resume yang dikemas kini, Kad Pengenalan (MyKad), sijil akademik dan dokumen sokongan yang berkaitan
* Sila bawa pen hitam untuk mengisi borang

📞 Pertanyaan: Miss Lyn (016-4224262)

15/07/2026

Hujan gaisss.. be careful driving.

Photos from Samajaya Info's post 14/07/2026

Sebelum Opt-Out, Fahami Dulu Apa Yang Anda Lepaskan
Hak untuk memilih kini berada di tangan pencarum.

Menurut PERKESO:
🟢Hampir RM2 juta faedah telah dibayar dalam tempoh sebulan pertama pelaksanaan skim.
🟢Purata 27 kes kemalangan sehari menerima manfaat di bawah LINDUNG 24 Jam.
🟢Sebelum skim ini diperkenalkan, sekitar 13 permohonan sehari terpaksa ditolak kerana kemalangan berlaku di luar waktu bekerja.
Skim ini melindungi pekerja bagi kemalangan bukan bencana kerja dengan manfaat seperti
✅Faedah Perubatan
✅Faedah Hilang Upaya Sementara
✅Faedah Hilang Upaya Kekal
✅Faedah Orang Tanggungan
✅Faedah Pengurusan Jenazah
✅Pemulihan Fizikal dan Vokasional
✅Elaun Layanan Sentiasa (jika berkenaan)

Musibah tidak memilih masa. Perlindungan juga tidak semestinya berakhir apabila waktu kerja tamat. Oleh itu, pertimbangkan keperluan diri dan keluarga sebelum membuat keputusan.

Photos from Samajaya Info's post 14/07/2026

Batalkan LINDUNG 24 Jam (Opt Out) PERKESO Secara Online
PERKESO menyediakan Borang Penyertaan / Opt-Out Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK) yang boleh diisi secara:
✅ Online
✅ Manual

Pautan portal, borang manual serta PDF panduan pengisian boleh dirujuk melalui saluran rasmi PERKESO

A. Cara Daftar Akaun Portal PERKESO
Langkah 1
Layari Portal Permohonan Faedah PERKESO dan klik Log Masuk sekiranya anda telah mempunyai akaun.

https://lindungfaedah.perkeso.gov.my/auth/

Note:
Jika belum mempunyai akaun, klik Daftar Akaun.

Langkah 2
Lengkapkan maklumat berikut:

Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
No. Kad Pengenalan
Emel
Tetapkan kata laluan (minimum 8 aksara dan sekurang-kurangnya 1 simbol seperti @ #$%^&*)
Kemudian:
Tandakan ✔ persetujuan syarat pengguna.
Klik Daftar Akaun.

Langkah 3
Selepas pendaftaran berjaya, sistem akan memaparkan mesej pengesahan.

Klik Seterusnya.

--------------------------------------
B. Pemilihan Penyertaan Perlindungan Oleh Pekerja (Sama ada "SETUJU" atau "TIDAK")
Langkah 1
Klik Baharu pada bahagian Jenis Permohonan.
Baca maklumat yang dipaparkan pada skrin terlebih dahulu.

Langkah 2
Di bahagian Perakuan Pekerja:

Pilih pilihan:
✅ pilihan penyertaan Skim Lindung 24 Jam

Klik butang ‘Pilih’ pada pilihan majikan mencarum aktif / terkini sekiranya majikan melebihi satu dan pekerja memilih untuk menyertai perlindungan.

Langkah 3
Tandakan ✔ pada perakuan pengesahan.
Kemudian klik Hantar.

Langkah 4
Sistem akan memaparkan mesej pengesahan.
Jika anda memilih TIDAK MENYERTAI, klik:
“Sahkan, Saya Tidak Mahu Menyertai.”

Jika ingin mengubah pilihan, klik Kembali

Langkah 5
Apabila proses selesai, sistem akan memaparkan mesej Berjaya.
Klik OK.

Langkah 6
Akhir sekali, klik:
Muat Turun Borang Deklarasi
Simpan salinan deklarasi tersebut sebagai rekod rasmi anda.

12/07/2026

Morning gaiss...
Awal sampai kita relex dolok...

07/07/2026

Sama kampung rupa2 nyaa... 😂

06/07/2026

Morning gaiss...

06/07/2026

Pulang gaiss... 🇧🇷
Pakai express tengahari tok...

Photos from Samajaya Info's post 03/07/2026

Apakah Budi Diesel dan Perpindahan Budi Diesel relevant di Sarawak??!!

Macam mana ahli keluarga (anak2 dan isteri) nak pakai kereta sedangkan penukaran Budi Diesel hanya sekali sahaja lepas tuu tak dapat pindah balik walau pun kepada owner. Kau rasa??!!

Misalnya dah pindah nama pegi anak, so ahli keluarga yang lain tak dapat isi minyak dengan harga subsidi.. nak pegi mana2 nak bawak si anak yang ada Budi Diesel... So wasting time dan pendekatan yang pendek akal yang tidak relevant dan efficient!!

Then 200L cukup ke di Sarawak??!! Katakan kau dari Kuching pegi Miri dalam 750km, cukup ke rasa untuk pegi balik (1,500km) plus lepas balik Kuching kita pakai hari2??
"Ngai chakap ku... 🤔😤😮‍💨"

Harap Kerajaan dapat kekalkan makanisma harga Diesel sendiri seperti sebelum nie yang lebih ideal lagi (Kita ada minyak, Petros dan peruntukkan sendiri tak perlu ikut Budi Diesel macam Semenanjung).

https://www.facebook.com/share/p/193HBCLyR4/
--------------------------------------
"Pindahan ini hanya dibenarkan sekali dan kepada seorang penerima sahaja"

Bagi mereka yang ingin menukar nama pemilik kenderaan p**a, kerajaan turut memberikan pengecualian fi Tukar Hak Milik (THM) selama tiga bulan.

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuching